;

Monday, December 28, 2009

Selamat Bertunang Buat Adik Shahfi

Salam pengunjung yang sentiasa berkunjung ke sini.. aku dah lama tak buat entri .. isteri aku baru selamat melahirkan anak kami yang kedua .. nanti aku akan story lagi .. tapi kali nie.. aku nak story ttg adik aku yang baru sahaja selesai majlis pertunangannya dengan seorang gadis kelantan... jauh benor la .. sampai ke kalantan tu dapat awek... apa pun selamat menempuh masa-masa kritikal ini dengan selamat, kerana abang nak kata masa bertunang nie la... masa yang cukup 'mmencabar' untuk di lalui... nak tau kenapa .. rujuk la beberapa .. entri yang lepas dlm blog ini.
Adik aku nie.. mengambil tarikh 25 Dis 2009 untuk majlis pertunangannya ini. Berbagai peristiwa sebelum majlis ini berlansung telah berlaku. Nak stori pun dah tak lalu .. macam2 hal .. namun alhamdulilah telah selamat semuanya... layan jer la foto yang sempat di ambil..




Tuesday, December 22, 2009

Lahirnya Seorang Pejuang ke 2


Salam .. hari ini tanggal 22 Dis 2009 bersamaan 6 Muharram 1431 pada jam 5 petang tadi lahirlah anak kedua aku .. Kali ini aku dikurniakan anak lelaki. Begitu banyak cabaran yang dilalui aku ketika ini, sedang aku nak menduduki peperiksaan akhir semester ke 3 di IPSAH nie.. isteriku di IPGM teknik sakit untuk bersalin. Dari pagi lagi fikiran aku bercelaru, namun ku tabahkan hati dan berdoa semoga semuanya selamat dan dipermudahkan yang maha Esa. Jika nak diceritakan tentunya panjang... namun semua ini akan menjadi kenangan yang cukup bermakna apabila anak kedua aku nie lahir dan diazankan oleh orang lain yang turut sama ada di wad bersalin ketika itu. Aku di bilik asrama IPSAH menantikan khabar dari HUKM KL mengenai isteriku yang sdang bertarung nyawa melahirkan anak kami.. namun alhamdulilah .. dia selamat dilahirkan lebih kurang jam 5 petang dengan berat 2.9. Alhamdulilah syukur kepada Allah, diberi kemudahan dalam kesukaran .. inna maal 'usriyusra .... aku hantar adik aku untuk membantu apa yang perlu di HUKM sana. .. terima Kasih buat sepupu aku khatijah yg berada di sisi isteri aku ketika dia sakit nak bersalin. Banyak cerita menarik .. namun kurang masa nak story .. apapun terima kasih buat isteriku.

Sunday, December 20, 2009

KISAH IBU DAN BAPANYA 'BABI'

3 Muharram 1431
Ustaz Ibrahim b Zakaria

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

SUMBER : CINAISLAM

Sunday, December 13, 2009

Mengumpat dan Dosanya

Zailanie merakam artikel ini di PPDkerian.edu.my

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”(Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak.

Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, is disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yangdiumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.

Hakikat inilah perludirenungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain.
Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. “wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya.

Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud) Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab :” Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

*Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara islam yang lain. Ilmu yang bermanafaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarkannya meskipun dia sudah mati. "

Monday, December 7, 2009

iktibar dari kecurangan

sumber : albanjari

Curang itu seronok. Curang itu lazat. Kepala lutut hangpa ! Jika curang dengan dinding rumah, curang dengan pinggan melamine, kaa apa..takpa la jugak, tapi mana ada istilah 'curang' dengan benda2 macam tu ?

Hakikatnya curang itu sering dikaitkan dengan, curang dgn laki orang, dengan bini orang, dengan janda orang, dengan 'bos' orang, aahh..yang jelas curang itu dengan 'orang' yang ada nyawa. Ketika ber'curang' memang la dunia, ana yang punya, lepas tu tengok lah pembalasan dari Allah, 'cash and carry'. Tak percaya, kita ambil iktibar dari kisah benar yang dinukilkan oleh Ummi Munaliza dibawah. Ini kisah benar, bukan kisah 'sehati berdansa' maksiat tu !

Oleh : Ummi Munaliza
Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.

Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.

”Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

“Tempat awak di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kau tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.

” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.

“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung.

“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudah tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.

“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.

” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.

Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

“Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

“Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya. “Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .

” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya. Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar. Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu. “Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.

” Terima kasih ustaz,” balas Halim. Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”

“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”

” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”

“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”

“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka ‘.” Cukup menginsafkan, kan? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain. (sumber)

Saturday, December 5, 2009

Mimpi aku

Petang ini dek kerana keletihan aku terlena di katil asrama ini, sedang belum solat zohor. lelapku baru 30 minit aku bangun kembali menunaikan solat zohor yang belum aku settlekan... kemudian dgn rasa keletihan lagi aku sambung tidurku tadi. Ternyata tidur yang aku sambung ini membawa aku ke alam mimpi yang meyingkap seribu kerisauan di hati ...

Thursday, December 3, 2009

Apabila gambar ini bercerita ..

Hari ke 8 di IPSAH, semakin banyak perkara yang diluar jangka berlaku... biarlah foto bercerita ..


Yang mana satu yang ASLI ....


memo dikeluarkan 1 dis 2009 ... minta hadir 3 haribulan
mana satu betul nie ... 3 nov ker 3 dis ......


Segalanya ada .... dan segalanya mungkin di sini .... kata us sham



Kami tetap berbangga berada di IPGM KSAH..... maju KSAH!!!

Sunday, November 29, 2009

Hari Raya Dan Kelas di Maktab

Salam buat semua pengunjung, salam aidiladha juga kepada semua umat Islam yang menyambutnya. Hari ini aku berkesempatan untuk menulis di ruangan ini, sewaktu kesibukan dengan kelas yang agak padat di maktab nie....hari ini aku kembali setelah dapat menghabiskan masa 3 hari bersama keluarga di kampung bagi cuti aidiladha. Sayangnya.. terpaksa berjauhan dengan isteri kerana dia juga di maktab dok study lagi... jadi dengan cuti yang sket ja.. tak payah la balik .. sbb modal nak balik pun tinggi.
Nak kata seronok tak la jugak sbb berjauhan dengan isteri... yg ada si anak tu la ... jadi temankan dia ajer la.. Hari raya Aidiladha nie. sempat la keluarga aku mengadakan qurban, aku tengok ajer la .. masyarakat kg yang dok ramai buat .. kita nie siapkan jamuan ajer la ..

My Father ... nak sembelih tu .. itulah lembu qurban dia tahun nie...


Ada yang mengagihkan daging ....


Ada yang potong dan kerat2

Tengok tu .. peha lembu digantung ... masyarakat kampung saling bekerjasama
memotong daging.

Friday, November 20, 2009

Syarat Nak Buat Maksiat

epsilonx PPD Kerian

Pada suatu hari Ibrahim bin Adham didatangi oleh seorang lelaki yang gemar melakukan maksiat. Lelaki tersebut bernama Jahdar bin Rabi’ah. Ia meminta nasihat kepada Ibrahim agar ia dapat menghentikan perbuatan maksiatnya.

Ia berkata, “Ya Aba Ishak, aku ini seorang yang suka melakukan perbuatan maksiat. Tolong berikan aku cara yang ampuh untuk menghentikannya!” Setelah merenung sejenak, Ibrahim berkata, “Jika kau mampu melaksanakan lima syarat yang kuajukan, aku tidak keberatan kau berbuat dosa.”

Tentu saja dengan penuh rasa ingin tahu yang besar Jahdar balik bertanya, “Apa saja syarat-syarat itu, ya Aba Ishak?”

“Syarat PERTAMA, jika engkau melaksanakan perbuatan maksiat, JANGAN kau MEMAKAN REZEKI ALLAH,” ucap Ibrahim.
Jahdar mengernyitkan dahinya lalu berkata, “Lalu aku makan dari mana? Bukankah segala sesuatu yang berada di bumi ini adalah rezeki Allah?”
“Benar,” jawab Ibrahim dengan tegas.
“Bila engkau telah mengetahuinya, masih pantaskah engkau memakan rezeki-Nya, sementara Kau terus-menerus melakukan maksiat dan melanggar perintah-perintahnya?”
“Baiklah,” jawab Jahdar tampak menyerah.
“Kemudian apa syarat yang KEDUA?”
“Kalau kau bermaksiat kepada Allah, JANGANLAH kau TINGGAL di BUMI-NYA,” kata Ibrahim lebih tegas lagi.
Syarat kedua membuat Jahdar lebih kaget lagi. “Apa? Syarat ini lebih hebat lagi. Lalu aku harus tinggal di mana? Bukankah bumi dengan segala isinya ini milik Allah?”
“Benar wahai hamba Allah. Karena itu, pikirkanlah baik-baik, apakah kau masih pantas memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sementara kau terus berbuat maksiat?” tanya Ibrahim.
“Kau benar Aba Ishak,” ucap Jahdar kemudian.

“Lalu apa syarat KETIGA?” tanya Jahdar dengan penasaran.
“Kalau kau masih bermaksiat kepada Allah, tetapi masih ingin memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, maka CARILAH TEMPAT BERSEMBUNYI dari-NYA.”
Syarat ini membuat lelaki itu terkesima. “Ya Aba Ishak, nasihat macam apa semua ini? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Bagus! Kalau kau yakin Allah selalu melihat kita, tetapi kau masih terus memakan rezeki-Nya, tinggal di bumi-Nya, dan terus melakukan maksiat kepada-Nya, pantaskah kau melakukan semua itu?” tanya Ibrahin kepada Jahdar yang masih tampak bingung dan terkesima. Semua ucapan itu membuat Jahdar bin Rabi’ah tidak berkutik dan membenarkannya.

“Baiklah, ya Aba Ishak, lalu katakan sekarang apa syarat KEEMPAT?”
“JIKA MALAIKAT MAUT HENDAK MENCABUT NYAWAMU, KATAKANLAH KEPADANYA BAHWA ENGKAU BELUM MAU MATI SEBELUM BERTAUBAT dan MELAKUKAN AMAL SOLEH.”

Jahdar termenung. Tampaknya ia mulai menyadari semua perbuatan yang dilakukannya selama ini. Ia kemudian berkata, “Tidak mungkin… tidak mungkin semua itu aku lakukan.”

“Wahai hamba Allah, bila kau tidak sanggup mengundurkan hari kematianmu, lalu dengan cara apa kau dapat menghindari murka Allah?”
Tanpa banyak komentar lagi, ia bertanya syarat yang KELIMA, yang merupakan syarat terakhir. Ibrahim bin Adham untuk kesekian kalinya memberi nasihat kepada lelaki itu.
“Yang terakhir, BILA MALAIKAT ZABANIYAH HENDAK MENGIRINGMU KE NERAKA DI HARI KIAMAT NANTI, JANGANLAH KAU BERSEDIA IKUT DENGANNYA DAN MENJAUHLAH!”
Lelaki itu nampaknya tidak sanggup lagi mendengar nasihatnya. Ia menangis penuh penyesalan. Dengan wajah penuh sesal ia berkata, “Cukup…cukup ya Aba Ishak! Jangan kau teruskan lagi. Aku tidak sanggup lagi mendengarnya. Aku berjanji, mulai saat ini aku akan beristighfar dan bertaubat nasuha kepada Allah.”

Jahdar memang menepati janjinya. Sejak pertemuannya dengan Ibrahim bin Adham, ia benar-benar berubah. Ia mulai menjalankan ibadah dan semua perintah-perintah Allah dengan baik dan khusyu’.
Ibrahim bin Adham yang sebenarnya adalah seorang pangeran yang berkuasa di Balakh itu mendengar bahwa di salah satu negeri taklukannya, yaitu negeri Yamamah, telah terjadi pembelotan terhadap dirinya. Kezaliman merajalela. Semua itu terjadi karena ulah gubernur yang dipercayainya untuk memimpin wilayah tersebut.

Selanjutnya, Ibrahim bin Adham memanggil Jahdar bin Rabi’ah untuk menghadap. Setelah ia menghadap, Ibrahim pun berkata, “Wahai Jahdar, kini engkau telah bertaubat. Alangkah mulianya bila taubatmu itu disertai amal kebajikan. Untuk itu, aku ingin memerintahkan engkau untuk memberantas kezaliman yang terjadi di salah satu wilayah kekuasaanku.”

Mendengar perkataan Ibrahim bin Adham tersebut Jahdar menjawab, “Wahai Aba Ishak, sungguh suatu anugrah yang amat mulia bagi saya, di mana saya bisa berbuat yang terbaik untuk umat. Dan tugas tersebut akan saya laksanakan dengan segenap kemampuan yang diberikan Allah kepada saya. Kemudian di wilayah manakah gerangan kezaliman itu terjadi?”
Ibrahim bin Adham menjawab, “Kezaliman itu terjadi di Yamamah. Dan jika engkau dapat memberantasnya, maka aku akan mengangkat engkau menjadi gubernur di sana.”

Betapa kagetnya Jahdaar mendengar keterangan Ibrahim bin Adham. Kemudian ia berkata, “Ya Allah, ini adalah rahmat-Mu dan sekaligus ujian atas taubatku. Yamamah adalah sebuah wilayah yang dulu sering menjadi sasaran perampokan yang aku lakukan dengan gerombolanku. Dan kini aku datang ke sana untuk menegakkan keadilan. Subhanallah, Maha Suci Allah atas segala rahmat-Nya.”

Kemudian, berangkatlah Jahdar bin Rabi’ah ke negeri Yamamah untuk melaksanakan tugas mulia memberantas kezaliman, sekaligus menunaikan amanah menegakkan keadilan. Pada akhirnya ia berhasil menunaikan tugas tersebut, serta menjadi hamba Allah yang taat hingga akhir hayatnya.

Tuesday, November 17, 2009

Syirik yang kita sendiri pun dok buat ...

Memahami makna syirik

Email : anuarani

Kadang-kadang kita memandang syirik itu sebagai perbuatan jasad sahaja. Orang yang menyembah kubur, kita katakan ini perbuatan syirik. Orang yang mempercayai kayu kokka dapat menolak bala dan mendatangkan kesenangan, kita katakan ini syirik, orang yang menyembah berhala, kita katakan orang musyrik, orang yang mempercayai bomoh kita katakan orang yang syirik.

Apa yang dimaksudkan dengan syirik sebenarnya??

Apakah perbuatan syirik terhad kepada perbuatan-perbuatan yang seumpama di atas sahaja atau banyak lagi perkara-perkara yang kita lakukan tanpa kita sedari sebenarnya kita telah mensyirikkan Allah SWT. Wal3ieyazabillahi min zaalik..

Syirik berasal daripada perkataan arab yang bermaksud berkongsi. Di istilahkan oleh ulama' dengan meletakkan sesuatu samataraf dengan Allah atau dalam bahasa jawi lama disebut sebagai menyengutukan Allah dengan sesuatu. Sekutu bermaksud setaraf. Sebagai contoh kita katakan ubat panadol yang kita makan telah menghilangkan sakit kepala kita. Padahal panadol tadi tidak ada kuasa untuk menyembuhkan sakit bahkan Allahlah yang menyembuhkannya. Percakapan seumpama ini jika dii3tiqadkan di dalam hati bahawa panadol yang sebenarnya menyembuhkan dia bukan Allah, maka kita hukumkan dia sebagai orang yang syirik.

Kenapa?? Kerana dia meletakkan kuasa panadol setaraf dengan kuasa Allah untuk menyembuhkan sakit.

Maka kita katakan panadol itu sebagai asbab sahaja. Hakikatnya Allah Ta'ala yang mengizinkan dengan kudrat dan iradah-Nya untuk menghilangkan sakit kepala.

Apa dalilnya?? Sedangkan kita tahu dan kita alami apabila kita memakan panadol, sakit kepala kita hilang. Panadol yang dibuat berdasarkan kajian ilmu sains perubatan dan diakui dapat menghilangkan sakit kepala atau selain daripadanya. Kenapa kita tidak boleh katakan panadol yang menyembuhkan??
Jawapannya begini. Apakah semua orang yang memakan panadol sakitnya akan hilang?? Bagaimana orang yang sakit kepala tetapi selepas mengambil panadol tidak hilang-hilang juga?? Itu maknanya Allah Ta'ala tidak mengizinkan kepadanya bukan dengan semata-mata kuasa yang ada pada panadol.


Hakikatnya kembali kepada Allah untuk menyembuhkannya ataupun tidak. Panadol itu sebabnya sahaja. Boleh jadi sakit kepala hilang dengan tidur atau sebagainya.

Syirik boleh berlaku dengan 3 cara;

1) Melalui lisan (percakapan) Cth : Kita katakan Allah ada tangan.
2) Melalui perbuatan. Cth : Menyembah berhala.
3) Melalui hati (i3tiqad) Cth : Mengi3tiqadkan Allah Ta'ala bersifat dengan sifat makhluk seperti bertangan, duduk dan sebagainya.

Ulama' membahagikan syirik kepada dua.


1) Syirik akbar seperti menyembah berhala (Dinamakan juga Syirik Jaali)

2) Syirik asghar iaitu riyak. (Dinamakan juga Syirik Khofi).

Ini berdasarkan hadis Nabi SAW. Sabdanya;

إن أخوف ما أخاف عليكم الشرك الأصغر وهو الرياء يقول الله يوم القيامة للمرائين إذا جزى الله الناس بأعمالهم اذهبوا إلى الذين كنتم تراءون في الدنيا انظروا هل تجدون عندهم جزاء
Ertinya : Sesungguhnya yang lebih takuti daripada apa yang aku takut atas kamu semua syirik yang sangat kecil iaitu riyak. Berfirman Allah kepada bagi orang-orang yang riyak ketikamana Allah membalasi pahala manusia "pergi kamu kepada orang kamu riyakkan (tunjukkan ibadah kamu kepadanya) semasa di dunia. Kira-kira apakah ada pahala di sisi mereka?-Hadis riwayat Imam Ahmad.

Sabda baginda lagi di dalam hadis yang lain;

إن الله حرم الجنة على كل مراء
Sesungguhnya Allah Ta'ala mengharamkan syurga bagi orang yang riyak- Hadis riwayat Abu Na'im dan Ad-Dailami daripada Abi Sa'id al-Khudri R.A.

*maksud mengaharamkan syurga ialah menegah dan tidak memberi syurga kepada orang yang riyak.

Riyak yang dikategorikan sebagai syirik kecil adalah di antara perkara yang paling ditakuti oleh Nabi SAW menimpa umatnya daripada banyak perkara yang baginda takuti kerana syirik ini sangat halus dan kurang disedari oleh manusia yang melakukan ibadah. Sebab itu dinamakan sebagai syirik asghar (syirik yang sangat kecil) Asghar di atas wazan isim tafdhil yang bermaksud sangat dan lebih. Kalau kecil disebut soghir mengikut kaedah bahasa arab.

Kenapa riyak dikatakan syirik?

Kerana kita meletakkan manusia setaraf dengan Allah. Sepatutnya sembahyang kita dan segala ibadah kita hanya kepada Allah tetapi kita lakukan kerana manusia. Maka kita letakkan manusia setaraf dengan Allah pada ibadah. Sebab itu riyak dianggap sebagai perbuatan syirik.

Apa itu riyak??

Riyak ialah satu penyakit hati yang dicela oleh Allah SWT. Melakukan sesuatu ibadah untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia bahawa dia seorang yang rajin beribadah dengan tujuan ingin mendapat pujian manusia, pangkat atau harta daripada segala manafaat dunia.
Riyak itu hukumnya HARAM dengan ijmak ulama' dan termasuk daripada perbuatan tercela.

Sepertimana firman Allah Ta'ala;

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يراءون
Maka weil (satu lembah di dalam neraka jahannam disediakan) bagi orang-orang yang sembahyang tetapi lalai iaitu mereka yang riyak (menunjuk-nunjuk).-Surah Al-Ma3uun Ayat 4-

* Jika bagi mereka yang sembahyang pun masih lagi dijanjikan neraka weil jika dia lalai daripada mengingat Allah apatahlagi bagi mereka yang meninggalkan sembahyang.

Memandangkan isu kokka menjadi persoalan di kalangan masyarakat awam, jadi saya mengambil kesempatan untuk menyebut tentang hal ini berdasarkan kaedah ilmu usuluddin.

Adakah menggunakan kayu kokka untuk dibuat cincin atau tasbih dikira sebagai syirik??

Jawapannya TIDAK. Menggunakan kayu kokka untuk dibuat cincin atau tasbih hukumnya HARUS selagimana dia tidak mengi'tiqadkan kayu kokka itu memberi manfaat dan mudharat kepadanya.

Kadang-kadang disalah erti oleh masyarakat kita sehingga menuduh orang yang menggunakan tasbih yang diperbuat daripada kokka sebagai syirik. Guna itu tidak salah. Yang salahnya jika kita mengi3tiqadkan kayu kokka boleh memberi kesan seperti berkuasa mengahalang daripada penyakit dengan zat kayu kokka tersebut. Tetapi selagi dia menganggap itu sebagai asbab maka ulama' menyatakan itu tidaklah menjadi satu kesalahan dan bukan tegolong daripada perbuatan syirik yang kita ta3rifkan di atas.

Termasuk di dalam syirik akbar (sangat besar) jika kita meni3tiqad Allah bertangan atau duduk di atas arasy kerana kita menyamatarafkan Allah dengan manusia. Sedangkan perbuatan duduk. naik turun, ketawa, bertangan, berkaki adalah sifat manusia.

Adapun jika kita katakan Allah mendengar, melihat, berkata-kata, itu tidak termasuk di dalam menyamatarafkan Allah dengan manusia bahkan inilah akidah yang sebenar kerana Allah mendengar, melihat dan berkata-kata dengan sifat-Nya bukan dengan telinga, mata atau mulut seperti manusia. Manusia dapat melihat kerana ada mata, dapat berkata-kata kerana peti suara berfungsi dan dapat mendengar kerana adanya telinga. Tanpa peti suara, manusia akan bisu, tanpa mata, manusia akan buta dan tanpa telinga manusia akan pekak.

Ini bezanya kita dengan Allah. Mata, mulut dan telinga ada hadnya. Di sebalik dinding, manusia tidak dapat melihat, dari jarak yang jauh, manusia tidak mampu mendengar dan melihat.

Adapun sifat Allah tiada batasannya kerana Allah tidak melihat dengan mata, berkata-kata dengan mulut dan mendengar dengan telinga seperti manusia.

Thursday, November 12, 2009

Fruit Plus .. nie.. ada elemen babi ...

Fruit plus cokelat yang selalu budak-budak makan, entah-entah aku pun dah makan sebab siap ada tanda halal. Hari ni saja syok semak dengan kod yang mengandungi babi. Masyaallah yang perasa oren ada E110 (babi) yang lain ok lak tengok tak kod babi walaupun dari jenama yang sama. Heran jugak macam mana boleh dapat sijil Halal tu. Kadang-kadang tokey kilang ni ambik mudah je tak jaga isu sensitif macam ni, dah dapat sijil halal dia buat ikut suka lak.

click to enlarge


Yang Haram Tapi Kita Makan

Baru-baru ini satu seminar/taklimat telah diadakan antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak khusus mendedahkan produk haram yang berada di pasaran dan meminta orang-orang Melayu/Islam berhenti menggunakannya. Berikut disenaraikan secara ringkas Produk tersebut dan serba sedikit huraiannya.

1. COLGATE Colgate keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~ haram~ bercampur lemak babi. Colgate 125ml yang berada dipasaran sekarang sah diimpot dari Thailand. Tetapi kanungan Fluoridanya membahayakan.

2. AJI NO MOTO aji No Moto keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~ haram ~ bercampur lemak babi Aji No Moto juga disahkan oleh doktor mengandungi MSG (Mono Sodium> Glutamate) berlebihan yang boleh mereputkan daging dan menggugurkan rambut dengan cepat. Bagaimanapun produk Aji No Moto keluaran Jalan Kuchai Lama (Malaysia) disahkan bebas dari lemak babi.

3. COKLAT Semua coklat yang diimpot dari luar negara mengandungi lemak babi atau pun sekurang-kurangnya mengandungi lemak binatang yang amat diragui. Sekiranya pada luar bungkusan pek coklat ada menunjukkan kod produk, KOD 164 disahkan mengandungi lemak babi.

4. FISHCAKE; FISHBALL; MEE & Kuew TIAW Keluaran bukan Islam disahkan mengandungi ramuan campuran lemak babi supaya produk tahan lama.

5. BERUS-BERUS SONGKOK, KASUT, CAKE. Babi ternak di Malaysia tidak berbulu. Tetapi babi tunggal dikatakan berbulu. Di negeri China terdapat babi ternak yang khusus menghasilkan bulu seperti ternakan biri-biri. Berus untuk songkok, kasut dan cake disahkan adalah bulu-bulu babi dari negeri China.

6. ROTI HIGH 5 (HIGH FIVE) Roti High 5 HARAM dimakan kerana mengandugi / dicampur / diproses dari ragi Babi. Suatu ketika dulu pernah tersebar luas berita / surat layang mengenai lemak babi dalam roti Gardenia. Ketika itu jualan Gardenia jatuh merosot dengan ketara sekali. Sebenarnya berita ini disebarkan oleh orang-orang dalaman High 5 sendiri yang iri hati dengan pencapaian/kejayaan Gardenia. Punca iri hati ini disebabkan empat tokoh utama pengurusan Gardenia adalah orang Melayu yang amat peka dengan sensitiviti umat Islam mengenai pemakanan halal / haram. Saham-saham besar Gardenia yang dikatakan bercampur dengan bisnes babi tidak membabitkan negara Malaysia. Produk keluaran Gardenia diproses berlandaskan prinsip Islam ISI 2020 yang digariskan Institut Penyelidikan Piawaian Islam (RISIS). Ini disahkan oleh Setiausaha PPIM Dr. Maamor Osman. Roti Gardenia disahkan bebas dari campuran lemak babi.

7. REMPAH KARI ALLAGAPA, BABAS, SAKHTY & CAP MATA Keempat-empat jenama kari di atas tidak mengandungi lemak babi TETAPI 40% hasil jualannya digunakan untuk membuat / menambah / memperelok kuil-kuil di Malaysia dan juga sebagai pembiayaan untuk membunuh masyarakat Islam Gujerat India. Itu lah sebabnya kita melihat jenama kari ini berlumba-lumba menaja rancangan-rancangan hiburan TV (terutamanya lagu dan filem Hindi) supaya bersesuaian dengan selera orang Melayu yang sejak dari dulu lagi lagu dan filem Hindi ini ibarat isi dengan kuku dan sudah sebati dengan jiwa mereka. Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah nombor 786. Orang-orang veteran India Muslim (berusia 80 tahun keatas) yang ditanya mengenai nombor ini menyatakan dengan berbagai pendapat. Tetapi apa pun jawapannya nombor ini adalah kod untuk Bismillah yang cara amalannya mereka saja yang tahu. Malangnya kod ini (786) Diselewengkan oleh puak-puak Hindu apabila mereka juga melabelkan papan iklan kedai dengan nombor tersebut untuk mengabui umat Islam. Tidak hairan lah dewasa ini kalendar orang-orang India Muslim yang menggunakan gambar Kaabah dan ayat suci Al-Quran dicetak / ditaja oleh Palanniappa, Sakhty dan Babas. Juga perlu dingatkan pada umat Islam supaya amat peka dengan beberapa Restoran baru nasi kandar yang bergiat aktif sama ada dimana-mana bandar terutama di Taiping dan Ipoh. Pastikan perniagaannya oleh orang Islam dan ayamnya halal... Di Taiping ada restoran nasi kandar, pembuat roti nan dan toseh dari pekerja H**** dan ayam dibekalkan oleh C***.

8. COCA COLA Coca Cola adalah jenama minuman yang mempunyai agendanya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi agenda menghina Umat Islam. Tahukah saudara tulisan Coca Cola itu jika dibelah dua dari bahagian belakangnya maka tulisannya boleh dibaca dan akan membawa maksud 'Laa' Allah Laa'Muhammad (Tiada Allah Tiada Muhammad) Kajian menunjukkan Negeri Perak adalah negeri kedua di Malaysia yang berjaya memboikot Coca Cola dan dikatakan jualannya di Perak merosot sehingga 60%. Syabas warga Perak!!!

9. SARDIN TIN MERAH Kuah Sardin ini dibuat dari campuran siput babi ~ haram dimakan.

10. KENTUCKY FRIED CHICKEN Perkara yang meragukan dalam kes KFC ini ialah cara sembelihan ayam itu sendiri. Seorang petugas menyembelih di KFC mengakui bahawa bacaan semasa sembelih hanya dibaca pada permulaan / pertama sahaja manakala yang Lain-lainnya tidak sempat kerana ribuan ekor lagi menunggu / berpusing untuk disembelih. Kita tidak dapat berbuat apa-apa dengan masalah KFC ini kerana ia mendapat kelulusan penuh pihak Pejabat Agama. Tetapi perkara yang mendatangkan was-was eloklah kita tinggalkan. Keadaan ini samalah juga dengan ayam yang kita beli dan lihat sendiri sembelihannya di mana-mana pasar ayam. Sekiranya kita beli 10 ekor ayam dan selepas disembelih ayam-ayam tadi dihumban kedalam sebuah bekas / raga. Persoalannya bagaimanakah cara 10 ekor ayam itu mati. SAH ayam itu mati akibat tertindih lemas sesama mereka dan bukan menggelupur sendirian. Mati lemas ini disahkan tidak halal kerana mati katak.

11. TEH HAILAM Orang Melayu sejak dulu lagi amat famous dengan teh Hailam. Ada yang pagi-pagi lagi mesti kena teh Hailam. Sedap katanya. Minum pula dalam cawan berbunga. TETAPI tahukah kita apakah cara tradisional teh ini dibuat Seorang Mualaf yang mendedahkan perkara ini memberitahu bahawa pada setiap pagi towkay kedai ketika sedang menggosok gigi dan ketika masa yang sama akan Membenamkan berus gigi kedalam bekas membancuh teh atau apa-apa jua bekas untuk teh tersebut. Itulah resepinya. Bunyinya memang lucu tetapi itulah hakikatnya.

Sunday, November 8, 2009

kucup hajar aswad


by ZAILANIE ppdkerian

Rumah Allah itu adalah kiblat kepada umat Islam seluruh dunia ketika menunaikan ibadat solat seharian dan Masjidil Haram yang menaungi kawasan itu menjadi masjid paling mulia dalam Islam.

Baitullah yang penuh berkat dan mulia itu dikenali juga dengan nama lain seperti al-Bait, al-Bait al-Haram, al-Bait al-Atiq dan Qiblat.

“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” (Ali-Imran: 96)

Ulama berbeza dalam mentafsirkan ayat berkenaan. Sesetengahnya mengatakan makna bait itu ialah Kaabah, sesetengahnya pula mengatakan bait itu ialah Masjidil Haram dengan dalil hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bermaksud:

“Daripada Abi Zar berkata: Aku bertanya Rasulullah s.a.w mengenai masjid yang paling awal dibina di bumi, sabdanya Masjidil Haram. Aku berkata, kemudian masjid mana? Sabdanya, Masjidil Aqsa. Aku bertanya berapa lama antara keduanya didirikan? Sabdanya, empat puluh tahun.”

Menurut cerita Ibn Zahirah al-Qarsyi, Kaabah dibina beberapa kali, iaitu oleh malaikat, Nabi Adam a.s, Nabi Ibrahim a.s, orang Quraisy, Ibn Zubair dan Hajjaj Yusuf as-Thaqafi.

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail meninggikan binaan asas Baitullah itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:127)

Selain melakukan tawaf di rumah Allah itu, satu fenomena cukup ketara diperhatikan ketika musim haji, malah pada waktu lain ketika mengerjakan umrah, ialah tindakan sesetengah tetamu yang mengucup Batu Hitam atau lebih dikenali Hajarul Aswad.

Amalan itu didakwa sebagai mencontohi kucupan diterima daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ulama menyatakan perbuatan istilam (melambai tangan) terhadapnya ketika memulakan tawaf atau mengucup Hajarul Aswad (sekiranya dapat) termasuk perkara sunat mengerjakan haji dan umrah.

Signifikan tindakan itu, sebagaimana digambarkan Saidina Umar al-Khattab, Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua: “Saya tahu anda adalah sebuah batu yang tidak mendatangkan bahaya dan faedah. Jika tidak aku melihat Rasulullah s.a.w mengucupmu, aku tidak akan mengucupmu.”

Nabi s.a.w menciumnya sebagaimana dilakukan nabi sebelumnya, sehingga Hajarul Aswad menjadi tempat bertemunya bibir kalangan nabi, orang soleh, jemaah haji dan mereka yang menunaikan umrah sepanjang sejarah.

Ia juga menjadi tempat permulaan dan akhir tawaf, sekali gus tempat mustajab dikabulkan doa.

Batu Hitam yang terletak di bahagian penjuru sebelah timur Kaabah adalah objek sangat disanjungi umat Islam. Secara kasar batu itu berukuran diameter 30 sentimeter dan 1.5 meter dari paras bawah.

Ia dikatakan pernah pecah kepada beberapa bahagian pada Zaman Pertengahan. Malah ada pihak mendakwa ia pecah menjadi berkeping-keping kepada lapan gugusan batu kecil.

Keadaan ini berlaku pada zaman Qaramithah, iaitu satu mazhab daripada Syiah Islamiyah al-Batiniyah daripada pengikut Abu Thahir al-Qarmathi yang mencabut Hajarul Aswad dan membawanya ke Ihsa' pada 319 Hijrah, tetapi kemudian dikembalikan lagi pada 339 Hijrah.

Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam di batu besar yang lain dikelilingi oleh ikatan perak dan diperkuatkan lagi dengan paku perak. Batu itulah yang dianjurkan untuk dikucup, bukannya batu di sekitarnya dan yang meliputi perak.

Antara keutamaan Hajarul Aswad kerana ia berasal daripada batu yang mulia (yaqut) dari syurga yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s agar diletakkan di satu sudut Kaabah.

Bahkan menurut tradisi Islam, batu itu berasal dari syurga pada zaman Nabi Adam a.s dan Hawa lagi, dalam keadaan putih berkilau dan bebas daripada unsur kejahatan, tetapi ia menjadi hitam kerana dosa yang diserap tahun ke tahun.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Hajarul Aswad itu diturunkan dari syurga, warna lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.”

Dikatakan juga Nabi Ibrahim a.s yang menemui Batu Hitam dan apabila baginda membina semula Kaabah, Malaikat Jibril a.s membawa batu itu keluar dan memberikan kepada baginda.

Menurut cerita, apabila Nabi Ibrahim siap membina Kaabah, dengan bantuan puteranya, Nabi Ismail a.s, Allah memerintahkan baginda melakukan tawaf.

Baginda tidak dapat menetapkan bilangan yang tepat pusingan dilakukannya. Baginda berasa mereka yang lain juga akan keliru.

Justeru, baginda berdoa kepada Allah untuk memberikannya suatu tanda untuk digunakan bagi mengira pusingan. Malaikat Jibril membawakan batu hitam terbabit kepadanya.

Bahkan, Nabi Muhammad s.a.w turut memainkan peranan dalam sejarah Hajarul Aswad. Ini kerana pada waktu pembinaan semula struktur Kaabah, Hajarul Aswad dipindahkan sementara dan bagindalah yang meletakkan semula batu terbabit di tempat asalnya.

Satu cerita yang ditemui dalam Sirah Rasulullah Ibn Ishaq menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan satu pertelingkahan di antara suku Makkah, yang masing-masing berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya.

Jalan penyelesaiannya ialah dengan memanggil semua pemimpin suku terbabit untuk mengangkat penjuru batu dengan satu kain dan kemudian Nabi Muhammad s.a.w meletakkan batu itu pada tempatnya dengan tangannya sendiri.

Umat Islam dari satu generasi ke generasi apabila mula tawaf dan selesai setiap pusingan, mengucup Hajarul Aswad, menyentuhnya dengan satu tangan atau sekadar memberikan isyarat kepadanya dari jauh.

Batu Hajarul Aswad akan dibangkitkan pada hari kiamat, dengan mempunyai 2 lidah dan 2 mata dan boleh berkata-kata serta memberitahu ” Ya tuhanku dia kucup (cium) aku, dia betul-betul ikhlas“

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Demi Allah! Allah akan membangkitkannya (Hajarul Aswad) pada hari kiamat, baginya sepasang mata untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada sesiapa yang mengusapnya dengan kebenaran.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Walapun ia adalah batu, ia hidup. Siapa yang menciumnya, ia akan menjadi saksi. Kalau tidak dapat mengucupnya, cukuplah sekadar istilam (mencium dari jauh secara isyarat). Quran juga tahu siapa yang membaca dan mengucupnya. Quran juga menjadi saksi dan lawyer di hari kiamat. Begitu juga kulit dan bumi menjadi saksi bercakap di sana:

Fussilat [21] Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan)

Zalzalah [4] Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:

Rasulullah s.a.w berpesan kepada Sayyidina Umar yang pergi bersama rombongan 124,000 sahabat pergi membuat haji bersamanya ” Ya Umar, jangan kamu menyusahkan orang lain dengan sebab kamu ghairah hendak mengucup hajaraul aswad.

Kalau ada peluang kucuplah, tapi jangan berebut hingga menyusahkan orang lain. Menyusahkan dan menyakitkan orang islam yang lain besar dosanya"

Friday, October 30, 2009

Aku Kahwin Engkau Pun Kahwin.. tapi Apa Niat Kita

Email : mohd naim mohd zain
Artikel Dr Ikmal

Berhubung dengan persoalan kahwin atau nikah ini, kita perlu mengetahui apakah tujuan kita kahwin. Bagi orang Islam yang sebenar, tujuan perkahwinannya atas mencari keredhaan Allah, bukan sekadar ikut-ikut atau bertujuan untuk berseronok-seronok.

Oleh itu niat kita hendak mendirikan rumahtangga kita itu mestilah betul seperti yang dikehendaki oleh Allah swt. Kalau niat mendirikan rumahtangga tidak betul mengikut kehendak Allah dan Rasul, maka keluarga yang didirikan tidak akan mendapat pimpinan dari Allah swt.Sekiranya kita sudahpun mendirikan rumahtangga, tidak salah kalau niat ini kita perbetulkan semula.

Niat yang pertama yang mesti kita pasang dalam mendirikan rumahtangga kita ialah untuk mendapat sebanyak-banyak anak yang soleh.

Allah dan Rasul memang menghendaki niat seperti ini kerana muka bumi ini adalah diserahkan oleh Allah swt kepada manusia-manusia untuk ditadbirkan dengan baik mengikut peraturan-peraturan yang telah Allah berikan.

Manusialah yang telah dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Aku hendak jadikan khalifah-khalifah di muka bumi ini.”

Rasulullah saw juga penah bersabda:

‘………..kerana aku berbangga di hari kiamat nanti dengan ramainya umat-umatku dibandingkan dengan umat Rasul-Rasul sebelumku.”

Yang dimaksudkan dengan umat di sini ialah hamba-hamba Allah yang patuh dan tunduk kepada perintah-perintah Allah serta yang beriman kepada Allah dan Rasul.

Adalah hikmah dan rahsia pada ramainya bilangan isteri Rasulullah saw itu ialah supaya menggemarkan umat Islam pada membanyakkan bilangan umat Islam.

Jelas pada kita betapa Allah dan Rasul memang mengkehendaki umat yang ramai dan kerana itu Allah sediakan nikmat-nikmat yang banyak untuk manusia. Dan dengan sebab itulah, apa saja yang ada di muka bumi ini, samada kita sedar atau tidak, semuanya adalah untuk kita. Ini dijelaskan sendiri oleh Allah swt di dalam firmannya yang bermaksud:

“Dialah Tuhan, yang menjadikan apa saja di atas muka bumi ini untuk kamu (manusia).”

Perlu kita ingat bahawa Allah amat mengetahui rancangan kita dalam merancang keluarga. Contohnya,kita tidak mahu anak yang banyak., kita makan pil-pil atau sebagainya.

Hakikatnya perbuatan kita itu adalah menipu Allah swt.Muslihat itu Allah amat mengetahui dan akibatnya,Allah akan lebih menipu daya kita. Buktinya, ada setengah-setengah wanita itu, kerana terlalu hendak merancang keluarga, langsung Allah tidak kurniakan anak kepadanya.

Ada sesetengah wanita itu, kerana terlalu hendak merancang anak supaya dapat anak yang sedikit, apabila dia melahirkan anak, lahir anak-anak kembar yang banyak. Jadi haruslah kita sedar siapakah Allah yang hendak kita tentang kehendak dan kekuasaannya.

Bukan sedikit anak itu yang menjamin kebahagiaan hidup kita. Malah, anak yang banyak yang kemudiannya soleh-soleh pula, dia akan mendatangkan kebajikan dan memberi kebahagiaan hidup kita, bukan saja di dunia,bahkan di akhirat juga. Jika anak itu mati semasa kecil, dia akan mendatangkan syafaat kepada ibubapanya.

Jadi, niat yang pertama dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah niat untuk mendapat anak sebanyak yang boleh. Pasanglah niat ini baik-baik kerana, kalau pun pada pelaksanaannya, ia tidak boleh dilakukan,namun pahalanya telah Allah catatkan.

Niat yang kedua dalam kita mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu dapat menghilangkan nafsu yang jahat dan yang rakus, khususnya nafsu syahwat terhadap wanita-wanita yang tidak halal bagi kita.

Melalui perkahwinan akan dapat mengelakkan diri kita daripada tindakan nafsu syahwat yang jahat. Melakukan perkara yang halal dengan niat untuk mengelakkan diri daripada perkara yang haram merupakan satu kebajikan yang akan membawa pahala dari Allah. Rasulullah sawbersabda yang maksudnya:

“Pada kemaluan seseorang kamu itu pun adalah sedekah.”

Apabila seseorang itu berkahwin dengan niat ini,ia memilih jalan yang dihalalkan oleh Allah dan telah dicontoh oleh Rasulullah saw untuk memenuhi keinginan semulajadi.Ia mengatur dan menyusun perhubungan tadi mengikut lunas-lunas Islam.Dengan sebab itulah, Allah telah menghalalkan pernikahan dan mengharamkan perzinahan.

Niat yang ketiga dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu akan menyelesaikan masalah hati daripada mentadbir rumahtangga.

Dengan berkahwin, seseorang itu tidak akan menumpukan perhatiannya dalam menghadapi rumahtangga, terhadap ibadah kepada Allah terutamanya di dalam sembahyang.Kerana segala perurusan rumahtangganya sudah diselesaikan oleh isteri daripada memasak makanan,mambasuh pakaian, mengemas dan sebagainya, sekiranya seorang isteri itu tidak bekerja makan gaji. Isteri yang solehah dan yang beragama itu, dia akanmenyelesaikan semua urusan rumahtangga.

Dalam hal ini Rasulullah saw pernah mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud:

“Perempuan itu dinikahi dengan empat sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Tetapi hendaklah kamu pilih yang kuat beragama, nescaya dia menguntungkan kamu.”

Rasulullah menyuruh kita memilih yang beragama kerana perempuan yang beragama itu sempurna Islamnya dan sempurna ihsannya. Ini adalah syarat agama atau rukun beragama iaitu iman, Islam dan Ihsan.

Apabila kita hendak berkahwin, terpaksalah kita mencari perempuan yang sempurna agamanya kerana beragama itu adalah salah satu sifat wanita-wanita solehah.

Niat yang keempat dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu boleh menghiburkan hati kita.

Dengan kita kahwin, pada isterilah tempat kita berhibur-hibur dan berseronok-seronok serta bergurau senda dan bermanis muka. Dengan demikian akan menenangkan hati kita serta memberi kegembiraan kepadakita lantaran kita dapat menumpukan sepenuh kusyuk kepada ibadah kita dengan Allah swt terutamanya di dalam sembahyang yang mana merupakan ibadah yang terpokok.

Sedangkan untuk mendapat kekusyukkan di dalam sembahyang itu adalah yang paling susah sekali selagi kita tidak dapat hadir hati di dalam sembahyang. Kalau hati sentiasa resah dan gelisah, maka akan bertambahberserabut lah sembahyang kita.

Sebab itulah, hati kita ini perlu diberi hiburan dengan senda gurau kita terhadap isteri. Malah bukan dalam sembahyang saja, kita dapat mengusahakan kekusyukkan beribadah bahkan puasa juga tidak akansempurna kalau hati kita tidak tenang.

Puasa yang sempurna itu ialah apabila hati kita tidak teringat kepada perkara-perkara yang boleh melalaikan kita kepada Allah swt seperti kita teringat kepada dunia, kepada wanita-wanita dan sebagainya.

Dan akhirnya, niat yang kelima yang hendak kita pasang apabila kita hendak mendirikan rumahtangga ialah dengan niat untuk melawan hawa nafsu. Ia bererti yang apabila kita telah mempunyai isteri, kita terpaksa berlawan dengan kewajipan-kewajipan menjaga dan mendidik anak isteri.

Dalam hal ini Rasulullah saw pernah mengingatkan kita tentang sifat-sifat seorang perempuan itu bahawa kata baginda, perempuan-perempuan itu adalah dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok yang kalau kamuluruskan ia dengan cara paksa dan mendadak, ia akan patah. Sebab itu, hendaklah di jaga isteri itu dengan bijaksana.

Satu daripada tugas kita dalam melawan nafsu ini ialah dalam menghadapi kelakuan-kelakuan isteri yang tidak selaras dengan syariat. Memang sudah demikian Allah jadikan kamu perempaun mempunyai nafsu lebih daripada lelaki.

Nisbah kalau nafsu itu ada sebanyak 10, 9 daripadanya adalah pada kaum perempuan dan satu pada kaum lelaki.Sedangkan nafsu itu sentiasa mengajak manusia berbuat jahat. Ertinya, kejahatan sajalah yang mempengaruhi kaum-kaum perempuan. Oleh itu, tugas kita bila berhadapan dengan isteri adalah berat dan itulah mujahadah kita dengan nafsu.

Sejauh mana kita berjaya memimpin anak isteri kita ke jalan yang diredhai Allah hingga mereka dapat melaksanakan syariat Allah, maka di situlah nilai pahala yang tinggi bagi kita di sisi Allah swt.

Di sinilah akan lahirnya sifat sabar pada suami iaitu kenalah banyak bersabar dalam menghadapi ujian yang didatangi oleh isteri, selain daripada terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai ujian yang lain.Firman Allah swt yang maksudnya:

“Sesungguhnya orang yang sabar itu diberi ganjaran tanpa hisab.”

Demikian lima niat yang hendak kita pasang di dalam diri kita semasa kita hendak mendirikan rumahtangga. Lima niat ini adalah yang paling kurang selain dari niat-niat baik yang lain seperti niat untuk mencari rezeki yang halal untuk anak isteri dan lain-lain.

Kalau sekiranya kita ada mempunyai 5 niat yang betul dan baik ini, maka di situlah Allah akan bantu kita dan akan memberi taufik dan hidayahnya kepada kita untuk kita dapat melahirkan satu rumahtangga yang aman dan bahagia yang selaras dengan kehendak syariat Allah swt.

by idhamlim.blogspot

Tuesday, October 27, 2009

Sarawak tempat posting mengajar

Minggu lepas .. sewaktu pelancaran portal web sekolah tempat aku kerja.. aku dah sakit mata .. semalam plak .. anak aku sakit mata .. dah merah mata dia.. kesian aku tengok .. semalam jugak aku dapat meluangkan masa ke Kuala Lumpur menghantar adik aku ke sebuah hotel di Sepang bagi orientasi guru GST ke Sarawak. Aku bertolak ke KL pagi hari Ahad bersama 4 ahli keluarga termasuk anak aku. Bini aku tak ikut sbb tak larat. Di KL aku sempat ziarah keluarga sepupu di taman Medan dan tidur di rumah sepupu di Punchong Perdana. Penat memandu jangan cakap la ... naik lenguh kaki. Gembira punya hal sebab adik saya yang sebelum ini belajar di UPSI dah pun ditempatkan untuk mengajar di Serawak. Mereka yang akan ditempatkan di Sarawak dihimpunkan di Empress hotal Sepang sebelum berangkat hari ini ke Sarawak. Jadi selamat merantau lah .. buat adik aku yang sorang nie...

Wednesday, October 21, 2009

Erti Kasih sayang byNusa 64

KASIH SAYANG mengikat erat hubungan ibu bapa dan anak yang membolehkan anak-anak membesar di dalam suasana penuh harmoni dan sejahtera.

Berikan dia BIMBINGAN. Tekun dan berterusan. Ini penting bagi pertumbuhan mentalnya.

Berikan dia MASA anda. Masa yang digunakan bersamanya adalah lebih bermakna dari apa yang anda jangkakan.

Berikan dia PELUANG MEMPELAJARI DAN MENGALAMI hal-hal baru. Ini memperkayakan pemikirannya.

Berikan dia GALAKAN BEKERJA DAN BERMAIN. Jangan dihadkan percubaannya meneroka, mencontohi, mencipta, membina dan mereka-fikir.

Berikan dia TANGGUNGJAWAB. Bermula dengan kerja-kerja mudah. Ini adalah latihan yang baik dan yakinkan dia bahawa ia berguna.

Berikan dia HAK MEMPUNYAI WATAK BERBEZA. Jangan bandingkan dia dengan adik beradik yang lain.

Berikan dia PERLINDUNGAN DAN KESELAMATAN. Ini penting untuk dia merasakan bahawa dirinya disayangi.

Berikan dia DIDIKAN AGAMA SECUKUPNYA.
Agama akan menjadi benteng dari melakukan segala kejahatan.

ANAK ADALAH ANUGERAH TUHAN. IBU BAPA BERTANGGUNGJAWAB MENCORAK MASA DEPAN YANG GEMILANG. HARGAILAH IA AGAR DIA AKAN MENGHARGAI KITA .........INSYA ALLAH !"

Monday, October 19, 2009

Koleksi Santai @Pizza HUT

Entry santai kali nie.. aku close up .. ke pizza HUT .. sepanjang minggu lalu ..
aku dan kengkawan sempat lepak kat pizza HUT .. esoknya aku bawak bini aku plak .. mai makan.. zoom in gambar aku nie...

Sekali sekala datang .. sedap jugak makan pizza nie..


Tengok apa yang best .. dalam menu

Dia nie.. kalau makan mesti kasi habis punyer

Yang ini makan sket jer.. dah kenyang ..

4 Set pizza tu .. set delight...

Tengah Tunggu order Pizza nie...

Saturday, October 17, 2009

Dari Kuala ke Gurun

Hari nie.... dah sabtu 17 Okt .. bersamaan 28 Syawal dah pun... dah nak habis syawal .. tapi majlis terbuka masih ada.. masih didatangi tetamu. Semalam pun di tempat kerja buat majlis terbuka .. jenuh jugak handle .. macam2 nak buat. Tapi ok dah .. dah selamat pun. Hari ini aku dan isteri serta anak ..pi jalan makan kenduri rumah kawan lama isteri aku kat Gurun Kedah,Norshahidah dengan pasangannya Mohd Syamsir... agak lewat keluar pagi tadi .. dah tengahari baru nak gerak .. pi beli hadiah dulu n then pi buat payment kereta 'Kancz' aku la.. dah 3 bulan tertunggak .. sekali nak bayaq punya la banyak .. padan muka ..Gerak ke kenduri perut pun dah lapar.. almaklumlah dah tengahari ... sesampai ja umah kenduri .. park keta .. cepat jer amik makan .. heheh dah lapar .. amik makan pun banyak .. dah aku sudah makan ,... kenalah jaga si anak palak.. berganti dengan 'ayang' aku ler.. dia plak makan .. dah makan .. dah bergambar dengan pengantin, lama jugak la aku kat umah kenduri tu .. dah 3.00 petang .. balik la.. nak kuar taman tu palak jd masalah .. kuar masuk lorong tak dpt cari jalan keliar .. Qina dah mengamuk ... apa lagi bertambah tensen la .. akhirnya keluar jugak .. apa lagi cari masjid la.. nak solat ... dah selesai baru bergerak balik .. yang bestnyer tu .. jln balik lagi jauh dr jalan datang .. sepatutnya keluar masjid belok kiri .. aku pi belok kanan ,... apa lagi pi aloq setaq la.. jwbnya.. naik di exit pendang .. jauh jugak tu .. malas nak patah balik .. jalan ajer la.. jalan-jalan cari pasal .. hahahah ... gambar akan di upload kemudian yer



Monday, October 12, 2009

Yang Menang .. dan Yang Kalah ..

Sayu di pagi Isnin ini kerana cuaca di luar kediaman ini juga turut 'bersedih'. Namun kita harus terus kentalkan jiwa mengharap keteguhan iman. Jom layan gambar di bawah bagi menginsafi diri.

Thursday, October 8, 2009

Gempa yang Mengemparkan

Arrrrgghhh.. masih penat kerna agak lama memandu semalam ke Kuala Lumpur menghantar isteri ke IPG Teknik untuk satu perkhemahan Unit Beruniform di Setiawan. Masih mengantuk sekarang nie.. nak kerja pun jadi malas. hahaha.
Oklah .. apa yang saya nak kongsikan bagi post kali ini adalah mengenai satu SMS yang saya terima 2 hari lepas, sehari sebelum ke KL. Memang agak menarik isi SMS nie.. yang dihantar kepada aku seperti di bawah nie..
"Subhanallah .... Subhanallah .. Gempa di Tasek jam 15:04 Gempa di Padang jam 17:16 Gempa susulan jam 17:58 Esoknya gempa di Jambi 8:52. Anda Lihat Al-Quran surah dan ayat sesuai jam2 tersebut. Moga makin meningkatkan iman dan ketaatan kita pada Allah swt."

Dengan berpandukan jam tersebut cuba rujuk surah dan ayat di dalam al-quran.

Ha.. tentunya difikiran kita .. aihh betul ka? atau hanya rekaan.... jer SMS yang macam nie... setelah aku melihat2 di dalam tafsir al-Quran ternyata ada kebenarannya. Cuma yang aku nak tau sangat ketepatan masa yang dinyatakan .. oleh kerana banyak maklumat saling bercanggah mengenai masa kejadian .. dan masa yg diberikan mengikut waktu antarabangsa. Walau apapun .. aku tidak mencari khilaf masa tersebut . tetapi menginsafi ayat2 Allah yg jelas menyatakan kemusnahan bagi manusia yang berlaku zalim.

preview ayat dan terjemahan

JAM 15:04
Surah Al-Hijr
4. kami tiada membinasakan (penduduk) suatu negeri, melainkan baginya ada masa yang ditentukan.

JAM 17:16
Surah Al-Israak
16. Apabila kami kehendaki akan membinasakan suatu negeri, (lebih dahulu) kami suruh orang2 yang mewah (supaya taat) lalu mereka fasik ( durhaka ) sebab itu berhaklah mereka ditimpa siksaan lalu kami binasakan negeri mereka sebinasanya.

JAM 17:58
Surah Al-Israak
58. Tak adalah diantara (penduduk)suatu negeri, melainkan kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau menyiksanya dengan siksaan yang keras. Yang demikian itu termaktub dalam kitab.

JAM 8:52
Surah Al-Anfaal
52. Tak ubah adat mereka sebagai adat keluarga Firaun dan orang2 sebelumnya. Mereka kafir kepada ayat2 Allah lalu Allah menyiksa mereka disebabkan dosanya sendiri. Sesungguhnya Allah Mahakuat lagi keras siksaannya .

Friday, October 2, 2009

kamu semua ingat neraka kecil ka?

Sumber : ZAILANIE Portal PPD Kerian

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH..

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....


Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekelian...

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah..
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 ****** pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
"

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP