;

Tuesday, July 8, 2014

TUGASAN HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN OUM SEM 1

1.0 Pengenalan
Sekolah merupakan tempat pembelajaran dan pendidikan buat kanak-kanak seawall umur 6 hingga 17 tahun. Di sekolah mereka dinilai melalui beberapa cara seperti ujian, peperiksaan, lawatan, kegiatan luar kelas dan berbagai lagi pengujian yang dijalankan bagi mengesan kebolehan dan pecapaian mereka.
     Di sekolah, guru memainkan peranan penting untuk mengesan perkembangan, kebolehan dan kemajuan pencapaian pelajar yang telah mengikuti sesi pembelajaran bagi satu-satu matapelajaran. Seseorang perlu mempunyai kemahiran dalam menyediakan item ujian atau penilaian yang akan dijalankan.
Pengujian , pengukuran dan penilaian adalah salah satu bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep, walaupun mempunyai tafsiran berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, sememangnya ada kaitan rapat dengan proses pelaksanaan.Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu sistem pendidikan yang sangat berkesan bagi melihat pencapaian murid.
1.1 Objektif Pengajaran
Objektif pengajaran adalah perubahan tingkah laku pelajar yang ingin dicapai oleh guru dalam satu-satu proses pembelajaran. Perubahan ini boleh dicapai melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan baik. Setiap perubahan atau kemajuan pelajar itu perlu dinilai dari semasa ke semasa.
Penilaian berterusan akan menentukan tahap keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar atau murid. Kemajuan pelajar perlu dinilai dari semasa ke semasa. Ini jelas menunjukkan wujudnya hubungan antara objektif pengajaran , pengujian, pengukuran dan penilaian.
1.2 Pengukuran
Pengukuran ialah satu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan.
Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengukuran merangkumi segala aspek pengujian, termasuk penggunaan skel ordinal atau skel selang.Ringkas kata, skel ordinan digunakan berdasarkan prestasi atau pencapaian mereka. Skel selang yang meliputi markah dan gred, digunakan unutk menentukan peringkat pencapaian di antara pelajar.


1.3 Penilaian
Di dalam buku Education Evaluation and Decision Making yang disunting oleh D. Stufflebean, penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.Penilaian adalah satu proses yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Tujuan penilaian ialah unutk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran dan sikap.
1.4 Pengujian
Mengikut R. M. Gagne dalam bukunya The Conditions of Learning, pengujian ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. Di dalam kelas, pengujian ini digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran pelajar-pelajar.
Dalam melaksanakan penilaian, guru perlu membuat ujian terlebih dahulu. Terdapat beberapa kriteria dalam pembinaan ujian. Untuk menggubal sesuatu kertas ujian, ia perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan antaranya ialah ujian yang hendak ditadbir sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran. Ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan-soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran.
2.0 Jenis Ujian
Di dalam sekolah, pelbagai jenis ujian digunakan untuk membuat penilaian sama ada penilaian formatif atau penilaian sumatif. Pada dasarnya jenis-jenis ujian ini adalah dirangka dengan tujuan mengesan penguasaan, kemajuan dan pencapaian pelajar tentang sesuatu bidang pelajaran. Jenis-jenis ujian ini tidak terlepas daripada ciri-ciri yang terkandung dalam ujian rujukan norma atau rujukan kriteria.
Ujian yang digunakan untuk menentukan pencapaian murid dijalankan dengan cara ujian bertulis. Jenis ujian bertulis bertulis boleh dibahagikan kepada dua sahaja:
i)                    Ujian Objektif / Aneka Pilihan
ii)                  Ujian Subjektif


2.1 Ujian Objektif
Ujian objektif bermaksud item yang soalan yang mempunyai jawapan yang tepat, tertentu atau spesifik. Ujian yang dijalankan adalah untuk menguji pengetahuan, kefahaman, aplikasi analisis, sintesis dan penilaian. Soalan item bagi ujian objektif boleh dibahagikan kepada empat iaitu:
i)                 Soalan aneka pilihan – jawapan secara tepat, soalan sukar dibina dan dijawab tetapi mudah diperiksa.
ii)               Item Betul / Salah -sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki
Pelajar menentukan sama ada pernyataan yang diberikan adalah
betul atau salah.
iii)             Item mengisi ruang kosong – amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat.
iv)             Item Padanan – sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta konsep.
2.2 Ujian Subjektif
Ujian subjektif pula dikenali sebagai ujian esei, boleh ditakrifkan sebagai ujian esei,
boleh ditakrifkan sebagai ujian yang memerlukan calon memberi jawapan dalam bentuk
perkataan atau karangan dengan tulisan sendiri. Jawapan tersebut boleh dinyatakan dalam
satu ayat, perenggan atau karangan yang lengkap.
Ujian subjektif adalah sesuai digunakan untuk menguji kefahaman dan kemahiran menyusun idea dan pendapat calon mengenai sesuatu topik dalam mata pelajaran yang telah dipelajari. Ciri utama ujian subjektif ialah memberi kebebasan calon menjawab soalan, iaitu calon bebas memilih, merancang dan menyusun isi jawapan mengikut pendapat dan idea sendiri.


2.3 Langkah – langkah Pembinaan Ujian
Terdapat langkah-langkah yang telah disusun dengan teratur sebelum membina ujian agar penggubal atau guru boleh melaksanakan ujian dengan baik. Langkah –langkah tersebut ialah:
v    Menyediakan Jadual Penentu Ujian / Jadual Spesikasi Ujian.
v    Menulis item / soalan ujian
v    Menyemak item / soalan ujian
v    Menilai item / soalan ujian
Sebelum membina item / soalan, guru perlu menyediakan Jadual Penentu Ujian terlebih dahulu. Ini adalah kerana Jadual Penentu Ujian dapat:
Ø    Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan.
Ø    Menjamin Kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
Ø    Menjadi panduan kepada penggubal soalan
Ø    Menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
Ø    Membolehkan ujian yang sama dibuat.
Ø    Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan yang lain.
2.4 Tujuan Ujian
Ujian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang prestasi murid mengenai
pencapaian kemahiran yang telah mereka pelajari dalam satu-satu pelajaran.
Untuk tugasan kerja kursus ini saya memilih matapelajaran Pendidikan Agama Islam Tingkatan 1 Abu Bakar di SABK Al-Hidayah Kuala Kurau Perak. Soalan ujian yang dijalankan adalah seperti di lampiran. Berdasarkan ujian itu dapatlah direkodkan keputusan markah ujian seperti jadual yang ditunjukkan.


3.0 Jadual Penentu Ujian (JPU)
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang releven dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran.
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JPU adalah carta dua-hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
Jadual penentu ujian menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang telah diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai oleh pelajar. Dengan menggunakan JPU guru akan dapat membina item soalan yang merangkumi semua kandungan pengajaran yang telah diajar. Dalam pembinaan JPU, terdapat empat (4) langkah perlu diambil kira;
a)                  Mengkaji sukatan pelajaran
b)                  Menganalisis objektif pengajaran
c)                  Menentukan jenis soalan dan
d)                 Menentukan bilangan soalan



















0 comments:

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP