;

Tuesday, July 8, 2014

TUGASAN HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN OUM SEM 1


1.1 PENGENALAN

Sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dengan penggunaan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan eleman teknologi berbantukan komputer, pastinya mampu menarik minat murid untuk memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru. Apatah lagi dengan situasi sekarang, dimana murid-murid lebih senang sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan komputer. Tambahan pula, murid-murid pada masa ini sudah terdedah dengan penggunaan komputer serta perisiannya. Dengan kecanggihan serta kepelbagaian kaedah yang terdapat di dalam program tersebut seperti microsoft power point, maka seharusnya guru perlu memanfaatkan peluang tersebut untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih efisien. Namun, penerapan terhadap penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer ini perlu sesuai mengikut kehendak huraian sukatan pelajaran, topik yang ingin diajar dan keperluan guru dan murid itu sendiri, terutamanya jika guru ingin menggunakan laman web dari internet dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya, maka bahan tersebut perlu bersesuaian.
Dewasa ini pelbagai laman web telah menyediakan pelbagai bahan-bahan yang boleh dimuat turun untuk dijadikan sebagai bahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih serta keperluan murid-murid serta guru-guru. Justeru, penggunaan buku kerja, lembaran kerja dan buku teks bukan lagi antara pilihan sepenuhnya. Apa yang paling penting, prinsip-prinsip reka bentuk visual yang digunakan itu perlu sesuai dan bertepatan dari segi simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi dan keharmonian.
Dengan merujuk prinsip-prinsip reka bentuk visual tersebut samaada bersesuaian atau tidak dan menarik atau tidak, maka bahan tersebut akan mampu mempengaruhi sejauh mana murid-murid dapat memberikan fokus sepenuhnya di dalam kelas untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.



1. PRINSIP REKA BENTUK VISUAL

1.1 Simplisiti
Sesuatu rekaan grafik yang mudah dan senang difahami untuk menjelaskan makna yang ingin diterangkan. Iannya menjadi alat yang cukup mudah dipaparkan dan difahami oleh keseluruhan murid yang akan mengikuti pembelajaran tajuk pada masa tersebut.
Simplisiti boleh dirujuk sebagai
Simplicity is the state or quality of being simple. It usually relates to the burden which a thing puts on someone trying to explain or understand it. Something which is easy to understand or explain is simple, in contrast to something complicated[1]



Rajah yang digunakan di dalam gambar tersebut senang difahami dan diketahui bentuknya kerana adanya elemen simplisiti yang ringkas dan mudah, membolehkan murid mengetahui nama bentuk tersebut. Gambar yang dipaparkan dengan mudah mendapat reaksi pantas daripada murid kerana mereka telah tahu dan biasa melihat bangunan tersebut.  Penggunaan gambar sepeti ini memudahkan guru untuk menyampaikan isi pelajaran berkaitan kepada murid dan boleh mengembangkan teknik pengajaran seperti soal jawab atau sumbang saran dari murid.

            Grafik seperti gambar di atas ini amat mudah difahami dan akan menerima reaksi yang sama jika soalan diajukan kepada murid. Dengan hanya menggunakan gambar tanpa tulisan ini akan memudahkan guru untuk mengajar alat-alat sukan bagi permainan bola sepak dan juga permainan yang menggunakan bola. Ini akan memperlihatkan murid lebih memahami permainan dan mengetahui ada banyak jenis bola yang digunakan dalam permainan dan sukan.

1.2 Dominan
Rekaan grafik yang mengandungi titik tumpuan. Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third) menyatakan bahawa titik tumpuan manusia lebih tertumpu pada sudut atas sebelah kiri dengan 40% penglihatan.
Gambar yang dipaparkan mengandungi elemen dominan kerana tumpuan lebih terarah pada sudut atas sebelah kiri gambar tersebut, berbanding pada sudut-sudut lain. Berdasarkan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Three), perhatian penglihatan adalah lebih tertumpu di sebelah kiri bahagian atas gambar berbanding daripada tempat-tempat lain. Penumpuan penglihatan tersebut adalah disebabkan oleh keinginan untuk mengetahui apakah objek sebenar yang dipaparkan di dalam gambar tersebut. Ini berikutan penggunaan warna yang berbeza dan berlawanan, serta bentuk yang yang terdapat di dalam gambar tersebut juga berlawanan bagi mendapatkan impak yang dilihat dan lebih menonjolkan perbezaan.


Elemen dominan di dalam gambar ini terletak pada penggunaan warna dan juga saiz kedua-dua objek tersebut, iaitu kontra. Walaupun bentuknya hampir sama, namun penumpuan penglihatan adalah tetap sama,berdasarkan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Three), iaitu pada sebelah kiri di bahagian atas, berbanding pada bahagian-bahagian lain. Objek yang berbagai warna itu lebih menarik perhatian pemerhati dan akan menyangka itulah subjek utama gambar tersebut.  Ini kerana titik tumpuan berada pada sebelah kiri, menyebabkan tumpuan penglihatannya lebih tertumpu di sebelah kiri.

1.3 Pola
Susunan yang menarik untuk mengekalkan perhatian serta mencari pengertian lain di sebalik objek yang dipaparkan. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat;
·         Menarik penglihatan mata kea rah item yang utama
·         Mengerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul
·         Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga sampai ke titik akhir



Susunan  pada gambar diatas mengandungi elemen pola kerana ia disusun dengan kemas dan samarata serta menarik perhatian. Susunan pada objek yang terdapat di dalam gambar sangat penting kerana ia berupaya menarik penglihatan mata ke arah objek utama. Gambar yang dipaparkan sebenarnya mengajak pemerhatinya melihat lebih dalam dan memerhatikan apa yang ada di dalam tingkap bangunan. Penggunaan bentuk geometri digunakan di dalam paparan gambar tersebut. Selain itu, penyusunan objek yang teratur juga membolehkan mata akan tertumpu pada item utama gambar di atas, iaitu gambar dalam tingkap.
Susunan warna yang terdapat pada gambar di atas sudah mampu menarik perhatian. Elemen pola yang wujud di dalam gambar tersebut mampu menggerakkan penglihatan kepada keseluruhan gambar mengikut arah yang betul. Penglihatan akan bergerak dari mula warna tersebut terbentuk sehinggalah ke titik akhirnya. Warna yang menarik pada gambar tersebut turut menarik perhatian dan membuatkan pemerhatinya berfikir apakan maksud yang terkandung di dalam gambar tersebut. Secara tidak langsung juga, ianya membantu murid berfikir secara kritis dan kreatif untuk mencari maksud disebalik gambar tersebut.

1.4 Seimbang
Pembahagian secara sama dan tidak sama (bisymmetrical and asymmetrical) pada bahan grafik, namun berbeza pada bentuk kandungannya.



Objek yang terdapat di dalam gambar di atas telah dibahagikan sama rata dari semua sudut. Walaupun penggunaan warna yang pelbagai, namun kesamaan pada taburan dan susunan warna pada objek tersebut di setiap sudut samaada atas, bawah, kiri dan kanan adalah samarata. Ini menunjukkan bahawa wujud prinsip seimbang di dalam gambar tersebut.


Walaupun objek-objek yang terdapat di dalam gambar di atas tidak tersusun dari segi saiz dan bentuk, namun secara amnya elemen seimbang tetap ada, kerana elemen seimbang yang terdapat di dalam gambar tersebut adalah seimbang tidak formal. Penggunaan garisan yang berwarna cerah dan terang pada setiap objek menyerlahkan lagi bentuk rajah tersebut. Susunan pelbagai bentuk rajah-rajah tersebut juga teratur dan seimbang. Walaupun objeknya tidak diwarnakan dengan warna yang terang agar lebih menyerlahkan lagi bentuknya, namun garisan berwarna yang digunakan sangat sesuai dan menonjolkan bentuk objek tersebut. Murid juga akan dapat membuat kesimpulan dan menceritakan sesuatu dari gambar yang dipaparkan.

1.5 Variasi
Sebagai penguat dan penyokong pada pola dalam meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu visual. Elemen yang digunakan dalm sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan perasaaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak. Ini akan menghasilkan minat murid yang berlipat kali ganda untuk mengetahui isi pelajaran yang ingin disampaikan.


Elemen variasi yang terdapat di dalam gambar di atas dapat dilihat melalui susunan dan penggunaan pelbagai bentuk pada objek. Urutan kepelbagaian bentuk pada objek itu akan membuatkan pemerhatinya tidak merasa bosan. Dari segi saiz dan tekstur setiap objek juga turut berbeza. Setiap rajah juga mempunyai elemen pola. Selain itu, terdapat juga nilai kontras dan dimensi.

            Elemen variasi yang terdapat pada gambar di atas menunjukkan gabungan prinsip lain yang membuatkan gambar ini seolah-olah hidup. Grafik seperti ini biasanya amat menarik perhatian kerana wujud elemen perkataan dan gambar. Perkataan yang ada disekeliling gambar menguatkan lagi penonton untuk mengetahui apakah yang ingin disampaikan. Kebiasaan grafik seperti ini dibuat untuk program berbentuk pertandingan, acara hiburan dan sebagainya.

1.6 Harmoni
Konsep visual yang mampu menimbulkan rasa keyakinan dan menarik minat untuk dilihat. Harmoni juga menjurus kepada grafik yang lebih mententeramkan hati dan perasaan. Murid akan member sepenuh tumpuan kepada keseluruhan gambar.
Keharmonian pada gambar di atas adalah melalui adunan kekemasan dan simplisitinya. Walaupun ringkas, namun ia mampu menarik perhatian. Penggunaan warna latar yang kontras dengan warna kereta mampu menonjolkan kenderaan dan individu yang berdiri dalam gambar tersebut.
Harmoni juga merujuk kepada kesinambungan semua elemen dari segi idea dan buah fikiran. Ini akan membolehkan mata penonton atau murid yang melihat akan tertumpu kepada isi utama yang ingin disampaikan serta dapat mengikuti keseluruhan visual. Harmoni juga mampu menimbulkan rasa yakin



Gambar di atas menunjukkan suasana yang tenang dan mendamaikan. Unsur harmoni yang terdapat pada gambar lebih kepada kejadian alam yang berupa pokok dan tumbuhan. Adunan warna alam seperti hijau dan biru menghadirkan suasana sejuk dan kedamaian apabila melihatnya. Antara prinsip lain yang termuat dalam gambar ini adalah simplisiti yang memperlihatkan gambar ini mudah difahami dan diketahui oleh murid.



 GAMBAR CARI SENDIRI LAH YER.... 














0 comments:

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP