PERMAINAN TING TING DAN FAEDAHNYA KEPADA KANAK KANAK
COPY PASTE ....
…KETINTING…
PENGENALAN KETINTING
Merupakan jenis permainan Laman.
Tujuan permainan ialah untuk mengimbang badan ke padan/ paduk.
Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau tiga (3) orang
seregu sepasukan.
Gelanggangnya adalah permukaan yang rata.
Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada
kanak-kanak lelaki.
Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak
serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di
gelanggang yang agak kecil sahaja.
Di kampung-kampung gelanggang di buat dengan mengoreskan
garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak
yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah.
Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja
yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.
Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari
dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain
bagi setiap gelanggang.
Sekiranya melebihi
dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi
setiap pemain untuk berteng teng.
GELANGGANG DAN GUNDU
Gelanggang Teng Teng
Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut urutan.
Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut urutan.
Gundu
Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.
Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.
CARA BERMAIN
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi
menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu.
Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain
pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu
ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika
pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara
mencampakkan gundu adalah sama.
Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau
terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran.
Pemain lain mengambil giliran pula.
Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan
sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki.
Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan
dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke
petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua.
Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain
terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih
permainan.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan,
setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki
kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat.
Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula
dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak
pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.
Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu
berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku
ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.
MEMBINA RUMAH
- Sebelum pemain membina rumah, acara “kopi O” hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
- Pemain hendaklah memejam mata dan berjalan memijak semua petak sambil menyebut “kopi”.
- Jika pemain memijak di petak yang betul, pengadil pertandingan akan menyebut perkataan “kopi” dan jika pemain memijak petak yang salah atau terpijak garisan, pengadil pertandingan akan menyebut “O”.
- Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya.
- Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati.
- Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian.
- Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.
KEPENTINGAN KEPADA PERKEMBANGAN FIZIKAL
Kanak-kanak berasa
seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan
mereka untuk bermain.
Kanak-kanak dapat
menyihatkan badan.
Dapat meningkatkan kemahiran fizikal.
Dapat meningkatkan kemahiran mengimbang.
Dapat menguji ketepatan mata dan tangan.
KEPENTINGAN KEPADA PERKEMBANGAN INTELEK
Dapat merangsang minda untuk merancang strategi pertandingan.
Memupuk pemikiran
inovatif, kritis dan kreatif.
Meningkatkan keupayaan berfikir.
Memupuk sikap bekerjasama.
Menjadikan minda cergas dan cerdas.
Kanak-kanak dapat menambah pengalaman dan pengetahuan.
KEPENTINGAN KEPADA PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
Dapat merapatkan hubungan antara kawan-kawan.
Dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.
Mendapat ramai kawan.
Membina kemahiran sosial.
Membina kemahiran kendiri yang positif.
Bersikap terbuka dan membentuk nilai-nilai murni dalam diri.
Dapat berinteraksi dengan positif.
Dapat belajar mematuhi peraturan.
0 comments:
Post a Comment