;

Wednesday, March 29, 2017

Zakat dan Golongan Al Gharimin

1.0 Pengenalan
Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”. Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak
õè{ ô`ÏB öNÏlÎ;ºuqøBr& Zps%y|¹ öNèdãÎdgsÜè? NÍkŽÏj.tè?ur $pkÍ5 Èe@|¹ur öNÎgøn=tæ ( ¨bÎ) y7s?4qn=|¹ Ö`s3y öNçl°; 3 ª!$#ur ììÏJy íOŠÎ=tæ ÇÊÉÌÈ  
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah At-Taubah (ayat 103)
(#qßJŠÏ%r&ur no4qn=¢Á9$# (#qè?#uäur no4qx.¨9$# (#qãèÏÛr&ur tAqߧ9$# öNà6¯=yès9 tbqçHxqöè? ÇÎÏÈ  

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56)







2.0 Takrifan Asnaf Zakat

ü  Fakir
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.
ü  Miskin
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.
ü  Amil
Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.
ü  Muallaf
Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam.

ü  Al- Riqab
Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.  
ü  Al-Gharimin
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.
ü  Fisabilillah
Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.  
ü  Ibnu Sabil
Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.

3.0 Pengenalan Al-Gharimin menurut Islam  
Al-Gharimin adalah kata majmuk bagi gharim yang mana bermaksud orang yang berhutang. Manakala al-gharim pula adalah pemiutang. Asal bagi perkataan al-Gharm dari segi bahasa adalah al-Luzum iaitu sesuatu yang melazimkannya. Ini sepertimana firman Allah SWT:
وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا ٱصۡرِفۡ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا
Maksudnya: Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal". (Al-Furqan: 65)
Begitulah azab neraka yang mana pasti melazimkan kebinasaan yang kekal. Dengan itu juga dinamakan dengan al-Gharim bagi mereka yang berhutang kerana hutang itu menjadi kelaziman keatasnya manakala al-Gharim (pemiutang) pula akan selalu melazimi al-Madin (penghutang) untuk menuntut hutangnya.

4.0 Mekanisma kategori Asnaf Gharimin
Terdapat tiga (3) pembahagian al-Gharimin yang masyhur di sisi mazhab al-Syafi’e, iaitu:
·         Pertama: Mereka yang berhutang demi kemaslahatan diri sendiri/keluarga.
Terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan untuk diberikan zakat kepada mereka yang berhutang bagi dirinya sendiri antaranya:
1.      Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya. Sekiranya dia berkemampuan untuk melangsaikan hutangnya, maka tidak diberikan zakat kepadanya.
Sekiranya dia memiliki harta yang hanya dapat menampung sebahagian daripada hutangnya, maka dia layak menerima bantuan zakat untuk menyelesaikan hutang yang berbaki.
Jika individu tersebut mampu membayar hutang setelah dia bekerja dan mampu bekerja, maka dia tetap layak menerima zakat untuk melangsaikan hutangnya kerana dia perlu menyelesaikannya dalam tempoh masa yang mendesak. Ini kerana untuk dia bekerja bagi mendapatkan harta untuk membayar hutang memerlukan tempoh masa yang lebih lama sedangkan keperluan sedia ada buat diri dan juga keluarganya perlu juga diutamakan disamping hutang yang terbeban.
Sifat kaya yang menjadi penghalang bagi kelayakan seseorang yang berhutang daripada menerima zakat adalah apabila dia memiliki wang untuk membayar hutang. Jika dia memiliki tanah, rumah, pakaian, perabot atau pinggan mangkuk tetapi dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar hutang, dia masih layak menerima zakat. Ini disebabkan dia masih memerlukan asset tersebut untuk meneruskan kehidupan seharian.
2.      Perlulah apa yang dihutangkannya itu adalah dalam perkara yang taat atau perkara yang dibolehkan dan bukannya berhutang di dalam perkara maksiat seperti arak dan zina.
3.      Perlulah hutang itu dalam keadaan semasa iaitu sedang berlaku atau telah sampai tempoh untuk dilunaskan. Sekiranya hutang itu ditangguhkan (boleh di bayar dalam masa yang lama) di sini terdapat tiga  pendapat mengenainya:
§  Diberikan juga zakat meskipun hutang itu ditangguhkan. Ini berdasarkan dalil umum yang mengatakan bahawa golongan ini juga pada hakikatnya adalah penghutang.
§  Tidak diberikan zakat kepadanya kerana ianya tidak diperlukan pada waktu tersebut.
§  Diberikan sekiranya tangguhan hutang itu masih berada pada tahun tersebut. Sekiranya tangguhan hutang itu memasuki tahun yang baru, maka tidak diberikan zakat kepada golongan ini.
·         Kedua: Mereka yang berhutang demi kemaslahatan orang yang lain.
Mereka yang berhutang demi kemaslahatan yang lain adalah golongan yang dimuliakan kerana kesanggupannya untuk berhutang demi kemaslahatan yang lain. Ini sepertimana seseorang yang menjadi orang tengah dalam memperbaiki hubungan di antara dua kaum/kabilah yang bertelagah disebabkan harta ataupun darah (membayar diyat dsb.), maka dikeluarkan darinya harta sehinggakan dia terpaksa berhutang, maka golongan ini berhak juga mendapat zakat untuk menutup hutangnya.
Begitu juga bagi mereka yang yang berhutang demi kemaslahatan orang ramai seperti mengasaskan rumah anak yatim, hospital awam, membina masjid dan juga amal-amal kebajikan yang lain sehingga manfaatnya mengalir kepada orang awam. Maka diberikan zakat berdasarkan apa yang dihutangkan olehnya untuk menutup hutang tersebut meskipun dia seorang yang kaya seperti pendapat sebahagian al-Syafi’eyyah.
·         Ketiga: Individu yang menjamin orang yang berhutang.
Penjamin tersebut layak menerima zakat daripada asnaf al-Gharimin dengan syarat:
  • Penjamin dan orang berhutang yang dijamin berada dalam keadaan tidak mampu melangsaikan hutang. Penjamin layak menerima zakat untuk menyelesaikan hutang tersebut.
  • Jika penjamin tidak mampu untuk membayar hutang, manakala orang berhutang yang dijamin mampu, maka penjamin layak menerima zakat jika dia menjamin tanpa kebenaran orang yang berhutang.
  • Jika penjamin mampu membayar hutang, manakala orang berhutang yang dijamin tidak mampu membayarnya, maka orang berhutang itu sahaja yang layak menerima zakat untuk membayar hutang tersebut.

5.0 Kadar Zakat bagi Gharimin
Harta zakat dari baitul mal yang diberikan kepada gharim iaitu sebanyak hutang yang harus dilangsaikan. Kerana tujuan penyaluran zakat untuk gharim hanya sebatas untuk tujuan ini. Ibnu Qudamah rahimahullah berkata, “Gharimin diberi zakat untuk menutup hutangnya walaupun sangat banyak”.
Ibnu Rusyd rahimahullah, penyusun kitab Bidayatul Mujtahid menyatakan, “Gharim diberi dari zakat sejumlah hutangnya jika hutangnya bukan kerana maksiat”
Dalam hal ini, sering terkumpul dua sifat iaitu faqir dan gharim pada seseorang, maka boleh baginya menerima zakat untuk kemiskinannya dan membayar hutangnya. Bila kita teliti dengan cermat, syariat Islam yang sempurna ini ternyata merupakan solusi terbaik dalam rangka menciptakan kestabilan ekonomi umat, di samping niat yang utama adalah dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah Azza wa Jalla dan menjalin ukhuwah Islamiyah di antara kaum Muslimin.

6.0 Kriteria Gharimin berdasarkan pusat zakat
Orang yang berhutang untuk keperluan asasi bagi diri dan tanggungan serta menepati hukum syarak iaitu tujuan hutang hendaklah bukan kerana tujuan maksiat kepada Allah melainkan dia telah bertaubat.
Golongan yang berhutang bagi kemaslahatan diri sendiri adalah seperti memberi nafkah membeli pakaian, melaksanakan perkahwinan, mengubati orang sakit, mendirikan rumah, membeli perabot rumah tangga, mengahwinkan anak atau mengganti harta orang lain yang dirosakkan kerana kesalahan, lupa atau yang seumpamanya. Kadar hutang mestilah dengan tidak berlebihan.
§  Tujuan berhutang adalah supaya dapat memenuhi kadar keperluan yang asas dan bukan bagi tujuan bermewah-mewahan kerana berlebih-lebihan dalam urusan penyediaan yang asas adalah diharamkan ke atas setiap muslim.
§  Orang yang berhutang akibat bencana alam.
§  Orang berhutang untuk membiayai rawatan/perubatan.
§  Orang berhutang yang tidak dapat dielakkan bagi membiayai kos pengeluaran yang asas untuk menampung keperluan asasi.
§  Keterhutangan itu memerlukan penyelesaian yang segera dan tidak boleh ditangguh.
§  Tujuan berhutang adalah supaya dapat memenuhi kadar keperluan yang asas dan bukan bagi tujuan bermewah-mewahan kerana berlebih-lebihan dalam urusan penyediaan yang asas adalah diharamkan ke atas setiap muslim.
§  Orang yang hendak berkahwin tetapi menghadapi kesulitan kewangan; [Kadar bantuan bagi tujuan mengadakan walimah yang diharuskan adalah bersamaan nilai seekor kambing] - rujuk ulasan mufti bertarikh 10 Januari 2012
§  Orang yang berhutang kerana penglibatannya dalam aktiviti kebajikan kemasyarakatan seperti pengurusan anak yatim, rumah rawatan, pembinaan rumah ibadah atau apa-apa  perbuatan baik dalam melayani kehendak/keperluan am kebajikan masyarakat.


0 comments:

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP