;

Wednesday, March 29, 2017

Tarannum dan Pengertiannya

Pendahuluan
Sejarah Tarannum Rasulullah SAW menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari RA dan ramai lagi. Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah b Qis di Kufah (62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini. Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah SAW itu.
Ketika zaman-zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya:A. Misri (Mesir).B. Hijazi (Mekah dan Madinah).C. Iraqi.D. Kurdi (sempadan Iraq dan Turki).E. ‘Ajami (Iran) dan lain-lain.
Aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta menggarabkannya untuk bacaan Al-Quran.
Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonatian, modulation, recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik. 
Tarannum merupakan satu kaedah yang menggunakan kelunakan suara dalam membacakan ayat al-Quran.Manakala suara adalah suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara ke rongga-rongga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain mengikut kehendak yang tertentu.
 Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara.
 Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.Irama: alunan atau bentuk bunyi.
Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh Rasulullah SAW. Sabda Baginda:Maksudnya: Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.
Tarannum juga diistilahkan sebagai satu ilmu atau kaedah seni suara yang yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak berdasarkan kepada kaedah tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya bacaan al-Quran.
 Pengenalan Tarannum Bayyati dan Tarannum Rast

·         TARANNUM AL-BAYYATI
            Perkataan Bayyati bermaksud rumah, Tarannum Bayyati ini pada asalnya dipopularkan oleh qari-qari di Mesir.
Sifat Tarannum Al-Bayyati
·         Lembut disamping tegas.
·         Sesuai dengan tobaqot sederhana.
·         Harmoni.
·         Berunsur ketenangan.
Peranan Tarannum Al-Bayyati
·         Memantapkan persembahan.
·         Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
·         Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
·         Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
·         Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.


·         TARANNUM RAST
            Tarannum Rast berasal dari Parsi (Iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Namun kini Tarannum Rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Rast
·         Gerak lembut disamping ketegasan.
·         Kelembutan alunan.
·         Lincah menyemarakkan.
·         Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
·         Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.


Peranan Tarannum Rast
·         Memberi semangat kepada persembahan.
·         Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
·         Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
·         Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
·         Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
·         Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
·         Membawa kekhusukan dan keinsafan.
·         Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

·         Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

0 comments:

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP