Farsy Huruf dan Talaaqi Musyafahah AlQiraat
1.0 Pengenalan
Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran. Kaedah-kaedah ini digunakan
bertujuan memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam Tilawah
al-Quran iaitu membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat al-Quran. Bagi
memastikan hasil pembelajaran mengikut aras tercapai, guru perlu bijak dalam
memilih kaedah yang sesuai dengan tahap pelajar. Penggunaan kaedah yang pelbagai
juga dapat menimbulkan minat pelajar untuk membaca, menghafaz dan memahami
al-Quran. Antara kaedah yang sering dibincangkan dalam pembelajaran bacaan
Al-Quran ada seperti kaedah Talaqqi Musyafahah, Talaqqi, latih tubi, tikrar,
tasmik dan soal jawab.
Dalam memastikan pengguasaan pembacaan Al-Quran juga perlu
mempelajari bentuk-bentuk bacaan agar bacaan Al-Quran lebih menepati lahjah dan
kehendak ayat yang dibaca. Bentuk-bentuk
bacaan atau lebih dikenali sebagai Qiraat, juga merupakan satu ilmu dari
ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran. Ilmu qiraat
mengajar bagaimana cara untuk menyebut ayat-ayat Al-Quran mengikut
riwayat-riwayat selain daripada riwayat imam Hafs A’n Aa’sim, riwayat ini
adalah riwayat yang kita amalkan setiap hari. Daripada ilmu qiraat juga kita
akan dapat mempelbagaikan jenis-jenis bacaan, tidak hanya terikat dengan
riwayat Hafs A’n Aa’sim sahaja. Ilmu qiraat merupakan ilmu yang harus diketahui
oleh semua manusia yang mengucap dua kalimah Syahadah dan mengaku tubuh badan
dan darah dagingnya beragama Islam.
Sebagaimana yang dibincangkan dalam
ilmu al-Qiraat termasuk perbahasan mengenai kalimah yang khilaf di dalam
al-Quran. Namun dalam ilmu qiraat, kalimah khilaf sendiri mempunyai beberapa
pembahagian dan pengertian sebagaimana yang dirumuskan daripada kata-kata Ibn
al-Jazari dalam kitabnya al-Nashru.
Dalam tugasan ini, saya dikehendaki mengupas khilaf farsy yang
terdapat di dalam surah Al-Falak.
2.0 Konsep Kaedah Talaqqi Musyafahah
Talaqqi pada bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.
Manakala menurut istilah, ialah pertemuan antara guru dan murid secara
bersemuka. Manakala, musyafahah pula bermaksud sebutan daripada mulut ke mulut
yang diambil dari pergerakan dua bibir dan pada istilah bermaksud murid menerima
pengajaran melalui sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya
mengikut guru. Sebagai contoh, seorang guru membaca sepotong ayat kepada
seorang murid, dan kemudiannya murid itu mengikut contoh bacaan guru secara
individu.
Melalui kedua-dua
takrifan tersebut dapat kita fahami bahawa talaqqi al-Qur’an merupakan suatu
proses pembelajaran al-Qur’an antara kedua-dua belah pihak iaitu antara guru
dan murid.Ia juga dikenali sebagai musyafahah yang bermaksud mempelajari bacaan
al-Qur’an secara berguru secara lisan.
Kaedah Talaqqi
Musyafahah merupakan kaedah mempelajari bacaaan al-Quran yang tertua iaitu
berdepan secara langsung di antara guru dengan murid seperti mana yang
dipraktikkan oleh Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. Hal ini jelas melalui
peristiwa di Gua Hira’ ketika al-Quran mula-mula diturunkan kepada Rasullullah
s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Dalam peristiwa itu, Jibril
membaca terlebih dahulu bacaan ayat suci al-Quran dan didengari oleh Rasulullah
s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan
oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah s.a.w terus menghafal ayat berkenan dan
seterusnya membacakan kepada para sahabat. Para sahabat pula meniru bacaan
Rasulullah s.a.w. Bacaan tersebut juga dituliskan dan seterusnya tulisan itu
dibacakan dan dihafalkan.
Sejarah
ini sekali lagi menjelaskan kepada kita bahawa kaedah talaqqi musyafahah ini
telah berlangsung dalam pelbagai gaya mengikut suasana dan tempat. Para sahabat
juga telah menyebarkan rangkaian matan Hadith Nabi kepada umat Islam yang lain
menurut kaedah yang sama, samada secara individu atau berkumpulan. Kehebatan
kaedah ini telah menyebabkan pertalian sanad Hadith masih dapat dikekalkan
dengan baik hingga ke hari ini
Di dalam musyafahah
terdapat dua cara yang selalu digunakan dalam proses pembelajaran dan
pengajaran membaca al-Quran. Pertama adalah dengan cara guru membacakan ayat di
hadapan murid dan didengari murid sahaja. Cara ini disebut al-Mutaqaddimin. Manakala
cara kedua pula, murid membaca di hadapan guru dan guru hanya menyemak serta
membetulkan mana-mana bacaan yang salah. Cara ini sering disebut sebagai cara
al-Mutaakhirin.
Seperti sabda
Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah
s.w.t. menyuruhku agar membacakan al-Quran kepadamu. Jawab Ubay, “Allah
memilihku dan menyebut namaku di sisimu? Jawab Nabi s.a.w., “Allah s.w.t. telah
memilih dan menamakan kamu disisiku.” Maka Ubay pun menangis.
Antaranya ialah firman Allah
s.w.t. di dalam al-Quran berkaitan kaedah Talaqqi ini seperti ;
w õ8ÌhptéB ¾ÏmÎ/ y7tR$|¡Ï9 @yf÷ètGÏ9 ÿ¾ÏmÎ/ ÇÊÏÈ ¨bÎ) $uZøn=tã ¼çmyè÷Hsd ¼çmtR#uäöè%ur ÇÊÐÈ #sÎ*sù çm»tRù&ts% ôìÎ7¨?$$sù ¼çmtR#uäöè% ÇÊÑÈ
(Surah al-Qiyamah:
Ayat 16-18)
Maksudnya: Janganlah
Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Quran Yang
diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai
dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran
itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila
Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka
bacalah menurut bacaannya itu;
$ZR#uäöè%ur çm»oYø%tsù ¼çnr&tø)tGÏ9 n?tã Ĩ$¨Z9$# 4n?tã ;]õ3ãB çm»oYø9¨tRur WxÍ\s? ÇÊÉÏÈ
Dalam Surah al-Isra’
juga, Allah s.w.t. berfirman dalam ayat 106;
Maksudnya: Dan
Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia
Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.
Pengajaran yang
diamalkan ketika itu adalah Talaqqi Musyafahah memandangkan ia adalah cara
terbaik untuk memastikan segala ilmu yang diterima adalah sahih dan mendapat
pengiktirafan dari sahabat sebagai guru mereka.
3.0 Perbezaan Qiraat
Bahwa bangsa Arab, yang padanya Nabi Muhammad SAW itu diutus, mereka
terdiri dari berbagai suku bangsa atau kabilah. Tempat tinggalnya di tanah
tandus padangpasir, hidup secara berkelompok yang berjauhan antara satu
kelompok dengan kelompok yang lain. Bahasa resminya adalah bahasa Arab, yang
masing-masing kabilah itu mempunyai lahjah (dialek, bunyi suara) yang
berbeda-beda. Dari sekian banyak lahjah yang ada, maka lahjah suku Quraisylah
yang paling tinggi mutunya serta paling banyak dipergunakan orang
Allah SWT menurunkan
Al-Qur’an, dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang berbangsa Arab itu, maka sudah
selayaknya kalau Al-Qur’an itu diturunkan dalam bahasa Arab. Seperti telah
diterangkan tadi, bhawa lahjah Quraisy merupakan lahjah yang terbaik dan yang
paling banyak dipergunakan orang, maka sudah pada tempatnya pula kalau yang
dipilih itu juga lahjah Quraisy, sebagaimana Nabi Muhammad itu juga berasal
dari suku Quraisy.
Sahabat-sahabat Nabi
terdiri dari berbagai kabilah yang masing-masing mempunyai lahjah tersendiri,
berlainan antara satu sama lain. Memaksa mereka membaca Al-Qur’an dengan lahjah
yang tidak lazim dan tidak dikuasainya adalah suatu hal yang menyukarkan kepada
ahli qiraat.
3.1 Pengertian
Al-Qiraat
Berdasarkan etimologi (bahasa), qiraah merupakan
kata jadian (mashdar) dari kata kerja qiraah (membaca),
jamaknya yaitu qiraat. Bila dirujuk berdasarkan pengertian terminology (istilah),
ada beberapa definisi yang diperkenalkan oleh ulama berkaitan pengkajian
Al-Quran :
Menurut az-Zarqani.
·
Az-Zarqani mendefinisikan qiraah dalam
terjemahan bukunya iaitu : mazhab yang dianut oleh seorang imam qiraat yang
berbeza dengan lainnya dalam pengucapan al-Qur’an serta kesepakatan
riwayat-riwayat dan jalur-jalurnya, baik perbedaan itu dalam pengucapan
huruf-huruf ataupun bentuk-bentuk lainnya.
·
Menurut Ibn al
Jazari, Ilmu yang menyangkut cara-cara mengucapkan kata-kata al-Qur’an dan
perbezaan-perbezaannya dengan cara menisbatkan kepada penuturnya.
·
Menurut
al-Qasthalani : Suatu ilmu yang mempelajari hal-hal yang disepakati atau diperselisihkan
ulama yang berkait persoalan lughah, hadzaf, I’rab, isbat, fashl, dan washl
yang diperoleh secara periwayatan.
·
Menurut az-Zarkasyi
: Qiraat adalah perbezaan cara mengucapkan lafaz-lafaz al-Qur’an,
baik menyangkut huruf-hurufnya atau cara pengucapan huruf-huruf tersebut,
seperti takhfif (meringankan), tatsqil (memberatkan),
dan atau yang lainnya.
·
Menurut Ibnu
al-Jazari : Qiraat adalah pengetahuan tentang cara-cara melafazkan
kalimah-kalimah Al-Quran dan perbezaannya dengan merujuk kepada penuturnya.
Dengan demikian,
dari penjelasan-penjelasan di atas, maka ada tiga qiraat yang dapat dirumuskan
dari definisi diatas iaitu :
1. Qiraat berkaitan
dengan cara bacaan ayat-ayat Al-Quran yang dilakukan salah seorang iman dan
berbeza cara yang dilakukan imam-imam lainnya.
2. Cara bacaan ayat-ayat Al-Qur’an itu berdasarkan atas riwayat yang
bersambung kepada Nabi. Jadi, bersifat tauqifi, bukan ijtihadi.
3. Ruang lingkup perbezaan qiraat itu berkaitan persoalan
lughah, hadzaf,
4. I’rab, itsbat, fashl, dan washil.
3.2 Sejarah Wujud Perbezaan Qiraat
1.
Latar Belakang
Qiraat
sebenarnya telah muncul semenjak Nabi masih ada walaupun ianya
pada ketika
itu bukan merupakan sebuah disiplin ilmu. Ada beberapa riwayat yang dapat dihubungkan dengan perkara di atas:
a.
Suatu ketika ‘Umar bin Al-Khattab berbeza
pendapat dengan Hisyam bin Hakim ketika membaca ayat Al-Quran. ‘Umar tidak puas
terhadap bacaan Hisyam sewaktu ia membaca surat Al-Furqan. Menurut ‘Umar,
bacaan Hisyam tidak benar dan bertentangan dengan apa yang diajarkan Nabi
kepadanya. Namun, Hisyam menegaskan pula bahawa
bacaannya juga
berasal dari Nabi. Selesai solat,
Hisyam diajak menghadap Nabi lau menceritakan
peristiwa di atas. Nabi menyuruh Hisyam mengulangi bacaannya sewaktu solat
tadi. Setelah Hisyam melakukannya, nabi bersabda yang bermaksud ;
“memang
begitulah Al-Qur’an diturunkan. Sesungguhnya Al-Qur’an ini diturunkan dalam
tujuh huruf, maka bacalah oleh kalian apa yang kalian anggap mudah dari tujuh
huruf itu”.
b. Di
dalam riwayatnya, Ubai pernah bercerita:
“saya
masuk ke masjid untuk mengerjakan solat, kemudian datanglah seseorang dan membaca
surat An-Nahl, tetapi bacaannya berbeza dengan bacaan saya. Setelah selesai, saya bertanya, “Siapakah yang membacakan ayat itu
kepadamu?” ia menjawab, “Rasulullah SAW”. Kemudian, datanglah seseorang
mengerjakan shalat dengan membaca permulaan surat An-Nahl[16], tetapi bacaannya
berbeda dengan bacaan saya dan bacaan teman tadi. Setelah shalatnya selesai,
saya bertanya, “Siapakah yang membacakan ayat itu kepadamu?” Ia menjawab,
“Rasulullah SAW”. Kedua orang itu lalu saya ajak menghadap Nabi. Setelah saya
sampaikan masalah ini kepada Nabi, beliau meminta salah satu kepada dua orang
itu membacakannya lagi surat itu. Setelah bacaannya selesai, Nabi bersabda,
‘Baik. Kemudian, Nabi meminta kepada yang lain agar melakukan hal yang sama.
Dan Nabi pun menjawabnya dengan baik.”
2.
Cara Penyampaian (Kaifiyat Al-Ada’)
Menurut
analisis yang disampaikan Sayyid Ahmad khalil, perbezaan
qiraat itu bermula dari bagaimana seorang guru membacakan qiraat itu kepada
murid-muridnya. Hal itulah yang mendorong beberapa utama mencuba
merangkumi
bentuk-bentuk perbezaan
cara menghafal Al-Qur’an
itu sebagai berikut :
·
Perbezaan
dalam I’rab atau harakat kalimat tanpa perubahan makna dan bentuk kalimah,
misalnya pada firman Allah pada surat An-nisa’ ayat 37 tentang pembacaan “Bil Buhkhli”
(ertinya kikir), disini dapat dibaca dengan harakat “Fatha” pada huruf Ba’-nya,
sehingga dibaca Bil Bakhli, dapat pula dibaca “Dhommah” pada huruf Ba’nya,
sehingga menjadi Bil Bukhli.
·
Perbezaan I’rab dan harakat (baris) kalimah
sehingga mengubah maknanya, misalnya pada firman Allah surah Saba’ ayat 19,
yang artinya “ Ya Tuhan kami jauhkanlah jarak perjalanan kami “. Kata
yang diterjemahkan menjadi jauhkanlah diatas adalah “ba’id karena statusnya fi’il
amar, maka boleh juga dibaca ba’ada yang bererti kedudukannya menjadi fi’il
mahdhi ertinya telah jauh.
·
Perbezaan pada perubahan huruf tanpa perubahan
I’rab dan bentuk tulisannya, sedangkan maknanya berubah, misalnya pada firman
Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 259, yang ertinya “dan lihatlah kepada
tulang belulang keledai itu, kemudian kami menyusunnya kembali.”
·
Perubahan pada kalimah dengan perubahan pada
bentuk tulisannya, tetapi maknanya tidak berubah, misalnya pada firman Allah
dalam surah Al-Qoria’ah ayat : 5, yang artinya “……..dan gunung-gunung
seperti bulu yang dihamburkan “. Dalam ayat tersebut terdapat bacaan “kal-ih-ni”
dengan “ka-ash-shufi” sehingga kata itu yang mulanya bermakna bulu-bulu
berubah menjadi bulu-bulu domba.
·
Perbezaan
pada kalimah
yang menyebabkan perubahan bentuk dan maknanya, misalnya pada ungkapan “thal
in mandhud” menjadi “thalhin mandhud”
·
Perbezaan
dalam mendahulukan dan mengakhirkannya, misalnya pada firman Allah dalam surah
Qof ayat : 19, yang ertinya
“dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya”.
·
Perbezaan
dengan menambahi dan mengurangi huruf, seperti pada firman Allah dalam surah
al-Baqarah: 25, yang ertinya
“…syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya.”
3.3 Sebab-sebab Perbezaan Qiraat
Sebab-sebab
munculnya beberapa qiraat yang berbeza
adalah :
·
Perbezaan
qiraat nabi, ertinya
dalam mengajarkan al-Qur’an kepada para sahabatnya, nabi menggunakan beberapa versi qiraat.
·
Pengakuan dari nabi terhadap berbagai qiraat
yang berlaku di kalangan kaum muslimin waktu itu, hal ini berhubung dialek di
antara mereka dalam mengucapkan kata-kata di dalam al-Qur’an. Contohnya ketika
seorang Hudzail membaca di hadapan Rasul “atta hin”. Padahal ia
menghendaki “hatta hin.
·
Adanya riwayat dari para sahabat Nabi berkait
berbagai versi Qiraat
yang ada.
·
Adanya lahjah atau dialek bahasa
di kalangan bangsa arab pada masa turunnya al-Qur’an.
3.4 Kepelbagaian Qiraat
1. Bilangan Qiraat
·
Qiraah sab’ah (qiraat
tujuh) Kata sab’ah artinya adalah imam-imam qiraat yang tujuh.
·
Qiraat Asyrah (qiraat sepuluh) Yang dimaksud
qiraat sepuluh adalah qiraat tujuh yang telah disebutkan di atas ditambah tiga
qiraat
·
Qiraat Arba’at Asyarh (qiraat empat belas)
o
Yang dimaksud qiraat empat belas adalah qiraat
sepuluh sebagaimana yang telah disebutkan di atas ditambah dengan empat qiraat
lagi, yakni : al-Hasan al-Bashri (w. 110 H), Muhammad bin Abdurrahman (w. 23
H), Yahya bin al-Mubarak al-Yazidi and-Nahwi al-Baghdadi (w. 202 H), Abu
al-Fajr Muhammad bin Ahmad asy-Syambudz (w. 388 H).
2. Kualiti Qiraat
·
Qiraah
Mutawwatir iaitu qiraah yang disampakan kelompok orang yang sanatnya
tidak berbuat dusta.
·
Qiraah Mashur iaitu
qiraah yang memiliki sanad sahih, tapi tidak sampai kualiti mutawatir.
·
Qiraah ahad iaitu
memiliki sanad sahih tapi menyalahi tulisan mushaf uthmani dan kaedah bahasa
Arab, tidak memiliki kemasyuran, dan tidak dibaca sebagaimana ketentuan yang
telah ditetapkan Al-Jazari.
·
Qiraah Maudhu iaitu
palsu
·
Qiraah Syadz iaitu
menyimpang.
·
Qiraah yang
menyerupai hadist mudroj (sisipan).yakni adanya sisipan pada bacaan dengan
tujuan penafsiran.
4.0 Khilaf Farsy Dalam Surah Al-Falaq
Di
kalangan qiraat tujuh terdapat qiraat yang tidak lagi diamalkan seperti Qiraat
Ibn Kathir, Ibn 'Amir, Imam Hamzah dan Qiraat al-Kisai. Namun Qiraat al-Kisai
melalui dua perawinya Abu al-Harith dan al-Duri masih boleh dipelajari melalui talaqqi dengan guru yang mempunyai sanad. Semua
usul Qiraat Tujuh dan khilaf kalimah dalam surah atau disebut Farsy disenarai
dan dicatat dalam bentuk nadham oleh tokoh ilmu qiraat iaitu Imam
Syatibiy (meninggal pada tahun 590 hijrah) melalui kitabnya Hirz al-Amani wa wajh al-Tahani
atau terkenal dengan Matan
Syatibiy.
Dalam kata lain Farsy Huruf
ialah perubahan bacaan yang berlaku pada kalimah-kalimah yang khusus
sahaja.Contohnya bacaan pada kalimah 'maliki' di dalam Surah al-Fatihah, terdapat
riwayat yang membaca pada suku kata 'ma' dengan kadar satu harakat
iaitu 'maliki'. Manakala terdapat pula
riwayat lain yang membaca suku kata tersebut dengan kadar dua harakat iaitu 'maaliki'.
(Bacaan daripada riwayat ini yang kita praktikkan).
Namun ia bukanlah suatu yang
tetap di mana suatu riwayat itu mesti membaca dengan kadar yang sama setiap
kali bertemu dengan kalimah 'maliki' di dalam al-Quran. Contohnya dalam
bacaan kita di dalam Surah al-Nas pada ayat'malikinnas'. Kita membaca suku
kata 'ma' dengan kadar satu harakat sahaja, bukan dengan kadar dua harakat.
Metod pengajaran ilmu Qiraat pula mestilah
menghafaz matan Syatibiy ini dan guru akan
memperkenalkan kaedah membaca qiraat secara jamak. Dengan maksud semua khilaf qiraat yang ada dalam sesuatu ayat
akan dibaca pelajar bermula dengan Qiraat Nafei hingga Qari yang ketujuh iaitu
Imam al-Kisai. Maksud penulis, Qiraat al-Kisaei tidak diamalkan dalam sudut
menjadikannya bacaan rasmi negara Islam sebagaimana riwayat Hafs daripada Imam
'Asim yang kebanyakan dunia Islam membacanya.
Begitu
juga riwayat Warsy yang mendominasi negara Islam di utara Afrika atau riwayat
Qalun yang menjadi bacaan umat Islam di Libya. Namun Qiraat al-Kisaei kini
tidak dijadikan riwayat rasmi di mana-mana negara Islam.
Walaupun
begitu, Qiraat al-Kisaei pada satu masa dahulu diamalkan di Kufah iaitu tempat
Imam al-Kisaei bermukim. Ramai ulama meriwayat Qiraat al-Kisaei melalui
perawinya Abu al-Harith dan al-Duri.
Secara umumnya bacaan al-Kisaei ada persamaan
dengan bacaan gurunya Imam Hamzah khususnya pada imalah kalimah yang mempunyai huruf ya diakhirnya.
Kelainan Qiraat al-Kisaei berbanding Qiraat
Tujuh yang lain adalah membaca imalah pada ha
ta'nith yang berada pada
akhir kalimah seperti al-malaikah.
Perawi pertama yang meriwayat Qiraat al-Kisaei
ialah Abu al-Harith al-Baghdadi. Menurut Al-Dani, Abu al-Harith adalah murid
terunggul al-Kisaei dan bertalaqqi dengannya.
Abu al-Harith menjadi penyambung penyebaran
Qiraat al-Kisaei. Ramai yang bertalaqqi dengannya antaranya Salamah Ibn 'Asim,
Muhammad Ibn Yahya al-Kisaei al-Soghir dan al-Fadhl Ibn Syazan Ya'qub Ibn
Ahmad. Abu al-Harith meninggal dunia sekitar tahun 200 hijrah.
Perawi
kedua al-Kisaei ialah Abu Umar al-Duri. Jika dilihat senarai para perawi Qiraat
bermula dari perawi Imam Nafei' hinggalah perawi Imam Ketujuh Imam al-Kisaei
kita dapati semuanya orang yang berbeza. Kecuali al-Duri yang menjadi perawi
Imam Abu Amru dan al-Duri juga adalah perawi kepada Imam al-Kisaei.
Al-Duri meriwayat Qiraat Abu Amru melalui
perantaraan yang merupakan murid kepada Abu Amru iaitu Yahya al-Yazidi.
Manakala Qiraat al-Kisaei, beliau meriwayat secara talaqqi daripada gurunya al-Kisaei.
Justeru
dalam buku Qiraat apabila menyatakan tentang bacaan al-Duri, mereka akan
menyebut al-Duri al-Kisaei atau menyebut al-Duri Abu Amru bagi mengelak
kekeliruan mana satukah al-Duri yang dikehendaki.
Dengan berakhirnya cerita Imam al-Kisaei dan
perawinya maka sempurnalah pengenalan Qiraat Tujuh yang merupakan qiraat mutawatirah dan kesemuanya sah dibaca dalam
sembahyang.
Farsy
Huruf dalam Surah Al-Falaq.
Warsy membaca dengan Naqal (pindah) iaiatu
dengan mindahkan baris huruf hamzah kepad aruf yang mati sebelum hirif hamzah
dan huruf hamzah tersebut di hazaf (buang). Khalaf membaca dengan Saktah (
dengan Khilaf) pada tempat atau bacaan yang dinaqalkan oleh Warsy dalam keadaan
bacaan sambung (wasal).
Kesimpulan
Dalam proses pengajaran bacaan Al-Quran, tidak dapat tidak kita
perlu mempelajari kaedah-kaedah membaca Al-Quran yang telah dipraktikkan oleh
Nabi Muhamaad S.A.W dan para sahabat baginda. Ulama Qurra juga telah
menkategorikan beberapa kaedah yang jelas dan boleh menjadi panduan kepada
tenaga guru yang mengajar Al-Quran. Kaedah-kaedah yang diperkenalkan dalam
strategi pengajaran dan pembelajaran, keseluruhannya adalah baik dan berkesan
bagi setiap guru dalam menyampaikan pengajaran. Keberkesanan kaedah ini adalah
bergantung kepada kebijaksanaan guru menyesuaikannya dengan tahap pencapaian
pelajar serta suasana persekitaran dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai.
Alquran yang juga merupakan mukjizat Nabi yang paling agung mengandungi hikmah
dan fadhilat yang tersendiri. Fadilat al-Quran
bukan sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak
manfaat.Antaranya ialah seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w yang bermaksud
:”Sesiapa yang mendengar ( bacaan ) satu ayat dari kitab Allah( Al-Quran ),
maka ayat itu menjadi nur ( cahaya ) baginya”. Riwayat Ibnu Abbas r.a. Sabda Rasulullah SAW begitulah al-Quran diturunkan. Kemudian Rasulullah
saw berkata: Baca wahai Umar! Lalu aku membacanya, sabda Rasulullah SAW:
Begitulah ia diturunkan. Dan Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya al-Quran itu
diturunkan dengan tujuh huruf maka bacalah kamu yang mudah daripadanya. Hadis ini
memberi maksud bahawa berlakunya khilaf bacaan di kalangan para sahabat r.a. Bacaan
al-Quran yang diwarisi kepada generasi sekarang adalah dengan cara mempelajari
dari guru. Ia berterusan begitu dari zaman Rasulullah hingga ke masa kita
sekarang ini. (3158 patah perkataan)
0 comments:
Post a Comment