;

Thursday, March 19, 2015

Apa itu Perundangan Islam ?

Perundangan Islam berdasarkan kepada prinsip meletakkan hukuman. Untuk pengetahuan anda, perundangan Islam ialah satu sistem perundangan yang meliputi undang-undang yang ditetapkan oleh Allah dan undang-undang yang ditetapkan oleh manusia (mujtahid). Kaedah dan sumber yang digunakan adalah melalui mekanisme ijtihad. Undang-undang Islam merupakan sebahagian daripada syariah Islam yang luas. Syariah sebagai satu aspek yang berbeza daripada akidah dan akhlak syariah lebih menumpukan kepada aspek amaliyyah. Aspek amaliyyah pula meliputi bidang ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. 

Lagi tentang pengkajian ini di sini 

Wednesday, March 18, 2015

Penerokaan dan Pengalaman Dalam Permainan Ting ting

PERMAINAN TING TING
Permainan Tingting 

Permainan ini hanya memerlukan di gelanggang yang kecil sahaja.
Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang sahaja. Sekiranya lebih,ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk bermain kerana gelanggang ting-ting hanyalah bersaiz kecil sahaja.

Dikawasan kampung, gelanggang dibuat dengan hanya mengoreskan nya di atas tanah manakala di kawasan perumahan yang tidak mempunyai halaman kapur bertulis akan digunakan untuk dilukis di atas jalan bertar. Ada sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang.
i) membina rumah
Bagi membina rumah pemain perlulah berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan     permulaan dan mencampakkan kedalam mana-mana petak dan disitulah kedudukkan rumahnya. Sekiranya gundu yang dibaling terkena diatas garisan maka pemain tersebut dikira kalah. Setiap pemain haruslah memijak kedua-dua belah kaki di petak rumah dan tidak dibenarkan memijak petak rumah lawan. Sekiranya pemain memijak atau lupa maka ianya dikira kalah.
ii) Pemenang:  Pemenang di kira berdasarkan jumlah rumah terbanyak yang dapat di kumpulkan oleh pemain.
iii) Pemati : Pemain dikira mati sekiranya buah dilontar atau kaki terkena pada garisan petak. Pemain juga dianggap mati apabila memijak dua belah kaki serentak kedalam sayap.

Di kawasan kampung,gelanggang dibuat hanya menggoreskannya di atas tanah sahaja. Gelanggang ini memerlukan kawasan yang rata untuk menggoreskannya. Di kawasan perumahan atau pekan yang tiada halaman bertanah,mereka menggunakan kapur tulis untuk dilukis di kawasan jalan bertar. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang.

Selain dari gelanggang,gundu atau buah teng-teng juga penting dalam permainan ini. Gundu mestilah berbentuk leper dan anggaran saiz bagi gundu adalah sebesar duit syiling 50sen. Antara benda yang boleh dijadikan gundu ialah pecahan pinggan,kepingan besi dan batu yang leper. Gundu berperanan sebagai tanda bagi para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka di petak gelanggang.

Permainan ketingting juga menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menemui potensi ekspresif diri melalui lakaran, pergerakan dan visual mereka.
            Bahasa-bahasa simbol digunakan untuk membuat eskpresi dalam aktiviti-aktiviti pergerakan, lompatan dan balingan. Ini membantu kanak-kanak untuk merasa, menyentuh, dan mendengar serta melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Kanak-kanak meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain.
            Dalam permainan seperti ini juga akan menzahirkan emosi dan ekpresi tertentu dikalangan kanak-kanak. Media-media ekspresi boleh dilihat dalam bentuk catan, tubuh badan, suara atau bunyi. Apabila ia digabungkan  secara harmoni, ekspresi yang terhasil menjadi estetik.
 Bentuk Ekspresi :
a.       Perasaan
b.      Lisan
c.       Reaksi
d.      Emosi
e.       Bukan Lisan
f.       Idea
g.      Menggambarkan

h.      Menghasilkan

Download Bahan di SINI  versi ppt 

Sistem Penyampaian Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer

Pendahuluan
Tidak dapat dinafikan bahawa kepelbagaian kaedah penyampaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung mampu memberikan motivasi tempatan kepada murid-murid terhadap pengajaran tersebut (Moores, 1987). Penggunaan kaedah tradisional seperti “chalk and talk” kini menjadi kurang relevan. Isu ini sering dijadikan bahan perbualan di kalangan pentadbir pendidikan dalam usaha memartabatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan diikuti oleh pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 telah menekankan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan aktiviti murid. Pendek kata kata konsep pengajaran dan pembelajaran bukan lagi daripada guru kepada murid, tetapi murid kepada guru dan murid kepada murid.

Dalam hal ini penggunaan beberapa instrumen pengajaran dan pembelajaran juga semakin meningkat. Dalam hal ini, peranan komputer kini dikatakan mendominasi sistem pengajaran dan pembelajaran. Mengapa berlaku demikian? Ini semua disebabkan oleh konsep komputer itu sendiri yang dapat memberikan sangat banyak pilihan kepada penggunannya seperti penggunaan video, audio, grafik, bunyi dan sebagainya.


Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer
Pengajaran Pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah menjadi suatu perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Ini kerana penggunaan PPBK ini secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. Apakah yang dimaksudkan dengan PBK. Menurut Sander (1987), PPBK merupakan suatu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar berinteraksi dan dibimbing komputer melalui satu proses pembelajaran yang terancang untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Manakala Moursund (1980) pula menyatakan PBK ini adalah untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar, di mana berlaku interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar untuk membantu mereka tentang bahan yang dipelajari.

Secara umumnya, PPBK ini mengandungi nota, soalan dan ulangkaji. Kebolehan komputer dalam mengintegrasikan unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik untuk membentuk perisian ini.
Ini sudah tentu membawa makna besar dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, khusunya dalam bidang pendidikan. Dengan kata lain PPBK ini merujuk kepada penggunaan alat pengarangan yang mengabungkan media video, bunyi, teks, animasi dan grafik bagi tujuan menyampaikan maklumat dengan cara yang bermutu serta berkesan.


lagi makumat mengenai tajuk ini di SINI 

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP