;

Wednesday, January 28, 2015

Sejarah dan Garis masa Internet

Salam dan slmt sejahtera .... rakan2 OUM ...



Internet, atau Net, adalah satu gabungan rangkaian komputer seluruh dunia yang merangkaikan perniagaan, kerajaan, institusi pengajian dan sebagainya. Setiap rangkaian yang bersambung kepada Internet menawarkan perkhidmatan, maklumat dan kemu-dahan kepada pengguna. Sebagai contoh, sebuah bank boleh berada di Internet dan menawarkan perkhidmatan perbankan kepada pengguna-pengguna seperti CIMBklik, BankIslam.biz. 

Pada 1950an, kerajaan USA telah menubuhkan ARPA (Advance Research Project As­sociation) untuk menggalakkan penyelidikan antara universiti dan kerajaan. Di antara matlamat ARPA adalah untuk meningkatkan penyelidikan dalam rangkaian komputer dan mencari jalan bagaimana meningkatkan produktiviti melalui perkongsian sumber komputer. Fokus utama ialah mewujudkan satu kaedah perkongsian sumber komputer dan penggunaan rangkaian komputer sebagai satu alat komunikasi.
Hasil dari usaha ini, satu rangkaian komputer yang dinamakan ARPANET telah di-tubuhkan pada 1969. Ia menghubungkan empat komputer yang berada pada lokasi yang berasingan iaitu University of California at Los Angeles (UCLA), Universiti Of Califor­nia at Santa Barbara (UCSB), University of Utah dan Stanford Research Institute (SRI)
Selepas tempoh tersebut, lebih banyak universiti dan pusat penyelidikan menyertai AR-PANET.
Para penyelidik mula menyedari kebaikan menggunakan ARPANET dimana mere-ka boleh berkongsi sumber komputer dan berkongsi maklumat. Pada 1972, kemudah-an e-mel diperkenalkan dalam ARPANET , dan merupakan kemudahan yang paling banyak digunakan. Selain dari e-mel, rangkaian tersebut juga mempunyai kemudahah ftp(ĕle transfer protocol), iaitu satu kaedah memindah fail dari satu komputer ke kom-puter lain melalui rangkaian. Pada 1979, USENET telah dihasilkan, iaitu satu kaedah untuk mewujudkan medan perbincangan dalam talian.
Pada dekad 1970an, terdapat banyak rangkaian komputer yang digunakan di pusat penyelidikan, universiti dan organisasi. Namun demikian, rangkaian-rangkaian ini ti-dak boleh berkongsi data antara satu sama lain kerana setiap rangkaian menggunakan kaedah penghantaran data yang berbeza. Usaha telah ditumpukan untuk mencipta sa-tu kaedah yang membolehkan semua rangkaian komputer, yang terdiri dari komputer yang berlainan jenama, untuk mampu berkongsi data atau berkomunikasi antara satu sama lain. Kaedah yang diperkenalkan untuk menyelesaikan masalah ini dinamakan TCP/IP(Transfer Control Protocol/Internet Protocol) . Rangkaian komputer pertama menggunakan TCP/IP adalah ARPANET, yang kemudiannya menjadi asas kepada pe-nubuhan internet.
Kejayaan ARPANET dalam menghubungkan berbagai rangkaian komputer melalui TCP/IP, berkongsi sumber dan sebagai alat komunikasi (e-mel, p, USENET) telah me-nyebabkan banyak universiti dan organisasi ingin menyertai ARPANET. Pada masa itu, terdapat juga beberapa rangkaian selain dari ARPANET seperti FidoNet, CSNET dan BitNET. Rangkaian-rangkaian telah dihubungkan kepada rangkaian ARPANET dengan menggunakan TCP/IP. Gabungan berbagai rangkaian-rangkaian (ARPANET, FidoNet, CSNET, BitNET dan sebagainya) ini kemudiannya dikenali sebagai Internet(inter networking).
Pada 1982, ARPANET menggunakan TCP/IP secara keseluruhan. Pada tahun 1983, kaedah DNS(Domain Name Server) diperkenalkan. DNS merupakan satu kaedah di mana setiap komputer di internet diberikan satu nama khusus seperti www.ukm.my, pkrisc.cc.ukm.my, tm.net.my, www.jaring.my. Setiap nama ini akan di-padankan dengan satu jujukan nombor yang disebut nombor IP yang unik. Setiap kom-puter akan mempunyai nama dan nombor IP yang unik. Sebagai contoh, nama kom-puter www.ukm.my dipadankan dengan nombor 202.185.48.7.
Pada tahun 1984, NFS(National Science Foundation) di USA telah menubuhkan NFSNET, satu rangkaian berkelajuan tinggi untuk menghubungkan universiti dan pusat penyelidikan dengan komputer berkuasa tinggi. Pada 1986, NSFnet telah dihubungkan dengan ARPANET. Gabungan NFSnet dan ARPANET ini kemudian dikenali sebagai Internet.
Pada tahun 1990, rangkaian ARPANET dihentikan dan fungsinya diganti oleh NFS-net. NFSnet selanjutnya telah digantikan sedikit demi sedikit dengan dengan rangkaian komersial. NFSnet ditamatkan pada tahun 1995.
Dewasa ini, Internet mengandungi pelbagai rangkaian tempatan, kebangsaan dan international. Pelbagai syarikat kini menguruskan rangkaian Internet. Struktur Internet kini diuruskan oleh pihak swasta dan kerajaan. Namun, tiada satu entiti yang menguasai atau mempunyai hak keatas Internet.
Satu badan W3C ditubuhkan untuk menetapkan piawai dan garis panduan penggu-naan Internet. Maklumat utama W3C untuk membantu dalan pembangunakan Inter­net dengan menasihati, menyediakan piawai dan menguruskan masalah yang timbul.
Pada awal dekad 90an, internet masih lagi sukar digunakan. Penggunaan yang uta-ma adalah e-mel, ftp dan USENET. Pada tahun 1989, Tim Berners-Lee telah menca-dangkan satu kaedah berasaskan hiperteks untuk menyebarkan maklumat dalam inter-net. Pada 1990, Berners-Lee telah memperkenalkan HTTP(Hypertexts Transfer Pro­tocol) , iaitu satu protokol yang boleh digunakan untuk mengaitkan maklumat secara hiperteks berasaskan rangkaian. Kaedah ini telah digunakan untuk membangunkan WWW(World Wide Web), iaitu satu jalinan maklumat berasaskan hiperteks yang mem-punyai ciri-ciri mesra pengguna, graĕk, video, audio dan sebagainya.
Pada 1992, peluncur WWW yang pertama, Mosaic, telah dicipta dan diberikan percuma pada pengguna. Perisian ini dianggap sebagai perisian killer application, iai-tu satu applikasi yang telah berjaya mempopularkan Internet kepada pengguna awam. Pada akhir 1993, terdapat lebih 500 pelayan WWW yang menawarkan berbagai jenis maklumat seperti teks, graĕk, audio dan video. Dengan menggunakan Mosaic, peng-guna boleh meluncur Internet dengan mudah. Pada mulanya, penggunaan WWW ter-had kepada universiti dan pusat penyelidikan. Ia kemudiannya disertai oleh pengguna-pengguna awam dan organisasi komersial. Pada ketika itu, adalah menjadi satu tren untuk pengguna mempunyai laman web peribadi di Internet.
Pada Januari 1997, terdapat 640,000 pelayan Web dan 50 juta dokumen WWW di Internet. Pada masa yang sama, pengguna Internet mulai berkembang dengan pesat-nya. Adalah dianggarkan pengguna Internet akan berganda setiap 18 bulan. Terdapat berbagai dongeng tentang asal usul Internet. Satu daripadanya ialah, Internet berasal dari satu projek DOD(Department of Defence) di USA untuk membina rangkaian yang mampu bertahan dari serangan nuklear. Cerita ini adalah tidak benar dan tidak ada kaitan dengan Internet.

Internet2 adalah satu rangkaian baru yang ditubuhkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan. Ia dimulakan pada tahun 1996, dan dianggotai oleh lebih 200 uni-versiti dan pusat penyelidikan.


Bahan dari maklumat di atas ni adalah copy paste ...  .... Lagi maklumat klik SINI ler.... sini jugak 


Monday, January 5, 2015

Sejarah Teknologi dalam Pendidikan di Malaysia

Lagi info 
i-think salah satu alat KBAT 

Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta bentuk, menilai dan mengurus penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat terkawal.[1]
Teknologi pengajaran juga boleh bermaksud sebagai alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran di samping guru, buku teks dan papan hitam.

Secara mudahnya, teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Teknologi boleh jadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi ia juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas, termasuk sistem, kaedah penyusunan, dan teknik.

Program Teknologi Pendidikan mula diperkenalkan di dalam sistem pendidikan negara semenjak sebelum Merdeka, melalui alat bantu mengajar.  Melalui penggunaan  alat-alat bantu mengajar seperti filem jalur secara terancang, dapat menjelaskan konsep pembelajaran dan memperkayakan suasana pembelajaran dengan bantuan gambar, teks dan audio.
Pada tahun 1949, sebuah Jawatankuasa Ad-Hoc Alat Pandang Dengar (APD) Persekutuan telah dibentuk bagi menyelaraskan penerbitan topik-topik tempatan dan penggunaan alat bantu mengajar. Dengan perkembangan penerbitan bahan dan keperluan khidmat nasihat yang berterusan ke atas pengurusan dan penggunaan alat-alat tersebut, maka Jawatankuasa Alat Pandang Dengar Negeri dan Pusat Alat Pandang Dengar Negeri ditubuhkan pada tahun 1950-an. Pada tahun 1956, satu Jawatankuasa sepenuh masa dibentuk dan diketuai oleh seorang Setiausaha Alat Pandang Dengar.
Pada peringkat awal, perkhidmatan Unit Alat Pandang Dengar diletakkan di bawah Bahagian Latihan Guru, memandangkan guru-guru digalakkan menggunakan APD dalam proses pengajaran masing-masing. Dengan perombakan Kementerian Pelajaran pada tahun 1963, Unit APD dipindahkan ke Bahagian Sekolah-Sekolah dan seterusnya telah menubuhkan sebuah Pusat APD Kebangsaan dan 302 buah Pusat APD Daerah di seluruh negara untuk memberi perkhidmatan kepada 1.500 buah Sekolah Rendah Kebangsaan.
Usaha untuk memperluaskan penyampaian pendidikan ke kawasan-kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia diteruskan dengan melancarkan Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah pada tanggal 2 Mei 1966. Usaha ini merupakan kerjasama di antara Kementerian Penerangan dan Penyiaran dan Kementerian Pelajaran. Penumpuan diberikan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Seterusnya, pada tahun 1967, perkhidmatan ini diperluaskan ke sekolah-sekolah menengah.
Pada tanggal 18 Mei 1970, Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah telah diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran, tetapi Kementerian Penerangan dan Penyiaran terus menyediakan kakitangannya sehingga Kementerian Pelajaran mengganti kakitangannya sendiri pada satu tempoh yang sesuai kelak.
Pada akhir 1960-an, konsep multi-media telah berkembang dan diyakini berpotensi untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan pelancaran siaran rancangan television pada tahun 1963, Kementerian Pelajaran telah menjalankan dua projek rintis pada tahun 1965 di sekolah rendah dan pada tahun 1966 di sekolah menengah untuk mengkaji kesesuaian mengadakan perkhidmatan TV Pendidikan. Dapatan ke atas  kajian amat menggalakkan dan mencadangkan untuk menubuhkan Perkhidmatan Televisen Pendidikan.Pada tahun 1968, Kementerian Pelajaran telah melantik En. Alan Hancock dari The Centre for Educational Television Overseas (London) menjalankan kajian tentang kemungkinan menggabungkan perkhidmatan alat bantu mengajar, radio pendidikan dan television pendidikan. Hasil laporan yang dikemukakan dan disokong dengan perkembangan konsep multi-media yang berpotensi untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran, dalam tahun 1971, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Projek penubuhan TV Pendidikan pula dimasukkan sebagai salah satu projek perkembangan pendidikan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Pada 19 Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein.
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah diwujudkan pada 19 Jun 1972 dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan.  Kelulusan untuk mewujudkan BTP dibuat oleh Kabinet dalam tahun 1971.  Fungsi utamanya pada ketika itu ialah memberi perkhidmatan siaran radio, perkhidmatan alat pandang-dengar dan perkhidmatan siaran TV ke sekolah-sekolah.  Dalam tahun 1988, nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan ditukar nama kepada Bahagian Teknologi Pendidikan apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber sekolah.  Kini,  BTP mempunyai 11 sektor dan 15 BTPN.

Pada 21 April 2006, BTP telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000 Quality Management Systems-Requirements. Sistem ini dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh BTP mempunyai standard kualiti yang dikehendaki.

Kiamat dah cukup dekat ! 15 Perkara yang mengundang bala Allah

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: 


"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana" iaitu: 

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja. 

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa). 


3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri. 


4. Apabila suami terlalu mentaati isteri


5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing. 


6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri. 


7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising. 


8
. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid. 


9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka. 


10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya. 


11. Apabila arak menjadi minuman biasa. 


12. Apabila lelaki memakai sutera. 


13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki. 


14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik. 


1
5. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi. 


Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP