Persediaan Seminar Tugasan EPIC
Seminar merupakan suatu pertemuan atau persidangan untuk
membahas suatu masalah di bawah pimpinan ketua sidang. Pertemuan atau
persidangan dalam seminar biasanya menampilkan satu atau beberapa pembicaraan
dengan makalah atau kertas kerja masing-masing. Seminar biasanya diadakan untuk
membahas suatu masalah secara ilmiah. Yang terlibat adalah orang yang ahli
dalam bidangnya. Seminar tentang pemasaran suatu produk, tentu dihadiri oleh
para pakar bidang pemasaran. Seminar pendidikan tentu saja dihadiri oleh para
ahli pendidikan. Sementara itu, peserta berperan untuk menyampaikan
pertanyaan, ulasan, dan pembahasan sehingga menghasilkan pemahaman tentang
suatu masalah.
Dalam melaksanakan sebuah seminar maka harus diperhatikan
beberapa hal agar pelaksanaan seminar dapat berjalan dengan baik. Dalam seminar
semua perangkat seperti moderator, penyaji dan notulis harus dapat bekerja
sesuai dengan fungsinya masing – masing. Untuk itu pada makalah ini akan
dibahas mengenai tata cara seminar yang baik.
PERINGKAT
PENYELENGARAAN SEMINAR
Dalam proses
penganjuran seminar perlu merangkumi
peringkat persediaan, perlaksanaan dan hasil selepas seminar.
·
PERINGKAT PERSEDIAAN
Pada peringkat ini beberapa
gerak kerja yang terlibat adalah langkah pertama penyediaan kertas cadangan
penganjuran untuk memohon kelulusan dari pihak yang berkaitan. Antara kandungan
yang perlu ada dalam kertas cadangan tersebut adalah berkaitan maklumat
berkaitan rasionalnya program yang ingin dijalankan, objektif penganjuran,
sasaran peserta, tarikh, lokasi. Bagi penyediaan kertas cadangan yang baik dan
memenuhi standard mestilah mempunyai tajuk, kepada siapa kertas cadangan, latar
belakang, tujuan seminar, asas penganjuran, butir-butir seminar, implikasi
kewangan, implikasi keselamatan, syor kertas cadangan.
Langkah kedua mengadakan
mesyuarat dan pembentukan jawatankuasa seminar. Kebiasaannya terdapat dua
jawatankuasa iaitu jawatankuasa induk dan jawatankuasa kecil. Umumnya,
jawatankuasa induk akan membuat keputusan keseluruhan pengurusan seminar
termasuk perkara-perkara berkaitan acara, tetamu kehormat, ucap utama,
speakers. Hasil keputusan yang dibuat akan dilaksanakan oleh jawatankuasa
kecil. Antara yang terlibat dalam jawatankuasa induk seperti penaunga,
penasihat, pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, bendahari dan semua
pengerusi jawatankuasa kerja.
Langkah ketiga adalah
menguruskan perserta dan speakers yang akan terlibat. Bahagian ini melibatkan
jemputan speakers dan peserta samada dari dalam atau luar negara. Turut melibatkan
tugas menguruskan kertas kerja yang akan dibentangkan oleh speaker dalam
seminar tersebut. Sehubungan itu beberapa tugas perlu diberi perhatian
antaranya mengenalpasti pembentang kertas kerja, menyediakan risalah atau
brosur, mendapatkan nota dan mengadakan taklimat. Turut tidak kurang pentingnya
bahagian ini untuk menyediakan satu pengkalan data yang mengandungi maklumat
berkaitan seminar seperti jumlah peserta, data asas berkaitan peserta dan
pembentang kertas kerja sehingga kepada soalan-soalan yang ditanyakan peserta.
p/s ... cukup ler kut yer bg idea jer kat korang ...
0 comments:
Post a Comment