Wednesday, March 18, 2015
Wednesday, February 11, 2015
PERMAINAN TING TING DAN FAEDAHNYA KEPADA KANAK KANAK
Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut urutan.
Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.
- Sebelum pemain membina rumah, acara “kopi O” hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
- Pemain hendaklah memejam mata dan berjalan memijak semua petak sambil menyebut “kopi”.
- Jika pemain memijak di petak yang betul, pengadil pertandingan akan menyebut perkataan “kopi” dan jika pemain memijak petak yang salah atau terpijak garisan, pengadil pertandingan akan menyebut “O”.
- Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya.
- Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati.
- Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian.
- Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.
Posted by Mohd Shahril at Wednesday, February 11, 2015 0 comments
Sunday, February 8, 2015
Persediaan Seminar Tugasan EPIC
Posted by Mohd Shahril at Sunday, February 08, 2015 0 comments
Labels: epic, persidangan, profesional keguruan, seminar
Wednesday, January 28, 2015
Sejarah dan Garis masa Internet
Posted by Mohd Shahril at Wednesday, January 28, 2015 0 comments
Labels: garis masa, internet, komputer, pendidikan, timeline
Monday, January 5, 2015
Sejarah Teknologi dalam Pendidikan di Malaysia
![]() |
| i-think salah satu alat KBAT |
Pada 21 April 2006, BTP telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000 Quality Management Systems-Requirements. Sistem ini dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh BTP mempunyai standard kualiti yang dikehendaki.
Posted by Mohd Shahril at Monday, January 05, 2015 0 comments
Kiamat dah cukup dekat ! 15 Perkara yang mengundang bala Allah
Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana" iaitu:
1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.
Posted by Mohd Shahril at Monday, January 05, 2015 0 comments











