;

Friday, September 11, 2015

Reliance Ultimate Solutions menipu orang ramai !

Apa yang akan aku dedahkan ini merupakan pengalaman aku dalam join bisnes 'atas angin' ini. Kenapa aku kata biz atas angin ... modal kita keluar biz orang lain urus, kita amik beberapa peratus keuntungan mengikut perjanjian. 
Pada awal Julai 2011, aku telah menerima panggilan telefon yang menawarkan baucer penginapan di hotel bertaraf 5 bintang. Berbagai tawaran menarik yang diperbualkan, sehinggalah yang menelefon itu menyuruh aku menuntut baucer ini dari sebuah syarikat yang berpengkalan di Bukit Mertajam. Mulanya aku langsung tidak berminat, namun mereka tidak pernah jemu menelefon untuk mengajak aku pergi ke syarikat mereka bagi mendengar taklimat. Awal Ogos 2011, aku pun pergi ke bangunan syarikat ini yang terletak di Bukit Mertajam. 
Papan Tanda bangunan


Pada pertemuan pertama aku dikisahkan dengan panjang lebar tentang bisnes Vanding Machine, di mana aku dikehendaki membeli satu mesin air yang akan diletakkan dilokasi tumpuan dan dijamin akan mendapat keuntungan. Kutipan bulanan akan dibahagikan 82% bagi pemilik mesin dan 18 % bagi syarikat. Nak jadi cerita, lama juga aku mengambil masa untuk berfikir samada nak join atau tidak bisnes nie.... fikir punya fikir .. dipendekkan cerita pada 7 Ogos 2011 aku pun join dengan membeli satu mesin air ini bernilai 24,888.00 dan diletakkan di sebuah kilang iaitu Southen Steel Perai. 
Antara nama yang terlibat dalam perbincangan awal ini adalah Mr. Quek, Mr. Raj, dan Shanti. 

Vanding Machine

Sejak dari itu, income yang dijanjikan dimasukkan mengikut perjanjian iaitu sebelum 6hb tiap-tiap bulan. Bulan yang pertama di mana, income yang aku dapat hampir RM900.00, membuatkan aku rasa berbaloi join bisnes nie. Begitulah berlangsung tanpa aku sedari akan ditipu dalam bisnes ini. Dari bulan ke bulan, income semakin menyusut sehingga ke paras minima RM550, iaitu paras yang diinsurankan kata mereka. Setelah setahun, income yang aku dapat masuk ke akaun mengikut jadual, mulalah terjadi masalah yang aku tidak jangka sama sekali. Income mula tidak dimasukkan mengikut jadual, malah sehingga 3 bulan lamanya tidak ada lagi income yang diberikan. Berbagai alasan diberikan oleh pihak syarikat apabila ditanya tentang income yang bermasalah. 

Aku akan sambung lagi cerita ini ....

Satu team telah dibentuk untuk mengumpulkan mangsa2 syarikat ini .... lagi maklumat lanjut email ke msi_03@yahoo.com 










Thursday, March 19, 2015

Apa itu Perundangan Islam ?

Perundangan Islam berdasarkan kepada prinsip meletakkan hukuman. Untuk pengetahuan anda, perundangan Islam ialah satu sistem perundangan yang meliputi undang-undang yang ditetapkan oleh Allah dan undang-undang yang ditetapkan oleh manusia (mujtahid). Kaedah dan sumber yang digunakan adalah melalui mekanisme ijtihad. Undang-undang Islam merupakan sebahagian daripada syariah Islam yang luas. Syariah sebagai satu aspek yang berbeza daripada akidah dan akhlak syariah lebih menumpukan kepada aspek amaliyyah. Aspek amaliyyah pula meliputi bidang ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. 

Lagi tentang pengkajian ini di sini 

Wednesday, March 18, 2015

Penerokaan dan Pengalaman Dalam Permainan Ting ting

PERMAINAN TING TING
Permainan Tingting 

Permainan ini hanya memerlukan di gelanggang yang kecil sahaja.
Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat orang sahaja. Sekiranya lebih,ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk bermain kerana gelanggang ting-ting hanyalah bersaiz kecil sahaja.

Dikawasan kampung, gelanggang dibuat dengan hanya mengoreskan nya di atas tanah manakala di kawasan perumahan yang tidak mempunyai halaman kapur bertulis akan digunakan untuk dilukis di atas jalan bertar. Ada sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang.
i) membina rumah
Bagi membina rumah pemain perlulah berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan     permulaan dan mencampakkan kedalam mana-mana petak dan disitulah kedudukkan rumahnya. Sekiranya gundu yang dibaling terkena diatas garisan maka pemain tersebut dikira kalah. Setiap pemain haruslah memijak kedua-dua belah kaki di petak rumah dan tidak dibenarkan memijak petak rumah lawan. Sekiranya pemain memijak atau lupa maka ianya dikira kalah.
ii) Pemenang:  Pemenang di kira berdasarkan jumlah rumah terbanyak yang dapat di kumpulkan oleh pemain.
iii) Pemati : Pemain dikira mati sekiranya buah dilontar atau kaki terkena pada garisan petak. Pemain juga dianggap mati apabila memijak dua belah kaki serentak kedalam sayap.

Di kawasan kampung,gelanggang dibuat hanya menggoreskannya di atas tanah sahaja. Gelanggang ini memerlukan kawasan yang rata untuk menggoreskannya. Di kawasan perumahan atau pekan yang tiada halaman bertanah,mereka menggunakan kapur tulis untuk dilukis di kawasan jalan bertar. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang.

Selain dari gelanggang,gundu atau buah teng-teng juga penting dalam permainan ini. Gundu mestilah berbentuk leper dan anggaran saiz bagi gundu adalah sebesar duit syiling 50sen. Antara benda yang boleh dijadikan gundu ialah pecahan pinggan,kepingan besi dan batu yang leper. Gundu berperanan sebagai tanda bagi para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka di petak gelanggang.

Permainan ketingting juga menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menemui potensi ekspresif diri melalui lakaran, pergerakan dan visual mereka.
            Bahasa-bahasa simbol digunakan untuk membuat eskpresi dalam aktiviti-aktiviti pergerakan, lompatan dan balingan. Ini membantu kanak-kanak untuk merasa, menyentuh, dan mendengar serta melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Kanak-kanak meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain.
            Dalam permainan seperti ini juga akan menzahirkan emosi dan ekpresi tertentu dikalangan kanak-kanak. Media-media ekspresi boleh dilihat dalam bentuk catan, tubuh badan, suara atau bunyi. Apabila ia digabungkan  secara harmoni, ekspresi yang terhasil menjadi estetik.
 Bentuk Ekspresi :
a.       Perasaan
b.      Lisan
c.       Reaksi
d.      Emosi
e.       Bukan Lisan
f.       Idea
g.      Menggambarkan

h.      Menghasilkan

Download Bahan di SINI  versi ppt 

Sistem Penyampaian Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer

Pendahuluan
Tidak dapat dinafikan bahawa kepelbagaian kaedah penyampaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung mampu memberikan motivasi tempatan kepada murid-murid terhadap pengajaran tersebut (Moores, 1987). Penggunaan kaedah tradisional seperti “chalk and talk” kini menjadi kurang relevan. Isu ini sering dijadikan bahan perbualan di kalangan pentadbir pendidikan dalam usaha memartabatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan diikuti oleh pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 telah menekankan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan aktiviti murid. Pendek kata kata konsep pengajaran dan pembelajaran bukan lagi daripada guru kepada murid, tetapi murid kepada guru dan murid kepada murid.

Dalam hal ini penggunaan beberapa instrumen pengajaran dan pembelajaran juga semakin meningkat. Dalam hal ini, peranan komputer kini dikatakan mendominasi sistem pengajaran dan pembelajaran. Mengapa berlaku demikian? Ini semua disebabkan oleh konsep komputer itu sendiri yang dapat memberikan sangat banyak pilihan kepada penggunannya seperti penggunaan video, audio, grafik, bunyi dan sebagainya.


Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer
Pengajaran Pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah menjadi suatu perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Ini kerana penggunaan PPBK ini secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. Apakah yang dimaksudkan dengan PBK. Menurut Sander (1987), PPBK merupakan suatu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar berinteraksi dan dibimbing komputer melalui satu proses pembelajaran yang terancang untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Manakala Moursund (1980) pula menyatakan PBK ini adalah untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar, di mana berlaku interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar untuk membantu mereka tentang bahan yang dipelajari.

Secara umumnya, PPBK ini mengandungi nota, soalan dan ulangkaji. Kebolehan komputer dalam mengintegrasikan unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik untuk membentuk perisian ini.
Ini sudah tentu membawa makna besar dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, khusunya dalam bidang pendidikan. Dengan kata lain PPBK ini merujuk kepada penggunaan alat pengarangan yang mengabungkan media video, bunyi, teks, animasi dan grafik bagi tujuan menyampaikan maklumat dengan cara yang bermutu serta berkesan.


lagi makumat mengenai tajuk ini di SINI 

Wednesday, February 11, 2015

PERMAINAN TING TING DAN FAEDAHNYA KEPADA KANAK KANAK

COPY PASTE ....

…KETINTING…
PENGENALAN KETINTING
ž  Merupakan jenis permainan Laman.
ž  Tujuan permainan ialah untuk mengimbang badan ke padan/ paduk.
ž  Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau tiga (3) orang seregu sepasukan.
ž  Gelanggangnya adalah permukaan yang rata.
ž  Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki.
ž  Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.
ž  Di kampung-kampung gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah.
ž  Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.
ž  Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang.
ž   Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.
ž  GELANGGANG DAN GUNDU
ž  Gelanggang Teng Teng
Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut urutan.
ž  Gundu
Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.
ž  CARA BERMAIN
ž  Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu.
ž  Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
ž  Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama.
ž  Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran.
ž  Pemain lain mengambil giliran pula.
ž  Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki.
ž  Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua.
ž  Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
ž  Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat.
ž  Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.
ž  Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.
ž  MEMBINA RUMAH
  1. Sebelum pemain membina rumah, acara “kopi O”  hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
  2. Pemain hendaklah memejam mata dan berjalan memijak semua petak sambil menyebut “kopi”.
  3. Jika pemain memijak di petak yang betul, pengadil pertandingan akan menyebut perkataan “kopi” dan jika pemain memijak petak yang salah atau terpijak garisan, pengadil pertandingan akan menyebut “O”.
  1. Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya.
  2. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati.
  3. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian.
  4.  Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.
ž  KEPENTINGAN KEPADA PERKEMBANGAN FIZIKAL
ž  Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bermain.
ž  Kanak-kanak dapat menyihatkan badan.
ž  Dapat meningkatkan kemahiran fizikal.
ž  Dapat meningkatkan kemahiran mengimbang.
ž  Dapat menguji ketepatan mata dan tangan.
ž  KEPENTINGAN KEPADA PERKEMBANGAN INTELEK
ž  Dapat merangsang minda untuk merancang strategi pertandingan.
ž  Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif.
ž  Meningkatkan keupayaan berfikir.
ž  Memupuk sikap bekerjasama.
ž  Menjadikan minda cergas dan cerdas.
ž  Kanak-kanak dapat menambah pengalaman dan pengetahuan.
ž  KEPENTINGAN KEPADA PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
ž  Dapat merapatkan hubungan antara kawan-kawan.
ž  Dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.
ž  Mendapat ramai kawan.
ž  Membina kemahiran sosial.
ž  Membina kemahiran kendiri yang positif.
ž  Bersikap terbuka dan membentuk nilai-nilai murni dalam diri.
ž  Dapat berinteraksi dengan positif.
ž  Dapat belajar mematuhi peraturan.


Sunday, February 8, 2015

Persediaan Seminar Tugasan EPIC



Seminar merupakan suatu pertemuan atau persidangan untuk membahas suatu masalah di bawah pimpinan ketua sidang. Pertemuan atau persidangan dalam seminar biasanya menampilkan satu atau beberapa pembicaraan dengan makalah atau kertas kerja masing-masing. Seminar biasanya diadakan untuk membahas suatu masalah secara ilmiah. Yang terlibat adalah orang yang ahli dalam bidangnya. Seminar tentang pemasaran suatu produk, tentu dihadiri oleh para pakar bidang pemasaran. Seminar pendidikan tentu saja dihadiri oleh para ahli pendidikan.  Sementara itu, peserta berperan untuk menyampaikan pertanyaan, ulasan, dan pembahasan sehingga menghasilkan pemahaman tentang suatu masalah. 

Dalam melaksanakan sebuah seminar maka harus diperhatikan beberapa hal agar pelaksanaan seminar dapat berjalan dengan baik. Dalam seminar semua perangkat seperti moderator, penyaji dan notulis harus dapat bekerja sesuai dengan fungsinya masing – masing. Untuk itu pada makalah ini akan dibahas mengenai tata cara seminar yang baik.


PERINGKAT PENYELENGARAAN SEMINAR
Dalam proses penganjuran  seminar perlu merangkumi peringkat persediaan, perlaksanaan dan hasil selepas seminar.
·         PERINGKAT PERSEDIAAN
                Pada peringkat ini beberapa gerak kerja yang terlibat adalah langkah pertama penyediaan kertas cadangan penganjuran untuk memohon kelulusan dari pihak yang berkaitan. Antara kandungan yang perlu ada dalam kertas cadangan tersebut adalah berkaitan maklumat berkaitan rasionalnya program yang ingin dijalankan, objektif penganjuran, sasaran peserta, tarikh, lokasi. Bagi penyediaan kertas cadangan yang baik dan memenuhi standard mestilah mempunyai tajuk, kepada siapa kertas cadangan, latar belakang, tujuan seminar, asas penganjuran, butir-butir seminar, implikasi kewangan, implikasi keselamatan, syor kertas cadangan.
                Langkah kedua mengadakan mesyuarat dan pembentukan jawatankuasa seminar. Kebiasaannya terdapat dua jawatankuasa iaitu jawatankuasa induk dan jawatankuasa kecil. Umumnya, jawatankuasa induk akan membuat keputusan keseluruhan pengurusan seminar termasuk perkara-perkara berkaitan acara, tetamu kehormat, ucap utama, speakers. Hasil keputusan yang dibuat akan dilaksanakan oleh jawatankuasa kecil. Antara yang terlibat dalam jawatankuasa induk seperti penaunga, penasihat, pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, bendahari dan semua pengerusi jawatankuasa kerja.
                Langkah ketiga adalah menguruskan perserta dan speakers yang akan terlibat. Bahagian ini melibatkan jemputan speakers dan peserta samada dari dalam atau luar negara. Turut melibatkan tugas menguruskan kertas kerja yang akan dibentangkan oleh speaker dalam seminar tersebut. Sehubungan itu beberapa tugas perlu diberi perhatian antaranya mengenalpasti pembentang kertas kerja, menyediakan risalah atau brosur, mendapatkan nota dan mengadakan taklimat. Turut tidak kurang pentingnya bahagian ini untuk menyediakan satu pengkalan data yang mengandungi maklumat berkaitan seminar seperti jumlah peserta, data asas berkaitan peserta dan pembentang kertas kerja sehingga kepada soalan-soalan yang ditanyakan peserta.

p/s ... cukup ler kut yer bg idea jer kat korang ... 
             

Wednesday, January 28, 2015

Sejarah dan Garis masa Internet

Salam dan slmt sejahtera .... rakan2 OUM ...



Internet, atau Net, adalah satu gabungan rangkaian komputer seluruh dunia yang merangkaikan perniagaan, kerajaan, institusi pengajian dan sebagainya. Setiap rangkaian yang bersambung kepada Internet menawarkan perkhidmatan, maklumat dan kemu-dahan kepada pengguna. Sebagai contoh, sebuah bank boleh berada di Internet dan menawarkan perkhidmatan perbankan kepada pengguna-pengguna seperti CIMBklik, BankIslam.biz. 

Pada 1950an, kerajaan USA telah menubuhkan ARPA (Advance Research Project As­sociation) untuk menggalakkan penyelidikan antara universiti dan kerajaan. Di antara matlamat ARPA adalah untuk meningkatkan penyelidikan dalam rangkaian komputer dan mencari jalan bagaimana meningkatkan produktiviti melalui perkongsian sumber komputer. Fokus utama ialah mewujudkan satu kaedah perkongsian sumber komputer dan penggunaan rangkaian komputer sebagai satu alat komunikasi.
Hasil dari usaha ini, satu rangkaian komputer yang dinamakan ARPANET telah di-tubuhkan pada 1969. Ia menghubungkan empat komputer yang berada pada lokasi yang berasingan iaitu University of California at Los Angeles (UCLA), Universiti Of Califor­nia at Santa Barbara (UCSB), University of Utah dan Stanford Research Institute (SRI)
Selepas tempoh tersebut, lebih banyak universiti dan pusat penyelidikan menyertai AR-PANET.
Para penyelidik mula menyedari kebaikan menggunakan ARPANET dimana mere-ka boleh berkongsi sumber komputer dan berkongsi maklumat. Pada 1972, kemudah-an e-mel diperkenalkan dalam ARPANET , dan merupakan kemudahan yang paling banyak digunakan. Selain dari e-mel, rangkaian tersebut juga mempunyai kemudahah ftp(Ä•le transfer protocol), iaitu satu kaedah memindah fail dari satu komputer ke kom-puter lain melalui rangkaian. Pada 1979, USENET telah dihasilkan, iaitu satu kaedah untuk mewujudkan medan perbincangan dalam talian.
Pada dekad 1970an, terdapat banyak rangkaian komputer yang digunakan di pusat penyelidikan, universiti dan organisasi. Namun demikian, rangkaian-rangkaian ini ti-dak boleh berkongsi data antara satu sama lain kerana setiap rangkaian menggunakan kaedah penghantaran data yang berbeza. Usaha telah ditumpukan untuk mencipta sa-tu kaedah yang membolehkan semua rangkaian komputer, yang terdiri dari komputer yang berlainan jenama, untuk mampu berkongsi data atau berkomunikasi antara satu sama lain. Kaedah yang diperkenalkan untuk menyelesaikan masalah ini dinamakan TCP/IP(Transfer Control Protocol/Internet Protocol) . Rangkaian komputer pertama menggunakan TCP/IP adalah ARPANET, yang kemudiannya menjadi asas kepada pe-nubuhan internet.
Kejayaan ARPANET dalam menghubungkan berbagai rangkaian komputer melalui TCP/IP, berkongsi sumber dan sebagai alat komunikasi (e-mel, p, USENET) telah me-nyebabkan banyak universiti dan organisasi ingin menyertai ARPANET. Pada masa itu, terdapat juga beberapa rangkaian selain dari ARPANET seperti FidoNet, CSNET dan BitNET. Rangkaian-rangkaian telah dihubungkan kepada rangkaian ARPANET dengan menggunakan TCP/IP. Gabungan berbagai rangkaian-rangkaian (ARPANET, FidoNet, CSNET, BitNET dan sebagainya) ini kemudiannya dikenali sebagai Internet(inter networking).
Pada 1982, ARPANET menggunakan TCP/IP secara keseluruhan. Pada tahun 1983, kaedah DNS(Domain Name Server) diperkenalkan. DNS merupakan satu kaedah di mana setiap komputer di internet diberikan satu nama khusus seperti www.ukm.my, pkrisc.cc.ukm.my, tm.net.my, www.jaring.my. Setiap nama ini akan di-padankan dengan satu jujukan nombor yang disebut nombor IP yang unik. Setiap kom-puter akan mempunyai nama dan nombor IP yang unik. Sebagai contoh, nama kom-puter www.ukm.my dipadankan dengan nombor 202.185.48.7.
Pada tahun 1984, NFS(National Science Foundation) di USA telah menubuhkan NFSNET, satu rangkaian berkelajuan tinggi untuk menghubungkan universiti dan pusat penyelidikan dengan komputer berkuasa tinggi. Pada 1986, NSFnet telah dihubungkan dengan ARPANET. Gabungan NFSnet dan ARPANET ini kemudian dikenali sebagai Internet.
Pada tahun 1990, rangkaian ARPANET dihentikan dan fungsinya diganti oleh NFS-net. NFSnet selanjutnya telah digantikan sedikit demi sedikit dengan dengan rangkaian komersial. NFSnet ditamatkan pada tahun 1995.
Dewasa ini, Internet mengandungi pelbagai rangkaian tempatan, kebangsaan dan international. Pelbagai syarikat kini menguruskan rangkaian Internet. Struktur Internet kini diuruskan oleh pihak swasta dan kerajaan. Namun, tiada satu entiti yang menguasai atau mempunyai hak keatas Internet.
Satu badan W3C ditubuhkan untuk menetapkan piawai dan garis panduan penggu-naan Internet. Maklumat utama W3C untuk membantu dalan pembangunakan Inter­net dengan menasihati, menyediakan piawai dan menguruskan masalah yang timbul.
Pada awal dekad 90an, internet masih lagi sukar digunakan. Penggunaan yang uta-ma adalah e-mel, ftp dan USENET. Pada tahun 1989, Tim Berners-Lee telah menca-dangkan satu kaedah berasaskan hiperteks untuk menyebarkan maklumat dalam inter-net. Pada 1990, Berners-Lee telah memperkenalkan HTTP(Hypertexts Transfer Pro­tocol) , iaitu satu protokol yang boleh digunakan untuk mengaitkan maklumat secara hiperteks berasaskan rangkaian. Kaedah ini telah digunakan untuk membangunkan WWW(World Wide Web), iaitu satu jalinan maklumat berasaskan hiperteks yang mem-punyai ciri-ciri mesra pengguna, graÄ•k, video, audio dan sebagainya.
Pada 1992, peluncur WWW yang pertama, Mosaic, telah dicipta dan diberikan percuma pada pengguna. Perisian ini dianggap sebagai perisian killer application, iai-tu satu applikasi yang telah berjaya mempopularkan Internet kepada pengguna awam. Pada akhir 1993, terdapat lebih 500 pelayan WWW yang menawarkan berbagai jenis maklumat seperti teks, graĕk, audio dan video. Dengan menggunakan Mosaic, peng-guna boleh meluncur Internet dengan mudah. Pada mulanya, penggunaan WWW ter-had kepada universiti dan pusat penyelidikan. Ia kemudiannya disertai oleh pengguna-pengguna awam dan organisasi komersial. Pada ketika itu, adalah menjadi satu tren untuk pengguna mempunyai laman web peribadi di Internet.
Pada Januari 1997, terdapat 640,000 pelayan Web dan 50 juta dokumen WWW di Internet. Pada masa yang sama, pengguna Internet mulai berkembang dengan pesat-nya. Adalah dianggarkan pengguna Internet akan berganda setiap 18 bulan. Terdapat berbagai dongeng tentang asal usul Internet. Satu daripadanya ialah, Internet berasal dari satu projek DOD(Department of Defence) di USA untuk membina rangkaian yang mampu bertahan dari serangan nuklear. Cerita ini adalah tidak benar dan tidak ada kaitan dengan Internet.

Internet2 adalah satu rangkaian baru yang ditubuhkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan. Ia dimulakan pada tahun 1996, dan dianggotai oleh lebih 200 uni-versiti dan pusat penyelidikan.


Bahan dari maklumat di atas ni adalah copy paste ...  .... Lagi maklumat klik SINI ler.... sini jugak 


Monday, January 5, 2015

Sejarah Teknologi dalam Pendidikan di Malaysia

Lagi info 
i-think salah satu alat KBAT 

Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta bentuk, menilai dan mengurus penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat terkawal.[1]
Teknologi pengajaran juga boleh bermaksud sebagai alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran di samping guru, buku teks dan papan hitam.

Secara mudahnya, teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Teknologi boleh jadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi ia juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas, termasuk sistem, kaedah penyusunan, dan teknik.

Program Teknologi Pendidikan mula diperkenalkan di dalam sistem pendidikan negara semenjak sebelum Merdeka, melalui alat bantu mengajar.  Melalui penggunaan  alat-alat bantu mengajar seperti filem jalur secara terancang, dapat menjelaskan konsep pembelajaran dan memperkayakan suasana pembelajaran dengan bantuan gambar, teks dan audio.
Pada tahun 1949, sebuah Jawatankuasa Ad-Hoc Alat Pandang Dengar (APD) Persekutuan telah dibentuk bagi menyelaraskan penerbitan topik-topik tempatan dan penggunaan alat bantu mengajar. Dengan perkembangan penerbitan bahan dan keperluan khidmat nasihat yang berterusan ke atas pengurusan dan penggunaan alat-alat tersebut, maka Jawatankuasa Alat Pandang Dengar Negeri dan Pusat Alat Pandang Dengar Negeri ditubuhkan pada tahun 1950-an. Pada tahun 1956, satu Jawatankuasa sepenuh masa dibentuk dan diketuai oleh seorang Setiausaha Alat Pandang Dengar.
Pada peringkat awal, perkhidmatan Unit Alat Pandang Dengar diletakkan di bawah Bahagian Latihan Guru, memandangkan guru-guru digalakkan menggunakan APD dalam proses pengajaran masing-masing. Dengan perombakan Kementerian Pelajaran pada tahun 1963, Unit APD dipindahkan ke Bahagian Sekolah-Sekolah dan seterusnya telah menubuhkan sebuah Pusat APD Kebangsaan dan 302 buah Pusat APD Daerah di seluruh negara untuk memberi perkhidmatan kepada 1.500 buah Sekolah Rendah Kebangsaan.
Usaha untuk memperluaskan penyampaian pendidikan ke kawasan-kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia diteruskan dengan melancarkan Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah pada tanggal 2 Mei 1966. Usaha ini merupakan kerjasama di antara Kementerian Penerangan dan Penyiaran dan Kementerian Pelajaran. Penumpuan diberikan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Seterusnya, pada tahun 1967, perkhidmatan ini diperluaskan ke sekolah-sekolah menengah.
Pada tanggal 18 Mei 1970, Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah telah diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran, tetapi Kementerian Penerangan dan Penyiaran terus menyediakan kakitangannya sehingga Kementerian Pelajaran mengganti kakitangannya sendiri pada satu tempoh yang sesuai kelak.
Pada akhir 1960-an, konsep multi-media telah berkembang dan diyakini berpotensi untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan pelancaran siaran rancangan television pada tahun 1963, Kementerian Pelajaran telah menjalankan dua projek rintis pada tahun 1965 di sekolah rendah dan pada tahun 1966 di sekolah menengah untuk mengkaji kesesuaian mengadakan perkhidmatan TV Pendidikan. Dapatan ke atas  kajian amat menggalakkan dan mencadangkan untuk menubuhkan Perkhidmatan Televisen Pendidikan.Pada tahun 1968, Kementerian Pelajaran telah melantik En. Alan Hancock dari The Centre for Educational Television Overseas (London) menjalankan kajian tentang kemungkinan menggabungkan perkhidmatan alat bantu mengajar, radio pendidikan dan television pendidikan. Hasil laporan yang dikemukakan dan disokong dengan perkembangan konsep multi-media yang berpotensi untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran, dalam tahun 1971, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Projek penubuhan TV Pendidikan pula dimasukkan sebagai salah satu projek perkembangan pendidikan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Pada 19 Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein.
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah diwujudkan pada 19 Jun 1972 dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan.  Kelulusan untuk mewujudkan BTP dibuat oleh Kabinet dalam tahun 1971.  Fungsi utamanya pada ketika itu ialah memberi perkhidmatan siaran radio, perkhidmatan alat pandang-dengar dan perkhidmatan siaran TV ke sekolah-sekolah.  Dalam tahun 1988, nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan ditukar nama kepada Bahagian Teknologi Pendidikan apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber sekolah.  Kini,  BTP mempunyai 11 sektor dan 15 BTPN.

Pada 21 April 2006, BTP telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000 Quality Management Systems-Requirements. Sistem ini dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh BTP mempunyai standard kualiti yang dikehendaki.

Kiamat dah cukup dekat ! 15 Perkara yang mengundang bala Allah

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: 


"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana" iaitu: 

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja. 

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa). 


3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri. 


4. Apabila suami terlalu mentaati isteri


5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing. 


6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri. 


7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising. 


8
. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid. 


9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka. 


10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya. 


11. Apabila arak menjadi minuman biasa. 


12. Apabila lelaki memakai sutera. 


13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki. 


14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik. 


1
5. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi. 


Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP