;

Friday, October 30, 2009

Aku Kahwin Engkau Pun Kahwin.. tapi Apa Niat Kita

Email : mohd naim mohd zain
Artikel Dr Ikmal

Berhubung dengan persoalan kahwin atau nikah ini, kita perlu mengetahui apakah tujuan kita kahwin. Bagi orang Islam yang sebenar, tujuan perkahwinannya atas mencari keredhaan Allah, bukan sekadar ikut-ikut atau bertujuan untuk berseronok-seronok.

Oleh itu niat kita hendak mendirikan rumahtangga kita itu mestilah betul seperti yang dikehendaki oleh Allah swt. Kalau niat mendirikan rumahtangga tidak betul mengikut kehendak Allah dan Rasul, maka keluarga yang didirikan tidak akan mendapat pimpinan dari Allah swt.Sekiranya kita sudahpun mendirikan rumahtangga, tidak salah kalau niat ini kita perbetulkan semula.

Niat yang pertama yang mesti kita pasang dalam mendirikan rumahtangga kita ialah untuk mendapat sebanyak-banyak anak yang soleh.

Allah dan Rasul memang menghendaki niat seperti ini kerana muka bumi ini adalah diserahkan oleh Allah swt kepada manusia-manusia untuk ditadbirkan dengan baik mengikut peraturan-peraturan yang telah Allah berikan.

Manusialah yang telah dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Aku hendak jadikan khalifah-khalifah di muka bumi ini.”

Rasulullah saw juga penah bersabda:

‘………..kerana aku berbangga di hari kiamat nanti dengan ramainya umat-umatku dibandingkan dengan umat Rasul-Rasul sebelumku.”

Yang dimaksudkan dengan umat di sini ialah hamba-hamba Allah yang patuh dan tunduk kepada perintah-perintah Allah serta yang beriman kepada Allah dan Rasul.

Adalah hikmah dan rahsia pada ramainya bilangan isteri Rasulullah saw itu ialah supaya menggemarkan umat Islam pada membanyakkan bilangan umat Islam.

Jelas pada kita betapa Allah dan Rasul memang mengkehendaki umat yang ramai dan kerana itu Allah sediakan nikmat-nikmat yang banyak untuk manusia. Dan dengan sebab itulah, apa saja yang ada di muka bumi ini, samada kita sedar atau tidak, semuanya adalah untuk kita. Ini dijelaskan sendiri oleh Allah swt di dalam firmannya yang bermaksud:

“Dialah Tuhan, yang menjadikan apa saja di atas muka bumi ini untuk kamu (manusia).”

Perlu kita ingat bahawa Allah amat mengetahui rancangan kita dalam merancang keluarga. Contohnya,kita tidak mahu anak yang banyak., kita makan pil-pil atau sebagainya.

Hakikatnya perbuatan kita itu adalah menipu Allah swt.Muslihat itu Allah amat mengetahui dan akibatnya,Allah akan lebih menipu daya kita. Buktinya, ada setengah-setengah wanita itu, kerana terlalu hendak merancang keluarga, langsung Allah tidak kurniakan anak kepadanya.

Ada sesetengah wanita itu, kerana terlalu hendak merancang anak supaya dapat anak yang sedikit, apabila dia melahirkan anak, lahir anak-anak kembar yang banyak. Jadi haruslah kita sedar siapakah Allah yang hendak kita tentang kehendak dan kekuasaannya.

Bukan sedikit anak itu yang menjamin kebahagiaan hidup kita. Malah, anak yang banyak yang kemudiannya soleh-soleh pula, dia akan mendatangkan kebajikan dan memberi kebahagiaan hidup kita, bukan saja di dunia,bahkan di akhirat juga. Jika anak itu mati semasa kecil, dia akan mendatangkan syafaat kepada ibubapanya.

Jadi, niat yang pertama dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah niat untuk mendapat anak sebanyak yang boleh. Pasanglah niat ini baik-baik kerana, kalau pun pada pelaksanaannya, ia tidak boleh dilakukan,namun pahalanya telah Allah catatkan.

Niat yang kedua dalam kita mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu dapat menghilangkan nafsu yang jahat dan yang rakus, khususnya nafsu syahwat terhadap wanita-wanita yang tidak halal bagi kita.

Melalui perkahwinan akan dapat mengelakkan diri kita daripada tindakan nafsu syahwat yang jahat. Melakukan perkara yang halal dengan niat untuk mengelakkan diri daripada perkara yang haram merupakan satu kebajikan yang akan membawa pahala dari Allah. Rasulullah sawbersabda yang maksudnya:

“Pada kemaluan seseorang kamu itu pun adalah sedekah.”

Apabila seseorang itu berkahwin dengan niat ini,ia memilih jalan yang dihalalkan oleh Allah dan telah dicontoh oleh Rasulullah saw untuk memenuhi keinginan semulajadi.Ia mengatur dan menyusun perhubungan tadi mengikut lunas-lunas Islam.Dengan sebab itulah, Allah telah menghalalkan pernikahan dan mengharamkan perzinahan.

Niat yang ketiga dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu akan menyelesaikan masalah hati daripada mentadbir rumahtangga.

Dengan berkahwin, seseorang itu tidak akan menumpukan perhatiannya dalam menghadapi rumahtangga, terhadap ibadah kepada Allah terutamanya di dalam sembahyang.Kerana segala perurusan rumahtangganya sudah diselesaikan oleh isteri daripada memasak makanan,mambasuh pakaian, mengemas dan sebagainya, sekiranya seorang isteri itu tidak bekerja makan gaji. Isteri yang solehah dan yang beragama itu, dia akanmenyelesaikan semua urusan rumahtangga.

Dalam hal ini Rasulullah saw pernah mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud:

“Perempuan itu dinikahi dengan empat sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Tetapi hendaklah kamu pilih yang kuat beragama, nescaya dia menguntungkan kamu.”

Rasulullah menyuruh kita memilih yang beragama kerana perempuan yang beragama itu sempurna Islamnya dan sempurna ihsannya. Ini adalah syarat agama atau rukun beragama iaitu iman, Islam dan Ihsan.

Apabila kita hendak berkahwin, terpaksalah kita mencari perempuan yang sempurna agamanya kerana beragama itu adalah salah satu sifat wanita-wanita solehah.

Niat yang keempat dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu boleh menghiburkan hati kita.

Dengan kita kahwin, pada isterilah tempat kita berhibur-hibur dan berseronok-seronok serta bergurau senda dan bermanis muka. Dengan demikian akan menenangkan hati kita serta memberi kegembiraan kepadakita lantaran kita dapat menumpukan sepenuh kusyuk kepada ibadah kita dengan Allah swt terutamanya di dalam sembahyang yang mana merupakan ibadah yang terpokok.

Sedangkan untuk mendapat kekusyukkan di dalam sembahyang itu adalah yang paling susah sekali selagi kita tidak dapat hadir hati di dalam sembahyang. Kalau hati sentiasa resah dan gelisah, maka akan bertambahberserabut lah sembahyang kita.

Sebab itulah, hati kita ini perlu diberi hiburan dengan senda gurau kita terhadap isteri. Malah bukan dalam sembahyang saja, kita dapat mengusahakan kekusyukkan beribadah bahkan puasa juga tidak akansempurna kalau hati kita tidak tenang.

Puasa yang sempurna itu ialah apabila hati kita tidak teringat kepada perkara-perkara yang boleh melalaikan kita kepada Allah swt seperti kita teringat kepada dunia, kepada wanita-wanita dan sebagainya.

Dan akhirnya, niat yang kelima yang hendak kita pasang apabila kita hendak mendirikan rumahtangga ialah dengan niat untuk melawan hawa nafsu. Ia bererti yang apabila kita telah mempunyai isteri, kita terpaksa berlawan dengan kewajipan-kewajipan menjaga dan mendidik anak isteri.

Dalam hal ini Rasulullah saw pernah mengingatkan kita tentang sifat-sifat seorang perempuan itu bahawa kata baginda, perempuan-perempuan itu adalah dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok yang kalau kamuluruskan ia dengan cara paksa dan mendadak, ia akan patah. Sebab itu, hendaklah di jaga isteri itu dengan bijaksana.

Satu daripada tugas kita dalam melawan nafsu ini ialah dalam menghadapi kelakuan-kelakuan isteri yang tidak selaras dengan syariat. Memang sudah demikian Allah jadikan kamu perempaun mempunyai nafsu lebih daripada lelaki.

Nisbah kalau nafsu itu ada sebanyak 10, 9 daripadanya adalah pada kaum perempuan dan satu pada kaum lelaki.Sedangkan nafsu itu sentiasa mengajak manusia berbuat jahat. Ertinya, kejahatan sajalah yang mempengaruhi kaum-kaum perempuan. Oleh itu, tugas kita bila berhadapan dengan isteri adalah berat dan itulah mujahadah kita dengan nafsu.

Sejauh mana kita berjaya memimpin anak isteri kita ke jalan yang diredhai Allah hingga mereka dapat melaksanakan syariat Allah, maka di situlah nilai pahala yang tinggi bagi kita di sisi Allah swt.

Di sinilah akan lahirnya sifat sabar pada suami iaitu kenalah banyak bersabar dalam menghadapi ujian yang didatangi oleh isteri, selain daripada terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai ujian yang lain.Firman Allah swt yang maksudnya:

“Sesungguhnya orang yang sabar itu diberi ganjaran tanpa hisab.”

Demikian lima niat yang hendak kita pasang di dalam diri kita semasa kita hendak mendirikan rumahtangga. Lima niat ini adalah yang paling kurang selain dari niat-niat baik yang lain seperti niat untuk mencari rezeki yang halal untuk anak isteri dan lain-lain.

Kalau sekiranya kita ada mempunyai 5 niat yang betul dan baik ini, maka di situlah Allah akan bantu kita dan akan memberi taufik dan hidayahnya kepada kita untuk kita dapat melahirkan satu rumahtangga yang aman dan bahagia yang selaras dengan kehendak syariat Allah swt.

by idhamlim.blogspot

Tuesday, October 27, 2009

Sarawak tempat posting mengajar

Minggu lepas .. sewaktu pelancaran portal web sekolah tempat aku kerja.. aku dah sakit mata .. semalam plak .. anak aku sakit mata .. dah merah mata dia.. kesian aku tengok .. semalam jugak aku dapat meluangkan masa ke Kuala Lumpur menghantar adik aku ke sebuah hotel di Sepang bagi orientasi guru GST ke Sarawak. Aku bertolak ke KL pagi hari Ahad bersama 4 ahli keluarga termasuk anak aku. Bini aku tak ikut sbb tak larat. Di KL aku sempat ziarah keluarga sepupu di taman Medan dan tidur di rumah sepupu di Punchong Perdana. Penat memandu jangan cakap la ... naik lenguh kaki. Gembira punya hal sebab adik saya yang sebelum ini belajar di UPSI dah pun ditempatkan untuk mengajar di Serawak. Mereka yang akan ditempatkan di Sarawak dihimpunkan di Empress hotal Sepang sebelum berangkat hari ini ke Sarawak. Jadi selamat merantau lah .. buat adik aku yang sorang nie...

Wednesday, October 21, 2009

Erti Kasih sayang byNusa 64

KASIH SAYANG mengikat erat hubungan ibu bapa dan anak yang membolehkan anak-anak membesar di dalam suasana penuh harmoni dan sejahtera.

Berikan dia BIMBINGAN. Tekun dan berterusan. Ini penting bagi pertumbuhan mentalnya.

Berikan dia MASA anda. Masa yang digunakan bersamanya adalah lebih bermakna dari apa yang anda jangkakan.

Berikan dia PELUANG MEMPELAJARI DAN MENGALAMI hal-hal baru. Ini memperkayakan pemikirannya.

Berikan dia GALAKAN BEKERJA DAN BERMAIN. Jangan dihadkan percubaannya meneroka, mencontohi, mencipta, membina dan mereka-fikir.

Berikan dia TANGGUNGJAWAB. Bermula dengan kerja-kerja mudah. Ini adalah latihan yang baik dan yakinkan dia bahawa ia berguna.

Berikan dia HAK MEMPUNYAI WATAK BERBEZA. Jangan bandingkan dia dengan adik beradik yang lain.

Berikan dia PERLINDUNGAN DAN KESELAMATAN. Ini penting untuk dia merasakan bahawa dirinya disayangi.

Berikan dia DIDIKAN AGAMA SECUKUPNYA.
Agama akan menjadi benteng dari melakukan segala kejahatan.

ANAK ADALAH ANUGERAH TUHAN. IBU BAPA BERTANGGUNGJAWAB MENCORAK MASA DEPAN YANG GEMILANG. HARGAILAH IA AGAR DIA AKAN MENGHARGAI KITA .........INSYA ALLAH !"

Monday, October 19, 2009

Koleksi Santai @Pizza HUT

Entry santai kali nie.. aku close up .. ke pizza HUT .. sepanjang minggu lalu ..
aku dan kengkawan sempat lepak kat pizza HUT .. esoknya aku bawak bini aku plak .. mai makan.. zoom in gambar aku nie...

Sekali sekala datang .. sedap jugak makan pizza nie..


Tengok apa yang best .. dalam menu

Dia nie.. kalau makan mesti kasi habis punyer

Yang ini makan sket jer.. dah kenyang ..

4 Set pizza tu .. set delight...

Tengah Tunggu order Pizza nie...

Saturday, October 17, 2009

Dari Kuala ke Gurun

Hari nie.... dah sabtu 17 Okt .. bersamaan 28 Syawal dah pun... dah nak habis syawal .. tapi majlis terbuka masih ada.. masih didatangi tetamu. Semalam pun di tempat kerja buat majlis terbuka .. jenuh jugak handle .. macam2 nak buat. Tapi ok dah .. dah selamat pun. Hari ini aku dan isteri serta anak ..pi jalan makan kenduri rumah kawan lama isteri aku kat Gurun Kedah,Norshahidah dengan pasangannya Mohd Syamsir... agak lewat keluar pagi tadi .. dah tengahari baru nak gerak .. pi beli hadiah dulu n then pi buat payment kereta 'Kancz' aku la.. dah 3 bulan tertunggak .. sekali nak bayaq punya la banyak .. padan muka ..Gerak ke kenduri perut pun dah lapar.. almaklumlah dah tengahari ... sesampai ja umah kenduri .. park keta .. cepat jer amik makan .. heheh dah lapar .. amik makan pun banyak .. dah aku sudah makan ,... kenalah jaga si anak palak.. berganti dengan 'ayang' aku ler.. dia plak makan .. dah makan .. dah bergambar dengan pengantin, lama jugak la aku kat umah kenduri tu .. dah 3.00 petang .. balik la.. nak kuar taman tu palak jd masalah .. kuar masuk lorong tak dpt cari jalan keliar .. Qina dah mengamuk ... apa lagi bertambah tensen la .. akhirnya keluar jugak .. apa lagi cari masjid la.. nak solat ... dah selesai baru bergerak balik .. yang bestnyer tu .. jln balik lagi jauh dr jalan datang .. sepatutnya keluar masjid belok kiri .. aku pi belok kanan ,... apa lagi pi aloq setaq la.. jwbnya.. naik di exit pendang .. jauh jugak tu .. malas nak patah balik .. jalan ajer la.. jalan-jalan cari pasal .. hahahah ... gambar akan di upload kemudian yer



Monday, October 12, 2009

Yang Menang .. dan Yang Kalah ..

Sayu di pagi Isnin ini kerana cuaca di luar kediaman ini juga turut 'bersedih'. Namun kita harus terus kentalkan jiwa mengharap keteguhan iman. Jom layan gambar di bawah bagi menginsafi diri.

Thursday, October 8, 2009

Gempa yang Mengemparkan

Arrrrgghhh.. masih penat kerna agak lama memandu semalam ke Kuala Lumpur menghantar isteri ke IPG Teknik untuk satu perkhemahan Unit Beruniform di Setiawan. Masih mengantuk sekarang nie.. nak kerja pun jadi malas. hahaha.
Oklah .. apa yang saya nak kongsikan bagi post kali ini adalah mengenai satu SMS yang saya terima 2 hari lepas, sehari sebelum ke KL. Memang agak menarik isi SMS nie.. yang dihantar kepada aku seperti di bawah nie..
"Subhanallah .... Subhanallah .. Gempa di Tasek jam 15:04 Gempa di Padang jam 17:16 Gempa susulan jam 17:58 Esoknya gempa di Jambi 8:52. Anda Lihat Al-Quran surah dan ayat sesuai jam2 tersebut. Moga makin meningkatkan iman dan ketaatan kita pada Allah swt."

Dengan berpandukan jam tersebut cuba rujuk surah dan ayat di dalam al-quran.

Ha.. tentunya difikiran kita .. aihh betul ka? atau hanya rekaan.... jer SMS yang macam nie... setelah aku melihat2 di dalam tafsir al-Quran ternyata ada kebenarannya. Cuma yang aku nak tau sangat ketepatan masa yang dinyatakan .. oleh kerana banyak maklumat saling bercanggah mengenai masa kejadian .. dan masa yg diberikan mengikut waktu antarabangsa. Walau apapun .. aku tidak mencari khilaf masa tersebut . tetapi menginsafi ayat2 Allah yg jelas menyatakan kemusnahan bagi manusia yang berlaku zalim.

preview ayat dan terjemahan

JAM 15:04
Surah Al-Hijr
4. kami tiada membinasakan (penduduk) suatu negeri, melainkan baginya ada masa yang ditentukan.

JAM 17:16
Surah Al-Israak
16. Apabila kami kehendaki akan membinasakan suatu negeri, (lebih dahulu) kami suruh orang2 yang mewah (supaya taat) lalu mereka fasik ( durhaka ) sebab itu berhaklah mereka ditimpa siksaan lalu kami binasakan negeri mereka sebinasanya.

JAM 17:58
Surah Al-Israak
58. Tak adalah diantara (penduduk)suatu negeri, melainkan kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau menyiksanya dengan siksaan yang keras. Yang demikian itu termaktub dalam kitab.

JAM 8:52
Surah Al-Anfaal
52. Tak ubah adat mereka sebagai adat keluarga Firaun dan orang2 sebelumnya. Mereka kafir kepada ayat2 Allah lalu Allah menyiksa mereka disebabkan dosanya sendiri. Sesungguhnya Allah Mahakuat lagi keras siksaannya .

Friday, October 2, 2009

kamu semua ingat neraka kecil ka?

Sumber : ZAILANIE Portal PPD Kerian

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH..

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....


Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekelian...

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah..
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 ****** pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
"

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP