;

Friday, September 25, 2009

Raya .. yang tak semacam raya

Sudah hampir seminggu kita meraikan syawal setelah sebulan kita berpuasa Ramadhan. Bukan aku nak kritik bukan juga aku nak memandai bercakap ... tapi cuba kita renungkan Hari raya ataupun lebih mesra di panggil aidilfitri ini disajikan Allah untuk siapa? Adakah kita yang mungkin masuk kategori puasa umum tak pun puasa 'yangyok'... puasa orang kebanyakkan yang hanya mampu menahan lapar dan dahaga .. tapi yang lainnyer macam biasa .. malah lebih teruk ... kita tengok .. masuk sahaja bulan Ramadhan berapa ramai yang gagal menahan nafsu .. nafsu serakah yang tak pernah bersyukur dengan nikmat yang dikurnia. ada yang mengnggap bulan untuk menambah rezeki dengan berniaga, bulan mencari untung.. tapi berapa ramai kita menyedari kehadiran bulan Ramadhan sbg bulan Rahmat yang penuh keberkatan? Lihatlah anak mudanya dengan nilai yang mereka tunjukkan seperti tak menghormati Ramadhan. Di manakah kita sebagai seorang pejuang Islam .. termasuk saya sendiri masih belum mampu menegah dari kemaksiatan terus menghiasi Ramadhan.
Bercakap tentang Syawal pulak .. jika bulan Ramadhan kita dihidangkan dengan Kalamullah, Drama penuh Keinsafan.. dan banyak lagi program keagamaan.. Bg mengisi Syawal pulak sebaliknya... di televisyen bemacam filem yang ntah apa-apa disajikan ... kita pun pakat nganga la mulut tgk tv tanpa menyedari .. tuntutan syawal dengan ziarah menziarahai , salam bersalaman bermaafan... Jadi di manakah pendirian kita?
Sama-sama lah kita membetulkan ini semua dengan membetulkan 'terajunya'.

Hari raya nie.. bagi aku sekeluarga tak la pi kemana sangat, hanya ziarah tetangga dan sanak saudara, sehari sebelum raya .. isteri bertungkus lumus menyiapkan langsir bagi umah saya kat dalam tu dah berhari2 buat.. almaklumlah sibuk kerja .. tak dan nak siapkan langsir... rumah kami sendiri tak dikemaskan .. sempatlah sehari tu mengemaskan rumah, tebas halaman, cat pintu .. pasang rel langsir... kira sempat jugak la ... mujur baju kami sekelurga main beli jer.. kalau tak mau tak siap nak berbaju raya.. heheh ... petang 29 Ramadhan tu kami masih bergelut nak siapkan langsir... yer la.. kerja yang tertangguh dah lama .. br kalut nak siapkan ... nak di gunakan malam nie..(malam raya) .. rumah dalam buat kenduri sempena raya .. apa lagi bertambah kalut la .. kat dalam pun nak kena buat kerja ... akhirnya tergantung jugak langsir yang siap ...
Esoknya ... berbaju hijau mudalah kami sekeluarga beraya .. selesai solat sunat .. saya berkunjung ke rumah rakan, dan bawa keluarga menziarahi keluarga kawan saya dan along di prit mentara di Bagan serai ... Raya kedua .. saya di rumah mertua di Sungai Baru.. Raya ketiga .. ada di rumah sendiri meentikan tetamu. Itulah sebahagian cerita raya .. yang tak semacam raya aku tahun nie.. buat semau kenalan yang sudi datang berkunjung .. ampun maaf zahir batin.
Terutama yang digambar bawah nie.. terima kasih. Sudi datang ke teratak aku nie.. sori ambik gambar secara sulit.. heheheh
Dan ucapan teristimewa dari sahabatmu ini SELAMAT HARI LAHIR 27 SEPT NIE... SEMOGA TERUS CERIA DAN BERBAHAGIA

0 comments:

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP