antara 'solehah' dan banggangnya sang suami
Isteri solehah adalah seorang isteri yang patuh serta taat kepada suaminya. Dengan kata lain, apa saja yang diperintahkan oleh sang suami, maka isteri mestilah taat.
Sebagai contohnya, apabila diminta menutup aurat, maka isteri wajib menutup aurat. Apabila diminta membancuh air teh, isteri tanpa lengah mesti buat. Kecuali arahan yang bertentangan dengan ajaran Islam, seperti menyuruh isteri mencuri, mengumpat, dsg.
Namun ada jugak berpendapat bahawa sang isteri mestilah patuh dan taat kepada arahan sang suami walaupun arahan itu tidak logik.
Sebagai contohnya berlaku, disebuah sekolah, di hari Jumaat, semasa isteri sedang bermesyuarat, sang suami menjemput isterinya di sekolah. Sang suami mahu isterinya pulang ke rumah kerana perlu bagi isteri memakaikan suami baju melayu untuk solat Jumaat.
Oleh kerana sedang bermesyuarat, guru besar meminta guru berkenaan untuk tunggu sehingga selesai dan beranggapan sempat bagi guru lelaki untuk pergi solat Jumaat.
Namun sang suami yang memang mahu segera pulang ke rumah, meminta pengawal keselamatn agar memmanggil isteri. Dalam masa yang sama, beliau juga menelefon isteri agar segera keluar dek kerana sudah lama menunggu d luar pagar. Sambil itu, beliau juga menjerit nama isteri nya.
Sang isteri pun keluar dari walaupun mesyuarat belum tamat. Dek kerana marah, sang suami meminta pengawal keselamatan menutup pintu pagar.
Apa yang mengejutkan adalah sang suami mengarahkan sang isterinya yang tercinta memanjat pintu pagar untuk keluar dari kawasan sekolah. Sebagai isteri solehah, isterinya pun memanjat pintu pagar tersebut. Dalam masa yang sama, sang suami mengambil gambar isteri yang sedang panjat pagar itu yang tujuannya hanya dia saja yang tahu.
Ini adalah kisah benar yang berlaku.
Pada masa lalu juga pernah berlaku bagi pasangan yang sama. Juga hari Jumaat, semasa guru besar sedang memberi taklimat kepada para guru.
Sang suami masuk ke tempat taklimat tersebut lalu meminta izin untuk membawa isterinya pulang kerana menyuruh isteri memakaikan butang baju melayu untuk solat Jumaat.
Kepada para isteri-isteri di luar sana, adakah puan-perlu perlu menjadi seperti itu untuk mendapat gelaran ISTERI SOLEHAH?
Kepada para suami, adakah patut untuk menyuruh isteri membuat bermacam-macam tugas termasuklah memakaikan butang baju melayu?
dectconan ppdkerian
0 comments:
Post a Comment