;

Monday, September 28, 2009

antara 'solehah' dan banggangnya sang suami

Isteri solehah adalah seorang isteri yang patuh serta taat kepada suaminya. Dengan kata lain, apa saja yang diperintahkan oleh sang suami, maka isteri mestilah taat.

Sebagai contohnya, apabila diminta menutup aurat, maka isteri wajib menutup aurat. Apabila diminta membancuh air teh, isteri tanpa lengah mesti buat. Kecuali arahan yang bertentangan dengan ajaran Islam, seperti menyuruh isteri mencuri, mengumpat, dsg.

Namun ada jugak berpendapat bahawa sang isteri mestilah patuh dan taat kepada arahan sang suami walaupun arahan itu tidak logik.

Sebagai contohnya berlaku, disebuah sekolah, di hari Jumaat, semasa isteri sedang bermesyuarat, sang suami menjemput isterinya di sekolah. Sang suami mahu isterinya pulang ke rumah kerana perlu bagi isteri memakaikan suami baju melayu untuk solat Jumaat.

Oleh kerana sedang bermesyuarat, guru besar meminta guru berkenaan untuk tunggu sehingga selesai dan beranggapan sempat bagi guru lelaki untuk pergi solat Jumaat.

Namun sang suami yang memang mahu segera pulang ke rumah, meminta pengawal keselamatn agar memmanggil isteri. Dalam masa yang sama, beliau juga menelefon isteri agar segera keluar dek kerana sudah lama menunggu d luar pagar. Sambil itu, beliau juga menjerit nama isteri nya.

Sang isteri pun keluar dari walaupun mesyuarat belum tamat. Dek kerana marah, sang suami meminta pengawal keselamatan menutup pintu pagar.

Apa yang mengejutkan adalah sang suami mengarahkan sang isterinya yang tercinta memanjat pintu pagar untuk keluar dari kawasan sekolah. Sebagai isteri solehah, isterinya pun memanjat pintu pagar tersebut. Dalam masa yang sama, sang suami mengambil gambar isteri yang sedang panjat pagar itu yang tujuannya hanya dia saja yang tahu.

Ini adalah kisah benar yang berlaku.

Pada masa lalu juga pernah berlaku bagi pasangan yang sama. Juga hari Jumaat, semasa guru besar sedang memberi taklimat kepada para guru.

Sang suami masuk ke tempat taklimat tersebut lalu meminta izin untuk membawa isterinya pulang kerana menyuruh isteri memakaikan butang baju melayu untuk solat Jumaat.

Kepada para isteri-isteri di luar sana, adakah puan-perlu perlu menjadi seperti itu untuk mendapat gelaran ISTERI SOLEHAH?

Kepada para suami, adakah patut untuk menyuruh isteri membuat bermacam-macam tugas termasuklah memakaikan butang baju melayu?

dectconan ppdkerian

Sunday, September 27, 2009

Raya dan Duit Raya 1

Salam Selamat Hari Raya.
Hari nie.. dah genap seminggu raya dan dah nak mula bekerja. Yang jauh dah mula 'travel' balik ke tempat kerja, yang di bawa ketupat, rendang, lemang dan dodol dari kampung untuk dirasa ketika sibuk bekerja. Anak-anak sibuk mengira duit raya yang mereka dapat, mak ayah sibuk pula mengira apa lagi yang belum dibayar dan banyak mana baki sebelum nak dapat gaji. Tak cukup duit poket sendiri nak 'cover' hutang, duit anak-anak pun mak bapak pinjam .. apa nak buat .. raya dah lepas .. hutang pulak yang bertimbun. Maklumlah nak raya sakan la katakan.... mungkin ada yang konta pendapat aku nie.. yer aku tau .. semua barang keperluan naik mendadak .. nak raya mesti la nak kena bali keperluan raya .. jadi nak kena banyak belanja jugak... yer.. apa nak buat ... raya dengan kenaikan harga barang la... pikir la sendiri ..
Ha.. bercakap jugak tentang raya nie... aku rasa tahun nie.. 'budak-budak' kurang nak berjalan menziarahi jiran sekampung, bagi aku yang dah siap duit dalam sampul .. dengan menggagak ramai budak akan datng beraya ternyata meleset .. kelihatan kurang kanak-kanak yang datang .. tak macam sesalu .. meriah dengan kanak-kanak datang beraya, riuh rendah ... namun kali ini .. agak janggal jadinya apabila kurang kelihatan kumpulan ini mengayuh basikal beramai-ramai bertandang ke rumah di kampung.Mungkin Paklong (DesaPermai) tahu jawapannya!!! apa dia PakLong???
Oklah .. nanti kita sambung lagi perbahasan mengenai raya nie.. di slot ke 2.



Tahniah Faiz & Azhana

Pada 7 Syawal yang lalu bersamaan 26 sept 2009, aku dan keluarga sempat menghadiri walimatul urus sahabat aku nie.. si faiz. Walaupun tiba agak lewat ke Dewan Orang Ramai Changkat Jering .. tempat dilansungkan kenduri belah perempuan nie.. mujur ada lagi makanan .. kalau tak .. mau lapar .. hehehe.... Oklah .. selamat berbahagia dari aku sekelurga buat hang Faiz dan Isteri .. jangan gaduh2 tau .. sayang biar selalu .. nak belajar ilmu rumahtangga .. cuba baca post aku yang telah lepas berkaitan kasih sayang dalam rumahtangga.. hehehe .. Selamat Bro.
Oleh kerana ngko minta aku buat lagi edit gambar kawin ngko .. aku buat lagi satu ... bleh la tgk lagi .. aku amik sket jer gambar kawin ngko .. jadi tak dpt buat banyak. Gambar ngko pun ada di sini


Friday, September 25, 2009

Raya .. yang tak semacam raya

Sudah hampir seminggu kita meraikan syawal setelah sebulan kita berpuasa Ramadhan. Bukan aku nak kritik bukan juga aku nak memandai bercakap ... tapi cuba kita renungkan Hari raya ataupun lebih mesra di panggil aidilfitri ini disajikan Allah untuk siapa? Adakah kita yang mungkin masuk kategori puasa umum tak pun puasa 'yangyok'... puasa orang kebanyakkan yang hanya mampu menahan lapar dan dahaga .. tapi yang lainnyer macam biasa .. malah lebih teruk ... kita tengok .. masuk sahaja bulan Ramadhan berapa ramai yang gagal menahan nafsu .. nafsu serakah yang tak pernah bersyukur dengan nikmat yang dikurnia. ada yang mengnggap bulan untuk menambah rezeki dengan berniaga, bulan mencari untung.. tapi berapa ramai kita menyedari kehadiran bulan Ramadhan sbg bulan Rahmat yang penuh keberkatan? Lihatlah anak mudanya dengan nilai yang mereka tunjukkan seperti tak menghormati Ramadhan. Di manakah kita sebagai seorang pejuang Islam .. termasuk saya sendiri masih belum mampu menegah dari kemaksiatan terus menghiasi Ramadhan.
Bercakap tentang Syawal pulak .. jika bulan Ramadhan kita dihidangkan dengan Kalamullah, Drama penuh Keinsafan.. dan banyak lagi program keagamaan.. Bg mengisi Syawal pulak sebaliknya... di televisyen bemacam filem yang ntah apa-apa disajikan ... kita pun pakat nganga la mulut tgk tv tanpa menyedari .. tuntutan syawal dengan ziarah menziarahai , salam bersalaman bermaafan... Jadi di manakah pendirian kita?
Sama-sama lah kita membetulkan ini semua dengan membetulkan 'terajunya'.

Hari raya nie.. bagi aku sekeluarga tak la pi kemana sangat, hanya ziarah tetangga dan sanak saudara, sehari sebelum raya .. isteri bertungkus lumus menyiapkan langsir bagi umah saya kat dalam tu dah berhari2 buat.. almaklumlah sibuk kerja .. tak dan nak siapkan langsir... rumah kami sendiri tak dikemaskan .. sempatlah sehari tu mengemaskan rumah, tebas halaman, cat pintu .. pasang rel langsir... kira sempat jugak la ... mujur baju kami sekelurga main beli jer.. kalau tak mau tak siap nak berbaju raya.. heheh ... petang 29 Ramadhan tu kami masih bergelut nak siapkan langsir... yer la.. kerja yang tertangguh dah lama .. br kalut nak siapkan ... nak di gunakan malam nie..(malam raya) .. rumah dalam buat kenduri sempena raya .. apa lagi bertambah kalut la .. kat dalam pun nak kena buat kerja ... akhirnya tergantung jugak langsir yang siap ...
Esoknya ... berbaju hijau mudalah kami sekeluarga beraya .. selesai solat sunat .. saya berkunjung ke rumah rakan, dan bawa keluarga menziarahi keluarga kawan saya dan along di prit mentara di Bagan serai ... Raya kedua .. saya di rumah mertua di Sungai Baru.. Raya ketiga .. ada di rumah sendiri meentikan tetamu. Itulah sebahagian cerita raya .. yang tak semacam raya aku tahun nie.. buat semau kenalan yang sudi datang berkunjung .. ampun maaf zahir batin.
Terutama yang digambar bawah nie.. terima kasih. Sudi datang ke teratak aku nie.. sori ambik gambar secara sulit.. heheheh
Dan ucapan teristimewa dari sahabatmu ini SELAMAT HARI LAHIR 27 SEPT NIE... SEMOGA TERUS CERIA DAN BERBAHAGIA

Tuesday, September 15, 2009

MasyaAllah Yang Salah Tempat

Kadang-kadang kita terpengaruh dengan movie, terutama cerita
p ramlee yang banyak menggunakan "masyaallah"
dalam situasi yang silap. Bayangkan jika anda
forward kan kepada sahabat2 lain, pahala akan
terus berganda macam juga buat selling-networking,
cuma in this case, pahala yang berganda bukan duit.

Didapati ramai dikalangan kita menggunakan lafaz
"MasyaAllah" ketika berhadapan dengan situasi yang
tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat
gambar-gambar censored atau bila anak-anak kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE
ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG.

Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah,
kita menggunakan istilah "Masya'aAllah" bila kita
melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak2
yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau
wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dengan
situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan.
Yang patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim"
(Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah"
(Kepada Allah kita kembali).

Yang baik itu datangnya dari Allah, yang salah tu adalah dari diri hamba sendiri..!

Wallahualam....!!!

By BuayaTembaga PPDKerian

Monday, September 14, 2009

TEST JARI ANDA

kalau berani, try la....
58 perkataan

Speedtest

Raya weiii Raya

ucapan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri untuk warga KDPM/KDC/SABK 3D. Istimewa buat Us Sham n Geng SABK Batang Padang Bidor. Raya nie.. jgn lupa kawan kiter si Faiz KPLI tu nak kawin tau .. Selamat Berkahwin la.. buat Faiz... Semoga Berbahagia dengan Orang Baru dier... jg bini baik-baik tau ..

UCAPAN UNTUK U ALL SEMUA

DIKESEMPATAN INI, BAGI MENGANTIKAN KAD RAYA, SMS, EMAIL, MMS ATAU SEGALA BENTUK MEDIUM UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN LA... AKU GUNAKAN BLOG AKU SENDIRI LAGI BAIK ... OK LAH .. AKU NAK UCAPKAN SELAMAT BERPUASA .. PUASA JANGAN TAK PUASA TAU .. DAH TAK LAMA LAGI DAH NAK RAYA .. BUAT SEMUA KENALAN AKU .. AKU SEKELUARGA NAK LA MOHON MAAF DI ATAS SEGALA SALAH SILAP KAMI SELAMA PERKENALAN KITA. YANG MANA AKU TERKUTUK, TERKATA, TER'AUTA' NGKORANG, JANGAN LA AMBIK HATI LA NOOO.. MAAF ZAHIR DAN BATIN. BUAT KENGKAWAN YANG BERKESEMPATAN NAK DATANG RUMAH DIPERSILAKAN LA.. MAI.TAPI HANTAR INFORMASI DULU YER... BUAT YANG JAUH DAN BERAYA DENGAN KELUARGA SELAMAT BERRAYA LA YER.. YANG MASIH SOLO PI LA CARI YANG DAH ADA BINI DAN LAKI TU .. BUAT LA DAH BERKELUARGA.. HEHE. JUMPA LAGI DIKESEMPATAN LAIN YER


Custom Myspace Photo Frame

Thursday, September 10, 2009

Vaksin H1N1 ada Mikrochip?

MIKROCIP DALAM VAKSIN H1N1?
[IBNUYAACOB]
Adakah mampu golongan kapitalis Yahudi ini memasukkan nano robot di dalam vaksin H1N1? Atau adakah mereka mampu mengawal seluruh manusia dengan hanya nano robot? Apakah perisian yang terkandung di dalam nano robot?
“Dasar Kawalan Populasi” atau “Dasar Mengurangkan Populasi” penduduk dunia
Semenjak berlakunya penularan wabak H1N1, ia merupakan peluang terbaik pihak Illuminati untuk menjalankan dasar mengawal minda manusia (mind control project). Penelitian kami mendapati pelan induk projek ini adalah ucapan David Rockefeller mengenai kawalan populasi manusia pada satu majlis makan malam anjuran Business Council di Amerika.
Misi kawalan populasi manusia yang dibentangkan oleh Rockefeller bukanlah bermakna mematikan manusia dalam jumlah yang besar. Isu H1N1 sama tarafnya dengan isu SARS, HIV, Birdflu dan lain-lain, ia memang boleh membawa kematian tetapi kematian dalam jumlah yang tinggi adalah sukar dan masih kurang dari 0.5 % daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia.
Jadi apakah fungsi virus H1N1?
Ianya berfungsi untuk menimbulkan satu suasana panik dikalangan masyarakat, tokoh-tokoh politik dan kerajaan seluruh dunia. Keadaan panik harus dijana oleh satu elemen yang menakutkan.
Jadi, di dalam situasi ini, elemen tersebut ialah H1N1 manakala tempahan berjuta-juta dos dari seluruh kerajaan dunia dinamakan global panic situation. Ini adalah seni perancangan Illuminati yang sentiasa diamalkan sejak era Revolusi Perancis.
Sesungguhnya kami menjangkakan kemuncak isu wabak selsema babi ini adalah perlaksanaan program-program pemvaksinan secara paksa ke atas masyarakat. Pemaksaan tersebut adalah berkaitan satu projek rahsia Illuminati untuk memasukkan mikrocip-mikrocip ke dalam tubuh manusia.
Penggunaan Nano Robot di dalam vaksin
Satu-satunya syarikat yang digunakan kerajaan Amerika untuk membina mikrocip yang boleh dipasang pada badan manusia ialah VeriChip Corperation. Syarikat yang berpengkalan di Florida ini juga bertanggungjawab dalam membina kapsul-kapsul Radio Frequency Identification (RFID) yang boleh diletakkan di dalam kulit manusia di Amerika.
Umum mengetahui bahawa sejarah penciptaan RFID membuktikan bahawa kapsul berkenaan mampu menyimpan segala maklumat perubatan dan biologi pemakainya tanpa si pemakai itu sedari. Kapsul RFID itu juga boleh diakses oleh satelit dan disampaikan kepada server -server pihak yang mahu memanipulasi data.
Pada awal 2009 ini, didapati VeriChip Corp. telah membuat usahasama dengan syarikat Receptor LLC yang berpengkalan di Minnesota untuk membina satu mikrocip dalam badan manusia yang mampu mengesan virus.
Pengarah VeriChip sendiri iaitu Dr. Scott R. Silvermann mengakui projek sulit ini kepada akhbar WorldNetDaily, beliau menegaskan;
“As we continue to build on our partnership with Receptors, which started with the development of a glucose-sensing RFID implantable microchip, we are moving beyond patient identification to sensors that can detect and identify illnesses and viruses such as influenza,”
“This is an exciting next step for the future of our healthcare division.”
Projek “besar” yang tidak popular ini (sengaja tidak dipopularkan) dilihat sebagai sebab utama Illuminati melancarkan program mewabakkan masyarakat dunia dengan Selsema Babi. Walaupun agak rambang jangkaan kami tetapi sejarah dunia konspirasi telah membuktikan bahawa tiada satu pun yang mustahil di dalam teori-teori konspirasi.
Alasan mengesyaki perkara ini kami asaskan kepada beberapa perkara yang berlaku sepanjang tahun ini berkenaan Selsema Babi iaitu:
• 1 Oktober 2008 - Bush meluluskan dana pembinaan vaksin selsema bernilai USD1.6 juta untuk Institut Tredau dan Makmal Tentera Laut Amerika.
• Januari 2009 - VeriChip dan Receptor LLC menjalin usahasama membina implan mikrocip manusia.
• April 2009 - kes pertama Selsema Babi (SB) dikesan di Mexico.
• 20 April 2009 - seorang doktor pakar yang bekerja di Israel Institute of Biological Research (IIBR) telah ditangkap polis Israel kerana disyaki menjadi perisik kepada Russia tentang maklumat-maklumat pembinaan vaksin di IIBR.
• Mei 2009 - Receptor LLC mengeluarkan kertas kerja ringkas bertajuk “An Intergrated Sensor System For The Detection Of Bio-Threats From Pandemics To Emerging Diseases To Bioterrorism”.
• Ogos 2009 - VeriChip Corp telah menjual 1,000 mikrocip RFID kepada Jabatan Kesihatan Daerah Green River di Kentucky, Amerika tanpa diketahui sebabnya dan tiada sebarang sidang media.
Pemvaksinan masyarakat adalah projek menyuntik mikrocip
Program pemvaksinan secara besar-besaran di seluruh dunia adalah tidak syak lagi ia merupakan satu propaganda kapitalis Zionis untuk melaksanaka suntikan mikrocip ke dalam tubuh badan manusia.
Manakala pengilang-pengilang vaksin seperti Novartis, Baxter, GlaxoSmithKline dan lain-lain juga kami yakin telah pun bersiap sedia meletakkan mikrocip ini ke dalam botol-botol vaksin yang bakal diedarkan seluruh dunia.
Kedegilan WHO untuk memberi tender kepada pengilang-pengilang Zionis ini juga amat mengecewakan walaupun pelbagai surat khabar antarabangsa, badan-badan kesihatan dunia, persatuan-persatuan doktor pakar telah mengecam melalui pelbagai artikel tentang skandal-skandal yang menyelubungi syarikat-syarikat vaksin ini.
Rasional penggunaan Nano Robot di dalam vaksin H1N1
Seperkara yang perlu kita ketahui ialah mikrocip yang bakal dimasukkan ke dalam badan bukanlah seperti cip-cip CPU komputer yang sebesar ibu jari itu. Mikrocip adalah cip-cip yang telah dikecilkan saiznya dengan kadar elektron yakni 10 kali lebih kecil dari bakteria.
Bagaimana pula mikrocip-mikrocip akan bergerak di dalam badan?
Kenderaan yang akan membawa mikrocip di dalam badan manusia ini juga bersaiz elektron yang dipanggil Nano Robot. Robot kecil ini akan memegang mikrocip dan bergerak mengikut saluran darah di keseluruhan badan.
Perkara ini bukanlah teknologi masa depan, angan-angan atau fantasi, ianya telah pun dicipta oleh jurutera-jurutera Hitachi Corparation sejak 1990-an lagi. Malah idea pembinaan nano robot bagi kegunaan perubatan pula diilhamkan oleh Dr. Jose MR. Delgado pada 1974. Ketika itu Dr. Jose adalah Pengarah Jabatan Neuropsikatri di Universiti Yale, Amerika.

Antara ciri-ciri lain Nano Robot ialah saiznya 50,000 kali lebih kecil dari saiz rambut manusia. Ia mempunyai ingatan terbina dalam (Built-in Memory) melebihi 512 kilobyte. Selain itu, pergerakannya juga adalah berasaskan frekuensi ELF. Kemungkinan nano robot juga telah mengalami evolusi teknologi yang lebih canggih pada masa sekarang.
Tujuan meletakkan mikrocip
Tidak lain tidak bukan tujuannya adalah untuk mencuri maklumat manusia secara rambang dan mengkordinasi sistem biologi badan. Bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk kapitalis Zionis menyimpan data-data berpuluh-puluh juta manusia seluruh dunia yang dimasukkan mikrocip.
Sebagai contohnya, komputer mainframe (pengkalan data utama)yang dibekalkan syarikat IBM Corp. kepada syarikat kewangan China pada 1999 mampu memproses semua maklumat kewangan seramai 1 billion orang dalam sesuatu masa.
Sekiranya teknologi mainframe pada 1999 sudah mampu memproses maklumat 1 billion orang, apatah lagi pada era 2009 ini. Oleh itu, penyuntikan mikrocip sebagai pencuri maklumat penduduk dunia yang berpuluh-puluh juta adalah tidak mustahil.
Kami percaya, nano robot yang dihasilkan pada era sekarang mampu menyelinap di saluran-saluran darah pada otak manusia. Kemungkinan juga nano robot ini sudah mencapai tahap boleh memuat turun perisian-perisian pemikiran dari pusat pengkalan data ke masyarakat seluruh dunia hanya melalui gelombang satelit.
http://duniacacamarba.blogspot.com/2009/09/mikrocip-dalam-vaksin-h1n1.html
"

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP