;

Thursday, February 25, 2016

LENSA BERDJ KENDURI

KOLEKSI BERKONTI 














Khurafat dalam masyarakat melayu

1.0 Pengenalan
Khurafat adalah salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam. Amalan khurafat mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan daan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. 
Jika dilihat senario masyarakat Islam di Negara ini, masih terdapat segelintir yang masih percaya dengan perkara-perkara khurafat. Contohnya memakai tangkal dan azimat, percaya kepada tuah, memohon bantuan kepada sesuatu selain dari Allah. Amalan khurafat seperti ini boleh menjadikan seseorang itu melakukan syirik kepada Allah.
Dalam tugasan ini akan mengupas apakah yang dimaksudkan dengan khurafat dan apakah pandangan Islam tentang amalan-amalan yang berunsur khurafat. Disamping itu turut digambarkan beberapa jenis amalan-amalan khurafat yang masih diamalkan dalam kehidupan masyarakat Islam. Turut dihuraikan pendapat ulama mengenai beberapa kelompok amalan khurafat yang dikaitkan dengan masyarakat melayu berpandukan dengan hadis Rasulullah.
Dalam menyempurnakan tugasan ini, saya turut membuat pembacaan dan pencarian bahan mengenai amalan-amalan khurafat yang berlaku di kawasan atau tempat saya. Oleh kerana populasi masyarakat setempat bagi kawasan yang saya diammi merupakan masyarakat berketurunan melayu banjar, kupasan tugasan amalan khurafat ini saya tumpukan kepada amalan khurafat yang subur dalam kehidupan masyarakat banjar.

2.0 Apakah yang dimaksudkan dengan Khurafat
Perkataan khurafat di ambil dari perkataan bahasa arab : kharafa-yakhrifu-kharfan- khurafatan. Selain itu Kha- ri-fa juga membawa maksud rosak akal kerana terlalu tua. Dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai "superstition".
Dari segi bahasa khurafat membawa maksud  kepercayaan  yang  karut,  dongeng  dan  perkara tahyul.  Contohnya ,  kata-katanya  itu banyak pekara yang diada-adakan ataupun bida’ah . Kamus Dewan mendefinisikan 'khurafat'  sebagai ajaran yang bukan-bukan, karut, atau tahyul.
Manakala menurut istilah syarak pula mengertikan perkara ini sebagai  semua kepercayaan yang diyakini kegiatannya memiliki dasar dan bersumber daripada ajaran agama Islam walaupun pada hakikatnya perkara tersebut adalah bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu penutup para nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t.
Khurafat yang diyakini oleh pelakunya sebagai sesuatu yang dibenarkan oleh agama mungkin sahaja dapat dapat memberikan ketenangan dan kemantapan jiwa bagi melakukannya. Malangnya, kerana perbuatan itu pada dasarnya menyimpang dari tuntutan agama yang sebenar, maka kenikmatan itu adalah bersifat semu, iaitu tidak kekal. Hal ini sama sekali bertentangan dengan fitrah manusia kerana ia bertentangan dengan akal sihat.
Fokus utama istilah khurafat merujuk kepada :
  1. Pegangan atau iktikad yang tidak bersandarkan kepada asas realiti dan tidak juga bersandarkan asas agama, seumpama ungkapan atau perbuatan atau juga bilangan tertentu yang disangkakan boleh mendatangkan kebahagian ataupun kecelakaan.
  2. Semua kepercayaan, keyakinan atau kegiatan yang tidak bersumber dari ajaran agama, tetapi diyakini bahawa hal tersebut memiliki dasar dari agama.
  3. Dongeng, kisah, legenda, cerita, asumi, kepercayaan atau keyakinan yang tidak benar. Ia adalah iktikad yang batil, di mana lawannya ialah iktikad yang benar (al-Haq)
  4. Setiap pengajaran yang jelas bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
  5. Semua perkara yang dicipta oleh manusia melalui pemikiran karutnya tanpa asas syariah atau akal sihat; kemudian diyakini pula sebagai boleh mendatangkan manfaat ataupun menolak bala.

3.0 Contoh Amalan Khurafat
Khurafat masih wujud di dalam masyarkat Islam sekarang, bahkan ia juga telah muncul dalam bentuk-bentuk yang berbagai-bagai samada dalam bentuk perbuatan tertentu, ungkapan tertentu, cerita atau kisah tertentu, bilangan tertentu, serta  konsep,  prinsip  atau  mazhab  tertentu.  Amalan  mengunjungi  kubur  yang dianggap keramat mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial  membuanancak  bagi  menghalau  hantu  adalah  sebahagian  bentuk  gejala khurafat. Antara amalan yang masih mewarnai kehisupan masyarakat melayu seperti
·         Melenggang Perut.
·         Temasya Mandi Safar
·         Azimat
·         SMS Atau Surat Berantai

4.0 Kelompok amalan-amalan Khurafat lain
Kita telah melihat beberapa contoh amalan khurafat di atas, ada sejumlah lagi amalan khurafat yang sememangnya banyak berlaku dalam masyarakat melayu  hari ini. Amalan khurafat itu bolehlah diikelompokkan sebagaimana berikut;
·         Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar. 
·         Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu. 
·         Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang mengamalkan jurus kebatinan.
·         Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami maksudnya.
·         Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun samada terhadap perkara yang telah lalu atau di masa akan datang.
·         Memohon dengan percakapan atau ungkapan yang tidak ada asal usul suruhan dalam Islam seperti kata-kata “Tabik Tok Nenek” ketika melalui sesuatu tempat atau “Minta simpang Malaikat 44” ketika mengharapkan sesuatu yang tidak diingini.
·         Penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan yang bukannya dari sesuatu yang tsabit dalam agama serta tidak dijaga dari dibawa ke tempat-tempat yang bukan suci.
·         Meletakkan Ladam Kuda dipintu rumah dengan alas an boleh menghindari dari gangguan makhluk halus.
·         Mengantung isim yang dipahat di logam tertentu dengan berbagai-bagai rajah dan tulisan yang bukannya ayat al-Qur’an atau sesuatu yang warid dalam agama.
·          Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin/Khadam/Masuk Tok Nenek dalam badan (menurun).
·         Mengamalkan ilmu pengasih
·         Perasapan kemenyan dengan tujuan supaya menghalau jin dan hantu di dalam rumah dan menjemput malaikat datang ke rumah.
·         Meletakkan air di dalam bekas untuk dijamukan kepada para malaikat “Air Malaikat”.
·         Menganiaya atau menzalimi orang melalui sihir, santau dan pukau.



Farsy Huruf dan Talaaqi Musyafahah AlQiraat

1.0 Pengenalan
Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran. Kaedah-kaedah ini digunakan bertujuan memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam Tilawah al-Quran iaitu membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat al-Quran. Bagi memastikan hasil pembelajaran mengikut aras tercapai, guru perlu bijak dalam memilih kaedah yang sesuai dengan tahap pelajar. Penggunaan kaedah yang pelbagai juga dapat menimbulkan minat pelajar untuk membaca, menghafaz dan memahami al-Quran. Antara kaedah yang sering dibincangkan dalam pembelajaran bacaan Al-Quran ada seperti kaedah Talaqqi Musyafahah, Talaqqi, latih tubi, tikrar, tasmik dan soal jawab.
Dalam memastikan pengguasaan pembacaan Al-Quran juga perlu mempelajari bentuk-bentuk bacaan agar bacaan Al-Quran lebih menepati lahjah dan kehendak ayat  yang dibaca. Bentuk-bentuk bacaan atau lebih dikenali sebagai Qiraat, juga merupakan satu ilmu dari ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran. Ilmu qiraat mengajar bagaimana cara untuk menyebut ayat-ayat Al-Quran mengikut riwayat-riwayat selain daripada riwayat imam Hafs A’n Aa’sim, riwayat ini adalah riwayat yang kita amalkan setiap hari. Daripada ilmu qiraat juga kita akan dapat mempelbagaikan jenis-jenis bacaan, tidak hanya terikat dengan riwayat Hafs A’n Aa’sim sahaja. Ilmu qiraat merupakan ilmu yang harus diketahui oleh semua manusia yang mengucap dua kalimah Syahadah dan mengaku tubuh badan dan darah dagingnya beragama Islam.
Sebagaimana yang dibincangkan dalam ilmu al-Qiraat termasuk perbahasan mengenai kalimah yang khilaf di dalam al-Quran. Namun dalam ilmu qiraat, kalimah khilaf sendiri mempunyai beberapa pembahagian dan pengertian sebagaimana yang dirumuskan daripada kata-kata Ibn al-Jazari dalam kitabnya al-Nashru. Dalam tugasan ini, saya dikehendaki mengupas khilaf farsy yang terdapat di dalam surah Al-Falak.

2.0 Konsep Kaedah Talaqqi Musyafahah
            Talaqqi pada bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Manakala menurut istilah, ialah pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Manakala, musyafahah pula bermaksud sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir dan pada istilah bermaksud murid menerima pengajaran melalui sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya mengikut guru. Sebagai contoh, seorang guru membaca sepotong ayat kepada seorang murid, dan kemudiannya murid itu mengikut contoh bacaan guru secara individu.
Melalui kedua-dua takrifan tersebut dapat kita fahami bahawa talaqqi al-Qur’an merupakan suatu proses pembelajaran al-Qur’an antara kedua-dua belah pihak iaitu antara guru dan murid.Ia juga dikenali sebagai musyafahah yang bermaksud mempelajari bacaan al-Qur’an secara berguru secara lisan.
Kaedah Talaqqi Musyafahah merupakan kaedah mempelajari bacaaan al-Quran yang tertua iaitu berdepan secara langsung di antara guru dengan murid seperti mana yang dipraktikkan oleh Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. Hal ini jelas melalui peristiwa di Gua Hira’ ketika al-Quran mula-mula diturunkan kepada Rasullullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Dalam peristiwa itu, Jibril membaca terlebih dahulu bacaan ayat suci al-Quran dan didengari oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah s.a.w terus menghafal ayat berkenan dan seterusnya membacakan kepada para sahabat. Para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah s.a.w. Bacaan tersebut juga dituliskan dan seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.
Sejarah ini sekali lagi menjelaskan kepada kita bahawa kaedah talaqqi musyafahah ini telah berlangsung dalam pelbagai gaya mengikut suasana dan tempat. Para sahabat juga telah menyebarkan rangkaian matan Hadith Nabi kepada umat Islam yang lain menurut kaedah yang sama, samada secara individu atau berkumpulan. Kehebatan kaedah ini telah menyebabkan pertalian sanad Hadith masih dapat dikekalkan dengan baik hingga ke hari ini
Di dalam musyafahah terdapat dua cara yang selalu digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran membaca al-Quran. Pertama adalah dengan cara guru membacakan ayat di hadapan murid dan didengari murid sahaja. Cara ini disebut al-Mutaqaddimin. Manakala cara kedua pula, murid membaca di hadapan guru dan guru hanya menyemak serta membetulkan mana-mana bacaan yang salah. Cara ini sering disebut sebagai cara al-Mutaakhirin.
Seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah s.w.t. menyuruhku agar membacakan al-Quran kepadamu. Jawab Ubay, “Allah memilihku dan menyebut namaku di sisimu? Jawab Nabi s.a.w., “Allah s.w.t. telah memilih dan menamakan kamu disisiku.” Maka Ubay pun menangis.

             Antaranya ialah firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran berkaitan kaedah Talaqqi ini seperti ;

Ÿw õ8ÌhptéB ¾ÏmÎ/ y7tR$|¡Ï9 Ÿ@yf÷ètGÏ9 ÿ¾ÏmÎ/ ÇÊÏÈ   ¨bÎ) $uZøŠn=tã ¼çmyè÷Hsd ¼çmtR#uäöè%ur ÇÊÐÈ   #sŒÎ*sù çm»tRù&ts% ôìÎ7¨?$$sù ¼çmtR#uäöè% ÇÊÑÈ  

(Surah al-Qiyamah: Ayat 16-18)
Maksudnya: Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Quran Yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

$ZR#uäöè%ur çm»oYø%tsù ¼çnr&tø)tGÏ9 n?tã Ĩ$¨Z9$# 4n?tã ;]õ3ãB çm»oYø9¨tRur WxƒÍ\s? ÇÊÉÏÈ  

Dalam Surah al-Isra’ juga, Allah s.w.t. berfirman dalam ayat 106;
Maksudnya: Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

Pengajaran yang diamalkan ketika itu adalah Talaqqi Musyafahah memandangkan ia adalah cara terbaik untuk memastikan segala ilmu yang diterima adalah sahih dan mendapat pengiktirafan dari sahabat sebagai guru mereka.
                                 


3.0 Perbezaan Qiraat
Bahwa bangsa Arab, yang padanya Nabi Muhammad SAW itu diutus, mereka terdiri dari berbagai suku bangsa atau kabilah. Tempat tinggalnya di tanah tandus padangpasir, hidup secara berkelompok yang berjauhan antara satu kelompok dengan kelompok yang lain. Bahasa resminya adalah bahasa Arab, yang masing-masing kabilah itu mempunyai lahjah (dialek, bunyi suara) yang berbeda-beda. Dari sekian banyak lahjah yang ada, maka lahjah suku Quraisylah yang paling tinggi mutunya serta paling banyak dipergunakan orang
Allah SWT menurunkan Al-Qur’an, dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang berbangsa Arab itu, maka sudah selayaknya kalau Al-Qur’an itu diturunkan dalam bahasa Arab. Seperti telah diterangkan tadi, bhawa lahjah Quraisy merupakan lahjah yang terbaik dan yang paling banyak dipergunakan orang, maka sudah pada tempatnya pula kalau yang dipilih itu juga lahjah Quraisy, sebagaimana Nabi Muhammad itu juga berasal dari suku Quraisy.
Sahabat-sahabat Nabi terdiri dari berbagai kabilah yang masing-masing mempunyai lahjah tersendiri, berlainan antara satu sama lain. Memaksa mereka membaca Al-Qur’an dengan lahjah yang tidak lazim dan tidak dikuasainya adalah suatu hal yang menyukarkan kepada ahli qiraat. 

3.1 Pengertian Al-Qiraat

Berdasarkan etimologi (bahasa), qiraah merupakan kata jadian (mashdar) dari kata kerja qiraah (membaca), jamaknya yaitu qiraat. Bila dirujuk berdasarkan pengertian terminology (istilah), ada beberapa definisi yang diperkenalkan oleh ulama berkaitan pengkajian Al-Quran :

Menurut az-Zarqani.

·         Az-Zarqani mendefinisikan qiraah dalam terjemahan bukunya iaitu : mazhab yang dianut oleh seorang imam qiraat yang berbeza dengan lainnya dalam pengucapan al-Qur’an serta kesepakatan riwayat-riwayat dan jalur-jalurnya, baik perbedaan itu dalam pengucapan huruf-huruf ataupun bentuk-bentuk lainnya.

·         Menurut Ibn al Jazari, Ilmu yang menyangkut cara-cara mengucapkan kata-kata al-Qur’an dan perbezaan-perbezaannya dengan cara menisbatkan kepada penuturnya.

·         Menurut al-Qasthalani : Suatu ilmu yang mempelajari hal-hal yang disepakati atau diperselisihkan ulama yang berkait persoalan lughah, hadzaf, I’rab, isbat, fashl, dan washl yang diperoleh secara periwayatan.

·         Menurut az-Zarkasyi : Qiraat adalah perbezaan cara mengucapkan lafaz-lafaz al-Qur’an, baik menyangkut huruf-hurufnya atau cara pengucapan huruf-huruf tersebut, seperti takhfif (meringankan), tatsqil (memberatkan), dan atau yang lainnya.

·         Menurut Ibnu al-Jazari : Qiraat adalah pengetahuan tentang cara-cara melafazkan kalimah-kalimah Al-Quran dan perbezaannya dengan merujuk kepada penuturnya.

Dengan demikian, dari penjelasan-penjelasan di atas, maka ada tiga qiraat yang dapat dirumuskan dari definisi diatas iaitu :
1.      Qiraat berkaitan dengan cara bacaan ayat-ayat Al-Quran yang dilakukan salah seorang iman dan berbeza cara yang dilakukan imam-imam lainnya.
2.      Cara bacaan ayat-ayat Al-Qur’an itu berdasarkan atas riwayat yang bersambung kepada Nabi. Jadi, bersifat tauqifi, bukan ijtihadi.
3.      Ruang lingkup perbezaan qiraat itu berkaitan persoalan lughah, hadzaf,
4.      I’rab, itsbat, fashl, dan washil.


3.2 Sejarah Wujud Perbezaan Qiraat
1.                  Latar Belakang
Qiraat sebenarnya telah muncul semenjak Nabi masih ada walaupun ianya pada ketika itu bukan merupakan sebuah disiplin ilmu. Ada beberapa riwayat yang dapat dihubungkan dengan perkara di atas:
a.       Suatu ketika ‘Umar bin Al-Khattab berbeza pendapat dengan Hisyam bin Hakim ketika membaca ayat Al-Quran. ‘Umar tidak puas terhadap bacaan Hisyam sewaktu ia membaca surat Al-Furqan. Menurut ‘Umar, bacaan Hisyam tidak benar dan bertentangan dengan apa yang diajarkan Nabi kepadanya. Namun, Hisyam menegaskan pula bahawa bacaannya juga berasal dari Nabi. Selesai solat, Hisyam diajak menghadap Nabi lau menceritakan peristiwa di atas. Nabi menyuruh Hisyam mengulangi bacaannya sewaktu solat tadi. Setelah Hisyam melakukannya, nabi bersabda yang bermaksud ;

memang begitulah Al-Qur’an diturunkan. Sesungguhnya Al-Qur’an ini diturunkan dalam tujuh huruf, maka bacalah oleh kalian apa yang kalian anggap mudah dari tujuh huruf itu”.

b.       Di dalam riwayatnya, Ubai pernah bercerita:
saya masuk ke masjid untuk mengerjakan solat, kemudian datanglah seseorang dan membaca surat An-Nahl, tetapi bacaannya berbeza dengan bacaan saya. Setelah selesai, saya bertanya, “Siapakah yang membacakan ayat itu kepadamu?” ia menjawab, “Rasulullah SAW”. Kemudian, datanglah seseorang mengerjakan shalat dengan membaca permulaan surat An-Nahl[16], tetapi bacaannya berbeda dengan bacaan saya dan bacaan teman tadi. Setelah shalatnya selesai, saya bertanya, “Siapakah yang membacakan ayat itu kepadamu?” Ia menjawab, “Rasulullah SAW”. Kedua orang itu lalu saya ajak menghadap Nabi. Setelah saya sampaikan masalah ini kepada Nabi, beliau meminta salah satu kepada dua orang itu membacakannya lagi surat itu. Setelah bacaannya selesai, Nabi bersabda, ‘Baik. Kemudian, Nabi meminta kepada yang lain agar melakukan hal yang sama. Dan Nabi pun menjawabnya dengan baik.”


2.                  Cara Penyampaian (Kaifiyat Al-Ada’)
Menurut analisis yang disampaikan Sayyid Ahmad khalil, perbezaan qiraat itu bermula dari bagaimana seorang guru membacakan qiraat itu kepada murid-muridnya. Hal itulah yang mendorong beberapa utama mencuba merangkumi bentuk-bentuk perbezaan cara menghafal Al-Qur’an itu sebagai berikut :

·         Perbezaan dalam I’rab atau harakat kalimat tanpa perubahan makna dan bentuk kalimah, misalnya pada firman Allah pada surat An-nisa’ ayat 37 tentang pembacaan “Bil Buhkhli” (ertinya kikir), disini dapat dibaca dengan harakat “Fatha” pada huruf Ba’-nya, sehingga dibaca Bil Bakhli, dapat pula dibaca “Dhommah” pada huruf Ba’nya, sehingga menjadi Bil Bukhli.
·         Perbezaan I’rab dan harakat (baris) kalimah sehingga mengubah maknanya, misalnya pada firman Allah surah Saba’ ayat 19, yang artinya “ Ya Tuhan kami jauhkanlah jarak perjalanan kami “. Kata yang diterjemahkan menjadi jauhkanlah diatas adalah “ba’id karena statusnya fi’il amar, maka boleh juga dibaca ba’ada yang bererti kedudukannya menjadi fi’il mahdhi ertinya telah jauh.
·         Perbezaan pada perubahan huruf tanpa perubahan I’rab dan bentuk tulisannya, sedangkan maknanya berubah, misalnya pada firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 259, yang ertinya “dan lihatlah kepada tulang belulang keledai itu, kemudian kami menyusunnya kembali.”
·         Perubahan pada kalimah dengan perubahan pada bentuk tulisannya, tetapi maknanya tidak berubah, misalnya pada firman Allah dalam surah Al-Qoria’ah ayat : 5, yang artinya “……..dan gunung-gunung seperti bulu yang dihamburkan “. Dalam ayat tersebut terdapat bacaan “kal-ih-ni” dengan “ka-ash-shufi” sehingga kata itu yang mulanya bermakna bulu-bulu berubah menjadi bulu-bulu domba.
·         Perbezaan pada kalimah yang menyebabkan perubahan bentuk dan maknanya, misalnya pada ungkapan “thal in mandhud” menjadi “thalhin mandhud
·         Perbezaan dalam mendahulukan dan mengakhirkannya, misalnya pada firman Allah dalam surah Qof ayat : 19, yang ertinya “dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya”.
·         Perbezaan dengan menambahi dan mengurangi huruf, seperti pada firman Allah dalam surah al-Baqarah: 25, yang ertinya “…syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya.”

3.3 Sebab-sebab Perbezaan Qiraat
Sebab-sebab munculnya beberapa qiraat yang berbeza adalah :  
·         Perbezaan qiraat nabi, ertinya dalam mengajarkan al-Qur’an kepada para sahabatnya,  nabi menggunakan beberapa versi qiraat.
·         Pengakuan dari nabi terhadap berbagai qiraat yang berlaku di kalangan kaum muslimin waktu itu, hal ini berhubung dialek di antara mereka dalam mengucapkan kata-kata di dalam al-Qur’an. Contohnya ketika seorang Hudzail membaca di hadapan Rasul “atta hin”. Padahal ia menghendaki “hatta hin.
·         Adanya riwayat dari para sahabat Nabi berkait berbagai versi Qiraat yang ada.
·         Adanya lahjah atau dialek bahasa di kalangan bangsa arab pada masa turunnya al-Qur’an.

3.4 Kepelbagaian Qiraat
1. Bilangan Qiraat
·         Qiraah sab’ah (qiraat tujuh) Kata sab’ah artinya adalah imam-imam qiraat yang tujuh.
·         Qiraat Asyrah (qiraat sepuluh) Yang dimaksud qiraat sepuluh adalah qiraat tujuh yang telah disebutkan di atas ditambah tiga qiraat
·         Qiraat Arba’at Asyarh (qiraat empat belas)
o   Yang dimaksud qiraat empat belas adalah qiraat sepuluh sebagaimana yang telah disebutkan di atas ditambah dengan empat qiraat lagi, yakni : al-Hasan al-Bashri (w. 110 H), Muhammad bin Abdurrahman (w. 23 H), Yahya bin al-Mubarak al-Yazidi and-Nahwi al-Baghdadi (w. 202 H), Abu al-Fajr Muhammad bin Ahmad asy-Syambudz (w. 388 H).
2.      Kualiti Qiraat
·         Qiraah Mutawwatir  iaitu qiraah yang disampakan kelompok orang yang sanatnya tidak berbuat dusta.
·         Qiraah Mashur iaitu qiraah yang memiliki sanad sahih, tapi tidak sampai kualiti mutawatir.
·         Qiraah ahad iaitu memiliki sanad sahih tapi menyalahi tulisan mushaf uthmani dan kaedah bahasa Arab, tidak memiliki kemasyuran, dan tidak dibaca sebagaimana ketentuan yang telah ditetapkan Al-Jazari.
·         Qiraah Maudhu iaitu palsu
·         Qiraah Syadz iaitu menyimpang.
·         Qiraah yang menyerupai hadist mudroj (sisipan).yakni adanya sisipan pada bacaan dengan tujuan penafsiran.




4.0 Khilaf Farsy Dalam Surah Al-Falaq  
Di kalangan qiraat tujuh terdapat qiraat yang tidak lagi diamalkan seperti Qiraat Ibn Kathir, Ibn 'Amir, Imam Hamzah dan Qiraat al-Kisai. Namun Qiraat al-Kisai melalui dua perawinya Abu al-Harith dan al-Duri masih boleh dipelajari melalui talaqqi dengan guru yang mempunyai sanad. Semua usul Qiraat Tujuh dan khilaf kalimah dalam surah atau disebut Farsy disenarai dan dicatat dalam bentuk nadham oleh tokoh ilmu qiraat iaitu Imam Syatibiy (meninggal pada tahun 590 hijrah) melalui kitabnya Hirz al-Amani wa wajh al-Tahani atau terkenal dengan Matan Syatibiy.
Dalam kata lain Farsy Huruf ialah perubahan bacaan yang berlaku pada kalimah-kalimah yang khusus sahaja.Contohnya bacaan pada kalimah 'maliki' di dalam Surah al-Fatihah, terdapat riwayat yang membaca pada suku kata 'ma' dengan kadar satu harakat iaitu 'maliki'. Manakala terdapat pula riwayat lain yang membaca suku kata tersebut dengan kadar dua harakat iaitu 'maaliki'. (Bacaan daripada riwayat ini yang kita praktikkan). 

Namun ia bukanlah suatu yang tetap di mana suatu riwayat itu mesti membaca dengan kadar yang sama setiap kali bertemu dengan kalimah 'maliki' di dalam al-Quran. Contohnya dalam bacaan kita di dalam Surah al-Nas pada ayat'malikinnas'. Kita membaca suku kata 'ma' dengan kadar satu harakat sahaja, bukan dengan kadar dua harakat. 

Metod pengajaran ilmu Qiraat pula mestilah menghafaz matan Syatibiy ini dan guru akan memperkenalkan kaedah membaca qiraat secara jamak. Dengan maksud semua khilaf qiraat yang ada dalam sesuatu ayat akan dibaca pelajar bermula dengan Qiraat Nafei hingga Qari yang ketujuh iaitu Imam al-Kisai. Maksud penulis, Qiraat al-Kisaei tidak diamalkan dalam sudut menjadikannya bacaan rasmi negara Islam sebagaimana riwayat Hafs daripada Imam 'Asim yang kebanyakan dunia Islam membacanya.
Begitu juga riwayat Warsy yang mendominasi negara Islam di utara Afrika atau riwayat Qalun yang menjadi bacaan umat Islam di Libya. Namun Qiraat al-Kisaei kini tidak dijadikan riwayat rasmi di mana-mana negara Islam.
Walaupun begitu, Qiraat al-Kisaei pada satu masa dahulu diamalkan di Kufah iaitu tempat Imam al-Kisaei bermukim. Ramai ulama meriwayat Qiraat al-Kisaei melalui perawinya Abu al-Harith dan al-Duri.
Secara umumnya bacaan al-Kisaei ada persamaan dengan bacaan gurunya Imam Hamzah khususnya pada imalah kalimah yang mempunyai huruf ya diakhirnya.
Kelainan Qiraat al-Kisaei berbanding Qiraat Tujuh yang lain adalah membaca imalah pada ha ta'nith yang berada pada akhir kalimah seperti al-malaikah.
Perawi pertama yang meriwayat Qiraat al-Kisaei ialah Abu al-Harith al-Baghdadi. Menurut Al-Dani, Abu al-Harith adalah murid terunggul al-Kisaei dan bertalaqqi dengannya.
Abu al-Harith menjadi penyambung penyebaran Qiraat al-Kisaei. Ramai yang bertalaqqi dengannya antaranya Salamah Ibn 'Asim, Muhammad Ibn Yahya al-Kisaei al-Soghir dan al-Fadhl Ibn Syazan Ya'qub Ibn Ahmad. Abu al-Harith meninggal dunia sekitar tahun 200 hijrah.
Perawi kedua al-Kisaei ialah Abu Umar al-Duri. Jika dilihat senarai para perawi Qiraat bermula dari perawi Imam Nafei' hinggalah perawi Imam Ketujuh Imam al-Kisaei kita dapati semuanya orang yang berbeza. Kecuali al-Duri yang menjadi perawi Imam Abu Amru dan al-Duri juga adalah perawi kepada Imam al-Kisaei.
Al-Duri meriwayat Qiraat Abu Amru melalui perantaraan yang merupakan murid kepada Abu Amru iaitu Yahya al-Yazidi. Manakala Qiraat al-Kisaei, beliau meriwayat secara talaqqi daripada gurunya al-Kisaei.
Justeru dalam buku Qiraat apabila menyatakan tentang bacaan al-Duri, mereka akan menyebut al-Duri al-Kisaei atau menyebut al-Duri Abu Amru bagi mengelak kekeliruan mana satukah al-Duri yang dikehendaki.
Dengan berakhirnya cerita Imam al-Kisaei dan perawinya maka sempurnalah pengenalan Qiraat Tujuh yang merupakan qiraat mutawatirah dan kesemuanya sah dibaca dalam sembahyang.

Farsy Huruf dalam Surah Al-Falaq.

Warsy membaca dengan Naqal (pindah) iaiatu dengan mindahkan baris huruf hamzah kepad aruf yang mati sebelum hirif hamzah dan huruf hamzah tersebut di hazaf (buang). Khalaf membaca dengan Saktah ( dengan Khilaf) pada tempat atau bacaan yang dinaqalkan oleh Warsy dalam keadaan bacaan sambung (wasal).

Kesimpulan

Dalam proses pengajaran bacaan Al-Quran, tidak dapat tidak kita perlu mempelajari kaedah-kaedah membaca Al-Quran yang telah dipraktikkan oleh Nabi Muhamaad S.A.W dan para sahabat baginda. Ulama Qurra juga telah menkategorikan beberapa kaedah yang jelas dan boleh menjadi panduan kepada tenaga guru yang mengajar Al-Quran. Kaedah-kaedah yang diperkenalkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, keseluruhannya adalah baik dan berkesan bagi setiap guru dalam menyampaikan pengajaran. Keberkesanan kaedah ini adalah bergantung kepada kebijaksanaan guru menyesuaikannya dengan tahap pencapaian pelajar serta suasana persekitaran dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Alquran yang juga merupakan mukjizat Nabi yang paling agung mengandungi hikmah dan fadhilat yang tersendiri. Fadilat al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah mendengarnya pun mendapat banyak manfaat.Antaranya ialah seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w yang bermaksud :”Sesiapa yang mendengar ( bacaan ) satu ayat dari kitab Allah( Al-Quran ), maka ayat itu menjadi nur ( cahaya ) baginya”. Riwayat Ibnu Abbas r.a. Sabda Rasulullah SAW begitulah al-Quran diturunkan. Kemudian Rasulullah saw berkata: Baca wahai Umar! Lalu aku membacanya, sabda Rasulullah SAW: Begitulah ia diturunkan. Dan Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dengan tujuh huruf maka bacalah kamu yang mudah daripadanya. Hadis ini memberi maksud bahawa berlakunya khilaf bacaan di kalangan para sahabat r.a. Bacaan al-Quran yang diwarisi kepada generasi sekarang adalah dengan cara mempelajari dari guru. Ia berterusan begitu dari zaman Rasulullah hingga ke masa kita sekarang ini. (3158 patah perkataan)

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP