Pengajaran
Pembelajaran Berbantukan Komputer
Pendahuluan
Tidak dapat
dinafikan bahawa kepelbagaian kaedah penyampaian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung mampu memberikan motivasi tempatan kepada murid-murid
terhadap pengajaran tersebut (Moores, 1987). Penggunaan kaedah tradisional
seperti “chalk and talk” kini menjadi kurang relevan. Isu ini
sering dijadikan bahan perbualan di kalangan pentadbir pendidikan dalam usaha
memartabatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah.
Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan diikuti
oleh pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988
telah menekankan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan
aktiviti murid. Pendek kata kata konsep pengajaran dan pembelajaran bukan lagi
daripada guru kepada murid, tetapi murid kepada guru dan murid kepada murid.
Dalam hal ini
penggunaan beberapa instrumen pengajaran dan pembelajaran juga semakin
meningkat. Dalam hal ini, peranan komputer kini dikatakan mendominasi sistem
pengajaran dan pembelajaran. Mengapa berlaku demikian? Ini semua disebabkan
oleh konsep komputer itu sendiri yang dapat memberikan sangat banyak pilihan
kepada penggunannya seperti penggunaan video, audio, grafik, bunyi dan
sebagainya.
Pengajaran
Pembelajaran Berbantukan Komputer
Pengajaran
Pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah menjadi suatu perkara penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana penggunaan PPBK
ini secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan
bermutu. Apakah yang dimaksudkan dengan PBK. Menurut Sander (1987), PPBK
merupakan suatu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar berinteraksi dan
dibimbing komputer melalui satu proses pembelajaran yang terancang untuk
mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Manakala Moursund (1980) pula
menyatakan PBK ini adalah untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar,
di mana berlaku interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar untuk
membantu mereka tentang bahan yang dipelajari.
Secara umumnya,
PPBK ini mengandungi nota, soalan dan ulangkaji. Kebolehan komputer dalam
mengintegrasikan unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik untuk membentuk
perisian ini.
Ini sudah tentu
membawa makna besar dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, khusunya dalam
bidang pendidikan. Dengan kata lain PPBK ini merujuk kepada penggunaan alat
pengarangan yang mengabungkan media video, bunyi, teks, animasi dan grafik bagi
tujuan menyampaikan maklumat dengan cara yang bermutu serta berkesan.
lagi makumat mengenai tajuk ini di SINI