;

Wednesday, December 31, 2014

Seni Dalam Pendidikan

Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.

Apa itu Teknologi Pendidikan ?

Teknologi Istilah teknologi umumnya seringkali dikaitkan dengan alat teknologi moden terutamanya alat elektronik seperti komputer, televisyen, radio, perakam pita video, pemain cakera padat, perakam kaset audio, projektor paparan hablur cecair (LCD), kamera digital dan telefon bimbit. Teknologi bermaksud produk atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan negara atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan. 
Mengikut Galbraith (1967), technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks, yang membawa maksud teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun, digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. Aplikasi sistematik di sini bermaksud teknik yang digunakan perlulah mempunyai kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu sistem yang menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pengetahuan lain yang tersusun bermaksud pengetahuan yang belum diuji dan dibuktikan secara saintifik tetapi diterima amalannya sebagai suatu pengetahuan yang benar berdasarkan pengalaman dan pengamatan manusia terhadap sesuatu tindakan. Pengaplikasian pengetahuan saintifik pula merujuk kepada teknik yang digunakan untuk mengaplikasikan idea atau teori di mana teknik ini telah diuji dan didapati berjaya manakala aplikasinya pula telah disahkan melalui ujian. 
Teknologi juga mengikut Finn (1960) membawa maksud suatu proses ke arah penyelesaian masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji serta penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan pembelajaran yang praktikal. Manakala Evans dan Nation (2000) menyatakan, “Technology is not a tool – it is an art or science of how to use a tool for a purpose.”
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam 
80858_toomuch
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami. Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya di dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.

Sunday, September 21, 2014

Bahasa Arab dan sejarahnya di Malaysia

Dipetik dari utusanonline .... 

Bahasa Arab berasal daripada rumpun bahasa Samiyah yang dinisbahkan kepada keturunan Sam anak Nabi Noh. Mereka terbahagi kepada tiga golongan. Pertama, golongan Bayidah yang terdiri daripada kabilah Cad, Thamad, Tasm, Jadas, Umaym dan Jurhum.
Golongan kedua pula ialah Caribah yang dinisbahkan kepada Yacrab bin Qahtan. Seterusnya pula ialah golongan Mustacribah yang berketurunan Nabi Ismail dan mereka menetap di Hijaz pada abad ke-19 sebelum Masihi.
Bahasa Arab merupakan salah satu daripada tiga bahasa utama yang memainkan peranan penting dalam sejarah peradaban manusia. Pengkaji sejarah telah menambah dua lagi bahasa menjadikan kesemuanya lima bahasa utama yang telah memberi sumbangan besar dalam sejarah perkembangan tamadun manusia. Bahasa-bahasa tersebut ialah bahasa Cina Kuno, bahasa Sanskrit, bahasa Latin, bahasa Greek dan bahasa Arab.
Walau bagaimanapun, hanya bahasa Arab yang masih digunakan dan terus berkembang sehingga kini. Berdasarkan kenyataan ini bolehlah dikatakan bahawa bahasa Arab mempunyai ciri-ciri istimewa yang membolehkan ia bertahan. Pengkaji-pengkaji bahasa masih terus berusaha menyelidik potensi bahasa tersebut.
Antara ciri-ciri istimewa bahasa Arab ialah ia telah dipilih Allah sebagai bahasa rasmi al-Quran yang merupakan pedoman asas untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Ini dijelaskan dalam surah Yusuf ayat kedua bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu menggunakan akal (untuk memahaminya).
Pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran telah memberikan jaminan terhadap keunggulan bahasa itu. Maksudnya, selagi agama Islam atau al-Quran masih wujud di muka bumi, selagi itulah bahasa Arab akan tetap berkembang. Ini dijelaskan dalam surah aI-Hijr ayat sembilan yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Zikr (al-Quran), dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.
Pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran merupakan satu keistimewaan bagi bahasa tersebut kerana ia dapat mengangkat martabat bahasa Arab. Seandainya al-Quran dan hadis bukan dalam bahasa Arab, maka bahasa Arab tidak mempunyai keistimewaan dan kemungkinan besar sudah hilang ditelan zaman seperti bahasa-bahasa kuno yang lain.
Oleh kerana pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran dilakukan oleh Yang Maha Mengetahui, maka sudah tentu bahasa itu ada kriteria istimewa yang tidak terdapat dalam bahasa lain. Sehubungan itu satu kajian mendalam tentang ciri-ciri keistimewaan bahasa Arab yang membolehkannya menjadi bahasa pilihan al-Quran dan hadis perlu dilakukan.
Antara peranan bahasa Arab yang penting ialah membantu perkembangan tamadun peradaban kuno yang lain seperti Yunani, Greek, Parsi dan Hindu. Kemudian bahasa Arab tersebar ke Barat pada Zaman Pencerahan (Renaissance) melalui pusat kebudayaan Islam seperti di Baghdad (Iraq), Kaherah (Mesir), Fes (Maghribi) dan Granada (Sepanyol).
Zaman keemasan bahasa Arab bermula pada abad ke-4 hingga abad ke-17 . Ketika itu ia digunakan sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan teknologi antarabangsa. Pada abad tersebut, ekonomi, politik dan ilmu pengetahuan bangsa Arab yang beragama Islam paling unggul sehingga disebut sebagai pembuka aspirasi kepada semangat zaman moden.




© Utusan Melayu (M) Bhd 

Oleh : Mohamaed sofee Razak 

Bahasa Arab begitu dekat di hati umat Melayu dan hampir 1,700 patah perkataan Arab telah diterimapakai di dalam bahasa Melayu sejak awal kedatangan Islam di dunia nusantara. Bahasa Arab sudah sebati dan menjadi darah daging umat Islam dulu, kini dan selamanya di mana hampir setiap hari mereka akan mendengar dan bertutur di dalam bahasa Arab tanpa disedari. Buktinya ialah setiap hari kita diwajibkan bersembahyang yang mana bacaan dan doa di dalamnya adalah di dalam bahasa Arab manakala kita juga akan mendengar laungan azan dan iqamat setiap kali tibanya waktu sembahyang yang juga di dalam bahasa Arab.
Lebih unik lagi bagi umat Islam, perkataan pertama yang didengar sejurus selepas dilahirkan ke dunia ialah azan dan iqamat yang menandakan kecintaan kita terhadap bahasa Arab telah diterap sejak masih bayi lagi. Kajian Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada tahun 1984 mendapati bahawa selain perkataan Arab yang diserap ke dalam bahasa Melayu, tulisan Arab juga diambil secara keseluruhan dan dijadikan tulisan bahasa Melayu. Ketinggian dan keistimewaan bahasa ini telah diakui dan dibuktikan oleh pakar-pakar ilmu bahasa (linguisticans), pengkaji bahasa (philogist) dan perkamusan (lexicographer) Barat. Bahasa Arab dianggap sebagai bahasa yang telah lama mempengaruhi iklim bahasa dunia dan membantu kepada perkembangan tamadun manusia serta menjadi dinamo yang telah berjaya merubah dan membentuk keperibadian struktur sesebuah negara bangsa.
Kitab al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia juga adalah di dalam bahasa Arab dan seluruh umat Islam digalakkan membaca, memahami, menghafal, mengikuti segala ajaran dan melaksana serta menterjemahkan segala panduan di dalam kehidupan seharian. Membaca al-Quran seolah-olah kita sedang berdailog dan berkomunikasi dengan Allah s.w.t secara live, satu pengalaman yang amat unik dan perlu dijadikan amalan harian umat IslamRealiti ini menjadikan bahasa Arab mampu melonjak corak dan tahap pemikiran manusia yang lebih holistik, komprehensif dan membentuk satu anjakan paradigma ke arah menjadi individu yang versatil dalam menangani suvival semasa umat Islam.

Dengan menguasai bahasa Arab juga akan memudahkan kita mendalami intipati dan pengertian al-Quran, hadis Rasulullah dan kitab-kitab muktabar para ulama silam yang kebanyakannya ditulis di dalam bahasa Arab. Kemahiran bahasa Arab juga membolehkan kita memahami maksud setiap bacaan di dalam sembahyang, doa-doa, wirid, zikir dan sebagainya di mana sebahagian besar umat Islam tidak tahu pengertiannya walaupun sudah berpuluh tahun mengamalnya hatta ada yang tidak tahu pengertian doa iftitah danqunud yang dibaca setiap hari dalam sembahyang. Kejahilan dan kelemahan umat Islam mendalami bahasa Arab akan hanya mewujudkan sebuah masyarakat tidak kreatif, kurang dinamik dan pak turut yang hanya menuturkan sesuatu yang tidak difahami seumpama burung kakak tua yang bijak berbicara. Oleh yang demikian, umat Islam perlu mencari jalan memahami dan mendalami bahasa al-quran ini sebaik mungkin.

Bahasa Arab adalah bahasa umat Islam dan bahasa syurga. Dengan jumlah umat Islam yang kini mencecah 1.6 bilion orang di seluruh dunia, membuktikan bahasa ini diucapkan setiap hari di dalam amalan ritual dan muamalah umat Islam secara global. Kebolehan berbahasa Arab membolehkan kita berkomunikasi dengan saudara seislam di seluruh dunia terutamanya di negara-negara Arab dan dapat mengenali mereka secara lebih dekat serta mengikat silatulrahim sesama umat Islam. Dalam konteks dunia Melayu pula, bahasa Arab digunakan secara meluas sejak awal kedatangan Islam dan kemuncaknya ialah pada era kegemilangan Kerajaan Melaka sehinggalah ke hari ini di mana bahasa ini digunakan di dalam pelbagai aspek dari sudut ekonomi, sosial, politik, diplomatik hatta di dalam amalan mistik dan jampi serapah pun bahasa Arab banyak digunakan terutamanya di dalam perubatan tradisional dan alternatif.

Bahasa Arab juga mempunyai nilai komersial yang tinggi dan berdaya saing serta mampu menandingi bahasa dunia lain seperti bahasa Inggeris, Perancis, Rusia dan sebagainya. Nilai ekonomi yang terdapat pada bahasa Arab membolehkannya diiktiraf sebagai salah satu bahasa utama dan terpenting di dunia serta telah menarik ramai orang mempelajarinya. Bagi umat Islam, bahasa Arab adalah bahasa perpaduan dan penyatuan. Walaupun tidak semua negara Islam menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi, namun begitu bahasa Arab tetap memainkan peranan penting di dalam sistem pemerintahan negara dan struktur masyarakat terutamanya di kalangan negara anggota OIC. Melalui medium bahasa Arab juga negara Islam diseluruh dunia dapat mewujudkan kerjasama dan perkongsian ekonomi, teknologi, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya secara yang lebih akomodatif dan progresif bagi mendepani segala anasir-anasir negatif yang boleh mengganggu-gugat kestabilan Islam.

Inisiatif kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran memperkenalkan program J-QAF iaitu sistem pendidikan jawi, al-Quran, bahasa Arab dan tulisan Jawi secara yang lebih efektif di sekolah-sekolah rendah mampu memperkasakan penguasaan dan kemahiran bahasa Arab di kalangan rakyat Malaysia, di samping program bahasa Arab yang turut disediakan di peringkat sekolah menengah dan yang lebih tinggi hampir semua institusi pengajian tinggi di seluruh negara adalah momentum positif kepada bahasa syurga ini. Pemikir Islam terkenal, Hassan al-Banna pernah berpesan di dalam wasiat sepuluhnya yang berbunyi " Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam".

Tuesday, September 16, 2014

Konsep Rasm Uthmani


Pengertian RasmRasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf hijaiyah atau gambaran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat dituturkan. Ia jugaboleh diertikan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa jenis khat.1.1.2 Pengertian Rasm UthmaniRasm Uthmani ialah suatu ilmu yang membicarakan kaedah penulisan kalimah-kalimahayat Al-Quran yang digunakan dan telah dipersetujui oleh Saidina Uthman ketihapenyalinan dan penulisan Al-Quran. Ia juga dikenali sebagai Rasm Mushaf yang dikirimkepada berbagai daerah dan bandar di bawah taklukannya. Formasi atau bentukpenulisan Al-Quran dalam mushaf-mushaf Uthmani terdapat beberapa kelainan daripadabentuk-bentuk penulisan Bahasa Arab secara konvensional atau sebagaimanakebiasaannya.1.1.3 Hukum mempelajari Rasm UthmaniHukum mempelajari Rasm Uthmani adala fardhu Kifayah.1.1.4 Keistimewaan Rasm Uthmani1. Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi Bukan TaufiqiIa adalah Rasm bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung oleh Rasulullah S.A.W. Lebihmeyakinkan kita setiap apa yang dikhabarkan kepada rasul, sudah tentu datang daripadaAllah. Penulisan Al-Quran seperti itu juga berterusan pada zaman Saidina Abu Bakar danSaidina Uthman sehinggalah pada zaman selepas itu

Tuesday, August 5, 2014

WIDGET WINDOW CILIFM

Anda Peminat Cilifm ... ??? Nak pasang Radio ini di desktop anda sebagai widget Window .. Muat Turun Aplikasi sekarang dengan klik di SINI



Thursday, July 10, 2014

Reliance Ultimate Solution semakin bermasalah ? Anda pun terlibat

Sejak kebelakangan ini entry berkaitan tajuk ini cukup menarik perhatian. Tentunya ramai yang senasib dengan aku ini ... 
Sesiapa yang mungkin seperti aku, yang terlibat biz syarikat ini Reliance Ultimate Solution Sdn Bhd berpengkalan di Alma, Bukit Mertajam Pulau Pinang.. yng menguruskan mesin air .. bagi premis-premis tertentu. Adakah anda juga sedang bermasalah dengan compny nie... mohon email aku msi_03@yahoo.com

KITA PERLU BERSATU MENGHADAPI MASALAH INI. 

Tuesday, July 8, 2014

TUGASAN HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN SEM 2

1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan Negara yang unik kerana mempunyai berbagai kaum, budaya dan agama. Adunan ini lebih membuatkan Malaysia dikenali sebagai Negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk merujuk kepada beberapa kelompok bangsa atau kaum yang tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu masyarakat, tetapi hidup terpisah kerana mengamalkan cara hidup, adat, kepercayaan yang berbeza dengan bangsa lain.
Sekitar kurun ke 19, tanah melayu telah didiami oleh dua bangsa yang berbeza iaitu India dan China. Mereka ini dibawa oleh pedagang-pedagang ketika itu untuk menjadi buruh. Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan social dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cinadan India, terdapat satu lagi kumpulan pendatang di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Riau dan sebahagian kawasan yang bersempadanan dengan Malaysia.
Melayu  merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia.
 Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.
Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 orang tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor.
Dalam usaha kerajaan Malaysia mengekalkan persefahaman dan perpaduan kaum yang wujud di Negara ini. Beberapa langkah proaktif telah digerakkan melaui dasar yang dibuat selepas negara mencapai kemerdekaan. Sebagaimana yang kita maklum perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Antara inisiatif awal kerajaan dalam membentuk perlembagaan Malaysia mengetengahkan dasar-dasar yang menjurus kepada pembinaan perpaduan yang kukuh. Dasar perpaduan turut dimasukkan dalam dasar pendidikan Negara, dasar bahasa kebangsaan melalui perkara 152, dasar perpaduan Negara dan juga sukan sebagai medium perpaduan.

Dasar perpaduan yang telah wujud mengambilkira 2 perkara utama boleh dicapai melalui dua cara iaitu:
1) Integrasi
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
2) Asimilasi.
Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.







2.0 Definisi Dialog  dan peradaban

Walaupun secara umumnya, kita bertuah di Malaysia kerana tidak mengalami konflik perkauman mahupun konflik keagamaan yang membimbangkan, namun beberapa peristiwa yang boleh dianggap serius seperti konflik pergaduhan kaum di kampung Medan mengingatkan kita bahawa mendasari hubungan baik antara budaya adalah juga isu-isu keadilan sosial dan ekonomi. Kejadian ini misalnya amat penting merujuk isu kepimpinan kelompok/budaya teras diberi perhatian. Dalam menangani isu ini kita boleh melihat budaya dialog amat memainkan peranan dalam memberi kefahaman kepada perbezaan yang ada.
Menurut Dr. Abdel Kader Fustok[1], menyatakan bahawa dialog adalah suatu proses yang luas dan bermakna dalam. Beliau menyatakan ‘Dialog´ merupakan ayat yang berasal dari kata yunani ‘Dia´ yang bermaksud melalui dan ‘logos´ yang bermakna kata-kata atau makna. oleh itu, dialog ialah suatu konsep proses penyampaian kata-kata dan makna kepada beberapa orang dan kumpulan.
Tengku Iskandar, 1986 mentakrifkan peradaban ialah “‘Keadaan serta tongkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa dan masyarakat atau keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan kemajuan kebendaan dan pemikiran”
Al-Attas, 1977 mendefinisikan peradaban ialah keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
Manakala Menurut Osman Bakar, dialog peradaban ialah komuniti dari pelbagai latar belakang bersama untuk berinteraksi dan mengenali antara mereka untuk mencari kebaikan bersama kerana dipaksa oleh keadaan untuk hidup bersama walaupun mempunyai kepercayaan agama, cara kehidupan beragama, dan ideologi politik yang berbeza´.
Dapatlah disimpulkan bahawa dialog peradaban merupakan  satu perbincangan yang diadakan bertujuan menukar pendapat untuk memupuk persefahaman dan permuafakatan dalam menyelesaikan sesuatu perkara dengan interaksi dengan pihak lain.
3.0 Kekuatan Budaya Dialog
3.1             Wadah masyarakat majmuk berkongsi kepelbagaian budaya dan tamadun
Budaya dialog anatara kaum, etnik , budaya dan peradaban perlu disuburkan dalam konteks negera bagi memperkukuhan perpaduan serta integrasi nasional. Ini menjadi kunci kepada keharmonian kaum dan kelansungan kepimpinan dan keteguhan identity Negara. Ianya berkaitrapat dengan kesepaduan social dan ekonomi bagi membentuk sebuah masyarakat yang saling menghormati.
3.2       Ilmu Hubungan Kemanusiaan
Melalui budaya dialog, usaha mempelajari ilmu ketamadunan akan menjadi lebih mudah dan ianya menjadi penting kerana situasi masa kini wujudnya jurang kefahaman antara kelompok dengan kelompok yang lain. Ajaran agama yang mendidik rohani sebenarnya juga mendorong manusia supaya menghayati nilai murni kehidupan dan juga mempunyai hubungan sesame manusia.
3.3  Penghayatan Nilai Murni Sejagat
Nilai murni yang wujud pada pemimpin yang mempin secara berhemah akan melahirkan rakyat yang juga mengamalkan nilai murni seperti bertanggungjawab dan jujur yang akan mendorong semua ahli masyarakat berganding bahu untuk membangunkan Negara dan membina tamadun yang lebih utuh. Ini boleh disuburkan melalui budaya dialog yang sentiasa melingkari ahli masyarakat melui pelbagai program yang diadakan oleh agensi berkaitan.
3.4  Komunikasi Dua Hala
Dialog ialah komunikasi dua hala antara individu atau pihak yang mempunyai pegangan, pandangan berbeza mengenai subjek atau perkara dengan tujuan ingin mencapai kebenaran yang bertambah daripada pihak lain. Kemahiran berdialog yang baik dan berhemah perlu sebati dengan masyarakat kita.


4.0 Cabaran Dialog Peradaban Di Malaysia
Antara cabaran utama yang menjadi tribulasi kepada perkembangan proses dialog peradaban di Malaysia:
4.1  Sikap fanatik dan perkauman.  Usaha untuk mengadakan dialog perlu kepada sifat yang terbuka dan boleh menerima pendapat orang lain dengan berlapang dada. Seseorang yang melibatkan diri dalam perbincangan harus mempunyai minda yang terbuka serta perasaan perkauman yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana dalam semua perkara kerana ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah negara.Misalnya, semasa kaum-kaum majoriti Malaysia iaitu kaum cina, India dan Melayu melibatkan diri dalam diolog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya mengetengahkan isu-isu yang menjadi kepentingan dan keperluan kaum mereka sahaja. Sebagai contoh, isu-isu kebajikan dan sistem pendidikan yang mengkhususkan sesuatu kaum tetapi ia tidak memberi manfaat secara bersama.

4.2  Perspektif yang salah pihak tertentu terhadap pihak yang lain. Ada pihak yang sebelum memulakan dialog telah menaruh tanggapan negatif antara satu sama lain. Kemungkinan juga tanggapan negative ini datang dari pihak tertentu yang tidak senang kepada usaha untuk berdialog dalam mencari kebenaran sesuatu isu. Dalam konteks sekarang pula, sebagaimana kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menyampaikan ucapannya pada Persidangan Antarabangsa ketiga Dunia Islam dan Barat, bahawa konflik yang timbul antara dunia Islam dan negara barat(Kristian) bukan berpunca daripada kepercayaan agama yang berbeza tetapi kerana manipulasi terhadap agama oleh pihak yang berfikiran sempit atau sekular. Mereka menganjurkan 'kekerasan' atas nama agama.

4.3  Cabaran interaksi yang terhad. Masalah seperti salah faham dan prasangka hanya akan wujud jika kekurangan galakkan untuk interaksi supaya dialog peradaban dapat diwujudkan dan dipraktikkan dalam kalangan masyarakat. Interaksi terhad antara pelbagai kaum berada dalam keadaan yang terhad seperti Institut Pengajian Tinggi yang hanya berinteraksi dalam lingkungannya, kawasan taman perumahan yang terpisah secara sistematik mengikut kedudukan dalam petempatan tertentu serta sistem pendidikan yang mengkhususkan kaum tertentu. Misalnya,universiti berperanan berfungsi sebagai satu tempat untuk berinterasksi dalam satu komuniti iaitu ilmu pengetahuan. Dari segi konteks diolog peradaban pula, ia menjadi tempat yang penting untuk mempelajari budaya dan pengalaman kehidupan beragama,adat dan tamadun bangsa orang lain selain daripada lingkungan sendiri dan masyarakatnya.

4.4  Kekurangan toleransi. Toleransi dalam kamus bermaksud sedia menghormati atau menerima pendapat serta pendirian orang lain yang berbeza dengan pendirian diri sendiri. Dengan prinsip ini, toleransi antara sesebuah kaum dengan kaum lain adalah dengan menerima tradisi, prinsip agama dan budaya mereka. Kebolehan untuk memahami dan menghormati pandangan orang lain serta keupayaan untuk menerima pendapat orang lain boleh meningkatan kefahaman budaya seseorang. Sebagai contoh apa sahaja nilai baik yang wujud dalam mana-mana agama perlu diterima dan disuburkan agar dapat mewujudakan keharmonian.

4.5  Sifat kepelbagaian budaya yang berpunca kepada perbezaan. Masyarakat Malaysia yang majmuk terdiri daripada berbilang bangsa, agama, budaya serta pemikiran yang pelbagai sudah mengundang cara hidup dan berfikir yang berbagai ragam serta berbeza. Situasi ini pastinya akan mewujudkan pandangan dan sikap yang berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Inilah menjadi sebagai satu cabaran proses diolog peradaban. Salah satu peristiwa yang melanda Negara ini pada tahun 69-an ialah peristiwa 13 Mei. Ini dikatakan berlaku kerana perbezaan sosioekonomi, masalah interaksi sosiobudaya dan identiti bangsa yang timbul di kalangan orang melayu dan cina pada amnya antara golongan bumiputera dan bukan bumiputera.

4.6  Polarisasi kaum yang berada pada tahap kritikal. Polarisasi lebih menjurus kepada kebanyakkan ahli masyarakat lebih suka hidup dalam kelompok kaum masing-masing.. Ini memperlihatkan bahawa polarisasi kaum di Malaysia pada masa ini menjadi semakin kritikal dan secara langsung menjadi cabaran kepada proses dialog peradaban. Sebagai contoh, sesebuah kaum yang terikat dengan kelompoknya hanya berhubungan dengan kelompok atau kaum lain apabila terdapat kepentingan ekonomi dan politik. H8unbungan ini lebih bersifat hipokrit demi legasi sekelompok kaum. Mungkin ini berpunca daripada amalan keluarganya yang menekankan kepentingan kaum sejak kecil lagi dan ini menjadi salah satu bahagian dalam kehidupan mereka yang tidak dipisahkan. Sebagai contoh, isu dan hak golongan bumiputera sebagai golongan tua dan peribumi Negara kita. Sebarang hak dan istimewa kedudukan mereka tidak boleh disoal mengikut adat perundangan negara kita.


4.7  Ketidakfahaman etnik dan jurang pemisah.  Ketidakfahaman etnik boleh menyebabkan kita tidak memahami unsur-unsur penyatuan seperti fungsi lengkap melengkapi antara pelbagai etnik dan peradaban mereka. Jurang pemisah antara golongan kaya dan yang miskin juga boleh mewujudkan krisis lingkungan. Ketidakfahaman ini dan jurang antara etnik telah menyebabkan dialog peradaban yang dipraktikkan tidak dijalankan disemua peringkat dan  mereka berpendapat bahawa ia hanya mengambil berat akan hal-hal golongan majoriti dan kepentingan etnik minoriti tidak terpelihara dan tidak diambil kira kepentingannya. Rakyat yang minoriti seperti masyarakat Siam dan juga etnik peribumi perlu saliang menerima kebudayaan dan cara hidup masyarakat lain yang turut sama mendiami Negara ini.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai perbezaan perlu mengambil langkah untuk mengatasi cabaran-cabaran proses dialog peradaban supaya pelaksanaannya dapat dimaksimumkan dan menepati kepentingan bersamanya. Pelaksanaan proses dialog peradaban akan memberi peluang kepada setiap individu untuk mengenali kelemahan dan kekuatan masing-masing serta dapat membentuk masyarakat yang saling lengkap melengkapi supaya dapat melahirkan negara yang seimbangan serta tidak berpusatkan kepentingan tertentu sahaja.





[1] A Monologue about Dialogue 

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP