;

Tuesday, August 16, 2011

Bencana Sihir pada manusia


Sudah agal lama aku tidak menitipkan sesuatu pada entri blog ini. Maklumlah kesibukan menguruskan tugas dan keluarga .. aku amat jarang untuk berkongsi cerita. Kali ini aku ingin paparkan sedikit rona kehidupan manusia yang aku sempat dapati. Kisah bagaimana sifat keji manusia tak pernah kenal azab tuhan. Kisah ini aku perolehi sendiri dari seorang rakan setugas yg juga guru di sebuah sekolah rendah berhampiran dengan bandar Bagan Serai. Ketika aku mengikuti satu kursus latihan bersamanya, beliau telah bercerita mengenai kisah keluarganya yang hidup penuh ketakutan. Sewaktu duduk makan tengahari bersamanya .... Aku namakan rakan aku ini sebagai Cikgu M, cikgu M merupakan salah seorang rakan yang juga kenalan sepekan kecil denganku. Kampung tempat lahirnya tidaklah jauh dari kariah tempat aku tinggal. Cikgu M telah berkeluarga, mempunyai 2 orang anak dan tinggal di sebuah taman perumahan berdekatan pekan Parit Buntar.
Bermula dengan kata-kata semua ini ujian Allah, beliau memulakan cerita bagaimana dia dan keluarganya kini diuji Allah. Anaknya yang kecil berumur 2 tahun kelihatan sihat, namun mempunyai masalah pendengaran. Beliau menceritakan anaknya hanya boleh mendengar pada nada bunyi yang tinggi. Ketika bercakap dia perlu kuatkan suara seperti menjerit untuk memastikan anaknya itu dapat mendengar. Apabila dirujuk ke hospital termasuk hospital pakar, doktor memberitahu anaknya tiada apa-apa penyakit. Tambah membingungkannya, doktor telah mengesahkan anaknya sihat seperti kanak-kanak lain. Beliau turut berusaha mengubati anaknya melalui perubatan tradisional, dan perubatan alternatif. Dari semua itu, ada seorang ustaz mengkhabarkan anaknya diSIHIR.
Itu kisah anaknya yang kecil yang tidak tahu apa-apa tentang SIHIR, beliau dan isteri turut menjadi mangsa kepada kerakusan manusia yang menggunakan SIHIR untuk membunuh orang lain. Cikgu M yang aku kenali cukup aktif dalam sukan, kini beliau terpaksa berhenti melakukannya kerana sendi kaki dan tangannya terkeluar dari ruang tempatnya. Ketika aku dan Cikgu M berbual, beliau sempat menunjukkan sendi tangan dan kaki yang dikatakannya terkeluar. Beliau mengatakan, sendi itu terkeluar secara tak semena-mena. Hanya melakukan aktiviti ringan seperti berjalan, sendi itu boleh terkeluar. Apabila di bawa bertemu dengan ustaz yang sama mengubati anaknya, dikhabarkan pengSIHIR menggunakan patung dan mematahkan kaki dan tangan patung tersebut menyebabkan dia merasainya dari jauh.
Kisah si isteri juga begitu, sentiasa merasa ketakutan dan mengalami sakit yang tidak semena-mena. Isteri Cikgu M, juga sentiasa gelisah dan hidup tidak tenteram. Keadaan keluarga ujarnya begitu berbeza dari sebelum kejadian ini.
Aku memberanikan diri bertanya, apakah punca semua ini? Cikgu M mengagak dari satu perkara pembelian tanah rumah yang dihadiahkan kepada emaknya mungkin menjadi sebab kepada semua ini. Pada ketika hendak membeli tanah tersebut ada orang lain yang menginginkan tanah itu dan ingin benar memilikinya.
Aku terus memotong bicara dengan memberi alternatif supaya boleh dijauhkan semua itu agar perbualan tidak membawa kepada memfitnah orang lain yang mungkin tidak ada kena mengena. Aku memberi kata-kata semangat dan mengajak belaiu supaya mendinding rumah dan seisi keluarganya dengan bacaan ayat al-quran melalui mp3 komputer yang sentiasa terpasang dirumah. Apa yang mengejutkan, beliau telah cuba seperti itu dan apabila dipasang komputer itu akan meletup dan rosak. Begitu hebat Allah menguji keluarga ini, detik hatiku.
Kini, cikgu M dan isteri mula batuk-batuk dan kadang kala mengeluarkan darah. Dengan nada yang sayu, beliau mengatakan mungkin kami diSANTAU.
Nasi di pinggan dan air di cawan telah habis, lalu aku pun meminta izin untuk pulang dan menamatkan perbualan. Ketika pulang, terdetik aku untuk kongsikan kisah ini di laman blog sebagai pengajaran dan kita doakan semoga ada jalan keluar yang Allah akan berikan pada Cikgu M sekelurga.
Kisah ini hanya sebahagian sahaja, ada plot yang disembunyikan bagi mengelakkan aib. Nama dan tempat adalah bukan sebenar.

Dipetik dari halaqah.net

Dibawah ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat Al Bukhari)

2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa

dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)





3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:
"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan"
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)

4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya:
(Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)

Monday, July 4, 2011

Langkah Pengakhiran Kump KDPM KDC SABK 5D IPGKSAH

Bermula penghujung Nov 2007, kami melangkah masuk mendaftar diri untuk mengikuti kursus perguruan. Seramai 21 orang telah dipilih mengikuti dari kalangan guru pendidikan Islam SABK sekitar Pulau Pinang dan Perak. Kami didaftarkan dalam kumpulan SABK KDPM mode KDC Pengajian Islam. Bermula detik itu, kami memulakan pengajian dengan penuh cabaran dan pengalaman. Berakhir pengajian kami pada Jun 2011, hampir 3 tahun setengah kita bersama .. penuh kenangan. Jika hendak diceritakan memang tak termampu untuk di'story'kan .. cukuplah saya katakan memang penuh dengan keceriaan dalam kesukaran.
Jika ada kengkawan yg nak 'comment' atau nak 'story' .. bleh la ..silakan ..









Tuesday, June 28, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan KISSM Jun 2011



Setelah hampir 3 hari melalui sesi taklimat / syarahan Induksi untuk menduduki peperiksaan Induksi Sistem Saraan Malaysia pada 30 Jun 2011. Buat semua rakan-rakan guru pelatih yang turut sama mengikuti sesi peperiksaan perkhidmatan siri ini diucapkan selamat menduduki pepriksaannya yang akan diduduki pada tarikh yang tersebut. Selamat menempuh alam tugas yang sebenar dan semoga terus kental menghadapi cabaran mendatang.

Monday, June 20, 2011

Masalah Disiplin Pelajar Semakin Gawat ?

Saduran topik beritasemasa.com

Masalah disiplin pelajar di sekolah makin menjadi-jadi itu belum ditambah lagi keruntuhan akhlak dan masalah sosial dikalangan remaja umumnya. Sebenarnya ia melibatkan kerjasama pelajar itu sendiri, guru-guru dan juga ibubapa. Masalah disiplin pelajar bagaikan tidak ada jalan penyelesaian. Ini kerana, saban hari ada saja masalah membabitkan disiplin pelajar berlaku di sekolah.

Kerenah pelajar dahulu dengan sekarang tidak sama. Masalah disiplin pelajar di sekolah dahulu tidak sama berbanding sekarang

  1. Adakah ini disebabkan anak-anak hari ini terlalu dimanjakan oleh ibubapa?
  2. Guru-guru pula pula terikat tidak boleh mendenda atas kesalahan yang mereka lakukan? Kalau kasar sedikit, ada sesetengah ibubapa yang mula membuat laporan kononnya anak mereka tu baik, alim, pijak semut pun tak mati, buah hati intan payung mereka. Sedangkan dalam mendisiplin anak-anak hari ini perluanya ada PENEGASAN dalam erti kata untuk mendidik mereka semua.
  3. Pelajar hari ini hilang rasa hormat dan tidak tahu di mana batas antara seorang yang bergelar pelajar dengan guru mereka sendiri?

Saya lihat pelaksanaan untuk memperbaiki disiplin pelajar sekarang ini ala-ala carca merba sahaja. Sekejap tidak boleh, sekejap boleh. Kemudian sekarang ini guru-guru tidak dibenarkan merotan pelajar. Bagi saya sendiri merotan adalah cara paling berkesan dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Untuk mengatasi masalah disiplin yang kian berleluasa ketika ini, kita perlu mengambil langkah dari peringkat akar umbi lagi. Saya ingin mengajak pembaca untuk balik ke zaman 30 atau 40 tahun lalu.

Pasti ada di antara kita yang merasai zaman persekolahan dahulu dan masih ingat kawalan disiplin dilaksanakan. Hukuman rotan di depan pelajar dilihat sebagai cara paling berkesan menangani masalah disiplin pelajar ditambah dengan sesi kaunseling dan memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar terbabit. Adakah tindakan guru merotan pelaksanaan pelajar boleh mengakibatkan pelajar itu cedera parah atau mati? Saya tidak percaya guru-guru sanggup berbuat sampai begitu sekali. Guru diberi kepercayaan dan kuasa untuk merotan pelajar bersalah. Ia ditambah dengan sokongan penuh ibu bapa yang berpendapat hukuman rotan adalah perlu dalam proses mendidik dan menghukum pelajar yang melakukan kesalahan. MEROTAN bukannya tindakan menghukum semata-mata, tetapi sebagai satu PERINGATAN kepada pelajar.

Situasi pada masa dahulu :

Ayah, tadi ada guru rotan adik sebab tak buat kerja sekolah. Bagus…rasakan. Memang patut pun cikgu rotan. Pergi ambil “roti panjang” ayah atas almari. Ayah ada nak kasi “hadiah”.

Situasi pada masa sekarang :

Ayah, tadi ada guru rotan adik sebab tak buat kerja sekolah. Takpe anakku, esok ayah pergi sekolah jumpa cikgu adiktu. Kasihan anak ayah kena rotan ye…..(lebih kurang macam itula)

Nampak???? Cuba waktu dulu kalau kita dirotan, tidak berani rasanya mengadu kepada ibu bapa bahawa telah dirotan kerana kita tahu ayah kita akan merotan lagi. Ia terjadi disebabkan pendirian ibu bapa bahawa guru tidak akan merotan tanpa sebab. Keadaan sangat berbeza pada hari ini. Hukuman rotan dilihat sebagai tindakan mendera, kasar dan tidak sesuai dilaksanakan dalam proses mendidik pelajar. Hukuman rotan di khalayak dimansuhkan dan guru tidak dibenarkan merotan pelajar kecuali pengetua atau guru besar dan guru disiplin. Ramai juga pelajar dahulu yang telah berjaya.

Sebagai alternatif, pendekatan secara nasihat, kursus dan kaunseling digunakan bagi mengawal masalah disiplin. BERKESAN? Tidak perlu dinyatakan keberkesanan cara itu kerana masalah disiplin pelajar sekolah pada hari ini tetap pada tahap membimbangkan malah semakin hari semakin meruncing. Berjayakah cara itu? Kita tahu jawapannya……

Kadang-kadang ibubapa hari ini janganlah nak berlagak samseng di sekolah. Kononnya ingin menjadi HERO kepada anak sediri yang telah lakukan kesalahan. Hari ini, pemikiran sesetangah ibu bapa tidak lagi seperti dulu. Anak terlalu dimanjakan. Mereka bukan saja tidak mengakui hakikat tingkahlaku negatif anak mereka di sekolah, malah jika anak mereka dikenakan tindakan atas kesalahan yang dilakukan, pihak sekolah dipersalahkan.

Tidak memeranjatkan hari ini, tindakan ibu bapa yang membuat laporan polis dan menyaman pihak sekolah ialah senario yang biasa hari ini. Ia antara faktor yang menyebabkan guru, pengetua dan pihak sekolah terpaksa menyembunyikan kes disiplin pelajar di sekolah. Selain ada sesetengah sekolah yang bertindak begitu kerana ingin menjaga nama baik sekolah masing-masing. Dengan tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul di samping tidak ada pihak yang membela jika pengetua dan guru disaman oleh ibu bapa maka mereka seolah-olah menutup mata terhadap masalah disiplin yang berlaku di depan mata.

Ya…betul menjadi guru adalah suatu pekerja yang sangat mulia dan bukan mudah sebenarnya lebih-lebih lagi berhadapan dengan kerenah pelajar di sekolah pada hari ini. Kadang-kadang dilihat guru dilihat hanya mampu menangis dalam hati melihatkan :

Anak-anak yang terbiar ini dan yang datang dari keluarga yang tidak berapa ambil berat tentang pendidikan anak-anak.. Yang mewah dengan pelbagai harta benda tetapi teramat miskin perhatian dan kasih sayang daripada ibubapa sendiri.

Mak ayah yang hanya turunkan anak dari kereta-kereta mewah di pintu pagar sekolah, terus meluncur pergi tanpa sempat singgah di majlis khas untuk ibu bapa, kerana ada urusan kerja!!!

Pastinya guru lebih gembira sehingga menitis air mata melihat :

Seorang ayah yang hanya datang dengan basikal buruk disambut gembira oleh anak yang sedia menunggu di sekolah. Apabila ada perjumpaan antara ibubapa dengan guru, ayah yang seperti inilah yang menghadirkan diri.

Peranan ibu bapa cukup besar untuk mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak kerana sebahagian besar masa mereka sepatutnya bersama ibu bapa. Di sekolah masa yang terhad perlu diagih antara memberi pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian dan dalam pada masa yang sama membentuk perangai pelajar. Dalam pada masa yang sama, anak itu juga perlu ada kesedaran diri, disiplin diri.

Pada pandangan saya, cikgu-cikgu yang mengajar bukannya mengharapkan anda semua jadi jurutera, doktor, peguam atau apa sahaja jawatan tinggi. Cukuplah sekadar menjadi insan yang berguna. Sememangnya kejayaan anak didik adalah kebanggaan semua guru-guru dan warga pendidik. Namun ingatlah guru hanya memberikan kunci dan andalah yang akan menentukan penggunaan kunci itu setakat mana. Guru dan ibu bapa adalah sebahagian dari kejayaan anda, namun anda sahaja yang dapat menentukan dan mencorakkan kejayaan anda sendiri. Tanpa usaha anda, ilmu yang dicurahkan tidak akan kemana, ibarat menuang air ke daun keladi.

Terima kasih kerana menghargai jasa guru dan seluruh warga pendidik.

Ini saya kongsikan beberapa aktiviti yang sering mengundang masalah disiplin pelajar di sekolah :

  1. Kalau waktu prep malam, akan ada yang fly(keluar daripada kawasan sekolah tanpa kebenaran) untuk makan malam dan ada juga yang turun ke bandar
  2. Ada sesetengah masa pada waktu prep malam, pelajar -pelajar menggunakan masa tersebut untuk mengadakan sparing (berlawan/bergaduh) antara dua orang pelajar yang tidak berpuas hati antara satu sama lain. Kebiasaan aktiviti seperti ini diadakan di lokasi kelas yang jauh daripada perhatian warden.
  3. Pada waktu rehat, cuba lihat sendiri di tandas-tandas sekolah berkepul-kepul asap rokok pelajar yang berani melepaskan gian di sana. Itu waktu-waktu kebiasaan. Selain waktu selepas makan tengahari di asrama sekolah. Tidak percaya? Cuba lihat sendiri nanti
  4. Hujung minggu, pelajar-pelajar asrama kerap akan fly pada waktu malam melalui pagar-pagar yang sudah digunting atau melalui kawasan yang gelap dan tersorok daripada perhatian warden.
  5. Pada hujung minggu juga, di waktu awal pagi (antara 2 hingga 3 pagi) ada pelajar yang ada berbuat silap/kesalahan dengan kumpulan pelajar senior atau pun daripada rakan-rakan sendiri yang mempunyai pengaruh untuk membelasah pelajar tersebut. Budaya ini banyak berlaku di sekolah berasrama yang mengandungi pelajar daripada tingkatan 1 hingga 5. Kerana adanya istilah junior dan senior
  6. Bagi sekolah berasrama yang mempunyai pelajar lelaki dan perempuan, ada sesetengah pasangan pelajar (couple) yang menggunakan masa yang ada untuk melepaskan “rindu”
  7. Bagi ibubapa rajin-rajinkanlah diri semak apa yang terkandung dalam telefon bimbit anak anda, komputer anak anda, apa yang ada di bilik anak anda.
  8. High Council pernah dengar? Budaya High Council pernah menggemparkan negara dengan tertangkap pelajar tingkatan lima dari Sekolah Sains Tunku Abdul Rahman, Perak yang dibuang sekolah kerana mengamalkan High Council. Sekarang ini pun, masih ada.
  9. Dan banyak lagi…….anda boleh tambah sendiri di ruangan komen bawah………

Masih ingat lagi, kes disiplin pelajar di mana lapan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato’ Klana Petra Ma’amor di Seremban didapati bersalah atas tuduhan membelasah sehingga mati seorang pelajar tingkatan empat sekolah yang sama, Muhammad Farid Ibrahim, 16, yang telah berlaku pada 28 Mac 2004. Allahyarham telah diikat kedua-dua tangan dan kaki, dipukul secara bertubi-tubi di seluruh badannya hingga menyebabkan tengkorak kepala retak, usus dan hati serta pundi kencingnya juga turut pecah.

Masalah disiplin di sekolah bukan perkara baru. Cadangan demi cadangan dikemukakan dan pelbagai pihak menunjukkan keprihatinan untuk menangani masalah disiplin tetapi rata-rata banyak pihak menuding jari ke arah guru dan pihak sekolah jika masalah disiplin gagal dibendung. Kita juga tahu jawapannya. Masalah disiplin tetap berlaku dan kadarnya makin meningkat.

Kita sudah nampak perbezaan keberkesanan antara pendekatan lama dan baru. Jika kita terlalu memanjakan dan membela anak atau pelajar bermasalah, maka inilah yang akan merosakkan mereka pada masa akan datang.

Update pada 27 April 2010 !!

KAJANG: Lapan pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah agama di Seremban yang didapati bersalah membunuh seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah sama, tujuh tahun lalu dilaporkan kini sudah dibebaskan dari Kompleks Penjara Kajang. Kumpulan pelajar itu baru saja dibebaskan bulan lalu selepas berada di penjara itu hampir tujuh tahun dan dikatakan sedang menyambung pengajian peringkat ijazah di sebuah universiti tempatan. Katanya, mereka sebelum ini mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang, termasuk Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat di Sekolah Integriti Kajang (SIK) adalah perintis program pemulihan penjara itu.

Lapan pelajar, lima berasal dari Kuala Lumpur dan tiga dari Negeri Sembilan, dituduh secara bersama-sama membunuh seorang pelajar Tingkatan Empat, pada 28 Mac 2004. Semua mereka yang kini berusia 23 tahun itu dituduh melakukan perbuatan itu antara jam 10.30 pagi dan 4.15 petang di Asrama Putera sekolah itu. Menurut sumber, walaupun sejarah hidup mereka pahit, mereka pandai dan peluang harus diberikan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Pada 6 Ogos 2004, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Azhar Ma’ah memerintahkan lapan pelajar itu ditahan mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Kelapan-lapan pelajar itu pesalah juvana dan berdasarkan hakikat itu mereka dihukum mengikut Seksyen 97, Subseksyen 2 (b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu boleh ditahan dipenjara berdasarkan budi bicara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kerana kesalahan berkenaan dilakukan di Negeri Sembilan.
Perbicaraan kelapan-lapan pelajar itu bermula sejak 14 Jun 2004 dan sepanjang 18 hari perbicaraan, 25 saksi dipanggil untuk memberi keterangan. Sementara itu, jurucakap Istana Negeri Sembilan ketika dihubungi mengesahkan berhubung pembebasan lapan pelajar itu selepas rayuan terakhir mereka diluluskan oleh Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), tetapi enggan mengulas lanjut. Sumber Berita Harian


Sunday, June 19, 2011

SELAMAT HARI BAPA



SEGALANYA TENTANG AYAH,ABAH ATAU......

* Ayah selalu inginkan anak-anaknya mempunyai lebih banyak masa terluang daripada dirinya. Lebih sedikit kesulitan dan lebih banyak masa diluangkan dengannya.
* Ayah selalu membiarkan kita menang dalam permainan semasa kita kecil dan tidak mahu kita membiarkannya menang dalam permainan dengannya ketika kita besar.
* Selalunya ayah tidak ada dalam album keluarga kerana dia yang selalu menjadi juru gambar.
* Ayah selalu menepati janjinya. Dia akan memegang janjinya untuk membantu rakan-rakanya walaupun sebenarnya pelawaan kita untuk bersama lebih menyenangkannya.4
* Ayah akan merasa sedikit sedih bila melihat ank-anaknya keluar bermain dengan teman-temannya kerana, dia sedar itu adalah akhir masa kecil anak mereka.
* Ayah sudah mula membuat rencana hidup kita ketika ibu baru mengandungkan kita dan semasa lahir, ayah sudah mulai cuba untuk perubahan.
* Ayah membantu kita membuat impian menjadi kenyataan walaupun perkara itu dianggapnya mustahil seperti mengajar kita berenang di usia kecil.
* Ayah mungkin tidak tahu japan untuk setiap pertanyaan tetapi ayah akan membatu untuk mencari jawapannya.
* Ayah mungkin nampak garang didepan kita, tetapi sebenarnya dimata teman-temannya, dia sebenarnya baik dan penyayang.
* Ayah payah untuk menjadi teman kita, tetapi ayanh adalah sahabat seumur hidup.
* Ayah senang untuk membantu seseorang, tetapi payah untuk meminta bantuan.
* Apabila ayah didapur, mamasak seperti pelajaran ilmiah. Ayanh mempunya rumus-rumus tertentu dan hanya ayah yang mempunyai cara penyelesaian rumusan formula ciptaanya. Dan hasilnya, tidaklah mengecewakan sangat.
* Ayah mungkit tidak pernah menyetuh penyapu semasa mudanya. Tapi ayah boleh belajarnya dengan cepat.
* Ayah tahu macammana hendak membuaikan kita dalam ayunan dengan cukup tinggi, tetapi tidak akan membuatkan kita takut.
* Ayah sangat senang membelikan kita makanan selepas balik dari kerja walaupun kita biasanya tidak akan tinggalkan sedikitpun untuknya.
* Ayah selalu mendoakan kejayaan kita didunia dan akhirat tetapi kita jarang bahkan ada yang tidak pernah langsung mendokan untuk ayah kita.
* Ayah akan memberikan kita tempat yang terbaik dengan meletakkan kita di bahunya ketika ditempat yang ramai dan sesak.
* Ayah tidak memanjakan kita ketika kita sakit. Tapi ayah tidak tidur semalaman untuk bersedia jika kita memerlukannya.
* Ayah akan membiarkan anaknya berdikari dan tidak akan memberitahu kita apa yang harus kita lakukan. Ayah akan menyatakan tidak setuju jika tidak sesuai dan hanya akan tersenyum bila betul.
* Ayah percayakan ketepat waktu, sebab itulah selalunya ayah lebih awal dari kita.
* Ayah akan melupakan segala keinginannya agar dapat memakbulkan segala apa yang kita inginkan.
* Ayah menghentikan segala kerja-kerjanya jika kita ingin berbicara dengannya.
* Ayah sentiasa berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran pelajaran kita setiap tahun, meskipun kita tidak ernah terfikir untuk mengira berapa banyak kerutan di dahinya.
* Ayah meangakat beban berat dibahu kita dengan menampung tangannya disekeliling bebanan itu.
* Ayah selalu berkata "tanyalah dengan mak kamu" ketika ayah ingin katakan "tidak" kerana tidak mahu menyakiti hati kita.
* Ayah tidak memarahi tetapi mukanya bertukar kemerahan ketika anak gadisnya keluar malam tanpa izinya.
* Dan ayahpun tidak memarahi anak lelakinya kecuali ketika menangkap anak lelakinya yang masih sekolah menghisap rokok dalam tandas.
* Ayah selalu memberikan kata ujian denagn "tidak apa jika mengambil sedikit resiko asalkan kamu sanggup kehilangan dengan apa yang kamu harapkan".
* Pujian terbaik dari ayah adalah bila melihat kita melakukan sesuatu yang baik persis dengan caranya.
* Ayah lebih berbangga dengan prestasi kita daripada prestasinya sendiri
* Ayah hanya akan bersalam dengan kita ketika kita pertama kali hendak merantau kerana jika ayah memeluk kita, ayah tidak akan sanggup untuk melepaskannya lagi.
* Ayah tidak suka menitiskan air matanya. Ketika kita baru dilahirkan dan mendengar tangisan pertama kita, air matanya akan keluar dengan sendirinya ketika selesai mengazan @ iqamatkan kita.
* Ayah selalu menghilangkan rasa takut kita dengan memeluk kita
* Ayah akan menangis dan tidak tidur malam jika anak gadisnya tidak memberikan khabar berita lebih dari sebulan ketika di perantauan.
* Ayah akan berpesan "jika kita inginkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, jangan carinya di pasar, tapi pesanlah terus daripada penempa pedang. Begitu juga dengan teman dan cinta dalam hidup kita. Jika ingainkan cita dan teman sejati, mintalah dengan Yang Maha Pencipta."
* Untuk masa depan anak lelakinya, ayah berpesan "jadilah lebih kuat dan baik daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-akanmu yang lebih baik dari ibumu. Berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku lebih baik daripada apa yang teah ku berikan kepadamu."
* Dan untuk anak gadisnya pula ayanh berpesan "Janganlah manja walaupun kamu perempuan. Jadilah sesalulu bidadari kecilku dan terbaik untuk ayah anak-nakmu kelak. Carilah suami yang boleh melindungimu lebih dari perlindungan yang ayah berikan. Tetapi jangan sesekali kamu manggantikan posisi ayah dihatimu".
* Ayah juga berkata "jadikanlah anak-anakmu lebih baik dari kamu dahulu"
* Ayah membuatkan kita percaya diri keran ia percaya pada kita.
* Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tapi cuba melakukan yang terbaik ntuk kita.
* Dan terpenting adalah... Ayah tidak pernah menghalangi kita untuk mencintai Tuhan, bahkan ayah akan membentangkan seribu jalan agar kita dapat menggapai cintaNya, kerana diapun mencintaimu kerana cintaNya.

TERIMA KASIH IPG KSAH DAN MODUL KISSM 2011

Salam kepada semua pengunjung yang mungkin baru ataupun yang telah biasa berkunjung ke persona hidupku ini. Alhamdulilah blog ini sedang mengalami transisi ke arah penambahbaikan paparan dan isi kandungan. Ini berikutan perkembangan menurun minat pengguna internet ke arah blog, oleh itu saya memikirkan perlu kepada perubahan dan pendekatan yang lebih verstyle.
Alhamdulilah syukur saya ke hadrat Illahi kerana limpah kelapangan masa yang diberikanNya telah menemukan saya dan rakan-rakan hari terakhir bergelar pelatih KDPM KDC SABK ambilan Nov 2007. Mengambil masa hampir 3 tahun setengah kami bergelut dengan kelas yang begitu padat dan dengan tugasan matapelajaran yang menghimpit masa yang ada. Memang mencabar dan cukup memberi kami semua pengalaman berguna. Apabila tiba jer cuti sekolah, memang ibarat mimpi ngeri buat kami yang terpaksa berkampung di maktab. Namun semua itu meninggalkan kenangan manis yang takkan kami lupakan. Terasa seperti baru semalam kami memulakan pengajian di IPG KSAH Sg Petani. Betapa kisah kami sentiasa berbagai ragamnya, jika nak story, memang penuh la blog ini dengan kisah kami. Namun biarlah ianya terbit hanya sekilas dari cerita kami yang penuh kerenahnya ini. Dari kisah kuliah, sehinggalah kisah praktikum yang mencuit rasa dan perasaan. Kelas paling hepi go lucky, atau lebih dikenali kelas orang-orang tua .. bukan lah tua mana sangat pun, tapi perangai mengalahkan bebudak darjah 1.
Mengambil ruang terbit maya ini, saya mewakili teman-teman merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pensyarah yang pernah terlibat mengajar dan membimbing kami terutama dari Jabatan Pendidikan Isalam dan Jabatan Ilmu Pendidikan. Tentunya pengalaman bersama kami di kuliah dan di luar menitipkan kenangan bermakna. Terima kasih dengan luahan pengalaman dan maklumat pendidikan yang diberikan. Jasa semua pensyarah kami akan tetap ingat dan hargai.
Buat semua rakan yang turut sama mengikuti kuliah bersama, pengalaman bersama kalian memberi input baru dan berguna untuk kerjaya . Terima Kasih semua.

Selangkah lagi kita akan memasuki sistem pendidikan perdana. Namun harus diingat banyak lagi yang perlu kita pelajari terutama dalam sistem pengendalian kerajaan terhadap kakitangan awam. Jangan lupa, kita akan bersama dalam kursus induksi SSM 2011 yang akan berlansung pada 27-30 Jun akan datang. Buat rakan-rakan yang mencari nota KISSM.. boleh muat turun modul khusus KISSM 2011 di bawah ini. Nota KISSM belum sempat dimuatkan di ruangan ini. Jika belum ada boleh dapatkan dari dalam cd yang dibekalkan.

Modul Umum dan Terkini KISSM 2011 Muat Turun di sini


Saturday, June 18, 2011

my pict



Thursday, June 2, 2011

Baik Buruk Couple

oleh : Hidayah Rosni

couple bkn zina??? s0 interesting..!.ntuk mmahami erti sbenar zina hati serta c0uple......slmt sAbar mmbce.. by I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW on Sunday, April 24, 2011 at 8:24am Assalamualaikum semua.. Kawan-kawan.. Baru-baru ini, saya ada t...erbaca salah satu post dalam ruangan group ini yang berkisar soal couple, atau lebih tepat, bercinta.. Terdetik di hati saya untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut.. Hal ini kerana, saya mahu tahu apa hukum yang sebenarnya.. Alhamdulillah, dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, saya berjaya mengetahui tentang perkara ini dengan lebih tepat dan mendalam.. Saya telah bertanya pada seorang ustaz tentang isu ini.. Beliau kemudiannya membalas email saya, dan dalam balasannya itu, beliau meminta saya berkunjung ke sebuah laman web kerana di situ beliau telah pun menyediakan jawapan bagi persoalan tersebut.. Oleh itu, inilah isi kandungannya.. Saya sekadar hendak berkongsi ilmu yang saya terima.. MEMAHAMI MAKSUD COUPLE DAN ZINA HATI Apabila saya terlibat dengan kerja dakwah, barulah saya tahu saya telah banyak melakukan zina hati,” kata seorang pemuda. “Itulah dulu pun saya ada kekasih, dan kami saling cinta menyintai dan merancang untuk berkahwin apabila sampai masanya, tapi apabila saya tahu hubungan saya dengan dia tu menyebabkan saya dan dia terjebak dengan zina hati maka saya putuskan” Seringkali saya mendengar kata-kata seperti itu keluar melalui kata-kata atau tulisan daripada mereka yang melibatkan diri dengan gerak kerja persatuan-persatuan Islam atau kerja-kerja dakwah remaja. Pada mulanya saya buat tak kisah atau dengan kata lain buat tak pot kerana saya menganggap kes-kes itu sebagai kes terpencil yang biasanya berlaku di zaman sekolah menengah. Biasalah tu budak-budak sekolah yang baru dalam proses pra-matang kepada matang, baru nak up orang kata, pedulikanlah. Tapi apabila ada pelajar di peringkat universiti yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan mirip sebegitu, saya mula tertanya-tanya dan bersyak wasangka, “eh takkanlah pelajar universiti yang bakal keluar sebagai pemimpin masyarakat pun tak faham-faham lagi, mustahillah”. Tapi ternyata, sangkaan saya itu meleset sama sekali. Mimpi buruk melanda diri setelah melancong ke laman-laman web internet yang mempromosikan keislamikkan mereka. Saya terkejut apabila mendapati ketempangan yang cukup serius dalam memahami apa yang diistilahkan sebagai zina hati. MAKSUD ZINA HATI DAN ZINA KECIL YANG LAIN Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam: (إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428). وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ). Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428). Dan dalam riwayat Imam Muslim: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya) Hadith pertama menggunakan istilah zina nafsu, manakala hadith yang kedua pula menggunakan istilah zina hati. Hadith inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya zina yang dinamakan dengan zina hati dan tidak syak lagi hadithnya adalah hadith yang sahih. Tidak dipertikaikan kewujudan istilah zina hati dan asasnya dalam Islam, tetapi apa yang dipertikaikan adalah kegagalan ramai daripada kalangan mereka yang bercakap tentangnya untuk mengupasnya secara ilmiyyah sehingga adakalanya membuatkan remaja dan pemuda salah faham yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran yang tempang dalam beragama. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!! Kalau anda meletakkan sebab pengharamannya adalah kerana dia ajnabi jadi tidak halal bagi kita, bagaimana anda mahu menafsirkan firman Allah dalam Al-Qur’an tentang Sahabat Nabi yang teringatkan perempuan ajnabiyyah yang tidak halal buatnya? Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-235: عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلاً مَعْرُوفاً Dalam ayat ini dan ayat sebelumnya, menceritakan tentang عدة / iddah (tempoh suci) perempuan yang bercerai dengan suaminya. Kemudian ada lelaki ajnabi yang mengintai-intai peluang untuk melamar perempuan ini. Lalu Allah berfirman ((Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut, tetapi jangan kamu berjumpa dengan perempuan itu secara rahsia kecuali dengan berkata-kata perkara yang baik. Syed Qutb dalam tafsirnya berkata: “Dan Allah telah mengharuskannya kerana itu berkaitan dengan kecenderungan fitrah yang halal pada asalnya, harus pada zatnya … dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya, dan tidak menekan naluri kemanusiaan tetapi mengawalnya. (Rujuk Fi zilali Qur’an oleh Syed Qutb, jilid 1, m/s 238). Bukankah perempuan yang baru berpisah dengan suaminya merupakan perempuan ajnabiyyah kepada lelaki lain yang mahu melamarnya??? Tapi mengapa Allah langsung tidak mengatakan kepada lelaki ajnabi itu tak boleh mengingati perempuan tetapi hanya berpada dengan berkata (Allah Maha Mengetahui bahawa kamu akan mengingati perempuan tersebut tetapi jangan kamu berjumpa dengan dia secara rahsia). Justeru apa yang dapat difahamai daripada ayat tersebut adalah: Tiada masalah dalam mengingati perempuan tersebut, tapi jangan fikir nak buat yang bukan-bukan yang bertentangan dengan syarak’. Itulah apa yang sepatutnya difahami daripada firman Allah tersebut. Kalau mengingati perempuan yang ajnabiyyah itu zina hati, tentunya Allah melarang para sahabat daripada mengingati perempuan, tetapi Allah sendiri tidak melarang bahkan memberi izin. Justeru, yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut: وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ Maksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina). Sebab itu Ibnu Mas’ud menambah dengan katanya: "فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060 Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060). Jadi, zina kecil yang disebutkan itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin luar nikah. Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong “zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat. Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi. Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat. EKSTREMIS DI DALAM ISU ZINA HATI “Melihat perempuan itu haram” “Mendengar suara perempuan itu haram” “Mengingati bayangan perempuan itu haram” “Semua itu adalah zina” Biasa mendengar klausa-klausa kata sebegitu?...hehehe. Banyak kali dengar kan? Mungkin agaknya mereka mahu menjadikan perempuan itu sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini, dan bagi perempuan pula mereka mahu menjadikan makhluk lelaki sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini. Sampai begitu sekalikah pandangan anda tentang pengharaman segala yang datang daripada perempuan atau segala yang datang daripada lelaki? Sedangkan khinzir pun tidak sampai ke tahap itu diharamkan dalam Al-Qur’an. Yang hanya diharamkan adalah makan dagingnya sahaja. Apakah sebenarnya pengharaman dalam masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan? Adakah perempuan itu haram semata-mata kerana dirinya حرام لذاته / haram lizatihi, atau haram kerana perkara luaran lain حرام لغيره / haram lighairihi? Melihat perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata pandangan kepada perempuan itu haram atau pandangan itu haram disebabkan unsur luaran lain? Tentunya pandangan yang diharamkan adalah pandangan yang disertai dengan syahwat, pandangan yang menggoda dan bernafsu. Itulah sebab kepada pengharaman pandangan bukan semata-mata kerana pandangan biasa. Suara perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata suara kepada perempuan itu haram atau suara itu haram disebabkan unsur luaran lain? Tentunya suara yang diharamkan adalah suara yang dilunakkan untuk menarik perhatian, suara manja mendodoi, suara-suara gedik. Suara sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata suara biasa. Mengingati perempuan itu? Adakah semata-mata ingat kepada perempuan itu haram atau ingatan itu haram disebabkan unsur luaran lain? Tentunya ingatan yang diharamkan adalah ingatan yang membayangkan keseksian susuk tubuh perempuan, membayangkan untuk bersetubuh dengan perempuan dan bayangan yang membangkitkan berahi. Ingatan dan bayangan sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata ingatan biasa. Itulah hal-hal yang dipanggil zina kecil. Pengakhiran yang menentukannya adalah kemaluannya sama ada menjebakkannya ke kancah perzinaan hakiki atau tidak. SEJAUH MANA DOSA ZINA TANGAN, KAKI, TELINGA, MATA, LIDAH, HATI? Ibnu Mas’ud mengatakan bahawa: "فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060 Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060). Kata Ibnu Abbas pula: "مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَهُ لَا مَحَالَةَ وَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ)". رواه البخاري (8/67، رقم 5774) ومسلم (8/52، رقم 4801). “Aku tidak melihat sesuatu yang lebih menyerupai Al-Lamam itu kecuali daripada kata-kata Abu Hurairah daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya)”. Riwayat Imam Bukhari (8/67, no 5774), dan Imam Muslim (8/52, no 4801). Apa yang dimaksudkan dengan Al-Lamam??? Al-Lamam bermaksud dosa kecil yang tidak akan selamat daripadanya kecuali mereka yang dilindungi dan dijaga oleh Allah. Ibnu Mas’ud, Abu Said, Huzaifah, dan Masruq berpendapat bahawa: Al-Lamam itu ialah selain daripada bersetubuh, sama ada ciuman, sentuhan, pandangan, dan baringan. (Rujuk Tafsir Al-Qurthubi, jilid 17, m/s 106, cetakan Dar Alamil kutub). Perkataan Al-Lamam ini disebut dalam firman Allah dalam Al-Qur’an, Surah An-Najm , ayat ke-32 : وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاءُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى (31) الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ...... Maksudnya: Dan bagi Allah segala yang di langit dan di bumi, supaya dia membalas mereka yang berbuat buruk dengan apa yang mereka kerjakan, dan membalas mereka yang baik dengan kebaikan. Mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara keji kecuali Al-lamam, Sesungguhnya Tuhan kamu Maha Luas keampunannya… Contoh daripada hadith ini mungkin boleh membantu soal pengampunan dosa Al-Lamam: نَّ رُجلا أصَابَ من امرأَةٍ قُبْلَة، فأتَى النبيَّ صلى الله عليه وسلم، فذكر ذلك له، فَنزلت ((وأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهارِ وَزُلَفا مِنَ اللَّيْلِ، إنَّ الْحَسَناتِ يُذْهِبْنَ السَيِّئاتِ ذلكَ ذِكْرى لِلذَّاكِرين)) [ هود : 116]. فقال الرجل : يا رسول اللّه، أَلِيَ هذه ؟ قال: «لمنْ عمل بها من أُمَّتي». أخرجه البخاري (1/140)، ومسلم (8/101). Maksudnya: Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu dia datang bertemu Nabi dan menceritakan perkara itu kepada Nabi”. Lalu turunlah ayat ((Dan dirikanlah solat pada sebahagian hari dan hujung malam, sesungguhnya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan, itu adalah ingatan kepada mereka yang mengingati)) [Surah Hud, ayat ke-116]. Lalu lelaki tersebut berkata: “Wahai Rasulullah, adakah bagiku (sahaja) hal ini? Sabda Nabi: (Bahkan bagi orang melakukannya daripada umatku). Riwayat Imam Bukhari (1/140) dan Imam Muslim (8/101). Lelaki tersebut telah melakukan zina kecil, iaitu mencium seorang perempuan bukan mahram. Bagaimana untuknya menghapuskan dosa zina kecil tersebut? Jawabnya adalah dengan berbuat kebaikan, insyaAllah kebaikan yang dibuat itu akan menghapuskan dosa yang dilakukan. APA HUKUM BERCINTA/COUPLE? Pertamanya, apa maksud bercinta itu? Adakah maksudnya memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan? Atau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain?? Saya rasa semua bersetuju bahawa kalau maksudnya keluar berdua-duaan dan bermesra dengan jalan berpimpin tangan dan segala aktiviti lain maka saya kira semua daripada kita akan bersetuju tentang keharamannya. Tetapi kalau maksudnya, memiliki dan berkongsi perasaan cinta antara lelaki dan perempuan, apakah juga termasuk dalam perkara yang haram? Apakah yang salahnya di situ? Mungkin ada yang akan menjawab, tak boleh, kerana bercinta sebelum kahwin itu akan mengundang dosa dengan melakukan perkara-perkara tak baik. Baik kalau begitu, bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain. Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan. Justeru, tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci. Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram. Makan daging lembu itu adalah halal, tetapi makan daging lembu yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya. Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untuk persetubuhan haram tersebut. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang. Memiliki dan berkongsi perasaan cinta ini yang halal ini diperakui oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas: عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً قال: "يا رسول الله في حجري يتيمة قد خطبها رجل موسر ورجل معدم، فنحن نحب الموسر وهي تحب المعدم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لم نر للمتحابين غير النكاح)". أخرجه ابن ماجه (1/593، رقم 1847)، والطبرانى (11/17، رقم 10895)، والحاكم (2/174، رقم 2677) وقال: صحيح على شرط مسلم، والبيهقى (7/78، رقم 13231). Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, aku ada memelihara seorang anak yatim perempuan. Dia dilamar oleh orang kaya dan orang miskin. Kami suka kalau dia memilih yang kaya, tetapi dia cinta kepada yang miskin. Maka berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: (Kami tidak melihat perkara yang sesuai bagi orang yang saling menyintai itu kecuali kahwin)”. Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1/593, no 1874), At-Tabarani (11/17, no 10895), Al-Hakim (2/174, no 2677) dan berkata bahawa “hadith ini sahih mengikut syarat Imam Muslim”, dan Imam Baihaqi (7/78, no 13231). Nabi langsung tidak mencela perasaan cinta yang dimiliki anak yatim perempuan tersebut sebelum berkahwin. Nabi hanya berkata bahawa perkara yang sesuai kepada orang yang saling menyintai itu adalah kahwin. Hadith seterusnya berkenaan cinta Mughith kepada Barirah: عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ زَوْجَ بَرِيرَةَ كَانَ عَبْدًا يُقَالُ لَهُ مُغِيثٌ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ يَطُوفُ خَلْفَهَا يَبْكِي وَدُمُوعُهُ تَسِيلُ عَلَى لِحْيَتِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعبَّاسٍ: يَا عَبَّاسُ، أَلَا تَعْجَبُ مِنْ حُبِّ مُغِيثٍ بَرِيرَةَ وَمِنْ بُغْضِ بَرِيرَةَ مُغِيثًا). فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَوْ رَاجَعْتِهِ). قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ تَأْمُرُنِي؟ قَالَ: (إِنَّمَا أَنَا أَشْفَعُ) قَالَتْ: لَا حَاجَةَ لِي فِيهِ. أخرجه البخارى (5/2023، رقم 4979)، وأبوداود (2/270، رقم 2231)، والنسائى (8/245، رقم 5417)، وابن ماجه (1/671، رقم 2075)، وأخرجه أيضًا ابن حبان (10/96، رقم 4273). Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas (dia berkata): “(Bekas) Suami Barirah adalah seorang hamba dipanggil Mughith. Seolah-olah aku melihatnya sekarang mengekori belakang Barirah dengan bercucuran air mata atas janggutnya. Nabi lalu berkata kepada Abbas: (Wahai Abbas, tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?. Kata Nabi kepada Barirah: (Kalaulah kamu dapat kembali kepadanya). Barirah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kamu memerintahkan aku? Nabi berkata: (Aku hanya menjadi juru runding). Barirah berkata: “Aku tak punya hajat pada Mughith”. Hadith riwayat Imam Bukhari (5/2023, no 4979), Abu Daud (2/270, no 2231), Imam An-Nasa’I (8/245, no 5417), Ibnu Majah (1/671, no 2075), juga Ibnu Hibban (10/96, no 4273). Apa yang dapat difahami daripada hadith ini adalah: 1) Nabi tidak pernah melarang Mughith daripada terus mencintai Barirah walaupun Barirah telah menjadi ajnabiyyah buatnya. 2) Nabi bahkan mengambil inisiatif bagi melihat cinta itu berjaya dengan memujuk Barirah supaya kembali kepada Mughith, tetapi apakan daya Barirah tetap menolak. 3)Nabi tidak memberikan sebarang komen terhadap Mughith yang setia mengekori Barirah untuk memujuknya. Bahkan Nabi bersabda kepada Abbas: (Tidakkah engkau takjub dengan kecintaan Mughitgh kepada Barirah, dan kebencian Barirah kepada Mughith?) Lihat bagaimana ajaran Islam yang bersifat sesuai dengan realiti kehidupan berdepan dengan masalah manusia. Sayangnya ajaran Islam yang bersifat realistik dan meraikan fitrah manusia ini, dicemarkan oleh sebahagian daripada kita yang terlampau bersemangat dalam membasmi masalah gejala sosial, sehingga dalam sedar atau tidak sedar mereka turut membasmi fitrah manusia dan menjadikan ajaran Islam seolah-olah hanya merupakan fantasi kehidupan yang tidak pernah wujud. Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran. Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran. Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya. Masalah yang diperbahaskan dalam ilmu usul fiqh sebagai التكليف بما لا يطاق / Attaklif bima la yutaq. Sedangkan Nabi sendiri pun meminta pengecualian daripada Allah dalam urusan berlaku adil antara isterinya dalam perkara yang melibatkan hati dan perasaan. عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْسِمُ بَيْنَ نِسَائِهِ فَيَعْدِلُ، وَيَقُولُ: (اللَّهُمَّ هَذِهِ قِسْمَتِي فِيمَا أَمْلِكُ فَلَا تَلُمْنِي فِيمَا تَمْلِكُ وَلَا أَمْلِكُ). قال الترمذي: إِنَّمَا يَعْنِي بِهِ الْحُبَّ وَالْمَوَدَّةَ كَذَا فَسَّرَهُ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ. أخرجه الترمذي (1140)، وأبو داود (2134)، والنسائي (7/63). Maksudnya: “Daripada Aisyah bahawa Nabi membahagikan antara isteri-isterinya dengan adil dan dia berkata: (Ya Allah, ini adalah pembahagian aku daripada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mencela aku pada perkara yang Engkau miliki tapi tidak aku miliki). Berkata Imam Tirmizi: Sesungguhnya yang dimaksudkan itu adalah perasaan cinta dan sayang sebagaimana tafsiran ahli ilmu. Hadith dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1140), Imam Abu Daud (2134), dan Imam Nasa’I (7/63). Jelas melalui hadith tersebut bahawa perasaan cinta dan sayang tidak mampu dikawal oleh manusia. Mustahil bagi seorang lelaki yang beristeri empat contohnya mahu berlaku adil terhadap isteri-isterinya dalam soal hati dan perasaan. Sebab itu Nabi sendiri memohon kepada Allah supaya tidak mencelanya pada perkara yang tidak dimiliki olehnya dan tidak termampu baginya untuk melakukan. Hal sebegini disedari dengan baik oleh para sahabat. Dalam suatu kisah yang melibatkan Sayyidina Umar sendiri diceritakan bahawa telah datang kepadanya seorang lelaki dan berkata: “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya aku telah melihat seorang perempuan lalu aku jatuh cinta kepadanya”. Lalu Sayyidina Umar Bin Khattab berkata: “Itu adalah perkara yang tidak mampu dikawal”. Rujuk Al-Jawab Al-Kafi oleh Ibnul Qayyim, m/s 164, cetakan Darul Kutubil Ilmiyyah. Hal ini berlaku kerana sememangnya manusia itu akan mudah jatuh cinta kepada sesiapa yang berkongsi keserasian dengannya, bak sabda Nabi dalam sebuah hadith: الأرواح جنود مجندة فما تعارف منها ائتلف وما تناكر منها اختلف. أخرجه البخارى (3/1213، رقم 3158). Maksudnya: (Roh-roh itu adalah ibarat tentera yang saling berpasangan, mana-mana roh yang secocok maka roh-roh itu akan bersatu, mana-mana roh yang tak secocok maka roh-roh itu akan berselisih). Dikeluarkan oleh Imam Bukhari (3/1213, no 3158). CONTOH-CONTOH KEKELIRUAN 1) "Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM berdosa" Jawapan saya: Alangkah jahilnya. Bagaimana mungkin perasaan cinta yang timbul dalam hati itu dianggap haram dan berdosa??? 2) Zinanya hati ini berlaku apabila hati kita menginginkan sesuatu yang haram bagi kita secara berlebih-lebihan. Sebagai contoh, keinginan itu seperti ingin dirindui, dicintai, dibelai, mengingati si dia lebih daripada kita mengingati Tuhan. Jawapan saya: Anda masih gagal memahami maksud zina hati dengan baik. Yang pertama katanya zina hati adalah: Menginginkan perkara haram secara berlebihan. Kalau begitu, menginginkan perkara haram secara tak berlebihan tu kira oklah ya??? Yang kedua, contoh yang diberikan itu satu pun tidak termasuk dalam zina hati, hal-hal itu bukan termasuk dalam bab zina hati, tetapi termasuk dalam bab lagho dan melakukan perkara yang harus dengan berlebihan. 3) Seorang lelaki teringatkan perempuan, itu zina hati kan? Saya pun kurang jelas dgn konsep zina hati ni. Jadi maknanye kalau teringat saja kat bukan mahram kite tu dah kira zina ya? Satu lagi, lelaki tersebut sahaja yg berdosa atau pun keduanya? Jawapan saya: Lelaki ingatkan perempuan itu zina hati? Perempuan ingatkan lelaki zina hati? Heheh… luasnya skop. Kalau macam tu, lelaki lepas ni janganlah ingat kepada ustazah kat sekolah, perempuan pula jangan ingatkan ustaz kat sekolah. Itu semua zina hati tu, berdosa tau tak…hehe. Come on lah, sudahlah maksud zina hati itu pun tak faham, mudah-mudah sahaja memberi pandangan. Adapun soal siapa yang berdosa dalam hal ini, jawabnya tiada sesiapa yang berdosa baik lelaki mahupun perempuan kerana itu bukan zina hati. 4) Saya ada kemusykilan di sini. Seandainya pasangan ini sudah berniat untuk berkahwin, adakah rindu antara mreka juga dikatakan zina hati? Maka menjawablah seorang ustazah: “Yap!! selagi belum berkahwin”. Jawapan saya: Soalannya bagus. Tetapi jawapan yang diberikan oleh ustazah itu cukup mengecewakan. Ustazah, tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik sebelum memberikan jawapan. Boleh ustazah? 5) Dalam tak sedar, kita boleh melakukan zina. Benda yang kita tak nampak, tapi dosa besar. Dalam diam, kita dah lakukan zina. Bukan dari luaran, tapi dalaman. Astghfirullahala'zim. Kita sekarang terlalu terdedah dengan benda-benda yang lagho. Lupa mengingati Allah. Jawapan saya: Dosa besar??? Sejak bila pula zina tangan, kaki, mata, mulut, hati itu tergolong dalam dosa besar??? Telah saya jelaskan bahawa itu semua termasuk dalam kategori dosa kecil yang disebut sebagai Al-Lamam. Dosa sebegini terampun hanya dengan melakukan perkara kebaikan biasa seperti berwudhuk, solat, zikir dan sebagainya lagi tanpa memerlukan taubat khusus. Soal lagho dan lupa mengingati Allah itu soal lain. Kalau nak bercerita tentang lupa mengingati Allah ni, semua manusia tidak terlepas termasuklah para sahabat Nabi terdahulu kerana kita adalah manusia bukan malaikat. Cubalah menjadi manusia yang baik, jangan cuba menjadi malaikat. Seorang sahabat Nabi bernama Hanzalah mengadu kepada Nabi dengan berkata: “Wahai Nabi, sesungguhnya Hanzalah telah menjadi munafiq”. Nabi berkata: (Apa maksudmu?). Kata Hanzalah: “Apabila kami berada bersama Kamu, kami ingat kepada Akhirat, tetapi apabila kami pulang bersama keluarga, anak-anak, dan harta kami, kami banyak lupa”. Sabda Nabi: (Demi Allah yang diriku dalam kekuasaanNya, kalau kamu terus kekal seperti hal kamu ketika bersamaku, nescaya malaikat akan berjabat tangan dengan kamu di bilik kamu dan jalan-jalan. Tetapi Hanzalah, ada masa masanya). Riwayat Imam Muslim (8/95, no 4937) 6) Jika kita rindu seseorang ajnabi kerana kita memang couple dengan dia, tak kiralah berjumpa atau tidak, itu dikira zina hati. Kalau tak couple, tapi mungkin minat, dan lama-lama jadi rindu jika tak berjumpa, pada mulanya fitrah, tetapi apabila tak dikawal, dielak, tak mujahadah, itu boleh menjadi zina hati. Jawapan saya: Pulak dah, ada beza pulak antara yang bercouple dengan tak bercouple. Jawapan yang langsung tiada asas ilmu, sekadar mengagak-agak saja. 7) Saya selalu digosip kawan-kawan dengan seseorang, bila nama orang tu disebut-sebut, saya akan teringat kepada dia dan ini menyebabkan saya terpalit dengan dosa zina hati kerana mengingati seseorang yang bukan mahram dengan saya. Astaghfirullah, moga-moga Allah mengampuni dosa saya. Jawapan saya: Oh ya ke, kalau begitu lepas ni janganlah ingat langsung kepada sesiapa yang bukan mahram anda. Sepupu anda, cikgu anda, cikgu tuisyen anda, pak guard sekolah anda,perdana menteri Negara anda, kerana itu semua bukan mahram anda tu. Zina hati tu… Hai, mudah-mudah saja membuat hukum sendiri ya. 8) Nak tanya sekejap. Zina hati tu dikira apabila kita teringat seseorang yg berlainan jantina untuk seketika atau teringat selalu hingga termenung? Lalu menjawablah seorang rakannya: “Teringat seketika atau selalu tetap salah. Sebab kita ni kena selalu ingat kepada ALLAH”. Jawapan saya: Hohohoho…I’m speechless. Tak sangka, ada juga jawapan sebegini. Teringat seketika pun tak boleh ya, kena selalu ingat Allah sepanjang masa 100 peratus ya. Kalau macam tu sahabat Nabi pun kalah dengan awak. Hebat betul awak ya, sama taraf dengan malaikat. Sesungguhnya dalam Al-Qur’an pun Allah tak suruh kita ingat kepadaNya sentiasa kerana itu adalah perkara yang mustahil dan ulama menyebut bahawa Allah tidak sekali-kali membebankan manusia dengan perkara yang mustahil untuk dilakukan. Sebab itu, Allah hanya menyuruh kita supaya banyak ingat kepadaNya, bukan selalu ingat kepadaNya. Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab, ayat ke-41: ((يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً)) Maksudnya: ((Wahai orang-orang yang beriman, ingatilah Allah dengan ingatan yang banyak)). 9) Sekarang ni saya tengah buntu. Saya sekarang bercinta dengan seseorang. Tapi kami mahukan perhubungan kami diredhai Allah. Tetapi baru-baru ni saya ada baca nota yang mengatakan bercinta adalah haram dalam Islam. Betul ke? bercinta juga mendekatkan diri kepada zina iaitu zina hati. merindui dan mengingati antara satu sama lain. Jadi, apakah yg perlu saya buat? Maka berfatwalah seorang rakannya: “Bercinta tu memang haram. Bila dah bercinta kita selalu rindu, kadang-kadang ingat kat dia dan macam-macam lagi. Itulah yang dinamakan zina hati. Sebab itu, bercintalah selepas kawin. Jawapan saya: Sama juga masalah dengan mereka yang sebelum-sebelum ni. Keliru dengan maksud bercinta, lepas tu tak memahami erti zina hati yang sebenarnya.. Adapun soal bercinta sebelum atau selepas kahwin, kalau dimaksudkan dengan perasaan cinta, maka bagi saya perasaan cinta itu perlu ada sebelum kahwin bukan selepas kahwin, manakala aktiviti percintaan itulah yang dilakukan selepas kahwin. Sebab itu Nabi menyuruh sahabatnya kalau nak melamar perempuan tu tengok dulu, supaya timbul perasaan cinta dalam hati. Kalau setelah melihat tapi tidak timbul rasa cinta dan berkenan tu, maka cari yang lain. 9) Bagi saya memang zina hati susah utk dihindari terutama zaman sekarang. Lebih-lebih lagi zaman teknologi sekarang. Walaupun dengan bermesej, boleh diragukan kita buat zina tangan. Itu zina tangan, kalau dah zina luaran, macam mana pula dalaman? Jawapan saya: Astaghfirullah, pandangan yang penuh dengan ta’annut dan tasyaddud. Anda gagal dalam memahami maksud zina hati dan zina kecil yang lain. Bermesej di telefon itu zina tangan?? Kalau anda bermesej mengajak kepada persetubuhan, semestinya itu zina tangan, tapi kalau sekadar bertegur sapa,bertanya khabar adakah itupun nak dilabelkan sebagai zina..Anda sudah tersasar jauh dari maksud zina hati sebenarnya. Memang berhubung antara lelaki dan perempuan hanya perlu apabila ada keperluan. Tapi kalau tiada keperluan dan sekadar menggatal, tidak boleh sewenang-wenangnya dengan mudah mengkategorikan hal itu dalam bab zina tangan tetapi dikategorikan dalam bab buat perkara lagho tak berfaedah. Sudahlah anda gagal memahami maksud zina-zina kecil tu, gagal pula membezakan antara mereka yang melakukan zina kecil dengan mereka yang melakukan perkara-perkara lagho tak berfaedah. 10) Zina hati sebenarnya apabila kita mengingati seseorang secara berlebih-lebihan. Jawapan saya: Fahaman anda juga tersasar. 11) Macam mana kalau teringatkan lelaki yang kita hanya pernah berjumpa dengannya dalam mimpi, tapi kita tak kenal pun kat alam nyata ni, kira zina hati juga ke? Jawapan saya: Lihatlah bagaimana anda gagal memahami maksud zina hati menyebabkan timbulnya soalan-soalan yang tak sepatutnya timbul. 12) Saya pun ada juga zina hati ni kerana teringatkan kawan lelaki. Nak buat macam mana nobody's perfect except our prophet. Tapi macam yang dah dinasihatkan oleh rakan supaya bila teringatkan seseorang (si dia) kita hendaklah membaca Al-fatihah supaya kita ingat dia kerana Allah. Jawapan saya: Anda juga gagal dalam memahami maksud zina hati dan mengenal pasti penyakit sebenar, kemudian cuba mereka-reka ubat sendiri. Baca Al-fatihah supaya kita ingat dia kerana Allah??? Hehe…lucu juga dengan petua yang diberikan. 13) Memang susah nak hindari zina hati. Susah sangat. Apabila teringatkan si dia, susah nak lupakan. Tapi nak tanya ni, apa dosanya kalau kita buat orang lain zina hati? Contohnya: Kita buat orang lain berkenan kat kita. Jawapan saya: Masih juga tak faham-faham dengan maksud zina hati. 14) Zina hati yang paling ketara dalam jiwa remaja zaman sekarang adalah kamu merindui si dia, kamu sentiasa terbayang si dia, kamu tak dating, tak jumpa dgn si dia, tak keluar makan-makan, tapi kamu masih terbayang pada si dia. Bukti yang paling ketara, inbox kamu penuh dgn mesej si dia. Bayangkan sahaja, seorang remaja yg cukup komited dgn dakwah tetapi mereka bercinta. Bayangkan presiden BADAR kat sekolah bercinta. Ya Allah! tak dating, tak keluar makan-makan, tak berutus surat, tapi saling berbalas mesej dengan beralasankan "Eh takpe, aku hantar mesej pasal hadis la kat dia. Saling nasihat menasihati". Astaghfirullah, itulah contoh-contoh zina hati. Nama pun hati, mesti la dalam hati. Betul tak? Jawapan saya: Tak betul langsung. Saudara, itu tidak termasuk dalam bab zina hati. Itu gedik dan mengada-ngada jawabnya dan termasuk dalam bab buat perkara-perkara tak berfaedah ataupun disebut lagha. Saya lebih suka mengistilahkan percintaan sebegitu sebagai percintaan yang “poyo”. Percintaan pra-matang remaja baru nak up. Sabda Nabi: (Antara keelokan Islam seseorang itu, dia meninggalkan apa yang tak patut baginya). Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi (4/558, no 2317) dan dia berkata: Gharib. Juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah (2/1315, no 3976) dan Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya (1/466, no 229). 14) Sebenarnya, saya ada satu soalan. Begini, seorang lelaki amat menyayangi seorang perempuan bukan mahram ini, tetapi dia tidak merinduinya. Adakah ini tergolong dalam zina hati juga? Sebab saya masih tak berapa jelas dengan maksud zina hati. Jawapan saya: Apabila gagal untuk memahami zina hati dengan baik, kemudian dimomokkan pula dengan fahaman-fahaman yang salah tentang zina hati, maka diri sendiri mencari jalan keluar dengan mereka-reka perkara yang tak masuk akal. Seorang kekasih menyintai kekasihnya, tetapi mereka tidak rindu, adakah ini juga termasuk dalam zina hati? Ahaha… Tolonglah fahami maksud zina hati itu dengan baik, perasaan cinta antara kekasih dengan kekasihnya tidak dikira zina hati, juga perasaan rindu. Kalaupun perasaan cinta dan rindu itu melampaui batas, itu tidak termasuk dalam bab zina hati, itu termasuk dalam bab berlebih-lebih dalam perkara-perkara yang harus. Yang menjadi zina hati adalah perasaan atau keinginan hati untuk melakukan dosa zina iaitu bersetubuh dengan kekasih tersebut. Faham!!! 15) Saya takut diri saya terjebak dengan “zina hati” apabila saya teringat pasal si dia. Biasanya, saya akan membayangkan saat-saat kami berjumpa, kata-kata dia dan kadang-kadang saya macam berangan-angan berumah tangga dengan dia. Selalu terbayang dalam fikiran saya, kehidupan kami sebagai suami isteri contohnya, saya masak untuk dia, bermesra dengan anak-anak dan sebagainya. Itu memang selalu saya fikirkan. Adakah itu salah satu dari “zina hati”? Saya juga tak boleh kawal perasaan rindu setelah kami berjauhan. Perasaan tu la yang buat saya lalai sedikit sebanyak. Saya cuba tenangkan fikiran saya dengan solat sunat, baca Al-Quran tapi tu tak kekal lama. Jawapan saya: Amboi-amboi, jauhnya akak berkhayal. Itu bukan zina hati tu kak, itu angau namanya. A N G A U: Angau. Parah benar nampaknya tu. Walaupun bukan termasuk dalam zina hati, tetapi eloklah dielakkan perkara-perkara lagho sebegitu, sibukkan diri dengan perkara-perkara berfaedah, jangan sampai terbuang masa kerana berkhayal. 16) Saya telah mengambil keputusan meninggalkan pasangan saya kerana saya tahu ianya sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Dan alhamdulillah saya juga telah mengambil langkah dengan bernikah dengan seorang gadis melalui cara yang lebih baik iaitu melalui pernikahan secara Islamik. Jawapan saya: Astaghfirullah, bercinta dengan seorang gadis, kemudian merasakan perkara itu sebagai salah lalu memutuskan hubungan. Kemudian mengambil langkah penyelesaian dengan berkahwin dengan gadis lain? Kasihan dengan pasangan anda yang pertama tadi.. Mengapalah “terlampau cerdik” sampai ke tahap ini??? Kalaupun anda merasakan hubungan anda itu salah dan berdosa, apa yang anda perlu lakukan adalah bertaubat daripada dosa dan membaiki dosa tersebut. Firman Allah dalam Surah Al-Ma’idah, ayat ke-39. ((فَمَنْ تَابَ مِنْ بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ)) Maksudnya: ((Sesiapa yang bertaubat selepas kezaliman yang dilakukan dan membaiki kesilapannya maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa ke atasnya)). Seorang pencuri, apabila sedar dan insaf atas dosa yang dibuat, maka dia perlu bertaubat daripada dosa mencuri tersebut, dan membaiki dosa tersebut dengan memulangkan kembali segala barang-barang yang dicuri. Seorang lelaki yang bercinta dengan seorang perempuan sehingga terjebak ke dalam perkara-perkara dosa, apabila sedar dan insaf perlulah bertaubat daripada dosa yang dilakukan, dan membaiki dosa tersebut. Bagaimana untuk membaiki dosa tersebut? Iaitulah dengan mengahwini perempuan itu. Bukannya dengan memutuskan hubungan dan kemudian berkahwin dengan perempuan lain. Mengapa mahu berkahwin dengan perempuan lain sedangkan si dia ada dan masih menyimpan cintanya terhadap kamu? Adakah pada pandangan anda perempuan itu tidak layak diperisterikan kerana sudah ternoda? Ooo, kiranya kamu bersihlah tiada noda? Siapa yang menodainya? Kamu juga. Kononnya nak mencari yang suci bersih walhal diri sendiri terpalit dengan kekotoran. Jenis manusia yang tak sedar diri. 17) Ana dulu pun couple gak. Sejak sekolah sampai dah masuk universiti, dekat nak gred. Tapi apabila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan walhal ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Komen saya: Kan’tidak cerdikan namanya tu’. Perkara yang sama berulang. Anda dah punya niat suci untuk memperisterikannya, kemudian memutuskan hubungan itu setelah merasakan hubungan itu salah pada pandangan anda. Sepatutnya, baikilah apa yang anda rasakan salah itu dan teruskan niat suci anda untuk memperisterikannya. Semudah itu pun masih tak faham? Mengapa masih juga mengambil tindakan yang tak cerdik? MANHAJ DALAM MEMAHAMI AGAMA Tidak dinafikan, adakalanya mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang dakwah atau mereka yang baru menemui jalan keinsafan, mereka mempunyai semangat yang meluap-luap berjuang untuk Islam. Tapi masalahanya semangat yang meluap-luap tanpa latar belakang ilmu yang kuat boleh menyebabkan perjuangan yang dibawa itu merosakkan lebih daripada membaiki. Semua tak boleh, itu zina, ini zina, itu haram, ini haram sehingga menyempitkan ajaran Islam yang luas dan membesar-besarkan perkara lebih daripada skop asalnya. Walhal manhaj dakwah yang sebenarnya adalah manhaj berasaskan وسطية /wasatiyyah (pertengahan). Tidak dinafikan, kalau orang itu dilihat mempermudah-mudahkan urusan agama maka kita perlu memberikan peringatan keras kepada mereka. Sebaliknya pula kalau orang itu dilihat terlalu memayah-mayahkan agama maka kita perlu memudahkannya bagi mereka. Namun, semua itu perlu dilakukan atas dasar ilmu. Bukan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, apabila wujud sebahagian daripada sahabat Nabi mempermudah-mudahkan urusan berwudhuk sehingga tidak meratakan air ke tempat-tempat yang sepatutnya, maka Nabi memberikan amaran keras kepada mereka berupa seksaan api neraka. Sebaliknya apabila ada pula sebahagian sahabat yang memayah-mayahkan urusan berwudhuk sehingga membasuh anggota wudhuk secara berlebihan, maka Nabi berkata bahawa basuhan wudhuk itu hanya tiga kali. Andainya masih wujud keraguan dalam hati tidak rata, maka usah dilayan, itu hanya was-was syaitan. Caranya adalah bersikap keras kepada mereka yang nampak mempermudah-mudahkan agama, dan bermudah-mudah bagi mereka yang nampak memayah-mayahkan agama. Tetapi perlu diletakkan dalam kepala bahawa tujuan akhirnya adalah supaya kedua-dua golongan tersebut kembali kepada kesederhanaan dalam beragama. Kata Imam Syatibi: Andai kamu melihat kepada keseluruhan syariat maka engkau akan dapati syariat itu cenderung kepada pertengahan. Andai kamu melihat ada kecenderungan kepada sisi terlampau memudahkan atau sisi terlampau menyusahkan maka itu bagi berhadapan dengan lawannya daripada sisi lain. Sisi memayahkan (kebanyakannya pada menakutkan, menggerunkan, melarang) didatangkan bagi berdepan dengan mereka yang cenderung mempermudahkan agama. Sisi memudahkan (kebanyakannya pada pengharapan, galakan, dan rukhsah kemudahan) didatangkan bagi mereka yang cenderung memayahkan agama. Kalau tiada masalah pada kedua-duanya maka aku melihat pertengahan itu lebih utama, dan jalan kesederhanaan itu jelas, dan itulah kaedah asal yang menjadi rujukan dan pusat yang menjadi tempat pergantungan”. (Rujuk Kitab Al-Muwafaqat oleh Imam Syatibi, jilid 2 , m/s 286, cetakan Dar Ibni Affan) Janganlah terlampau mempermudahkan dan jangan terlampau menyusahkan. Ambil jalan pertengahan. Untuk pesakit darah tinggi, berikan ubat yang menurunkan kadar tekanan darahnya kepada kadar tekanan normal. Pesakit darah rendah pula, berikan ubat yang meninggikan kadar tekanan darahnya kepada kadar tekanan tahap normal. Apa yang penting adalah memastikan kenormalan tekanan darahnya. Akhir kata, semoga segala penjelasan itu dapat dicerna dengan baik. Andai timbul sebarang persoalan tak faham lagi berkenaan zina hati, maka bak kata rakan saya: “Sila hantukkan kepala anda ke dinding”….hehe sekadar bergurau. Jangan lagi membesarkan isu lebih daripada skop yang sepatutnya. Sememangnya muhasabah diri sama ada terpalit dengan dosa atau tidak itu memang sesuatu yang bagus. Tapi men’dosa’kan diri dengan perkara yang bukan dosa itu bukan daripada ajaran agama, itu adalah ta’annut dan tasyaddud yang ditegah dalam beragama. Islam tidak datang untuk menjadi musuh kepada naluri dan perasaan manusia tetapi untuk memberikan pedoman dan tunjuk ajar supaya manusia dapat mengawal naluri dan perasaannya ke arah kebaikan. Dengan itu dapatlah kita menjadi manusia yang baik bukan menjadi malaikat yang baik. Sekian, wassalam. -Semoga setiap persoalan yang bermain di fikiran kita, akhirnya dapat dileraikan.. InsyaAllah..-

Saturday, April 30, 2011

Isteri CALON nERAKA ... aDAKAH ANDA

Isteri Calun Neraka
-Tidak suka mengerjakan solat
-Suka bercakap bohong kpd suami
-Suka berhias utk selain suaminya
-Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan olih suami
...-Tidak menghurmati suami
-Suka mencari musuh
-Sombong
-Tidak takut kepada Allah sedikit pun
-Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
-Tidak mahu minta maaf kepada suami
-Tidak boleh dinasihati olih siapa saja
-Degil dan keras kepala
-Merasakan diri lebih baik dari orang lain
-Suka berpoya-poya
-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
-Suka memandang rendah kepada orang lain

Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda :
“ Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita “.
Para shahabat bertanya : “ Mengapa wahai Rasulullah ?
“. Beliau menjawab :“ Karena kekufuran mereka “.
Beliau ditanya, “ Apakah mereka kufur terhadapAllah ? “.
Beliau bersabda “ Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikkan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : “ Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikkan pada dirimu. “
Semuga kita semua dijauhkan olih Allah daripada bersifat dgn sifat yg akan membinasakan kita didalam neraka Allah…

Monday, April 11, 2011

kelebihan al-fatihah

SURAH ini dinamakan dengan berbagai-bagai nama seperti al-Fatihah, Um al-Kitab, as-Sab’ai al-Masthani dan lain-lain. Imam al-Qurtubi menghitung 12 nama Fatihah, sedangkan al-Alusi menyebut sebahagian ulama mengira sampai dua puluh dua nama, sama ada secara tauqif daripada nabi atau ijtihad para sahabat.

Mempunyai tujuh ayat dengan ijma...k yang bersalahan ulama pada cara bilangannya, sama ada basmalah termasuk dalam ayat atau tidak.

Surah al-Fatihah termasuk surah-surah Makkiah seperti yang dinyatakan oleh al-Wahidi dalam Asbab an-Nuzul dan ath-Tha’labi oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Naim dan al-Baihaqi.

Ada pendapat yang menganggap surah ini termasuk surah Madaniah berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Said bin al-A’rabi, at-Tabarani daripada Mujahid daripada Abi Hurairah : menangislah iblis ketika diturunkan al-Fatihah di Madinah.

Menghimpun

Pendapat yang ketiga, ia diturunkan dua kali, Mekah dan Madinah sebagai menghimpun antara riwayat-riwayat.

Nas-nas hadis yang menunjukkan banyak kelebihan surah al-Fatihah antaranya :

1. Sebesar-besar surah dari segi kelebihannya seperti riwayat al-Bukhari daripada Abi Said bin Mu’alla.

2. Tiada tandingan dan bandingan dengan mana-mana surah dan kitab seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan daripada surah al-Fatihah seperti riwayat Imam Ahmad daripada Ubay bin Ka’ab.

3. Dua cahaya yang digembirakan oleh malaikat iaitu al-Fatihah dan penutup surah al-Baqarah seperti riwayat Muslim daripada Ibn Abbas.

4. Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular, kala jengking dan lain-lain. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri.

5. Kelebihan Fatihah jelas apabila diwajibkan dalam setiap rakaat solat seperti riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi daripada Abu Hurairah.

6. Menyembuh penyakit gila seperti riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibn Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang mensahihkannya daripada Kharijah bin as-Salt at-Tamimi daripada bapa saudaranya yang datang bertemu Rasulullah s.a.w. dan pulang, kemudian lalu di perkampungan yang terdapat seorang lelaki yang dirantai dengan besi lantas kata keluarganya : Adakah kamu boleh rawatnya, kerana kamu datang daripada sahabatmu (Rasulullah s.a.w.) yang amat baik.

Aku pun membaca al-Fatihah selama tiga hari sebanyak dua kali pada waktu pagi dan petang setiap hari, aku hembus ke mukanya kemudian dengan izin Allah dia sembuh dan diberikan kepadaku 100 ekor kambing, aku datang kepada Rasulullah s.a.w. dan menceritakannya, sabda Rasulullah s.a.w : Makanlah, siapa yang berjampi dengan bathil? Sesungguhnya kamu berjampi dengan sebenarnya.

Inilah sebahagian daripada fadilat al-Fatihah.

INTI PATI DAN KANDUNGAN

Al-Fatihah mempunyai makna-makna al-Quran yang diasaskan dengan maksud-maksud secara ijmal, terdiri daripada usul ad-din dan cabang-cabangnya seperti akidah, ibadah, tasyri’, iktikad dengan Hari Akhirat, beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesahkannya dalam beribadat, meminta pertolongan dan doa.Selain itu memohon hidayah ke jalan yang benar di samping menetapkan iman dan jalan orang-orang solehin, menjauhkan daripada golongan yang dimurka Allah dan yang sesat. Justeru dinamakan Um al-Kitab kerana menghimpun segala maksud-maksud asas.

As-Shahid Hasan al-Banna dalam risalahnya – Mukadimah fi at-Tafsir – berkata : Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya.

As-Shahid Syed Qutb dalam tafsirnya – Fi Zilal al-Quran antara lain berkata : Sesungguhnya surah ini mengandungi inti pati akidah Islamiyah tasawwur Islami, perasaan dan harapan doa kepada Ilahi yang diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat solat.

As-Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Midani di dalam kitabnya Ma`arij at-Tafakkur membahagikan inti pati al-Fatihah kepada empat :

1. Asas iman yang wajib diimani hamba-hamba Allah yang diujinya ketika berkelana di dunia secara mesti.

2. Tuntutan Allah terhadap hamba-Nya beribadat dan bergantung kepada-Nya tanpa sekatan dengan yang lain.

3. Agama pilihan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang diuji, hanya sirat al-mustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon hidayah kepada-Nya.

4. Dua masa ujian, ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir dan hingga kiamat terhadap tuntutan Allah.

Justeru dinamakan surah ini Um al-Quran kerana rangkuman segala inti pati al-Quran

TAFSIR AYAT PERTAMA

Basmalah maksudnya : Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Makna ayat ini ialah, akan memulakan menyebut nama Allah sebelum setiap sesuatu dengan memohon pertolongan kepada Allah dalam segala urusan, kerana Allah bersifat Maha Perkasa di atas setiap sesuatu.

Ibn Jarir berkata : Sesungguhnya Allah mendidik nabi-Nya Muhammad s.a.w. dalam melakukan segala pekerjaan hendaklah dimulakan dengan nama-nama-Nya yang mulia dan dijadikan sunah bagi sekalian makhluk-Nya sama ada percakapan, surat, kitab dan hajat-hajat.

Gesaan ini jelas dengan arahan Allah dalam ayat pertama yang diturunkan dalam surah al-`Alaq. Justeru Allah mukadimahkan ayat ini pada semua surah kecuali surah at-Taubah. Ini kerana mengikut sebahagian ulama, ayat ini untuk memohon rahmat sedangkan surah at-Taubah mengkisahkan tentang perang atau hukuman Allah.

Dinaskan dalam hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : Setiap sesuatu yang tidak dimulakan dengan basmalah, ia akan terputus. Hadis ini dihasankan oleh an-Nawawi, maksud `terputus’ di sini adalah dicabut daripada kebaikan dan berkat.

Al-Alusi dalam kitabnya – Ruh al-Ma’ani berkata : Ulama khilaf adakah ayat ini khusus untuk umat ini atau tidak? Abu Bakar at-Tunisi menaqalkan ijma’ ulama bahawa Allah mukadimahkan setiap kitab-Nya dengan basmalah.

Dalam basmalah terdapat tiga nama Allah, iaitu Allah, ar-Rahman dan ar-Rahim. Allah adalah nama bagi zat yang wajib ada yang bergantung segala alam dengan-Nya seperti firman Allah s.w.t : Hai manusia, kamu semua fakir (berhajat) kepada Allah, dan Allah bersifat Maha Kaya lagi Terpuji.

Satu-satunya nama yang dikaramahkan Allah ialah nama-Nya sendiri `Allah’ yang tidak disekutukan oleh mana-mana makhluk termasuk manusia yang Islam atau bukan, yang bertamadun atau tidak. Semuanya tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama Allah. Inilah ajaib nama ini.

Perbezaan antara Allah dan ilah, iaitu Allah menunjukkan kepada nama khas bagi zat yang Maha Suci tidak disekutukan dengan yang lain, yang bermaksud Tuhan yang diabdikan dengan sebenarnya. Sebaliknya ilah menunjukkan umum, sama-ada kepada Allah, Tuhan yang sebenar atau tuhan-tuhan lain yang bathil.

Ar-Rahman dan ar-Rahim menunjukkan rahmat Allah yang meliputi sekalian makhluk. Ar-Rahman dan ar-Rahim apabila disekalikan sebutannya memberi makna yang berbeza. Ar-Rahman lebih umum dan di dunia ini, sedangkan ar-Rahim khusus untuk ahli taat di Hari Akhirat. Sebaliknya apabila disebut ar-Rahman atau ar-Rahim sahaja, ia mewakili antara satu sama lain seperti pendapat Syeikh Abdullah Sirajuddin di dalam tafsir surah al-Fatihah.

Hikmah dikhususkan sebutan ar-Rahman dan ar-Rahim dalam basmalah kerana beberapa perkara :

1. Supaya hamba-Nya tahu bahawa Allah Tuhan mereka bersifat Rahman dan Rahim untuk menjadikan mereka taat dan beribadah memohon kepada-Nya.

2. Nama ar-Rahman meliputi segala alam yang kesannya dapat dilihat dan dibuktikan. Dan semua makhluk seperti manusia, jin dan lain-lain dicipta dengan rahmat Allah, justeru dengan menghayati kalimat ini menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah.

Kenapa disebut dengan nama Allah, bukan Allah sahaja?

Persoalan ini timbul adakah diminta harap atau doa kepada Allah atau nama Allah. Jawabnya : Dengan Allah, tetapi Allah sendiri yang menyuruh bertawassul dengan nama-Nya, justeru tidaklah menjadi masalah.

Kedua, al-Allamah Abu Su’ud membezakan antara sumpah dan minta berkat, ini kerana kenyataan seseorang dengan Allah boleh diandaikan sebagai sumpah dan juga tabarruk. Oleh itu diletakkan nama Allah untuk membezakannya. Inilah yang sahih seperti kenyataan ahli tahqiq daripada kalangan mufassirin.


AYAT ketiga (AR-RAHMAN AR-RAHIM). Maksudnya : Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dua sifat ini diambil daripada rahmat, ar-Rahman atas wazan – fa’lan – untuk menunjukkan lebih dan banyak, kerana hendak diibaratkan dengan banyaknya rahmat.

`Ar-Rahman’ – sebahagian ulama menganggap khusus untuk nama Allah dan tidak digunakan sifat yang lain, hampir-hampir menjadi nama khusus. `Ar-Rahim’ – juga diambil daripada rahmat, atas wazan – fa`ill – menunjukkan banyak tetapi lafaz `Rahman’ lebih banyak hurufnya daripada `Rahim’. Dan keputusan kaedah oleh ulama bahasa Arab bahawa bertambahnya binaan huruf menunjukkan bertambah maknanya.

Secara umumnya, Rahman memberi makna segala nikmat yang besar. Sedangkan makna Rahim segala nikmat yang seni lagi kecil. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kedua-dua lafaz ini memberi makna yang satu kecuali yang kedua menjadi penguat kepada yang pertama. Inilah pendapat as-Sobban dan al-Jalal. Tetapi pendapat ini daif. Ibn Jarir menegaskan, tidak ada di dalam al-Quran kalimah tambahan tanpa makna yang dimaksudkan. Himpunan antara ar-Rahman dan ar-Rahim kerana beberapa perkara:

- Penguat pujian kepada Allah dengan sifat rahmat-Nya yang memberi kesan kepada hamba-Nya.

- Meminta rahmat dan kasih sayang bagi menunjukkan sangat suka dengan nikmat Allah, ihsan dan banyak kurniaan-Nya.

- Isyarat kepada rahmat-Nya dengan mengutus nabi akhir zaman sebagai rahmat untuk sekalian alam, termasuk menurunkan al-Quran dan lain-lain.

- Isyarat kepada sempurnanya rahmat Allah yang besar dan seni terhadap hamba-Nya di dunia dan akhirat.

Kebanyakan lafaz `Rahman’ digunakan dalam al-Quran merangkumi rahmat kepada orang Islam dan bukan Islam. Sedangkan lafaz `Rahim’ digunakan untuk rahmat yang khusus bagi orang yang beriman. Justeru banyak ayat `ar-Rahim’ datang dengan ibarat `al-Ghafur’ Maha Pengampun yang tidak dapat kecuali orang yang beriman. Inilah khusus al-Quran.

Himpunan antara ar-Rahman dan ar-Rahim adalah di atas jalan takhsis (khusus) selepas umum. Inilah pendapat Sheikh Abdur Rahman Habannakah dalam tafsirnya, Ma`arij at-Tafakkur. Ibn al-Qayyim berkata: Himpunan antara ar-Rahman dan ar-Rahim mempunyai makna yang cukup indah, iaitu ar-Rahman menunjukkan sifat yang berdiri bagi Allah, sedangkan ar-Rahim menunjukkan bergantungnya dengan apa yang dirahmatinya, seolah-olah yang pertama sebagai sifat dan yang kedua sebagai perbuatan. Kemudian beliau menambah noktah ini : Kamu hampir tidak mendapati pada mana-mana kitab. Inilah pendapat yang rajih mengikut ahli tahqiq.

Faedah sebutan ar-Rahman dan ar-Rahim selepas lafaz `Rab al-`alamin’ ialah lafaz Rab menggambarkan kebesaran, ketua dan kuasa. Boleh jadi tanggapan pandangan bahawa Rab ini amat keras tanpa kasihan belas terhadap hamba-Nya yang sudah tentu diselubungi hatinya perasaan takut dan putus asa. Justeru amat munasabah didatangkan dengan jumlah ini untuk mengesahkan bahawa Rab ini bersifat Rahman dan Rahim. Abu Hayyan dalam tafsirnya, Bahru al-Muhit berkata : Dimulakan dengan sifat rububiyah jika Rab dengan makna ketua, tuan atau pemilik yang berhak diabdikan. Jadilah ia sifat perbuatan baginya. Justeru sifat Rahmaniah dan Rahimiah dinyatakan untuk membuka ruang cita-cita hamba dalam memohon keampunan sekalipun sudah tergelincir.

- Ayat keempat (MALIKI YAUMID DIN). Maksudnya : Yang menguasai hari pembalasan. `Maliki’ dengan dipanjangkan `ma’ memberi maksud pemilik, sedangkan `ma’ tanpa dipanjangkan memberi maksud raja. Kedua-dua bacaan ini mutawatir mengikut bacaan qurra’ yang sepuluh. Syeikh Abdul Rahman Habannakah berkata : Dua bacaan ini saling menyempurnakan dalam menunaikan makna yang dikehendakinya. Allah pada hari tersebut adalah raja pada setiap sesuatu dengan kerajaan-Nya yang besar, tanpa sebarang sekutu dalam kerajaan-Nya walaupun dalam bentuk gambaran sekalipun. Allah juga pemilik pada hari tersebut yang tidak disertakan oleh mana-mana makhluk dalam pemilikannya.

`Yaum’ dengan makna hari, masa, zaman dikehendaki juga dengan setiap sesuatu padanya yang maddi atau maknawi. `Ad-Din’ bermakna agama atau disebut hari balasan dan penghisaban Allah terhadap hamba-Nya. Syeikh Sirajuddin berkata : Ayat ini menegaskan beberapa perkara:

- Ingatan kepada wujud dan benarnya hari ini sebagai pembalasan.

- Ingatan kepada amalan yang baik kerana pasti dibalas mengikut amalan masing-masing.

- Hikmah yang sebenarnya kerana orang baik dan jahat tidak sama, justeru hari ini sebagai pemisah.

- Dalil bahawa semua hamba yang mukalaf dikurniakan Allah akal, fikiran, ikhtiar dan kudrat yang memungkinkan bagi mereka melakukan kebaikan dan kejahatan. As-Syahid Syed Qutb mengibaratkan ayat ini dengan gambaran yang besar lagi mendalam berhubung dengan keseluruhan iktikad Hari Akhirat yang menjadi pemisah antara dua golongan manusia yang beriman dan yang ingkar. As-Syahid Hasan al-Banna menafsirkan bahawa jika perkara yang demikian, jadilah hamba yang mukalaf mencari kebaikan dan jalan yang selamat lebih penting daripada segala-galanya. Sabda Rasulullah s.a.w. di dalam hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim daripada hadis Syaddad bin Aus: “Orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa muhasabah dirinya dan beramal untuk bekalan selepas mati.” Inilah juga kenyataan Umar al-Khattab : “Hisablah (hitunglah) dirimu sebelum kamu dihisab.”

- Ayat kelima (IYYAKA NA’BUDU WA IYYAKA NASTA`IN). Maksudnya : Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.

`Iyyaka na’budu’- Makna ayat ini seperti kata Ibn Abbas : Kami ibadah kepada-Mu dan tidak ibadah kepada yang lain. Didahulukan kalimah `kepadamu’ daripada kalimah `kami ibadah’, bertujuan kesungguhan prihatin dan orang Arab mendahulukan yang paling penting daripada yang penting seperti jawapan al-Qurtubi. Didahulukan yang kena buat (maf`ul) daripada perbuatan memberi maksud terbatas dan takhsis kepada ini sahaja. Dalam ibarat yang lain – Ya Allah kepada-Mu saja kami ibadah dan kepada-Mu sahaja kami minta tolong. Bahasa yang digunakan adalah ramai – kami ibadah dan kami minta tolong, sedangkan mungkin pelaku ibadah seorang saja.

Abi Su’ud berkata : Ini kerana pengiktirafan hamba betapa lalai dan cuainya dia ketika berdepan di pintu Raja segala Raja (Allah) yang dimintanya pertolongan hidayah secara perseorangan, seolah-olah dia berkata : Hai Tuhan, aku hamba yang fakir lagi hina tidak layak untuk munajat-Mu secara bersendirian. Justeru aku sertakan bersama ahli tauhid dan aku berdoa bersama mereka, justeru terimalah doaku bersama mereka. Ini kerana kami semua ibadah kepada-Mu dan meminta pertolongan dengan-Mu. Syeikh Abdullah Sirajuddin dalam tafsirnya menambah sebab yang lain, iaitu digunakan `kami’ pada ibadah dan meminta tolong sebagai iklan betapa berhajatnya semua untuk ibadah kepada Allah yang menciptakan mereka.

Ibadah pada bahasa ialah kehinaan, ketundukan dan kepatuhan. Pada syarak pula ialah:

- Perlaksanaan hamba segala perbuatan dan perkataan yang disyariatkan Allah dengan disertakan ketaatan dan ketundukan untuk Tuhannya.

- Ibn Khatir mendefinisikan ibadah pada syarak dengan ibarat daripada himpunan kesempurnaan kasih sayang, tunduk dan takut.

- Ibn Jarir mendefinisikan ibadah ialah, taat, tunduk, patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t.; mengakui dan meyakini bahawa Allah sahajalah yang layak menjadi tumpuan segala ketaatan, tunduk patuh, merendah diri, takut dan mengharap.

- Al-Alusi pula mendefinisikan ibadah ialah, tahap tertinggi daripada segala ketundukan dan kepatuhan yang tidak mungkin berlaku dari segi syarak dan akal mengerjakan ibadah selain-Nya.

Ibadah diasaskan kepada beberapa faktor:

- Ma’rifah kepada Allah dan iktikad keEsaannya.

- Taat kepada Allah dengan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang melalui Rasulullah s.a.w.

- Pemerhatian bahawa kesemuanya itu bagi melaksanakan kewajipan hak Allah seperti hadis Muaz yang bersama Rasulullah s.a.w. ditanya tentang hak Allah terhadap hamba dan hak hamba terhadap Allah.

Rahsia ibadah dan kesannya:
Terdapat banyak kelebihan ibadah, antaranya:

- Menghampirkan diri kepada Allah.

- Dengan beribadah, hati, roh dan jasad hamba menjadi sebati dalam ketaatan.

- Dengan beribadah dapat menukar pengabdian yang umum kepada yang khusus.

- Dengan beribadah hamba berada dalam pemeliharaan Tuhan.

- Mendapat kegembiraan daripada Allah.

- Mendapat keamanan daripada Allah.

- Dapat mengecapi kemanisan iman.

`Iyyaka nasta`in’- Oleh kerana hamba semuanya fakir dan berhajat kepada Allah Yang Maha Kaya, Kuasa dan Sempurna, justeru permintaan hendaklah diadukan kepada-Nya juga. Hadis Mu’az, Nabi bersabda : “Ya Mu`az, aku kasih kepadamu, aku wasiatkan supaya jangan kamu tinggalkan selepas solat doa ini, `Ya Allah tolonglah aku untuk mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu dan baik dalam beribadah kepada-Mu’.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Meminta doa dan pertolongan kepada Allah merupakan arahan Allah dan Rasul-Nya melalui nas-nas al-Quran dan hadis.

Hikmah didahulukan ibadah daripada meminta tolong ialah:

- Ibadah adalah hak Allah, sedangkan meminta tolong adalah permintaan mereka.

- Doa yang didahulukan dengan ibadah amat mustajab, seperti doa orang berbuka puasa ketika berbuka adalah mustajab kerana ia dilakukan selepas beribadah, iaitu ibadah puasa.

- Ibadah merupakan amanah yang besar yang dipikul oleh manusia, meminta tolong kepada Allah nescaya Allah menolongnya sehingga dapat ditunaikan hak ibadah dan dapat keluar daripada kezaliman dan kejahilan.

- Konsep ibadah merupakan asal matlamat ciptaan jin dan manusia, justeru perlaksanaannya dengan meminta doa dan meminta pertolongan kepada Allah hingga akhir hayat.

AYAT keenam (IHDINAS SIRATHAL MUSTAQIM). Maksudnya : Tunjukkilah kami jalan yang lurus. Ibnu al-Jauzi melalui tafsirnya, Zad al-Masir menyebut empat pendapat pada maksud ihdhina.

1. Thabit dan tetapkan kami sebagaimana pendapat Ali dan Ubay.

2. Tunjukkan kami.

3. Taufiqkan kami.

4. Ilhamkan kami.

Hidayah dalam al-Quran mengandungi beberapa makna :

- Hidayah umum bagi semua makhluk.

- Hidayah petunjuk dan mengetahui kebaikan.

- Hidayah taufiq, ilham dan masuk ke dalam hati.

Yang dimaksudkan hidayah di sini ialah yang ketiga.

Selesai memuji Allah amat sesuai meminta seperti firman Allah dalam hadis qudsi : Separuh untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku, dan hamba-Ku apa yang diminta.

Inilah keadaan yang paling sempurna selepas puji. Kemudian meminta hajat menjadi lebih mudah ditunaikannya seperti pendapat Ibn Kathir.

- Sirathal Mustaqim. Sirath dibaca dengan sad atau sin mengikut qiraat mutawatir. Dinamakan sirath kerana perjalanan mudah tanpa menelusuri kepayahan dan kesibukan.

Lafaz sirath menunjukkan syariat, hukum-hukum, nasihat dan peringatan, segala keterangan agama yang berkaitan dengan akhlak hamba yang zahir dan batin dalam kehidupan dunia beribadat untuk Tuhan mereka.

Ibn Jarir berkata : Ijmak ummah daripada ahli tafsir semuanya bahawa sirathal mustaqim ialah jalan yang terang yang tidak bengkang bengkok. Begitu bahasa semua orang Arab.

Kemudian ulama berselisih pada mentafsirkan sirath, iaitu jalan. Sekalipun kembali kepada satu sahaja iaitu mengikut bagi Allah dan Rasul, ada riwayat menyebut kitab Allah.

Di sini disenaraikan makna lain bagi sirath :

1. Mujahid mentafsirkannya dengan kebenaran.

2. Kitab Allah seperti riwayat Ali daripada Nabi s.a.w.

3. Agama Islam seperti pendapat Ibn Mas’ud, Ibn Abbas, al-Hasan, Abu al-Aliah dan lain-lain.

4. Jalan yang membawa petunjuk kepada agama Allah, seperti riwayat Abu Soleh daripada Ibn Abbas dan pendapat Mujahid.

5. Jalan ke syurga seperti yang dinaqalkan daripada Ibn Abbas.

Persoalannya kenapa orang Islam meminta hidayah, sedangkan mereka telah diberi hidayah?

Terdapat tiga jawapan di sini :

1. Maksudnya, tunjukkan kami sentiasa di atas sirathal mustaqim, dibuang perkataan sentiasa seperti pendapat Ibn al-Anbari.

2. Maksudnya, thabit dan tetapkan kami di atas petunjuk seperti percakapan orang Arab.

3. Maksudnya tambahkan untuk kami hidayah.

Hidayah merupakan kurniaan Allah yang paling besar untuk hamba-Nya. Dengan hidayah perjalanan hamba berubah daripada suasana yang penuh dengan maksiat kepada limpahan cahaya iman dan ketaatan, yang akhirnya membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.

Tanpa dinafikan hakikat hidayah daripada Allah tetapi permohonannya hendaklah diteruskan kerana arahan Allah dan Rasulnya s.a.w.

Sirathal-mustaqim ialah jalan yang dipilih Allah untuk dirinya dalam perlaksanaan segala takdir, dan pilihan untuk hamba-Nya daripada agama.

Sirathal mustaqim merupakan jalan Rasulullah s.a.w. dan para nabi dahulu, dan inilah jalan yang diiltizamkam oleh golongan yang diberikan nikmat Allah daripada kalangan nabi-nabi, siddiqin, syuhada dan orang-orang solihin.

Berjalan di atas sirathal mustaqim memerlukan kepada dua perkara asas :

1. Sentiasa istiqamah, thabit dan tetap dalam melakukan perkara fardu dan sunat serta menjauhi daripada yang haram dan larangan.

2. Keikhlasan yang benar dan tawajjuh kepada Allah Tuhan Rabbul `Alamin.

Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah kadhi Thaubaa bahawa Nabi s.a.w. bersabda, Istiqamahlah kamu dan jangan menghitung, dan ketahuilah sesungguhnya sebaik-baik amalanmu ialah solat. Dan tidak menjaga wuduk kecuali orang yang beriman.

Riwayat Imam Ahmad daripada Anas, sabda Rasulullah s.a.w., Tidak istiqamah iman seorang hamba sehingga istiqamah hatinya, dan tidak istiqamah hatinya sehingga istiqamah lidahnya.

Imam Muslim meriwayatkan hadis Sufian bin Abdillah al-Thaqafi, bertanya Nabi s.a.w. tentang Islam yang tidak pula ditanya kepada orang lain lagi, sabda Rasulullah s.a.w., Katakanlah, Aku beriman dengan Allah kemudian istiqamah.Justeru, gabungan daripada hidayah, iman dan istiqamah dalam kehidupan Muslim merupakan inti pati kejayaannya dalam mengikut sirathal mustaqim.

Ayat ketujuh (SIRATHAL LAZINA AN`AMTA `ALAIHIM GHAIRIL MAGHDHUBI `ALAIHIM WA LADDHAALIN)

Maksudnya : (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

-Sirathal lazina an`amta `alaihim. Selepas diminta hidayah sirathal mustaqim, diulangkan lagi maksudnya sebagai penguat dan tafsiran jalan yang diberikan nikmat oleh Allah.

Allah sendiri mentafsirkan nikmat kurniaan-Nya kepada golongan tertentu seperti maksud firman-Nya dalam surah an-Nisa’ ayat 69 dan 70 maksudnya :

Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahkan nikmat oleh Allah, iaitu para nabi, para siddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah kurnia daripada Allah, dan Allah cukup mengetahui.

Golongan yang mendapat nikmat Allah :

1. Para nabi dan rasul.

2. Para siddiqin.

3. Para syuhada.

4. Para solihin.

5. Para orang yang baik.

As-Syaukani berkata, diumumkan lafaz nikmat supaya dapat dimasukkan semua.

Ayat ini sebagai dalil bahawa sebesar-besar nikmat Allah ke atas hamba-Nya ialah nikmat hidayah dan taufiq kepada iman.

Tanpa dinafikan nikmat yang cukup banyak tidak mungkin dihitung seperti yang diketahui.
Lihat seterusnya..

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP