;

Monday, June 29, 2009

Hubungan Lelaki Perempuan


Pertemuan antara lelaki dan perempuan pada zatnya tidaklah haram. Sebaliknya ia merupakan perkara yang dituntut sekiranya niat daripada pertemuan itu ialah untuk bekerjasama dalam perkara-perkara yang baik.

Antaranya ialah untuk menuntut ilmu, bekerjasama dalam menjayakan program-program yang baik, jihad yang dituntut atau apa sahaja kerja yang memerlukan gembelengan tenaga daripada lelaki dan perempuan, sama ada ketika merancang ataupun di peringkat perlaksanaan.

Tetapi ini tidaklah bermakna bahawa semuanya itu memberi ruang kebebasan kepada kedua golongan itu untuk membelakangi batasan ataupun melupakan had yang telah ditentukan oleh syarak pada setiap
pertemuan yang berlaku di antara kedua belah pihak. Tiada siapapun boleh mendakwa bahawa mereka adalah malaikat yang terpelihara dan

tidak perlu dibimbangkan terhadap diri mereka. Mereka sebenarnya mahu menjadikan kita seperti masyarakat barat.

Kerjasama yang dijalin perlulah sentiasa berada di dalam lingkungan batasan yang telah digariskan Islam. Antaranya ialah:-

1. Kedua-dua belah pihak hendaklah menjaga pandangan, jangan melihat pada aurat, jangan memandang dengan penuh nafsu atau memandang dengan pandangan yang lama tanpa ada keperluan. Firman Allah:

Maksudnya: " Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada melihat yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada melihat yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…" (Surah An-Nuur:30,31)

2. Wanita hendaklah memakai pakaian yang digariskan oleh syarak, iaitu yang menutupi seluruh anggota badannya melainkan muka dan dua
tapak tangannya sahaja. Pakaiannya juga hendaklah tidak nipis dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan.

3. Memelihara adab sebagai seorang wanita Islam terutamanya ketika berurusan dengan lelaki:

a. Ketika bercakap: Pastikan ia jauh daripada sebarang nada yang menggoda atau memberahikan.

Firman Allah; Maksudnya: " Oleh itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasabercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan dalam hati orang yang ada penyakit (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan
kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." (Al-Ahzaab: 32)

b. Ketika berjalan: Berjalanlah dengan sopan dan penuh tertib.Sebagaiman firman Allah: Maksudnya: "… dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka…" (An-Nuur:31)

Dia hendaklah berjalan sebagaimana yang disifakan oleh Allah s.w.t:

Maksudnya:"Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu…"
(Al-Qasas:25)

c. Ketika melakukan gerakan: Elakkan daripada melakukan gerakan yang manja, seksi, menggoncang-goncangkan badan dan seumpamanya seperti yang disebut di dalam hadis sebagai al-mumailaat al-maa'ilaat (menggoncang-goncangkan). Perkara ini termasuk dalam kategori
mendedahkan aurat sebagaimana yang dilakukan oleh jahiliah dahulu dan jahiliah moden.

4. Menjauhkan daripada menggunakan sebarang perkara yang boleh menggoda seseorang serta membangkitkan ghairah nafsu syahwatnya
seperti wangi-wangian dan sebarang `make-up' (alat solek) yang berwarna-warni yang sepatutnya hanya digunakan di rumah sahaja, bukan untuk keluar rumah dan tidak juga ketika untuk bertemu dengan kaum lelaki.

5. Jauhkan diri daripada duduk bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan tanpa ada bersama muhrimnya. Banyak hadis-hadis yang sahih
melarang keras perbuatan tersebut dengan sabdanya yang bermaksud;"…kerana sesungguhnya pihak yang ketiga tidak lain dan tidak bukan adalah syaitan."

6. Pertemuan hendaklah pada perkara yang benar-benar perlu sahaja ataupun pada urusan yang memang menuntut kedua-duanya untuk hadir
bersama tanpa berlebih-lebih dan melampau. Dan yang paling penting, perkara ini hendaklah berlaku tanpa menjejaskan fitrah kewanitaannya atau menyebabkannya terdedah kepada kata-mengata atau menganggu tugasnya yang cukup mulia iaitu menjaga keluarga serta mendidik anak.

Dan Allah jualah penunjuk kepada jalan yang benar

Oleh : Dr Yusuf al-Qardawi, jilid 5 & 6, Fatwa Masa Kini

Wednesday, June 17, 2009

Ada Cinta Yang Kini Milik Orang

Salam buat pengunjung yang sedang menatapi post kali ini, aku nak cerita tentang kisah aku sewaktu di JAIPETRA kota Bharu dulu. Nak cerita panjang tapi mungkin jenuh nak baca.. biarlah aku cerita tentang SAHABAT baik aku nie.. Nama dia Fauzi Bin Satnih .. orang sabah.. dia nie dah TUA masa kami berkawan masa study tu .. umur dia dah jauh dari aku ... ketika aku masih awal 20an... aku selalu kata kat dia .. hang dok study ja bila nak MENIKAH .. cari la budak kolej nie ... dia relax ja.. hahahah .. kami saling cari la kut ada yang berkenan.. aku dengan dia mmg satu kos cume dia budak MINOR .. aku budak DOUBLE.. aku bawak dua DIP dia amik satu ja... yang sama dengan aku DIP PSIKOLOGI.. belajar lah kami sampai habis pengajian ... dalam pada itu dok mencari jugak la .. macam2 ragam .. almaklumlah kami nie.. bukan SMART ... sapa nak kalau kami offer pun .. jadi jenuh la dok adjust ... dipenghujung pengajian kami tu .. saya ada la 'berkenalan' dengan H.. masa tu digelar kumpulan yang ada kumpulan USRAH dengan budak K ... dia nie .. kira baik la .. berada dlm kumpulan K ... H nie.. course lain ... dia budak PP... junior pada aku ... dari sehari ke sehari aku bercerita dengan fauzi .. aku nak try adjust ... dia GELAK ja kat aku .. try la kalau dapat dia kata... aku teruskan la niat di hati .. kut 'melekat'. Dari kolej sampai kami praktikum aku dok try ... Sampai habis pengajian pun aku hanya 'bertepuk sebelah kaki' hahahah .... padan muka aku ... akhirnya aku mengalah la .. kerana H tak bagi 'green light' pun.... Aku balik kg . sementara H masih di JAIPETRA ... meneruskan pengajiannya.. aku dah keje .. tapi still nak amik tau ttg H ... tup..tup.. H dan sorang lagi kawannya buat praktikal dkt dengan tempat aku kat kg...rajin la aku jumpa .. tp 'cinta' dah tak dak lagi kerana aku dah memberikannya pada insan lain. Dari pertemuan itu aku .. saling bertanya khabar sekadar kawan dengan H ... ada ahli keluarga aku yang kenal dengan H nie... namun aku dah 'mengalah' dulu ... jadi tiada lagi cinta untuk H ... namun H ttp di hati sbg antara IMPIAN yang bukan milik aku. Nak cerita ttg H nie.. panjang lagi .. cukup la sekadar mengenang cerita dan impian lalu .. yang kini sekadar imbauan kosong.

Si Fauzi pun dah jadi GURU sekarang kat sebuah sekolah menengah di Sabah, aku jugak dah jadi guru di Kuala Kurau nie.. H pula dah keje di syarikat swasta ... jadi haluan yang kita pilih ini atas ketentuanNya yang maha kuasa. Apa juga CINTA yang wujud sebelum ini .. dah jadi milik orang lain. Cinta Sahabat juga yang mempertemukan kita kembali.

Jom layan gambar Fauzi nie.. dah bahagia dengan BUAH HATI dia sendiri .. ingat lagi ka fauzi kat aku nie..




Tak lama lagi H pun akan menamatkan zaman bujangnya bersama pemuda pilihan hatinya. SELAMAT BERBAHAGIA BUAT H dan PILIHAN HATINYA SAIFUL BAHRIN.
Gambar H akan diupload kemudian.

Monday, June 15, 2009

Kahwin ... Ini Resepi Untuk Yang Nak Kahwin ...




Bahan-bahannya:

2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama kita.
1 kg rasa cinta dan kasih yang sentiasa membara
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggung jawab
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda
2 cawan pati kemanusiaan
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan
1 cawan rasa kepuasan
1 cawan budi bahasa
1 cawan perasaan bertimbang rasa
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan kedua belah pihak
2 gelas ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1 sukatan peruntukan kewangan yang mencukupi
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya
4 camca penuh pengucapan maafkan daku
(ini juga sangat penting untuk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit campurtangan mentua
Curahkan kerjasama yang perlu dan kesediaan kerja berpasangan dan perkongsian.

Cara membuat atau mengamalkannya:
Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik , sikap marah dan sakit hati.
Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan dan kejujuran.
Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing. (Andai ditakdirkan tiada, anggaplah ia bukan suatu kekurangan)

PERINGATAN
Jangan sekali-kali dihidangkan dengan sikap dingin dan lidah yang berbisa. Makanan kalau sesedap manapun jika dihidangkan dengan sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dengan senyuman manis penuh kasih sayang.
Sekali sekala bawalah hidangan ini untuk dinikmati bersama di tempat peranginan ketika berbulan madu dahulu agar kemanisannya tetap kekal.
Seperti juga masakan kita mesti dimasukkan serbuk perasa. Serbuk perasa Resipi Perkahwinan Bahagia ialah keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita untuk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besarpun pancaroba yang melanda. Bahan-bahan ini sama pentingnya bagi mewujudkan keharmonian sesebuah rumahtangga.
Sama-samalah kita amalkan resipi ini sehingga menjadi kebiasaan, tabiat dan sikap kita ke arah mewujudkan perkahwinan bahagia seterusnya sebuah keluarga yang bahagia. “Kebahagiaan rumahtangga adalah merupakan anak kunci segala kejayaan hidup”.

Wednesday, June 3, 2009

Ragam Pelatih SABK 3D

Aku titipkan entri ini untuk tatapan rakan-rakan yang ada dan sudi menjengah laman ini. Inilah rakan-rakan SABK yang saban masa cuti ajer.. ada la kat IPSAH nie... Bermacam telatah yang menarik aku nak cerita kat cni .. tapi sebelum tu kita layan rakan sorang nie...


Kami mendaftar masuk untuk sesi interaksi kali ini pada 30 Mei yang lalu, ketika itu semua baru rasa lega dah habis tempoh PRAKTIKUM. seram sejuk masa praktikum pun kebah dah... macam2 la cerita timbul dr pengalaman praktikum yang lepas, ada yang puas hati ada yang kena buat lagi ...mana RPH yang tak dan nak siap tu kena pekemas la bagi siap... tensen usah kata la.. dengan banyak keje kat sekolah ditambah dengan praktikum cukup mencabar kami yang ada nie... apa pun dah selamat mengharunginya.
Jom layan telatah mereka nie..
Mai maktab nie.. macam besa la.. tengok jadual pun tak dak celah sampai ke petang.. tu ada yang gatai nak adjust bawak pi malam.. apa lagi jadi penat la.. sampai petang pun dah tak larat .. mai kelas malam langsung tak masuk apa... besa la tu ... semuanya jadi asam garam berkursus. Apa yang menariknya macam2 kejadian yang agak unik berlaku pada kali ini, pertama si wan mukhlis tu beli kereta baru . senyap ja.. tak cerita .. rupanya dtg cni kereta baru keluar sehari sebelumnya. Apa lagi kami yang dok asrama buat 'teksi' laketa dier.. kesian tengok .. MAKAN HATI la di a.. tapi apa kira .. hahah hati mau enjoy ...
Tak kurang ragam di asrama nie.. kali nie group yang dok asrama yang lelakinya ditempatkan di tingkat bawah blok G. tempat ok, tandas nak kata macam mana ha.. kira tak OK la.. bocor kat atas kepala.. air apa jangan tanya la... faham sendiri la.. macam tu la.. kena terima dengan aa yang ada...
di kelas plak .. kali nie.. kami kembali ke DM .. apa dia Dm tu .. kelas kat Dewan Makan.. tempat masa semester 1 dulu. Tapi kali nie.. dah ada perubahan yang ketara .. bersih dan kemas kelas tu .. walaupun nun jauh di hujung kawasan IPSAH nie.. tapi kira ok la.... cume peralatan dalaman jer yang kurang sket.. mungkin masa akan datang depa pebaik la nooooo.....
dr segi makan palak .. pengusaha kantin kali nie... agk kurang 'mesra alam' .. makan pun rasa tak sedap.. harga boleh laaa.a.... tak la mahal ....
Ok lah .. nak citer banyak tak pandai sangat .. nak kutuk orang banyak la.. hahah . jom layan gambar kami di IPSAH untuk sesi interaksi Mei/Jun 2009.
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.
Maaf la.. jika ada yang di'promosi'kan kat ruangan ini.
JOM LAYAN FOTO MENARIK RAKAN KITA INI.....




















Tuesday, June 2, 2009

Kini Ku Di IPSAH



Cerita baru yang aku lalui ini bermula pada sesi nov 2007. Di sinilah aku datang mendaftarkan diri bersama kumpulan yang sama terdiri dari guru yang bertugas di SABK. Di sini aku kembali ke alam pendidikan yang mesti di lalui sebagai seorang bakal guru. Tapi yang istimewanya aku ini dah lama jadi guru baru kini diberi peluang untuk menerima pendidikan yang menjadi lesen utama dalam bidang pendidikan. Ilmu yang bakal ditimba di sini adalah ilmu keguruan atau secara mudahnya ilmu sebagai seorang guru, semua orang boleh mengatakan dirinya boleh menjadi guru.. tapi adakah kita mampu menjadi guru yang baik, guru yang mempu melahirkan insan berguna di masa hadapan? adakah kita berupaya meletakkan diri kita sebagi guru dgn hanya mendabik dada mengatakan ilmu sudah mencukupi? tentunya tidak ! .. guru mesti melalui proses pendidikan dan pengalaman yang panjang untuk meletakkan dirinya sebagai guru yang berjaya.

Dengan sedikit semangat untuk menerima pendidikan sebagi guru di sini aku teruskan langkah untuk mendaftar dan bersama rakan dari sekolah-sekolah lain menuntut ilmu keguruan di sini.


Ketika aku mendaftar ke sini bersama teman yang sekelas ... penuh rasa kebimbangan dan keraguan.. bimbang dengan keupayaan yang ada untuk mengahdapi tahun-tahun mendatang dan ragu dengan masa yang ada mampukah aku mengharungi tempoh pengajian yang agak panjang ini iaitu sehingga 2011. Dari semester ke semester .. dari peperiksaan demi peperiksaan, dr pembentangan ke pembentangan dan dari tugasan ke tugasan yang lain .. kini kami telah berada di semester yang ke 3. Berbagai pengalaman baru yang diperolehi, begitu MANISnya cerita aku di IPSAH ini. Ingin rasanya aku ceritakan ... tapi aku titipkan post ini untuk kita sama mengikuti cerita dr rakan-rakan yang mengunjungi blog ini.

Monday, June 1, 2009

Wanita Solehah


Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu”.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”. Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, “Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram”. (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda”.



“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)"

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP