;

Wednesday, March 29, 2017

Apa itu Israiliyyat ?

Pengenalan

Al-Quran dan As-Sunnah merupakan sumber terpenting umat Islam. Kedua-dua sumber ini mesti diletakkan di hadapan dan dijadikan rujukan kerana al-Quran adalah dari Allah SWT, manakala as-Sunnah Sohihah pula bersandarkan kepada Nabi Muhammad SAW yang dibimbing wahyu Allah. Kefahaman yang tepat dan sohih tentang  al-Quran dapat diperolehi menerusi Manhaj Tafsir yang digariskan ulamak berdasarkan ciri-ciri dan syarat-syarat yang ditentukan. Antaranya, meletakkan Tafsir Bil-Ma’tsur (Tafsir berdasarkan hadis dan riwayat) sebagai asas Tafsir, disusuli dengan Tafsir Bil ra’yi yang selari dengan kehendak syara’.

Penguasaan dalam bidang Usul Hadis dan pengajian hadis amat mustahak bagi memahami Tafsir Bil-Ma’sur. Tanpa pengetahuan mendalam dalam bidang hadis amat sukar bagi seseorang itu memahami Tafsir Bil-Ma’sur. Israiliyyat adalah isu yang berkait rapat dengan Tafsir Bil Ma’sur kerana ia berkembang melalui periwayatan. Kewujudannya di celah-celah tafsiran al-Quran boleh menimbulkan bahaya tanpa disedari khususnya Israiliyyat yang bersifat merosakkan aqidah seseorang. Dalam banyak hal ia boleh menghalang seseorang dari memahami dan menghayati al-Quran.

Isu Israiliyyat ini perlu ditangani menerusi pemahaman yang betul tentang zat Israiliyyat itu sendiri, pembahagiannya serta cara atau pun kaedah bagi mengenal pasti atau mengenal Israiliyyat. Kupasan lebih terperinci akan diperbincangkan bagi memehami bagaiman munculnya Israiliyyat ini.

Pengertian Israiliyyat
إسرائيليات – kata jama' kepada kalimah إسرائيلية yang dinisbahkan kepada Bani Israel. Manakala yang dimaksudkan dengan Israel ialah Nabi Ya'kub a.s., dan Bani Israel ialah anak-anak serta keturunan baginda walaupun sehingga zaman Nabi Muhammad saw.  Dan kalimah Israiliyah berasal dari perkataan atau bahasa Ibraniyah, dan ia adalah murakab dari kata “isra” yang bererti ‘abdun atau hamba dan “il” yang bermakna Allah. Jadi perkataan israil membawa maksud Abdullah atau hamba Allah. Bani Israil atau keturunan Israil ialah keturunan Nabi Yaakob a.s. yang berkembang hingga kepada Nabi Musa a.s. dan seterusnya nabi-nabi yang datang silih berganti, sehinggalah keturunannya yang terakhir iaitu Nabi Isa a.s.
Firman Allah S.W.T dalam Surah Maryam ayat 58 ;
y7Í´¯»s9'ré& z`ƒÏ%©!$# zNyè÷Rr& ª!$# NÍköŽn=tã z`ÏiB z`¿ÍhŠÎ;¨Y9$# `ÏB Ïp­ƒÍhèŒ tPyŠ#uä ô`£JÏBur $oYù=yJym yìtB 8yqçR `ÏBur Ïp­ƒÍhèŒ tLìÏdºtö/Î) Ÿ@ƒÏäÂuŽó Î)ur ô`£JÏBur $uZ÷ƒyyd !$oYøu;tGô_$#ur 4 #sŒÎ) 4n?÷Gè? ÷LÏiøn=tæ àM»tƒ#uä Ç`»uH÷q§9$# (#ryz #Y£Úß $|Å3ç/ur ) ÇÎÑÈ  
Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang Yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi Yang telah dikurniakan Allah nikmat Yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang Yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan menangis.
Keturunan Nabi Yaakob a.s. atau Bani Israil sejak beberapa zaman yang lalu dikenali dengan panggilan Yahudi. Keturunan yang beriman kepada Nabi Isa a.s. pula dikenali dengan nama Nasara atau Nasrany. Manakala yang beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w. pula telah menjadi sebahagian daripada umat Islam dan dikenali dengan Muslim ahl al-Kitab (Abu Syaybah 1408: 12).

Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa Israiliyyat membawa beberapa maksud.

·         Cerita-cerita terdahulu dan riwayat yang banyak bersumberkan daripada golongan Yahudi berbanding Nasrani.
•     Riwayat yang disampaikan oleh perempuan Yahudi atau Nasrani. 
•     Perkara yang masuk ke dalam kitab karangan ulama' silam terutamanya dalam bidang tafsir yang mempunyai susur-galur riwayat samada daripada Yahudi atau Nasrani. Adapun riwayat yang tiada asal dan tergantung maka ia dikira sebagai khurafat, atau kisah-kisah palsu.
Namun, berdasarkan pengertian ini kita melihat riwayat Israiliyyat banyak mengambil sumber daripada Yahudi disebabkan ramainya bilangan mereka di Tanah Arab berbanding masyarakat Nasrani. Kemudian setelah beberapa orang dari kalangan mereka memeluk agama Islam, dan meriwayatkan kisah-kisah yang terdapat dalam agama lama mereka kepada kaum muslimin.

Perkembangan ringkas Israiliyyat.
Menurut sejarah, orang-orang Yahudi telah pun menetap bersama dengan orang-orang Arab sejak zaman sebelum Islam. Mereka memiliki ilmu pengetahuan yang diambil dari ajaran Kitab Taurat dan buku-buku ugama  mereka yang lain. Orang-orang Arab sering kali bertanya orang-orang Yahudi tentang perkara-perkara yang berhubung sejarah lama berkenaan tokoh, peristiwa dan cerita tertentu.

Sebahagian sahabat nabi seperti Abu Hurairah dan Abu ‘Abbas r.a ada bertanya ahli kitab Yahudi yang memeluk Islam tentang beberapa perincian cerita terdahulu, tetapi pertanyaan mereka adalah terhad kepada aspek-aspek tertentu, tidak termasuk persoalan akidah. Mereka melakukan demikian kerana mereka faham keharusan yang diberikan nabi SAW dalam meriwayatkan cerita Israiliyyat.

Di zaman tabi’in, proses periwayatan Israiliyyat menjadi lebih aktif disebabkan kecenderungan masyarakat mendengar  cerita-cerita yang agak luar biasa. Apabila datangnya tabi’ tabi’iin periwayatan menjadi lebih serius dengan munculnya golongan  “ القصّاص”(al-Qassas) iaitu penyampai cerita yang tidak bertanggungjawab.

Era pembukuan karya Islam kemudiannya menyaksikan  bagaimana tafsir al-Quran termuat dicelah-celah tajuk kitab-kitab hadis sebelum ia terpisah dan dapat menentukan  kedudukannya sendiri. Pada peringkat awalnya, tafsir al-Quran dipersembahkan dengan lengkap bersanad kemudiannya sanad-sanad yang menghiasi matan-matan riwayat dibuang dengan tujuan untuk meringkaskan dan meringankan saiz kitab-kitab tafsir yang penuh sarat dengan muatan rangkaian perawi itu.

Justeru terbuangnya sanad, maka riwayat-riwayat tafsir mula menempuh  keadaan yang amat sukar dan bermasaalah  di mana tidak dapat  dipastikan lagi  riwayat yang boleh diterima dan riwayat yang tidak boleh diterima. Dari timbunan riwayat inilah terdapat Israiliyyaat yang akhirnya melengkapi sebahagian besar tafsiran ayat-ayat al-Quran. Ini berlaku bukan sahaja kepada kitab-kitab Tafsir Bil Ma’tsur bahkan menular kepada kitab-kitab Tafsir Birra’yi dengan kadar yang berbeza.

Cara serapan Israiliyyat dalam ilmu tafsir
1.      Mengadakan cerita-cerita sejarah yang palsu tanpa menyatakan sumber yang jelas dan mengaitkan dengan cerita yang benar.
2.      Membentangkan fakta yang benar lalu ditokok tambah dengan yang palsu atau dikurangkan fakta-fakta sehingga mencacatkan dan menyimpang daripada maksud asal.
3.      Mentafsir dan menginterpretasi peristiwa-peristiwa sejarah tanpa menggunakan kaedah atau metodologi pentafsiran Islam.

4.      Menonjolkan aspek-aspek kelemahan dan kesilapan.

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP