UMAR AL-KHATTAB R.A berkata, terdapat 9 jenis Syaitan yang me...rupakan
sekutu Iblis Laknatullah dengan tugas2 khas mereka untuk merosakkan
iman dan amal manusia serta cuba untuk menyesatkan kita agar menjadi
teman mereka di dalam Neraka…na’uzubillah!!
1. ZALITUUN
Duduk di pasar2 dan kedai2 supaya manusia hilang sifat jimat cermat dan
menjadi boros. Menggoda manusia supaya berbelanja lebih, membazir dan
membeli yang tidak perlu serta kedekut pula untuk bersedekah..
2. WATHIIN
Pergi kepada orang yang mendapat musibah dan yang sedang berdukacita
supaya bersangka buruk terhadap Allah dan berputus asa dari rahmat Allah
SWT..
3. A’AWAN
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak
mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan, kekayaan dan kemewahan
sehingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para
‘alim ulama..
4. HAFFAF
Berkawan dengan kaki botol (pemabuk).
Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat dan pesta2
yg melalaikan (contoh: konsert2, disko, kelab malam & tempat yang
ada wanita penghibur dan minuman keras)..
5. MURRAH
Merosakkan
dan melalaikan orang yang sukakan muzik, nyanyian dan tarian sehingga
lupa untuk mengingati Allah. Termasuklah komposer, penulis lirik dan
artis (penyanyi, pemuzik dan penari dll). Mereka ini diusahakan oleh
syaitan2 ini supaya tenggelam dalam keseronokan, glamour, kemegahan,
kemewahan hasil rezeki yang tidak halal dan lain-lain..
6. MASUUD
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan kata2 tidak elok, lucah
dan cabul, menipu, fitnah, gosip, kejian (mengutuk), umpatan dan apa
sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut..
7. DAASIM
Duduk
di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
syaitan ini berusaha agar berlaku suasana tidak aman dan keruntuhan
rumah tangga, anak2 bergaduh, suami isteri berkelahi, suami bertindak
ganas dgn ahli keluarganya, isteri menuntut cerai, suami isteri jadi
bercerai berai, anak-anak didera dan terabai serta pelbagai bentuk
kerosakan di dalam institusi keluarga..
8. WALAHAAN
Menimbulkan
rasa was-was dan tidak yakin dalam diri manusia khususnya ketika
berwuduk, mandi junub, solat dan lain2 ibadah sehingga menjejaskan amal
soleh yang kita lakukan..
9. LAKHUUS
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari..
Syaitan yang manakah sering mengganggu anda? Lihat dan perhatikan pada
diri anda sendiri..Adakah syaitan WALAHAAN menyebabkan anda was-was
untuk menyebarkan maklumat ini ? anda sendiri jawab..
0 comments:
Post a Comment