;

Wednesday, May 9, 2012

Kes Gangguan Iblis dan Jin.. Apa tandanya...


TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH

Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
...
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

SUMBER: Misteri & keajaiban alam

Jenis Syaitan

UMAR AL-KHATTAB R.A berkata, terdapat 9 jenis Syaitan yang me...rupakan sekutu Iblis Laknatullah dengan tugas2 khas mereka untuk merosakkan iman dan amal manusia serta cuba untuk menyesatkan kita agar menjadi teman mereka di dalam Neraka…na’uzubillah!!

1. ZALITUUN
Duduk di pasar2 dan kedai2 supaya manusia hilang sifat jimat cermat dan menjadi boros. Menggoda manusia supaya berbelanja lebih, membazir dan membeli yang tidak perlu serta kedekut pula untuk bersedekah..
2. WATHIIN
Pergi kepada orang yang mendapat musibah dan yang sedang berdukacita supaya bersangka buruk terhadap Allah dan berputus asa dari rahmat Allah SWT..
3. A’AWAN
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan, kekayaan dan kemewahan sehingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ‘alim ulama..
4. HAFFAF
Berkawan dengan kaki botol (pemabuk). Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat dan pesta2 yg melalaikan (contoh: konsert2, disko, kelab malam & tempat yang ada wanita penghibur dan minuman keras)..
5. MURRAH
Merosakkan dan melalaikan orang yang sukakan muzik, nyanyian dan tarian sehingga lupa untuk mengingati Allah. Termasuklah komposer, penulis lirik dan artis (penyanyi, pemuzik dan penari dll). Mereka ini diusahakan oleh syaitan2 ini supaya tenggelam dalam keseronokan, glamour, kemegahan, kemewahan hasil rezeki yang tidak halal dan lain-lain..
6. MASUUD
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan kata2 tidak elok, lucah dan cabul, menipu, fitnah, gosip, kejian (mengutuk), umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut..
7. DAASIM
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, syaitan ini berusaha agar berlaku suasana tidak aman dan keruntuhan rumah tangga, anak2 bergaduh, suami isteri berkelahi, suami bertindak ganas dgn ahli keluarganya, isteri menuntut cerai, suami isteri jadi bercerai berai, anak-anak didera dan terabai serta pelbagai bentuk kerosakan di dalam institusi keluarga..
8. WALAHAAN
Menimbulkan rasa was-was dan tidak yakin dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk, mandi junub, solat dan lain2 ibadah sehingga menjejaskan amal soleh yang kita lakukan..
9. LAKHUUS
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari..

Syaitan yang manakah sering mengganggu anda? Lihat dan perhatikan pada diri anda sendiri..Adakah syaitan WALAHAAN menyebabkan anda was-was untuk menyebarkan maklumat ini ? anda sendiri jawab..

Wednesday, May 2, 2012

Majlis Konvokesyen ke 31 IPG KSAH Terima Kasih warga pensyarah

Pada 30 April yang lalu termetrai lah hari bersejarah buat team kami KDPM SABK Nov 2007 telah menamatkan pengajian bagi memperolehi Diploma Pendidikan. Hampir 3 tahun 6 bulan kami bersama menimba ilmu dan mencipta pengalaman baru. Alhamdulilah dengan usaha dan bantuan pensyarah yang tidak jemu memberi pendidikan kepada aku akhirnya aku dan rakan-rakan yang 'tahan daulat' berjaya menamatkan pengajian.
Terima kasih buat semua tenaga pengajar (pensyarah) yang saling berkongsi pengalaman dengan aku dan rakan-rakan... pengalaman yang diberikan kami cuba terapkan di tempat bertugas masing-masing.

Kepada pelajar baru yang mula menimba ilmu perguruan .. tabahkan hati .. teruskan menimba ilmu .. alam pekerjaan terlebih mencabar... sahutlah cabaran pendidikan di era baru ...

Ibu dan isteri turut sama mengiringi
Haru biru dgn kump nie.. 
Bergambar dgn anak-anak
Meriah betul bila konvo dirai bersama anak-anak

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP