;

Monday, January 25, 2010

My Besday.. Hari nie..

Hari nie.. 25hb .. DOB aku .. dah 29 tahun aku hidup di dunia ini, dah banyak kemudahan dankesukaran aku tempuh.. namun masih banyak yang menanti dihadapan untuk aku hadapi. Sepanjang 29 tahun aku hidup ini, banyak kenangan manis yang aku masih ingat sampai hari ini, ketika zaman sekolah rendah dan menengah masih segar diingatan segala pengalaman pada masa itu. Biarlah ianya jadi memori aku, akan aku abadikan sebagai sebahagian kehidupan yang banyak member pengalaman.
Oklah .. apa yang 'best' di hari tua aku nie.. macam biasala.. sibuk dengan kerja .. petang tadi pun masih ada mesyuarat persiapan sambutan Hari Anugerah, mengemaskini data pun belum selesai lagi .. masih tertangguh ... itu lah aku .. sibuk dengan kerja jer.. kekadang tu jarang dapat bawa keluarga pi jalan-jalan. Apa nak buat banyak tanggungjawab.. di tempat kerja... rajin sangat nak buat ... padan muka aku la.
Arr .. hari nie.. aku banyak terima ucapan hari lahir .. terutama di FB .. thanx semua .. ucapan pertama tentunya datang dari 'org rumah' aku ler.. thaks sayang .. abang juga sayangkan awak... ceewahh .. itulah ucapan aku kat bini aku nie.. manjanyer dier.. yangbuat aku sayang sangat tu .. heheheh ..
Terima kasih kerana sedia hidup bersama aku nie.. dan untuk anak abah yang baru .. nie.. semoga jadi anak yang baik

Sunday, January 17, 2010

Majlis cukur jambul dan aqiqah

Salam buat pengunjung .. pada hari Ahad yang lepas 10 Jan 2010. Telah diadakan majlis cukur jambul bagi anak saya yang kedua Muhammad Nizar. Kali nie.. majlis untuk dia agak grand .. tok wan dia tempahkan seekor lembu untuk buat aqiqah terus bersama kakak die Nur Rifqina. Berlansung majlis dengan alunan barzanji dan marhaban dari pasukan marhaban masjid Kuala Kurau. Kali nei.. meriah dengan jemputan yang datang hampir 300 orang. Jom layan foto majlis tersebut ...

Tok Wan dier la .. yg sembelihkan lembu tu ...hari masih gelap tapi dah ramai yang datang nak membantu .. menyembelih

Semangat saling membantu .. membuatkan majlis diurus lancar ...

Kelihatan pasukan marhaban dari Masjid Kuala Kurau .. yg menjadi tetamu jemputan

Muhammad Nizar dengan ibunya .. turut kelihatan baby org kampung yang turut serta majlis keliling marhaban.

Muhammad Nizar bersama opah sebelah ibunya....

Yang akak .. pun sibuk menolong ...

terima kasih semua yang hadir dan yang membantu ...

Wednesday, January 13, 2010

Solatkah kita?

zailanie telah menulis/mengirim di Portal PPD Kerian ...

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." "

Tuesday, January 12, 2010

Kahwin .. apa yang kamu faham !

26 Muharram 1431H
Ahmad baei jaafar

Pasangan yang hendak berkahwin harus mengetahui perkara yang dipandang remeh, tetapi amat besar maknanya. Perkara di bawah adalah berdasarkan pengalaman bagi membantu membina rumah tangga bahagia.

1. Tujuan berkahwin, apa yang kamu niatkan?

- Bagi lelaki, untuk mendapatkan sesuatu yang tidak boleh diperoleh di luar perkahwinan.

- Kasih sayang dan belaian manja dari seorang perempuan.

- Bagi wanita, untuk mendapat perlindungan dari seorang yang bergelar lelaki atau suami.

2. Apakah kewajipan suami?

- Memberi nafkah – makan – pakaian – tempat tinggal

- Mendidik isteri – sejak awal perkahwinan.

3. Apakah hak isteri?

- Taat suami kecuali perkara yang bertentangan dengan syarak

- Hormati suami dan keluarga suami.

4. Apakah isteri wajib masak dan membasuh?

Pada dasarnya bukan kewajipan isteri tetapi kalau suami minta masak atau membasuh dia wajib taat.

Kalaulah suami tidak suruh masak dan tidak suruh membasuh, dia seharusnya memasak kerana menghormati suami yang baru balik kerja. Dia juga seharusnya membasuh baju suami kerana menghormati suami yang pakaiannya kotor.

Sebenarnya isteri yang baik dia tidak mempertikaikan tentang urusan basuh dan masak itu kerana kedua-dua kerja itu adalah fitrah bagi seorang wanita.

5. Apakah persiapan awal suami isteri sebelum dan selepas kahwin?

- Kuatkan iman, taqwa dan ilmu agama

- Mengenali hati budi pasangan

- Mengetahui kesukaan dan kebencian pasangan

- Hindari kebencian pasangan

Formula menyelesaikan masalah rumah tangga

Masalah & Penyelesaian

1 Bila banyak urusan tidak menjadi, walaupun sudah diusahakan masih gagal.

Nilai hubungan kita dengan Allah, solat dan ibadah lain mungkin tidak diterima Allah.

2 Suami isteri mula renggang, suka bergaduh

Nilai semula solat suami dan solat isteri mungkin ada yang cuai atau tidak melakukan solat.

3 Suami isteri dilihat tidak mesra dengan anak-anak.

Lihatlah, mungkin suami dan isteri tidak mesra di atas katil.

4 Isteri rasa tak senang hati terhadap suami

Lihatlah mungkin suami buat dosa di luar rumah, buat maksiat. Perlulah bertaubat segera.

5 Suami rasa kurang selesa dengan isteri

Lihatlah mungkin isteri melakukan dosa di luar rumah. Bertaubatlah segera.

6 Bila anak tidak taat kepada ibu bapa

Lihatlah mungkin suami isteri ada masalah yang tidak diselesaikan, apatah lagi dosa dengan Allah.

7 Bila anak buat dosa di luar rumah

Ibu bapa/suami isteri tidak mendidik anak cara yang betul.

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP