;

Sunday, May 31, 2009

Cerita Tentang Monyet


Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis.Apa yangsaya ingin ceritakan pun hanyalah tetang monyet,hai wan yang sering jadibahan sendaan kita, bukannya tentang wan g, saham, barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita tentang itu.Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumahseorang saudara.Se wak tu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala Pilah,nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyetmundar-mandir disisi jalan yang sibuk.
Ia seperti terburu-buru untuk melintas.Saya terus memandu dan se wak tu kereta semakin hampir,saya terkejut keranaada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggarsalah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek danmemperlahankan kereta.Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet ituterus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinyaterketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnyayang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembulsesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akanmati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nya wan yamelayang sebelum sempat melihat wajah ibu.Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Sayanampak ka wan an monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibutadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir sajadilanggar kenderaan yang lalu-lalang.
Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekormonyet.Ia hanyamonyet. Hai wan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf denganmanusiawi.Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkansurat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telahmengingatkan sayakepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajakoleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Sayabukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, sayaterima ajakan bapa saudara saya tadi.Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi,tapi tiada seekor hai wan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk , napuh, rusa,ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu,seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi . Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik,"Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok adahabuan". Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kamiterdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami.Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari seka wan monyet yangsedang memakan buah-buah hutan.
Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan hai wan itu.Dibibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benarmaksudnya. Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?"Ha'a. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya,nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik.Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supayamembatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkanniatnya.Tidakakan saya lupa kata-kata pak cik petang itu,"daripada balik tangan kosong? "lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ? DAMMM!!! Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting patahserta jerit pekik hai wan berkenaan. BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya danpak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat.Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan,tercampaktidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah.Ia cuba bangun. Dengan besusah payah sambil tangannya mencapaiakar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yangmasih berdarah.Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambilberguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh,bangun mendapatkan ibunya.Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan.
Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuhdan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakalaibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahubahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidakmampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memelukanaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akanpergi.Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuapmulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kaukepanasan.Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memelukerat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersamaanaknya.Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kamidengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnyamanusia.Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak? Salahkah akubebas kesana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet ituberlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya.
Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihatsi ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahantubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik taditidak dapat ditanggung lagi. Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikandiri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, sianak tadi menyusu semula.Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik,dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripadatumpah ke pipi.Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncangtubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betulkesal dengan apa yang berlaku.Susana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawapulang. Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunyayang telah mati. Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik.
Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami keranamembunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya hai wan yanghodoh,tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak,rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia??Mana hilangnya akal waras kami?Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya.Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyikmenjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam,keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati. Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudahsaya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawahai wan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalahsatu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasihsayang ibu.
" Life can give u a hundred reasons to cry, But u can give life a thousand reasons to smile ."

0 comments:

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP