Apa itu Israiliyyat ?
Pengenalan
Al-Quran dan As-Sunnah merupakan sumber terpenting umat Islam. Kedua-dua
sumber ini mesti diletakkan di hadapan dan dijadikan rujukan kerana al-Quran
adalah dari Allah SWT, manakala as-Sunnah Sohihah pula bersandarkan kepada Nabi
Muhammad SAW yang dibimbing wahyu Allah. Kefahaman yang tepat dan sohih
tentang al-Quran dapat diperolehi menerusi Manhaj Tafsir yang digariskan
ulamak berdasarkan ciri-ciri dan syarat-syarat yang ditentukan. Antaranya,
meletakkan Tafsir Bil-Ma’tsur (Tafsir berdasarkan hadis dan riwayat) sebagai
asas Tafsir, disusuli dengan Tafsir Bil ra’yi yang selari dengan kehendak
syara’.
Penguasaan dalam bidang Usul Hadis dan pengajian hadis amat mustahak
bagi memahami Tafsir Bil-Ma’sur. Tanpa pengetahuan mendalam dalam bidang hadis
amat sukar bagi seseorang itu memahami Tafsir Bil-Ma’sur. Israiliyyat adalah
isu yang berkait rapat dengan Tafsir Bil Ma’sur kerana ia berkembang melalui
periwayatan. Kewujudannya di celah-celah tafsiran al-Quran boleh menimbulkan
bahaya tanpa disedari khususnya Israiliyyat yang bersifat merosakkan aqidah
seseorang. Dalam banyak hal ia boleh menghalang seseorang dari memahami dan
menghayati al-Quran.
Isu Israiliyyat ini perlu ditangani menerusi pemahaman yang betul
tentang zat Israiliyyat itu sendiri, pembahagiannya serta cara atau pun kaedah
bagi mengenal pasti atau mengenal Israiliyyat. Kupasan lebih terperinci akan
diperbincangkan bagi memehami bagaiman munculnya Israiliyyat ini.
Pengertian
Israiliyyat
إسرائيليات
– kata jama' kepada kalimah إسرائيلية yang dinisbahkan
kepada Bani Israel. Manakala yang dimaksudkan dengan Israel ialah Nabi Ya'kub
a.s., dan Bani Israel ialah anak-anak serta keturunan baginda walaupun sehingga
zaman Nabi Muhammad saw. Dan kalimah Israiliyah berasal dari perkataan atau bahasa
Ibraniyah, dan ia adalah murakab dari kata “isra” yang bererti ‘abdun atau
hamba dan “il” yang bermakna Allah. Jadi perkataan israil membawa maksud Abdullah
atau hamba Allah. Bani Israil atau keturunan Israil ialah keturunan Nabi
Yaakob a.s. yang berkembang hingga kepada Nabi Musa a.s. dan seterusnya
nabi-nabi yang datang silih berganti, sehinggalah keturunannya yang terakhir
iaitu Nabi Isa a.s.
Firman Allah S.W.T dalam Surah Maryam ayat 58 ;
y7Í´¯»s9'ré& z`Ï%©!$# zNyè÷Rr& ª!$# NÍkön=tã z`ÏiB z`¿ÍhÎ;¨Y9$# `ÏB ÏpÍhè tPy#uä ô`£JÏBur $oYù=yJym yìtB 8yqçR `ÏBur ÏpÍhè tLìÏdºtö/Î) @ÏäÂuó Î)ur ô`£JÏBur $uZ÷yyd !$oYøu;tGô_$#ur 4 #sÎ) 4n?÷Gè? ÷LÏiøn=tæ àM»t#uä Ç`»uH÷q§9$# (#ryz #Y£Úß $|Å3ç/ur ) ÇÎÑÈ
Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah
dari orang-orang Yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. apabila
dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta Mereka
itulah sebahagian dari Nabi-nabi Yang telah dikurniakan Allah nikmat Yang
melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan
orang-orang Yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari
keturunan menangis.
Keturunan Nabi
Yaakob a.s. atau Bani Israil sejak beberapa zaman yang lalu dikenali dengan
panggilan Yahudi. Keturunan yang beriman kepada Nabi Isa a.s. pula dikenali
dengan nama Nasara atau Nasrany. Manakala yang beriman dengan
Nabi Muhammad s.a.w. pula telah menjadi sebahagian daripada umat Islam dan
dikenali dengan Muslim ahl al-Kitab (Abu Syaybah 1408: 12).
Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa Israiliyyat membawa beberapa maksud.
·
Cerita-cerita
terdahulu dan riwayat yang banyak bersumberkan daripada golongan Yahudi
berbanding Nasrani.
• Riwayat yang disampaikan
oleh perempuan Yahudi atau Nasrani.
• Perkara yang masuk ke dalam kitab karangan
ulama' silam terutamanya dalam bidang tafsir yang mempunyai susur-galur riwayat
samada daripada Yahudi atau Nasrani. Adapun riwayat yang tiada asal dan
tergantung maka ia dikira sebagai khurafat, atau kisah-kisah palsu.
Namun, berdasarkan pengertian ini kita melihat riwayat Israiliyyat
banyak mengambil sumber daripada Yahudi disebabkan ramainya bilangan mereka di
Tanah Arab berbanding masyarakat Nasrani. Kemudian setelah beberapa orang dari
kalangan mereka memeluk agama Islam, dan meriwayatkan kisah-kisah yang terdapat
dalam agama lama mereka kepada kaum muslimin.
Perkembangan ringkas Israiliyyat.
Menurut sejarah, orang-orang Yahudi telah pun menetap bersama dengan
orang-orang Arab sejak zaman sebelum Islam. Mereka memiliki ilmu pengetahuan
yang diambil dari ajaran Kitab Taurat dan buku-buku ugama mereka yang
lain. Orang-orang Arab sering kali bertanya orang-orang Yahudi tentang
perkara-perkara yang berhubung sejarah lama berkenaan tokoh, peristiwa dan
cerita tertentu.
Sebahagian sahabat nabi seperti Abu Hurairah dan Abu ‘Abbas r.a ada
bertanya ahli kitab Yahudi yang memeluk Islam tentang beberapa perincian cerita
terdahulu, tetapi pertanyaan mereka adalah terhad kepada aspek-aspek tertentu,
tidak termasuk persoalan akidah. Mereka melakukan demikian kerana mereka faham
keharusan yang diberikan nabi SAW dalam meriwayatkan cerita Israiliyyat.
Di zaman tabi’in, proses periwayatan Israiliyyat menjadi lebih aktif
disebabkan kecenderungan masyarakat mendengar cerita-cerita yang agak
luar biasa. Apabila datangnya tabi’ tabi’iin periwayatan menjadi lebih serius
dengan munculnya golongan “ القصّاص”(al-Qassas) iaitu penyampai cerita yang
tidak bertanggungjawab.
Era pembukuan karya Islam kemudiannya menyaksikan bagaimana tafsir
al-Quran termuat dicelah-celah tajuk kitab-kitab hadis sebelum ia terpisah dan
dapat menentukan kedudukannya sendiri. Pada peringkat awalnya, tafsir
al-Quran dipersembahkan dengan lengkap bersanad kemudiannya sanad-sanad yang
menghiasi matan-matan riwayat dibuang dengan tujuan untuk meringkaskan dan
meringankan saiz kitab-kitab tafsir yang penuh sarat dengan muatan rangkaian
perawi itu.
Justeru terbuangnya sanad, maka riwayat-riwayat tafsir mula
menempuh keadaan yang amat sukar dan bermasaalah di mana tidak
dapat dipastikan lagi riwayat yang boleh diterima dan riwayat yang
tidak boleh diterima. Dari timbunan riwayat inilah terdapat Israiliyyaat yang
akhirnya melengkapi sebahagian besar tafsiran ayat-ayat al-Quran. Ini berlaku
bukan sahaja kepada kitab-kitab Tafsir Bil Ma’tsur bahkan menular kepada
kitab-kitab Tafsir Birra’yi dengan kadar yang berbeza.
Cara serapan Israiliyyat dalam ilmu tafsir
1.
Mengadakan
cerita-cerita sejarah yang palsu tanpa menyatakan sumber yang jelas dan
mengaitkan dengan cerita yang benar.
2.
Membentangkan
fakta yang benar lalu ditokok tambah dengan yang palsu atau dikurangkan
fakta-fakta sehingga mencacatkan dan menyimpang daripada maksud asal.
3.
Mentafsir
dan menginterpretasi peristiwa-peristiwa sejarah tanpa menggunakan kaedah atau
metodologi pentafsiran Islam.
4.
Menonjolkan
aspek-aspek kelemahan dan kesilapan.