Maaf lama saya tidak menghantar artikel2 kerana menghadapi masalah talian internet. Namun begitu pada hari ini saya ingin mendedahkan sebuah kisah yang saya serahkan kepada pembaca menilainya sendiri.
Kisah ini berlaku kepada seorang guru di sebuah sekolah pendidikan khas Kedah. Beliau telah mengajar dengan sepenuh hatinya mendidik anak2 istimewa agar mereka tahu mengenal yang mana intan yang mana permata. Setiap hari beliau akan menyambut murid2nya dengan senyuman bila dihantar oleh penjaga masing2 almaklumlah anak2 istimewa yang terdiri dari berbagai aspek kekurangan yang memerlukan dorongan untuk mereka pandai menguruskan diri mereka sendiri. Bukan sehari guru ini telah mengajar malah telah banyak tahun hingga anak2 didik yang sebelum ini tidak tahu menyuapkan nasi ke mulutpun sudah pandai menyuapnya sendiri.
Namun begitu suatu dugaan telah menimpa guru berkenaan. Ada seorang pelajar yang telah ditempatkan di sekolah guru berkenaan pada awal tahun tersebut telah meragut keikhlasan guru berkenaan. Pelajar tersebut terkenal dengan hyperaktif disamping mengalami masalah mental dan langsung tidak tahu menguruskan dirinya. Namun, seperti biasa guru berkenaan tetap tabah dalam mendidiknya. Suatu hari guru berkenaan telah mencubit pelajar berkenaan ibarat cubit mendidik sahaja. Selesai sesi persekolahan dan dalam guru berkenaan sedang bersiap untuk pulang datanglah penjaga pelajar tersebut menanyakan kenapa terdapat tanda pada anaknya. Guru berkenaanpun dengan ikhlas memberitahu beliau mencubitnya. Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puashati kepada penjaga berkenaan. Guru berkenaan telah memohon maaf jika perkara ini dianggap keterlaluan. Penjaga berkenaan hanya berkata tidak mengapa dan berkata janganlah membuat lagi.
Esoknya, rupa2nya penjaga berkenaan telah datang kesekolah dan ingin berjumpa pentadbir untuk melaporkan kes berkenaan disamping beliau membawa laporan doktor tentang kes . Yang menariknya penjaga tersebut juga menambah terdapat byk kesan calar pada anaknya termasuk anaknya selalu demam dan mengalami tarik sejak duduk di sekolah berkenaan sedangkan sebelum ini tidak. Terkejut guru tersebut bila melihat tindakan penjaga tersebut. Dahlah begitu beliau juga meminta wang lebih dari seribu ringgit untuk kos perubatan anaknya. Yang menariknya dalam kes ini Guru besar buat lepas tangan sahaja. Guru berkenaan telah membuat repot polis atas kes tersebut sebagai membela dirinya disamping mencatat sekali ugutan2 yang diterima termasuklah penjaga tersebut ada kabel di kementerian yang boleh menyebabkan guru berkenaan dilucut jawatan serta merta. Alhamdulillah polis menyebelahi guru berkenaan. Soalan saya kepada pembaca : BERDOSAKAH GURU TERSEBUT? APA YANG PERLU KITA LABELKAN KEPADA PENJAGA TERSEBUT? BETULKAH TINDAKAN GURU BESAR TIDAK MEMBELA GURU TERSEBUT?...
Penggunaan plastik untuk membungkus makanan semakin popular kerana kelebihan yang ada padanya, contohnya tahan lama, teguh dan mudah digunakan, berbanding dengan pembungkus tradisional. Tidak hairanlah jika kita banyak bergantung kepada plastik sebagai satu bahan wajib dalam proses pembungkusan makanan, walaupun kaedah tradisional menggunakan sumber alam lebih murah harganya sehingga kita tidak menyedari bahaya plastik serta komponen-komponen kimia yang terkandung di dalamnya. Walaupun banyak maklumat disebarkan oleh pihak berwajib mengenai kesan kimia yang hadir akibat tindakbalas makanan dalam bahan pembungkusan namun disebabkan terlalu bergantung kepada plastik membuatkan sesetengah pihak, khususnya pengusaha makanan terpaksa mengabaikan kesannya dengan berharap agar bahan yang digunakan oleh mereka selamat.
Kandungan Kimia
Plastik yang dijadikan bahan pembungkus diperbuat daripada pelbagai bahan kimia seperti polietilina, polietilina terefatalat, propilina dan polivinil klorida. Selain itu, sejenis bahan pelembut (plasticizers) turut dimasukkan bagi membolehkan plastik yang hasilkan untuk pembungkusan ini bertekstur licin dan mudah dilentur atau dibentuk dalam pelbagai bentuk yang menarik. Bahan pelembut ini kebanyakannya terdiri daripada kumpulan phthalate. Manakala yang lainnya bergantung kepada jenis plastik, termasuk bahan pelekat yang digunakan dan dakwat untuk menandakan nama pengeluar.
Oleh itu, semua bahan kimia yang hendak digunakan untuk menghasilkan plastik pembungkus itu sendiri secara amnya perlu mendapat pengesahan daripada pihak berwajib sebelum boleh digunakan. Kebenaran untuk menggunakan hanya dapat diperoleh sekiranya bahan kimia yang hendak digunakan ini telah dapat disahkan sebagai selamat dan digunakan pada kadar yang telah ditetapkan. Paling penting, bahan kimia dan kadar penggunaannya tidak boleh mengakibatkan kanser kepada pengguna.
Kesan Yang Dialami
Secara amnya, tiada sebarang masalah dengan plastik pembungkus. Masalah hanya timbul jika plastik pembungkus itu diperbuat daripada PVC. Plastik pembungkus jenis ini didapati mengeluarkan bahan pelembut DEHA ke dalam makanan. Persoalannya, apakah makanan seperti itu dapat membahayakan ataupun tidak? Perkara ini dibangkitkan selepas satu kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Pengguna di Amerika Syarikat pada tahun 1998 mendapati terdapat bahan kimia DEHA di dalam keju yang dibungkus dalam plastik pembungkus yang diperbuat daripada PVC.
Kandungan DEHA yang dikenal pasti itu didapati berada pada kepekatan yang tinggi, iaitu lebih kurang 300,000 kali ganda had yang ditetapkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat.
Namun sehingga kini kesannya kepada pengguna masih belum dapat dipastikan. Tetapi daripada data kajian yang dijalankan terhadap haiwan, DEHA berupaya merosakkan sistem peranakan dan menghasilkan janin yang cacat, selain mengakibatkan kanser hati walaupun perkara yang sama tidak ditemui pada tikus.
DEHA didapati mempunyai aktiviti yang menyamai sejenis hormon estrogen (dianggap sebagai hormon wanita kerana mampu memberikan sifat-sifat kewanitaan). Namun kesan sebenarnya masih belum diselidiki sepenuhnya. Maklumat yang diperoleh daripada haiwan kajian, walaupun mungkin tidak boleh dikaitkan secara langsung kepada manusia, boleh menjadi satu petunjuk tentang apa yang mungkin terjadi kepada manusia. Ini adalah langkah pertama dalam usaha kita untuk menentukan sejauh mana phthalates selamat digunakan oleh manusia.
Langkah keselamatan
Walaupun tiada bukti kukuh untuk menghubungkan DEHA dalam makanan dengan gangguan kesihatan, kita perlu berwaspada dan seboleh-bolehnya mengelakkan penggunaannya secara meluas. Beberapa negara, contohnya Britain, telah mengkaji semula perkara ini dan mendapati bahawa masalah ini dapat dikurangkan dengan penggunaan bahan pelembut mengurangkan penyerapan DEHA ke dalam makanan.
Di Eropah, Suruhanjaya Eropah telah menetapkan had kandungan DEHA yang dibenarkan menyerap ke dalam makanan sebanyak 18 bahagian bagi setiap juta bahagian. Makanan yang mengandungi DEHA melebihi paras ini dianggap tidak selamat untuk dimakan. Penetapan had ini dilakukan berdasarkan hasil kajian dan piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan Eropah yang menggalakkan penggunaan DEHA dikurangkan sama ada dengan dicampurkan atau digantikan terus dengan bahan pelembut lain.
Sekiranya boleh, anda digalakkan untuk menggunakan plastik pembungkus yang tidak mengandungi bahan pelembut. Ini mungkin sukar kerana kita sebenarnya tidak tahu sejauh mana bahan pelembut digunakan dalam plastik pembungkus. Namun begitu, ada beberapa plastik pembungkus yang dikatakan tidak mengandungi bahan pelembut iaitu plastik pembungkus yang diperbuat daripada polietilina atau bekas plastik yagn digunakan di rumah seperti jenama Tupperware. Satu cara lagi untuk memastikan plastik itu daripada jenis PVC atau tidak, adalah dengan melihat di bawah bekas plastik yang biasanya mempunyai beberapa tanda tulisan seperti berikut:
PET (polietilina terefatalat)
* PETE atau PET (polyethylene terephthalate) biasa dipakai untuk botol plastik yang jernih/transparan/tembus pandang seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lainnya. Botol-botol ini direkomenkan hanya untuk sekali pakai sahaja. Jangan pakai untuk air suam atau panas. Sebaiknya selepas diguna pakai, buang saja ke tong sampah.
HDPE (polietilina ketumpatan tinggi)
* HDPE (high density polyethylene) biasanya diguna untuk botol susu yang berwarna putih susu. Ia hanya untuk sekali pakai sahaja, tidak boleh diguna pakai kali yang kedua.
PVC (polivinil klorida yang dirawat dengan bahan pelembut DEHA)
* V atau PVC (polyvinyl chloride) adalah plastik yang biasa dijumpai pada plastik pembungkus (cling wrap), dan botol-botol. Kandungan dari PVC iaitu DEHA yang terdapat pada plastik pembungkus boleh bocor dan masuk ke dalam makanan yang berminyak bila dipanaskan. PVC berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.
LDPE
* LDPE (low density polyethylene) biasa diguna pakai untuk tempat makanan dan botol-botol yang lembek. Barang-barang dengan kode LDPE baik untuk yang memerlukan fleksibilitas tetapi kuat. Barang dengan LDPE biasanya tidak dapat di hancurkan tetapi tetap baik untuk tempat makanan.
PP (polipropilina)
* PP (polypropylene) adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik terutama untuk yang berkaitan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minuman dan yang paling penting botol minum untuk bayi. Karakteristik adalah biasa botol transparan yang tidak jernih atau berawan. Cari simbol ini bila anda membeli barang berbahan plastik.
PS (polistrin)
* PS (polystyrene) biasa dipakai sebagai bahan tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai, dll. Bahan Polystyrene boleh membocorkan bahan styrine ke dalam makanan ketika makanan tersebut bersentuhan. Bahan Styrine berbahaya untuk otak dan sistem syaraf. Selain tempat makanan, styrine juga boleh didapati dari asap rokok, asap kendaraan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari dan banyak negara sudah melarang pemakaian tempat makanan berbahan styrofoam termasuk negara China.
OTHER Other mempunyai 4 jenis, iaitu
1. SAN – styrene acrylonitrile
2. ABS - acrylonitrile butadiene styrene
3. PC - polycarbonate
4. Nylon
Plastik dengan jenis 7 iaitu SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam kemasan makanan ataupun minuman. SAN dan ABS memiliki resistensi yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan, dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus termos, piring, alat makan, penyaring kopi, dan sikat gigi, sedangkan ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego dan pipa.
PC pula dapat ditemui pada botol susu bayi, gelas anak batita (sippy cup), botol minuman polikarbonat, dan bekas kemasan makanan dan minuman, termasuk bekas susu formula. Pada plastik PC dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovarium, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imunitas. Dianjurkan tidak digunakan untuk tempat makanan ataupun minuman.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan bahan pembungkus seperti daun pisang yang sudah dibersihkan dan disalai. Namum bahan pembungkus seperti ini biasanya tidak tahan lama dan kurang praktikal, selain sukar didapati.
Tindakbalas Dakwat Berplumbum
Cara penggunaan juga sering menimbulkan masalah. Sebagai contoh, plastik pembungkus yang telah digunakan disimpan dan digunakan semula untuk membungkus makanan. Dalam proses membungkus makanan, pengguna mungkin membalikkan plastik pembungkus supaya bahagian luar akan diletakkan di bahagian dalam. Dalam keadaan ini, makanan mungkin akan bersentuhan dengan label yang mengandungi dakwat berplumbum. Penyimpanan makanan yang berasid lemah seperti buah limau yang sudah dikupas sudah cukup untuk mengeluarkan plumbum (100 mikrogram plumbum dalam masa 10 minit) daripada dakwat. Walaupun kandungan plumbum yang diserap masuk ke dalam makanan mungkin tidaklah begitu tinggi namun sekiranya makanan yang sedemikian dimakan setiap hari, kesannya sudah cukup untuk menjejaskan kesihatan seseorang. Walaupun ini mungkin tidak berlaku kepada orang dewasa, tetapi ia sudah cukup untuk memberikan kesan kepada janin, bayi dan kanak-kanak yang sememangnya diketahui lebih sensitif terhadap pendedahan plumbum pada kepekatan yang rendah. Justeru itu, ibu yagn hamil haruslah berhati-hati dalam perkara ini supaya masalah sedemikian tidak dialami pada janin yang dikandung.
Selain itu, kebanyakan plastik yang dibuat sebelum adanya ketuhar gelombang mikro direka dengan mempunyai ketahanan pada suhu yang tinggi tetapi masih tidak mampu untuk memberi ketahanan yang sewajarnya sekiranya dikenakan suhu dalam ketuhar gelombang mikro yang biasanya antara 400 darjah Fahrenheit hingga 500 darjah Fahrenheit. Justeru itu, pengeuraian akan berlaku sekiranya suhu yang tinggi dikenakan kepada barang plastik berkenaan. Komponen lapisan polietilina terephalate (PET) akan bergerak lebih jauh daripada yang dijangkakan. Keadaan ini akan mengakibatkan berlakunya retakan pada lapisan PET, dan ini membolehkan bahan-bahan pelekat yang terdapat pada bekas plastik berkenaan serta bahan kimia terurai dan menyerap masuk ke dalam makanan. Sekiranya terdapat bahan yang mudah terbakar seperti kertas, keadaan ini akan menghasilkan debu yang dapat memasuki makanan dan mengakibatkan makanan berkenaan kurang sesuai untuk dimakan.
Oleh yang demikian, hindari penggunaan plastik apapun di Microwave. Gunakan bahan keramik, gelas atau pyrex sebagai ganti. Bahan plastik juga tidak boleh dibuang sembarangan terutama yang mengandungi Bisphenol-A kerana bahan tersebut boleh mencemari tanah yang pada akhirnya boleh mencemari air yang kita guna sehari-hari.
Sumber Prof. Madya Rahmat Awang Pusat Racun Negara, USM
Bermula 13 Mac yang lalu, sesi interaksi di IPSAH dah masuk semester yang keempat, dah lama kami semua berkampung di IPSAH ini dalam pada mendapat ilmu keguruan melalui kursus dalam cuti KDC. Interaksi MAC kali ini agak santai dan kurang gerak kerja seperti assg dan pembentangan. Jom layan koleksi foto .. sesi mac.. jangan marah arrr ...
Kumpulan ini sentiasa tidak sunyi dari perang mulut
Disebalik negatif gambar menjelmalah 'insan' ini digelar Ustaz Mad
KK sentiasa berpesan .. tugasan mesti sepakat ..
Sesi perbincangan .. utk tugasan pembentangan
Yang ini .. tukang tulis jer.. katanya 'lesen aku tamat tempoh daaa...'
Orang Lama .. mulut tak payah kata la .. buat riuh .. kelas ja..
30 Rabiulawal 1431H Email : dsj copy paste by cinaislam
(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca (2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain :
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan) Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak) Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi) Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan) Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan) Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
(12) SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
(13) SURAH AL-HUD (Hud) Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
(14) SURAH YUSUF (Yusuf) Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.
(15) SURAH AR-RA'D (Petir) Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.
(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim) Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.
(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung) Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.
(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.
(19) SURAH AL-KAHF (Gua) Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.
(20) SURAH MARYAM (Maryam) Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi) Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
(23) SURAH AL-HAJ (Haji) Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca) Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair) Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
(28) SURAH AN-NAML (Semut) Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.
(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
(31) SURAH AR-RUM (Rum) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.
(32) SURAH LUQMAN (Luqman) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.
(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan) Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(35) SURAH SABA' (Saba') Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
(36) SURAH FAATHIR (Pencipta) Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia) Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul- maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda:
"Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk iamal oleh anda sekalian.
(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris) Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.
(39) SURAH SHAAD (Shaad) Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.
Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat ?Sayangilah Diri Anda Sebelum Menyayangi Insan Lain"
Semalam 6 Mac telah dilansungkan majlis pertunangan adik aku yang no 4 nie... Mohd Shahdan dengan pilihan hati Noni ( Nama betul .. aku lupa ) ... Noni nie.. plak orang Batu Kurau .. kawasan Repoh .. Rombongan sebanyak 5 buah kereta bertolak lepas ohor dan tiba di perkarangan rumah perampuan jam 3.30 petang. Rumahnya yang boleh dikatakan di balik bukit terpaksa melalui kawasan celah rimbunan pokok hutan yang memukau pandangan, maklumlah kawasan bukit.. memang sejuk dan cantik jer.. Dengan perbincangan menetapkan RM7+++ dan diminta kurang pihak lelaki menjadi RM65++, maka termetrai lah janji pertunangan di antara Shahdan dan Noni. hantaran lelaki 17 dibalas 30 .. banyak tu .. tapi yang banyak makanan .. jadi makan jer la .. kasi habis ...Yang paling best nyer,,, dijangka Adik aku yang ini akan melansungkan perkahwinannya terlebih dahulu dari adik yang lain yang dah bertunang lebih awal dari si Shahdan nie.... Kira ON ajer la .. tak payah tunggu lama... Majlis Perkahwinannya dijangka 2 MEi 2010 ini. Saya jemput lah semua yer kenalan yang mengenali diri ini, dan pengikut setia blog ini. Layan jer la...
Tengok tu .... kan celah rimbunan pokok kami parking ... rumah perempuan tu.. dihujung tu ...
Kelihatan 'abah' .. dok kira duit ....kira serah habis jer