Monday, September 13, 2010
Tuesday, July 27, 2010
Ceria bersama anak2
Dah lama tak bawak anak-anak pi jalan .. dok sibuk dengan kerja ... abah ibu dier dok ralit kerja jer.. tak pun dok rehat jer... sabtu lepas berkesempatan la bawak anak pi playground kat lakegarden taiping tu ...
Posted by Mohd Shahril at Tuesday, July 27, 2010 0 comments
Labels: anak1
Sunday, July 18, 2010
Dah lama ...
Salam buat pengunjung yang sentiasa ada melihat-lihat blog ini .. dah lama aku tak update .. maklumlah lebih menumpukan blog yang satu lagi .. lebih ber FB dah sekarang nie.. jd no respon to this blog .. apa pun .. terima kasih kerana sentiasa ada menjengah ..
Posted by Mohd Shahril at Sunday, July 18, 2010 0 comments
Labels: aktiviti
Saturday, May 22, 2010
AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT
copy by cinaislam
8 Jamadil Akhir 1431H.
Email : Savvy Merah
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.
Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .
Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~
Posted by Mohd Shahril at Saturday, May 22, 2010 0 comments
Labels: agama
Monday, May 3, 2010
SELAMAT HARI IBU
Tak lama lagi kita sekali lagi akan menyambut hari ibu, hari khas yg diadakan bagi meraikan kaum ibu. Ibu yang banyak berjasa kepada diri semua orang. Dengan ibulah kita banyak mengenal kehidupan dunia.
Ketika orang lain mengenang dengan pengkisahan ibu, aku terbitkan entri ini khas buat sahabat yang sedang berjuang sendiri menjadi 'ibu dan ayah' kepada anaknya selepas di'cerai'kan hampir 6 bulan lalu. Kini dia terpaksa 'bersendirian' mendidikan seorang 'hero'nya yang terpaksa 'kehilangan' kasih ayah ketika umur kecil lagi. Beginilah nasib sebahagian 'perkahwinan' yang terpaksa berakhir dengan penceraian walaupun usia perkahwinan masih 'muda'.Walau apa jua alasan untuk penceraian, biarlah kita sebagai suami memikirkan baik buruknya terhadap orang lain juga seperti anak atau keluarga. Biarlah ruangan ini menjadi penyuntik semangat untuk 'sahabat' aku ini diketika tiada lagi 'suami' yang sepatutnya menjadi 'penyokong' dikala lemah, pembantu dikala sibuk, penghibur dikala sunyi.
Aku akan tetap terus membantu semampu, walau hanya sekadar 'ucapan semangat' untuk dia terus kuat menempuh mehnah kehidupan di masa hadapan.
SELAMAT HARI IBU BUAT ISTERI KU TERCINTA, BUAT IBU KANDUNG DAN MERTUA ..... BUAT SAHABAT SEMUA YANG SUDAH BERGELAR IBU DAN SEMUA IBU SELURUH MALAYSIA .. I LUV MY MUM
Aku titipkan .. berita yang aku sempat tengok melalui versi online sebentar tadi .. untuk PERINGATAN pada semua para suami. Lagi berita pakat pi beli la KORAN ini ..
COPY BY UTUSAN ONLINE 3 MEI 2010
Cerai melalui SMS merisaukan
| |
| Khidmat pesanan ringkas (SMS) perlu dimanfaatkan untuk tujuan positif dan bukannya menjadi punca keretakan rumah tangga. – Gambar hiasan |
FENOMENA ‘kegilaan’ khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula sejak zaman millennium dan sebagai salah satu daripada medium komunikasi, aplikasi tersebut menjadi pilihan setiap warga masyarakat.
Faktor seperti murah dan aksesnya yang pantas dalam menyampaikan maklumat menyebabkan teknologi tersebut terus berkembang dan disukai setiap lapisan umur.
Namun, semakin hari fungsi SMS telah disalahgunakan misalnya menjadi medium penyebaran fitnah, ugutan dan punca keretakan rumah tangga. Bahkan, beberapa tahun lalu, negara pernah digemparkan dengan pelbagai kes perceraian lafaz talak melalui SMS dan kini kejadian sedemikian berlaku setiap tahun.
Persoalannya, fungsi SMS tidak lagi terhad kepada ‘memutuskan hubungan kekeluargaan’ bahkan ia mampu ‘mencipta hubungan baru’ buat pasangan-pasangan yang sudah berkeluarga.
Tanpa disedari teknologi SMS ibarat pembunuh dalam diam kepada institusi kekeluargaan. Malah siasatan turut mendapati kebanyakan daripada perceraian yang berlaku di Malaysia adalah berpunca daripada kecurangan SMS.
Posted by Mohd Shahril at Monday, May 03, 2010 0 comments
Labels: UCAPAN
SELESAI SUDAH .....
Selesai sudah majlis walimatul urus adik aku nie.. mohd shahdan dengan pasangannya Nor Syazwani .. bermula dengan majlis kenduri pihak perempuan pada 1 mei bertempat di kediamannya Kg Repoh Batu Kurau.. Rombongan seramai 22 orang dengan menaiki 6 buah kenderaan bertandang mengiringi pengantin.
Disambut dengan paluan kompang yang diundang pihak perempuan memeriahkan lagi sambutan. Jamuan yang berbagai gubahan dihidangkan kepada rombongan namun rombongan kami memilih untuk makan di balai tetamu kerana meja untuk pengantin agak sempit dan menyukarkan pergerakkan. Hanya beberapa orang yang boleh masuk dan duduk denganselesa. Tak kisah la.. sebab bukan itu yg jadi idaman untuk mengiringi pengantin.
Tiba masanya 'resepsi' pihak lekaki, petang 1 mei telah bermula gerak kerja kenduri dengan kerja persiapan hari esoknya. Seawal jam 4 pagi 'abah' dah sediakan ramuan masakan untuk hari kenduri ini, ini kerana 'tekong' masak terlibat kemalangan 2 hari sebelum majlis ini. Jam 7 pagi, kerbau telah ditumbangkan oleh masyarakat kampung dan sewdia disembelih oleh 'tuan rumah' yang sudah biasa membuat penyembelihan.
Begitu ramai kenalan, sanak saudara dan masyarakat kampung yang hadir membantu. Ada yang membersih, memotong, membasuh daging, ada yang membuat ramuan di khemah memasak .. rajin betul semua untuk mambantu .. diucapkan terima kasih.
Orang ramai para jemputan datang bertali arus, menyebabkan beberapa kesulitan telah berlaku antaranya kemalangan kecil, keadaan 'jammed' yang teruk di jalan masuk, kesukaran 'parking' yang sesak, kami meminta maaf atas semua yang terjadi.
Jom layan gambar kenduri .. selebihnya di Facebook .
Posted by Mohd Shahril at Monday, May 03, 2010 0 comments
Labels: kenduri
Monday, April 26, 2010
Sabarlah wahai SAHABATKU

Begitulah nasib seorang sahabat baik yang aku kenali, bukan aku untuk menafikan kejadian sekadar untuk renungan. Sahabat aku ini seorang perempuan yang aku hormati dan aku memanggilnya dengan gelaran 'kakak' disebabkan dia lebih tua. Al-Kisah sedihnya seperti sudah dapat aku hidu berdasarkan tulisan di 'blog' peribadinya. Luahan rasanya menyebabkan aku tertanya-tanya, apakah yang telah berlaku sehingga dia begitu sedih dalam bait kata-kata yang ditulis.
Ketika diingini, disarung cincin bersalut adat. Ketika ingin di'hantar pergi' sekadar 'sms' mengatakan sudah tiada hati. Inikah yang patut dilakukan oleh seorang suami. Sama-sama kita nilai sendiri dimana tulus peribadi insan bergelar suami.
Aku menyepi dari mengambil tahu hal dia kerana tidak mahu mencampuri urusan peribadi empunya diri. Kini setelah hampir 6 bulan peristiwa ' menyayat hati' itu terjadi, dia sudi bercerita kisah sedihnya. Sebak aku mendengar, walaupun aku lelaki tetapi aku juga ada sifat memahami.
Doa aku agar Sahabat aku ini, bersedia menghadapi hari2 mendatang dengan baik dan tidak rasa kecewa dan rasa putus rahmat dengan Allah. Nilaikan semua itu dengan kembali kepada Allah. tetapkan iman dan teruskan kehidupan dengan lebih baik, buktikan kejayaan akan mengiringi anda. Sebagai tatapan...
26 Muharram 1431H
Ahmad baei jaafar
Pasangan yang hendak berkahwin harus mengetahui perkara yang dipandang remeh, tetapi amat besar maknanya. Perkara di bawah adalah berdasarkan pengalaman bagi membantu membina rumah tangga bahagia.
1. Tujuan berkahwin, apa yang kamu niatkan?
- Bagi lelaki, untuk mendapatkan sesuatu yang tidak boleh diperoleh di luar perkahwinan.
- Kasih sayang dan belaian manja dari seorang perempuan.
-
2. Apakah kewajipan suami?
- Memberi nafkah – makan – pakaian – tempat tinggal
- Mendidik isteri – sejak awal perkahwinan.
3. Apakah hak isteri?
- Taat suami kecuali perkara yang bertentangan dengan syarak
- Hormati suami dan keluarga suami.
4. Apakah isteri wajib masak dan membasuh?
Pada dasarnya bukan kewajipan isteri tetapi kalau suami minta masak atau membasuh dia wajib taat.
Kalaulah suami tidak suruh masak dan tidak suruh membasuh, dia seharusnya memasak kerana menghormati suami yang baru balik kerja. Dia juga seharusnya membasuh baju suami kerana menghormati suami yang pakaiannya kotor.
Sebenarnya isteri yang baik dia tidak mempertikaikan tentang urusan basuh dan masak itu kerana kedua-dua kerja itu adalah fitrah bagi seorang wanita.
5. Apakah persiapan awal suami isteri sebelum dan selepas kahwin?
- Kuatkan iman, taqwa dan ilmu agama
- Mengenali hati budi pasangan
- Mengetahui kesukaan dan kebencian pasangan
- Hindari kebencian pasangan
Formula menyelesaikan masalah rumah tangga
Masalah & Penyelesaian
1 Bila banyak urusan tidak menjadi, walaupun sudah diusahakan masih gagal.
Nilai hubungan kita dengan Allah, solat dan ibadah lain mungkin tidak diterima Allah.
2 Suami isteri mula renggang, suka bergaduh
Nilai semula solat suami dan solat isteri mungkin ada yang cuai atau tidak melakukan solat.
3 Suami isteri dilihat tidak mesra dengan anak-anak.
Lihatlah, mungkin suami dan isteri tidak mesra di atas katil.
4 Isteri rasa tak senang hati terhadap suami
5 Suami rasa kurang selesa dengan isteri
Lihatlah mungkin isteri melakukan dosa di luar rumah. Bertaubatlah segera.
6 Bila anak tidak taat kepada ibu bapa
Lihatlah mungkin suami isteri ada masalah yang tidak diselesaikan, apatah lagi dosa dengan Allah.
7 Bila anak buat dosa di luar rumah
Ibu bapa/suami isteri tidak mendidik anak cara yang betul.
Posted by Mohd Shahril at Monday, April 26, 2010 0 comments
Labels: Kahwin dan Niatnya
