;
Showing posts with label Ada cinta. Show all posts
Showing posts with label Ada cinta. Show all posts

Wednesday, March 14, 2012

Cinta Alam Remaja .. boleh ker?

Assalamualaikum semua ...
Sudah agak lama aku tak menitipkan sesuatu sebagai bacaan semua pengunjung. Terima kasih kerana luangkan masa menjenguk ke laman blog ini. Tentunya ada sedikit sebanyak info yang anda perolehi.
Entri kali ini, aku nak kongsikan kisah anak-anak didik yang kemungkinan besar sedang dilamun CINTA. Perkara ini sudah jadi 'trend' yang cukup hebat kepada anak remaja masa kini. Dengan kemudahan yang ada, pengaruh CINTA remaja ini amat hebat kepada diri seorang pelajar yang sedang meningkat dewasa yang juga sedang melalui alam remaja. Bukan untuk aku mencari salah, tetapi untuk sama-sama bermuhasabah agar kita dapat berkongsi keperluan untuk memahami jiwa remaja yang memerlukan CINTA untuk kelansungan hidup di alam remaja. Kata mereka, tidak boleh hidup jika tak BERCINTA? Jika sampai begitu, alangkah ruginya ayahbonda melahirkan anda kerana anda telah mengecewakan mereka! Biarlah setelah habis membaca entri ini, anda tahu fokus hidup dan fokus CINTA anda. Apa yang aku baca dari laman-laman blog dan web lain, dapatlah aku 'story'kan sikit untuk kita bersama.
Zaman remaja ialah zaman yang penuh pancaroba. Perubahan emosi, fizikal dan seksual di peringkat ini ialah antara pendorong kepada remaja meneroka satu dimensi baru dalam alam mereka, iaitu alam percintaan.
Bagi remaja yang baru melangkah ke alam ini sering kali berasa serba salah. Sungguhpun mereka berasa seronok dibuai perasaan oleh pengalaman baru ini, mereka juga berasa bimbang dengan cabaran yang bakal mereka tempuhi. Banyak berita di pelbagai media melaporkan tentang akibat remaja yang bercinta seperti lari dari rumah, dijadikan pelacur, malah ada yang membunuh diri dan seumpamanya. Namun, benarkah perasaan cinta yang baru berputik di dalam jiwa remaja hanya membawa keburukan dan kemusnahan kepada diri remaja?
Ramai pihak berpendapat bahawa sebenarnya cinta remaja boleh membawa kesan yang positif kepada mereka. Malah, perasaan cinta itu boleh menjadi pendorong kepada remaja untuk berjaya dalam pelajaran. Dalam hal ini remaja perlu tahu batas-batas dalam melayani perasaan cinta mereka dan juga cara-cara mengendalinya secara positif.
Cinta remaja adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Setiap manusia dianugerahkan fitrah ini dan remaja tidak terkecuali mengalaminya. Kasih sayang dan cinta yang dipupuk pada peringkat ini adalah satu permulaan kepada remaja mengenali individu lain selain keluarga. Pengaruh rakan sebaya ialah antara pendorong kepada pengurangan penggantungan kepada ibu bapa.
Sehubungan itu, beliau berkata, hubungan yang rapat antara dua remaja akan menimbulkan perasaan kasih sayang yang membawa kepada sikap menghormati, dan mengambil berat antara satu sama lain.
Keserasiaan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran apabila timbul satu persaingan yang sihat antara kedua-dua remaja tersebut.
Perkongsian pendapat, ulang kaji dan latihan dalam setiap pembelajaran yang dilakukan bersama dilihat dapat membantu remaja yang bercinta untuk mendapat kejayaan yang diimpikan dalam perhubungan itu.
Walaupun remaja mempunyai hak untuk bercinta, batasan pergaulan yang ditetapkan dalam agama harus diambilkira dalam memastikan hubungan yang berasaskan kemurnian dan keikhlasan yang sejati.
Remaja perlu diberi pendedahan bagi mengendalikan cinta dengan lebih matang dan tahu batasannya.cinta di peringkat remaja agak kompleks kerana pada masa itu remaja mengalami satu proses perubahan dari alam kanak-kanak ke alam remaja yang membawa kepada pelbagai konflik dalaman yang unik.
Oleh itu, untuk mendalami keadaan ini, remaja dan ibu bapa khususnya, harus berupaya mencari arah tuju cinta remaja yang sebenarnya dengan membangkitkan persoalan wajarkah remaja bercinta, jenis-jenis cinta remaja, perubahan dan perkembangan fizikal, emosi dan kognitif remaja.
Islam menggalakkan rasa cinta tetapi cinta yang diamalkan oleh kebanyakan remaja masa kini membawa kepada keasyikan yang menyebabkan berlakunya pelbagai kejadian buruk seperti bohsia, bohjan, kes membuang bayi dan sebagainya.
Dunia remaja sememangnya penuh dengan pelbagai perkara yang menyeronokkan selain ribuan cabaran dan godaan.
Sehubungan itu, katanya, percintaan remaja yang bukan berpaut kepada hukum Allah dan pemikiran remaja yang masih mentah mengenai cinta akan membawa kepada kesan negatif kepada perkembangan sosial dan emosi remaja sendiri.
Oleh itu, sebagai remaja, percintaan yang dipupuk antara mereka mestilah berasaskan perspektif, syariat dan prinsip Islam agar perhubungan itu dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.
Setiap remaja harus sedar tuntutan diri yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya seperti tuntutan sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai individu muslim dan juga sebagai remaja Islam yang sentiasa perlu menjaga tatasusila kesucian agama.
Harus diingat CINTA yang disulami perkara negatif akan mengundang KEHINAAN kepada diri indvidu yang melakukannya. Fikirlah sebelum melakukan perkara yang SALAH.

*Syahdunya lagu ini, sesyahdunya hati mengenang kisah lalu. Teman maafkan aku kerana CINTA dulu. Pengalaman lalu membuatkan aku kini 'membantu' anak didik agar menjadikan CINTA untuk mencapai CITA.

Wednesday, November 10, 2010

apabila dah lama tak mengarang

Sudah agak lama aku tak menulis lagi diruangan blog milik ku ini .. dek krn kesukaran 'spend' ms utk mengarang dalam blog ini .. jd hny gambar yg smpat aku titipkan sekadar menghiasi blog ini.

Meraikan hari lahir adik mazni bersama rakan sekelasnya




Wednesday, June 17, 2009

Ada Cinta Yang Kini Milik Orang

Salam buat pengunjung yang sedang menatapi post kali ini, aku nak cerita tentang kisah aku sewaktu di JAIPETRA kota Bharu dulu. Nak cerita panjang tapi mungkin jenuh nak baca.. biarlah aku cerita tentang SAHABAT baik aku nie.. Nama dia Fauzi Bin Satnih .. orang sabah.. dia nie dah TUA masa kami berkawan masa study tu .. umur dia dah jauh dari aku ... ketika aku masih awal 20an... aku selalu kata kat dia .. hang dok study ja bila nak MENIKAH .. cari la budak kolej nie ... dia relax ja.. hahahah .. kami saling cari la kut ada yang berkenan.. aku dengan dia mmg satu kos cume dia budak MINOR .. aku budak DOUBLE.. aku bawak dua DIP dia amik satu ja... yang sama dengan aku DIP PSIKOLOGI.. belajar lah kami sampai habis pengajian ... dalam pada itu dok mencari jugak la .. macam2 ragam .. almaklumlah kami nie.. bukan SMART ... sapa nak kalau kami offer pun .. jadi jenuh la dok adjust ... dipenghujung pengajian kami tu .. saya ada la 'berkenalan' dengan H.. masa tu digelar kumpulan yang ada kumpulan USRAH dengan budak K ... dia nie .. kira baik la .. berada dlm kumpulan K ... H nie.. course lain ... dia budak PP... junior pada aku ... dari sehari ke sehari aku bercerita dengan fauzi .. aku nak try adjust ... dia GELAK ja kat aku .. try la kalau dapat dia kata... aku teruskan la niat di hati .. kut 'melekat'. Dari kolej sampai kami praktikum aku dok try ... Sampai habis pengajian pun aku hanya 'bertepuk sebelah kaki' hahahah .... padan muka aku ... akhirnya aku mengalah la .. kerana H tak bagi 'green light' pun.... Aku balik kg . sementara H masih di JAIPETRA ... meneruskan pengajiannya.. aku dah keje .. tapi still nak amik tau ttg H ... tup..tup.. H dan sorang lagi kawannya buat praktikal dkt dengan tempat aku kat kg...rajin la aku jumpa .. tp 'cinta' dah tak dak lagi kerana aku dah memberikannya pada insan lain. Dari pertemuan itu aku .. saling bertanya khabar sekadar kawan dengan H ... ada ahli keluarga aku yang kenal dengan H nie... namun aku dah 'mengalah' dulu ... jadi tiada lagi cinta untuk H ... namun H ttp di hati sbg antara IMPIAN yang bukan milik aku. Nak cerita ttg H nie.. panjang lagi .. cukup la sekadar mengenang cerita dan impian lalu .. yang kini sekadar imbauan kosong.

Si Fauzi pun dah jadi GURU sekarang kat sebuah sekolah menengah di Sabah, aku jugak dah jadi guru di Kuala Kurau nie.. H pula dah keje di syarikat swasta ... jadi haluan yang kita pilih ini atas ketentuanNya yang maha kuasa. Apa juga CINTA yang wujud sebelum ini .. dah jadi milik orang lain. Cinta Sahabat juga yang mempertemukan kita kembali.

Jom layan gambar Fauzi nie.. dah bahagia dengan BUAH HATI dia sendiri .. ingat lagi ka fauzi kat aku nie..




Tak lama lagi H pun akan menamatkan zaman bujangnya bersama pemuda pilihan hatinya. SELAMAT BERBAHAGIA BUAT H dan PILIHAN HATINYA SAIFUL BAHRIN.
Gambar H akan diupload kemudian.

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP