;
Showing posts with label OUM. Show all posts
Showing posts with label OUM. Show all posts

Wednesday, February 11, 2015

PERMAINAN TING TING DAN FAEDAHNYA KEPADA KANAK KANAK

COPY PASTE ....

…KETINTING…
PENGENALAN KETINTING
ž  Merupakan jenis permainan Laman.
ž  Tujuan permainan ialah untuk mengimbang badan ke padan/ paduk.
ž  Bilangan pemain ialah beberapa pasukan atau tiga (3) orang seregu sepasukan.
ž  Gelanggangnya adalah permukaan yang rata.
ž  Kanak-kanak perempuan sering memainkan permainan ini daripada kanak-kanak lelaki.
ž  Ini mungkin disebabkan permainan yang tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.
ž  Di kampung-kampung gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah.
ž  Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.
ž  Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang.
ž   Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng teng.
ž  GELANGGANG DAN GUNDU
ž  Gelanggang Teng Teng
Gelanggang teng teng hanya dilukiskan petak-petak di atas tanah sahaja. Terdapat sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang. Permainan dijalankan mengikut urutan.
ž  Gundu
Selain daripada gelanggang, gundu adalah juga sebagai perkakasan penting yang dimainkan bersama. Gundu atau buah ialah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan yang diperbuat daripada apa sahaja, seperti pecahan pinggan, kepingan besi atau batu yang leper.Gundu ini adalah sebagai tanda bagi para pemain untuk mengerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelangang.
ž  CARA BERMAIN
ž  Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu.
ž  Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
ž  Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama.
ž  Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran.
ž  Pemain lain mengambil giliran pula.
ž  Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki.
ž  Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua.
ž  Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
ž  Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat.
ž  Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.
ž  Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.
ž  MEMBINA RUMAH
  1. Sebelum pemain membina rumah, acara “kopi O”  hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
  2. Pemain hendaklah memejam mata dan berjalan memijak semua petak sambil menyebut “kopi”.
  3. Jika pemain memijak di petak yang betul, pengadil pertandingan akan menyebut perkataan “kopi” dan jika pemain memijak petak yang salah atau terpijak garisan, pengadil pertandingan akan menyebut “O”.
  1. Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya.
  2. Sekiranya gundu jatuh terkena gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati.
  3. Setiap pemain hendaklah memijak dengan kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian.
  4.  Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua belah kakinya ia dikira mati.
ž  KEPENTINGAN KEPADA PERKEMBANGAN FIZIKAL
ž  Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bermain.
ž  Kanak-kanak dapat menyihatkan badan.
ž  Dapat meningkatkan kemahiran fizikal.
ž  Dapat meningkatkan kemahiran mengimbang.
ž  Dapat menguji ketepatan mata dan tangan.
ž  KEPENTINGAN KEPADA PERKEMBANGAN INTELEK
ž  Dapat merangsang minda untuk merancang strategi pertandingan.
ž  Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif.
ž  Meningkatkan keupayaan berfikir.
ž  Memupuk sikap bekerjasama.
ž  Menjadikan minda cergas dan cerdas.
ž  Kanak-kanak dapat menambah pengalaman dan pengetahuan.
ž  KEPENTINGAN KEPADA PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
ž  Dapat merapatkan hubungan antara kawan-kawan.
ž  Dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.
ž  Mendapat ramai kawan.
ž  Membina kemahiran sosial.
ž  Membina kemahiran kendiri yang positif.
ž  Bersikap terbuka dan membentuk nilai-nilai murni dalam diri.
ž  Dapat berinteraksi dengan positif.
ž  Dapat belajar mematuhi peraturan.


Tuesday, July 8, 2014

TUGASAN HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN SEM 2

1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan Negara yang unik kerana mempunyai berbagai kaum, budaya dan agama. Adunan ini lebih membuatkan Malaysia dikenali sebagai Negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk merujuk kepada beberapa kelompok bangsa atau kaum yang tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu masyarakat, tetapi hidup terpisah kerana mengamalkan cara hidup, adat, kepercayaan yang berbeza dengan bangsa lain.
Sekitar kurun ke 19, tanah melayu telah didiami oleh dua bangsa yang berbeza iaitu India dan China. Mereka ini dibawa oleh pedagang-pedagang ketika itu untuk menjadi buruh. Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan social dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cinadan India, terdapat satu lagi kumpulan pendatang di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Riau dan sebahagian kawasan yang bersempadanan dengan Malaysia.
Melayu  merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia.
 Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.
Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 orang tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain. Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor.
Dalam usaha kerajaan Malaysia mengekalkan persefahaman dan perpaduan kaum yang wujud di Negara ini. Beberapa langkah proaktif telah digerakkan melaui dasar yang dibuat selepas negara mencapai kemerdekaan. Sebagaimana yang kita maklum perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Antara inisiatif awal kerajaan dalam membentuk perlembagaan Malaysia mengetengahkan dasar-dasar yang menjurus kepada pembinaan perpaduan yang kukuh. Dasar perpaduan turut dimasukkan dalam dasar pendidikan Negara, dasar bahasa kebangsaan melalui perkara 152, dasar perpaduan Negara dan juga sukan sebagai medium perpaduan.

Dasar perpaduan yang telah wujud mengambilkira 2 perkara utama boleh dicapai melalui dua cara iaitu:
1) Integrasi
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
2) Asimilasi.
Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.







2.0 Definisi Dialog  dan peradaban

Walaupun secara umumnya, kita bertuah di Malaysia kerana tidak mengalami konflik perkauman mahupun konflik keagamaan yang membimbangkan, namun beberapa peristiwa yang boleh dianggap serius seperti konflik pergaduhan kaum di kampung Medan mengingatkan kita bahawa mendasari hubungan baik antara budaya adalah juga isu-isu keadilan sosial dan ekonomi. Kejadian ini misalnya amat penting merujuk isu kepimpinan kelompok/budaya teras diberi perhatian. Dalam menangani isu ini kita boleh melihat budaya dialog amat memainkan peranan dalam memberi kefahaman kepada perbezaan yang ada.
Menurut Dr. Abdel Kader Fustok[1], menyatakan bahawa dialog adalah suatu proses yang luas dan bermakna dalam. Beliau menyatakan ‘Dialog´ merupakan ayat yang berasal dari kata yunani ‘Dia´ yang bermaksud melalui dan ‘logos´ yang bermakna kata-kata atau makna. oleh itu, dialog ialah suatu konsep proses penyampaian kata-kata dan makna kepada beberapa orang dan kumpulan.
Tengku Iskandar, 1986 mentakrifkan peradaban ialah “‘Keadaan serta tongkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa dan masyarakat atau keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan kemajuan kebendaan dan pemikiran”
Al-Attas, 1977 mendefinisikan peradaban ialah keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
Manakala Menurut Osman Bakar, dialog peradaban ialah komuniti dari pelbagai latar belakang bersama untuk berinteraksi dan mengenali antara mereka untuk mencari kebaikan bersama kerana dipaksa oleh keadaan untuk hidup bersama walaupun mempunyai kepercayaan agama, cara kehidupan beragama, dan ideologi politik yang berbeza´.
Dapatlah disimpulkan bahawa dialog peradaban merupakan  satu perbincangan yang diadakan bertujuan menukar pendapat untuk memupuk persefahaman dan permuafakatan dalam menyelesaikan sesuatu perkara dengan interaksi dengan pihak lain.
3.0 Kekuatan Budaya Dialog
3.1             Wadah masyarakat majmuk berkongsi kepelbagaian budaya dan tamadun
Budaya dialog anatara kaum, etnik , budaya dan peradaban perlu disuburkan dalam konteks negera bagi memperkukuhan perpaduan serta integrasi nasional. Ini menjadi kunci kepada keharmonian kaum dan kelansungan kepimpinan dan keteguhan identity Negara. Ianya berkaitrapat dengan kesepaduan social dan ekonomi bagi membentuk sebuah masyarakat yang saling menghormati.
3.2       Ilmu Hubungan Kemanusiaan
Melalui budaya dialog, usaha mempelajari ilmu ketamadunan akan menjadi lebih mudah dan ianya menjadi penting kerana situasi masa kini wujudnya jurang kefahaman antara kelompok dengan kelompok yang lain. Ajaran agama yang mendidik rohani sebenarnya juga mendorong manusia supaya menghayati nilai murni kehidupan dan juga mempunyai hubungan sesame manusia.
3.3  Penghayatan Nilai Murni Sejagat
Nilai murni yang wujud pada pemimpin yang mempin secara berhemah akan melahirkan rakyat yang juga mengamalkan nilai murni seperti bertanggungjawab dan jujur yang akan mendorong semua ahli masyarakat berganding bahu untuk membangunkan Negara dan membina tamadun yang lebih utuh. Ini boleh disuburkan melalui budaya dialog yang sentiasa melingkari ahli masyarakat melui pelbagai program yang diadakan oleh agensi berkaitan.
3.4  Komunikasi Dua Hala
Dialog ialah komunikasi dua hala antara individu atau pihak yang mempunyai pegangan, pandangan berbeza mengenai subjek atau perkara dengan tujuan ingin mencapai kebenaran yang bertambah daripada pihak lain. Kemahiran berdialog yang baik dan berhemah perlu sebati dengan masyarakat kita.


4.0 Cabaran Dialog Peradaban Di Malaysia
Antara cabaran utama yang menjadi tribulasi kepada perkembangan proses dialog peradaban di Malaysia:
4.1  Sikap fanatik dan perkauman.  Usaha untuk mengadakan dialog perlu kepada sifat yang terbuka dan boleh menerima pendapat orang lain dengan berlapang dada. Seseorang yang melibatkan diri dalam perbincangan harus mempunyai minda yang terbuka serta perasaan perkauman yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana dalam semua perkara kerana ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah negara.Misalnya, semasa kaum-kaum majoriti Malaysia iaitu kaum cina, India dan Melayu melibatkan diri dalam diolog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya mengetengahkan isu-isu yang menjadi kepentingan dan keperluan kaum mereka sahaja. Sebagai contoh, isu-isu kebajikan dan sistem pendidikan yang mengkhususkan sesuatu kaum tetapi ia tidak memberi manfaat secara bersama.

4.2  Perspektif yang salah pihak tertentu terhadap pihak yang lain. Ada pihak yang sebelum memulakan dialog telah menaruh tanggapan negatif antara satu sama lain. Kemungkinan juga tanggapan negative ini datang dari pihak tertentu yang tidak senang kepada usaha untuk berdialog dalam mencari kebenaran sesuatu isu. Dalam konteks sekarang pula, sebagaimana kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menyampaikan ucapannya pada Persidangan Antarabangsa ketiga Dunia Islam dan Barat, bahawa konflik yang timbul antara dunia Islam dan negara barat(Kristian) bukan berpunca daripada kepercayaan agama yang berbeza tetapi kerana manipulasi terhadap agama oleh pihak yang berfikiran sempit atau sekular. Mereka menganjurkan 'kekerasan' atas nama agama.

4.3  Cabaran interaksi yang terhad. Masalah seperti salah faham dan prasangka hanya akan wujud jika kekurangan galakkan untuk interaksi supaya dialog peradaban dapat diwujudkan dan dipraktikkan dalam kalangan masyarakat. Interaksi terhad antara pelbagai kaum berada dalam keadaan yang terhad seperti Institut Pengajian Tinggi yang hanya berinteraksi dalam lingkungannya, kawasan taman perumahan yang terpisah secara sistematik mengikut kedudukan dalam petempatan tertentu serta sistem pendidikan yang mengkhususkan kaum tertentu. Misalnya,universiti berperanan berfungsi sebagai satu tempat untuk berinterasksi dalam satu komuniti iaitu ilmu pengetahuan. Dari segi konteks diolog peradaban pula, ia menjadi tempat yang penting untuk mempelajari budaya dan pengalaman kehidupan beragama,adat dan tamadun bangsa orang lain selain daripada lingkungan sendiri dan masyarakatnya.

4.4  Kekurangan toleransi. Toleransi dalam kamus bermaksud sedia menghormati atau menerima pendapat serta pendirian orang lain yang berbeza dengan pendirian diri sendiri. Dengan prinsip ini, toleransi antara sesebuah kaum dengan kaum lain adalah dengan menerima tradisi, prinsip agama dan budaya mereka. Kebolehan untuk memahami dan menghormati pandangan orang lain serta keupayaan untuk menerima pendapat orang lain boleh meningkatan kefahaman budaya seseorang. Sebagai contoh apa sahaja nilai baik yang wujud dalam mana-mana agama perlu diterima dan disuburkan agar dapat mewujudakan keharmonian.

4.5  Sifat kepelbagaian budaya yang berpunca kepada perbezaan. Masyarakat Malaysia yang majmuk terdiri daripada berbilang bangsa, agama, budaya serta pemikiran yang pelbagai sudah mengundang cara hidup dan berfikir yang berbagai ragam serta berbeza. Situasi ini pastinya akan mewujudkan pandangan dan sikap yang berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Inilah menjadi sebagai satu cabaran proses diolog peradaban. Salah satu peristiwa yang melanda Negara ini pada tahun 69-an ialah peristiwa 13 Mei. Ini dikatakan berlaku kerana perbezaan sosioekonomi, masalah interaksi sosiobudaya dan identiti bangsa yang timbul di kalangan orang melayu dan cina pada amnya antara golongan bumiputera dan bukan bumiputera.

4.6  Polarisasi kaum yang berada pada tahap kritikal. Polarisasi lebih menjurus kepada kebanyakkan ahli masyarakat lebih suka hidup dalam kelompok kaum masing-masing.. Ini memperlihatkan bahawa polarisasi kaum di Malaysia pada masa ini menjadi semakin kritikal dan secara langsung menjadi cabaran kepada proses dialog peradaban. Sebagai contoh, sesebuah kaum yang terikat dengan kelompoknya hanya berhubungan dengan kelompok atau kaum lain apabila terdapat kepentingan ekonomi dan politik. H8unbungan ini lebih bersifat hipokrit demi legasi sekelompok kaum. Mungkin ini berpunca daripada amalan keluarganya yang menekankan kepentingan kaum sejak kecil lagi dan ini menjadi salah satu bahagian dalam kehidupan mereka yang tidak dipisahkan. Sebagai contoh, isu dan hak golongan bumiputera sebagai golongan tua dan peribumi Negara kita. Sebarang hak dan istimewa kedudukan mereka tidak boleh disoal mengikut adat perundangan negara kita.


4.7  Ketidakfahaman etnik dan jurang pemisah.  Ketidakfahaman etnik boleh menyebabkan kita tidak memahami unsur-unsur penyatuan seperti fungsi lengkap melengkapi antara pelbagai etnik dan peradaban mereka. Jurang pemisah antara golongan kaya dan yang miskin juga boleh mewujudkan krisis lingkungan. Ketidakfahaman ini dan jurang antara etnik telah menyebabkan dialog peradaban yang dipraktikkan tidak dijalankan disemua peringkat dan  mereka berpendapat bahawa ia hanya mengambil berat akan hal-hal golongan majoriti dan kepentingan etnik minoriti tidak terpelihara dan tidak diambil kira kepentingannya. Rakyat yang minoriti seperti masyarakat Siam dan juga etnik peribumi perlu saliang menerima kebudayaan dan cara hidup masyarakat lain yang turut sama mendiami Negara ini.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai perbezaan perlu mengambil langkah untuk mengatasi cabaran-cabaran proses dialog peradaban supaya pelaksanaannya dapat dimaksimumkan dan menepati kepentingan bersamanya. Pelaksanaan proses dialog peradaban akan memberi peluang kepada setiap individu untuk mengenali kelemahan dan kekuatan masing-masing serta dapat membentuk masyarakat yang saling lengkap melengkapi supaya dapat melahirkan negara yang seimbangan serta tidak berpusatkan kepentingan tertentu sahaja.





[1] A Monologue about Dialogue 

TUGASAN HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN OUM SEM 1

1.0 Pengenalan
Sekolah merupakan tempat pembelajaran dan pendidikan buat kanak-kanak seawall umur 6 hingga 17 tahun. Di sekolah mereka dinilai melalui beberapa cara seperti ujian, peperiksaan, lawatan, kegiatan luar kelas dan berbagai lagi pengujian yang dijalankan bagi mengesan kebolehan dan pecapaian mereka.
     Di sekolah, guru memainkan peranan penting untuk mengesan perkembangan, kebolehan dan kemajuan pencapaian pelajar yang telah mengikuti sesi pembelajaran bagi satu-satu matapelajaran. Seseorang perlu mempunyai kemahiran dalam menyediakan item ujian atau penilaian yang akan dijalankan.
Pengujian , pengukuran dan penilaian adalah salah satu bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep, walaupun mempunyai tafsiran berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, sememangnya ada kaitan rapat dengan proses pelaksanaan.Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu sistem pendidikan yang sangat berkesan bagi melihat pencapaian murid.
1.1 Objektif Pengajaran
Objektif pengajaran adalah perubahan tingkah laku pelajar yang ingin dicapai oleh guru dalam satu-satu proses pembelajaran. Perubahan ini boleh dicapai melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan baik. Setiap perubahan atau kemajuan pelajar itu perlu dinilai dari semasa ke semasa.
Penilaian berterusan akan menentukan tahap keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar atau murid. Kemajuan pelajar perlu dinilai dari semasa ke semasa. Ini jelas menunjukkan wujudnya hubungan antara objektif pengajaran , pengujian, pengukuran dan penilaian.
1.2 Pengukuran
Pengukuran ialah satu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan.
Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengukuran merangkumi segala aspek pengujian, termasuk penggunaan skel ordinal atau skel selang.Ringkas kata, skel ordinan digunakan berdasarkan prestasi atau pencapaian mereka. Skel selang yang meliputi markah dan gred, digunakan unutk menentukan peringkat pencapaian di antara pelajar.


1.3 Penilaian
Di dalam buku Education Evaluation and Decision Making yang disunting oleh D. Stufflebean, penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.Penilaian adalah satu proses yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Tujuan penilaian ialah unutk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran dan sikap.
1.4 Pengujian
Mengikut R. M. Gagne dalam bukunya The Conditions of Learning, pengujian ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. Di dalam kelas, pengujian ini digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran pelajar-pelajar.
Dalam melaksanakan penilaian, guru perlu membuat ujian terlebih dahulu. Terdapat beberapa kriteria dalam pembinaan ujian. Untuk menggubal sesuatu kertas ujian, ia perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan antaranya ialah ujian yang hendak ditadbir sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran. Ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan-soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran.
2.0 Jenis Ujian
Di dalam sekolah, pelbagai jenis ujian digunakan untuk membuat penilaian sama ada penilaian formatif atau penilaian sumatif. Pada dasarnya jenis-jenis ujian ini adalah dirangka dengan tujuan mengesan penguasaan, kemajuan dan pencapaian pelajar tentang sesuatu bidang pelajaran. Jenis-jenis ujian ini tidak terlepas daripada ciri-ciri yang terkandung dalam ujian rujukan norma atau rujukan kriteria.
Ujian yang digunakan untuk menentukan pencapaian murid dijalankan dengan cara ujian bertulis. Jenis ujian bertulis bertulis boleh dibahagikan kepada dua sahaja:
i)                    Ujian Objektif / Aneka Pilihan
ii)                  Ujian Subjektif


2.1 Ujian Objektif
Ujian objektif bermaksud item yang soalan yang mempunyai jawapan yang tepat, tertentu atau spesifik. Ujian yang dijalankan adalah untuk menguji pengetahuan, kefahaman, aplikasi analisis, sintesis dan penilaian. Soalan item bagi ujian objektif boleh dibahagikan kepada empat iaitu:
i)                 Soalan aneka pilihan – jawapan secara tepat, soalan sukar dibina dan dijawab tetapi mudah diperiksa.
ii)               Item Betul / Salah -sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki
Pelajar menentukan sama ada pernyataan yang diberikan adalah
betul atau salah.
iii)             Item mengisi ruang kosong – amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat.
iv)             Item Padanan – sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta konsep.
2.2 Ujian Subjektif
Ujian subjektif pula dikenali sebagai ujian esei, boleh ditakrifkan sebagai ujian esei,
boleh ditakrifkan sebagai ujian yang memerlukan calon memberi jawapan dalam bentuk
perkataan atau karangan dengan tulisan sendiri. Jawapan tersebut boleh dinyatakan dalam
satu ayat, perenggan atau karangan yang lengkap.
Ujian subjektif adalah sesuai digunakan untuk menguji kefahaman dan kemahiran menyusun idea dan pendapat calon mengenai sesuatu topik dalam mata pelajaran yang telah dipelajari. Ciri utama ujian subjektif ialah memberi kebebasan calon menjawab soalan, iaitu calon bebas memilih, merancang dan menyusun isi jawapan mengikut pendapat dan idea sendiri.


2.3 Langkah – langkah Pembinaan Ujian
Terdapat langkah-langkah yang telah disusun dengan teratur sebelum membina ujian agar penggubal atau guru boleh melaksanakan ujian dengan baik. Langkah –langkah tersebut ialah:
v    Menyediakan Jadual Penentu Ujian / Jadual Spesikasi Ujian.
v    Menulis item / soalan ujian
v    Menyemak item / soalan ujian
v    Menilai item / soalan ujian
Sebelum membina item / soalan, guru perlu menyediakan Jadual Penentu Ujian terlebih dahulu. Ini adalah kerana Jadual Penentu Ujian dapat:
Ø    Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan.
Ø    Menjamin Kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
Ø    Menjadi panduan kepada penggubal soalan
Ø    Menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
Ø    Membolehkan ujian yang sama dibuat.
Ø    Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan yang lain.
2.4 Tujuan Ujian
Ujian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang prestasi murid mengenai
pencapaian kemahiran yang telah mereka pelajari dalam satu-satu pelajaran.
Untuk tugasan kerja kursus ini saya memilih matapelajaran Pendidikan Agama Islam Tingkatan 1 Abu Bakar di SABK Al-Hidayah Kuala Kurau Perak. Soalan ujian yang dijalankan adalah seperti di lampiran. Berdasarkan ujian itu dapatlah direkodkan keputusan markah ujian seperti jadual yang ditunjukkan.


3.0 Jadual Penentu Ujian (JPU)
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang releven dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran.
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JPU adalah carta dua-hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
Jadual penentu ujian menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang telah diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai oleh pelajar. Dengan menggunakan JPU guru akan dapat membina item soalan yang merangkumi semua kandungan pengajaran yang telah diajar. Dalam pembinaan JPU, terdapat empat (4) langkah perlu diambil kira;
a)                  Mengkaji sukatan pelajaran
b)                  Menganalisis objektif pengajaran
c)                  Menentukan jenis soalan dan
d)                 Menentukan bilangan soalan



















Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP