;
Showing posts with label UCAPAN. Show all posts
Showing posts with label UCAPAN. Show all posts

Monday, May 3, 2010

SELAMAT HARI IBU

Tak lama lagi kita sekali lagi akan menyambut hari ibu, hari khas yg diadakan bagi meraikan kaum ibu. Ibu yang banyak berjasa kepada diri semua orang. Dengan ibulah kita banyak mengenal kehidupan dunia.

Ketika orang lain mengenang dengan pengkisahan ibu, aku terbitkan entri ini khas buat sahabat yang sedang berjuang sendiri menjadi 'ibu dan ayah' kepada anaknya selepas di'cerai'kan hampir 6 bulan lalu. Kini dia terpaksa 'bersendirian' mendidikan seorang 'hero'nya yang terpaksa 'kehilangan' kasih ayah ketika umur kecil lagi. Beginilah nasib sebahagian 'perkahwinan' yang terpaksa berakhir dengan penceraian walaupun usia perkahwinan masih 'muda'.

Walau apa jua alasan untuk penceraian, biarlah kita sebagai suami memikirkan baik buruknya terhadap orang lain juga seperti anak atau keluarga. Biarlah ruangan ini menjadi penyuntik semangat untuk 'sahabat' aku ini diketika tiada lagi 'suami' yang sepatutnya menjadi 'penyokong' dikala lemah, pembantu dikala sibuk, penghibur dikala sunyi.

Aku akan tetap terus membantu semampu, walau hanya sekadar 'ucapan semangat' untuk dia terus kuat menempuh mehnah kehidupan di masa hadapan.

SELAMAT HARI IBU BUAT ISTERI KU TERCINTA, BUAT IBU KANDUNG DAN MERTUA ..... BUAT SAHABAT SEMUA YANG SUDAH BERGELAR IBU DAN SEMUA IBU SELURUH MALAYSIA .. I LUV MY MUM

Aku titipkan .. berita yang aku sempat tengok melalui versi online sebentar tadi .. untuk PERINGATAN pada semua para suami. Lagi berita pakat pi beli la KORAN ini ..


COPY BY UTUSAN ONLINE 3 MEI 2010

Cerai melalui SMS merisaukan


Khidmat pesanan ringkas (SMS) perlu dimanfaatkan untuk tujuan positif dan bukannya menjadi punca keretakan rumah tangga. – Gambar hiasan


FENOMENA ‘kegilaan’ khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula sejak zaman millennium dan sebagai salah satu daripada medium komunikasi, aplikasi tersebut menjadi pilihan setiap warga masyarakat.

Faktor seperti murah dan aksesnya yang pantas dalam menyampaikan maklumat menyebabkan teknologi tersebut terus berkembang dan disukai setiap lapisan umur.

Namun, semakin hari fungsi SMS telah disalahgunakan misalnya menjadi medium penyebaran fitnah, ugutan dan punca keretakan rumah tangga. Bahkan, beberapa tahun lalu, negara pernah digemparkan dengan pelbagai kes perceraian lafaz talak melalui SMS dan kini kejadian sedemikian berlaku setiap tahun.

Persoalannya, fungsi SMS tidak lagi terhad kepada ‘memutuskan hubungan kekeluargaan’ bahkan ia mampu ‘mencipta hubungan baru’ buat pasangan-pasangan yang sudah berkeluarga.

Tanpa disedari teknologi SMS ibarat pembunuh dalam diam kepada institusi kekeluargaan. Malah siasatan turut mendapati kebanyakan daripada perceraian yang berlaku di Malaysia adalah berpunca daripada kecurangan SMS.

Monday, September 14, 2009

UCAPAN UNTUK U ALL SEMUA

DIKESEMPATAN INI, BAGI MENGANTIKAN KAD RAYA, SMS, EMAIL, MMS ATAU SEGALA BENTUK MEDIUM UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN LA... AKU GUNAKAN BLOG AKU SENDIRI LAGI BAIK ... OK LAH .. AKU NAK UCAPKAN SELAMAT BERPUASA .. PUASA JANGAN TAK PUASA TAU .. DAH TAK LAMA LAGI DAH NAK RAYA .. BUAT SEMUA KENALAN AKU .. AKU SEKELUARGA NAK LA MOHON MAAF DI ATAS SEGALA SALAH SILAP KAMI SELAMA PERKENALAN KITA. YANG MANA AKU TERKUTUK, TERKATA, TER'AUTA' NGKORANG, JANGAN LA AMBIK HATI LA NOOO.. MAAF ZAHIR DAN BATIN. BUAT KENGKAWAN YANG BERKESEMPATAN NAK DATANG RUMAH DIPERSILAKAN LA.. MAI.TAPI HANTAR INFORMASI DULU YER... BUAT YANG JAUH DAN BERAYA DENGAN KELUARGA SELAMAT BERRAYA LA YER.. YANG MASIH SOLO PI LA CARI YANG DAH ADA BINI DAN LAKI TU .. BUAT LA DAH BERKELUARGA.. HEHE. JUMPA LAGI DIKESEMPATAN LAIN YER


Custom Myspace Photo Frame

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP