;

Tuesday, July 8, 2014

TUGASAN HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN OUM SEM 1

1.0 Pengenalan
Sekolah merupakan tempat pembelajaran dan pendidikan buat kanak-kanak seawall umur 6 hingga 17 tahun. Di sekolah mereka dinilai melalui beberapa cara seperti ujian, peperiksaan, lawatan, kegiatan luar kelas dan berbagai lagi pengujian yang dijalankan bagi mengesan kebolehan dan pecapaian mereka.
     Di sekolah, guru memainkan peranan penting untuk mengesan perkembangan, kebolehan dan kemajuan pencapaian pelajar yang telah mengikuti sesi pembelajaran bagi satu-satu matapelajaran. Seseorang perlu mempunyai kemahiran dalam menyediakan item ujian atau penilaian yang akan dijalankan.
Pengujian , pengukuran dan penilaian adalah salah satu bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep, walaupun mempunyai tafsiran berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, sememangnya ada kaitan rapat dengan proses pelaksanaan.Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu sistem pendidikan yang sangat berkesan bagi melihat pencapaian murid.
1.1 Objektif Pengajaran
Objektif pengajaran adalah perubahan tingkah laku pelajar yang ingin dicapai oleh guru dalam satu-satu proses pembelajaran. Perubahan ini boleh dicapai melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dengan baik. Setiap perubahan atau kemajuan pelajar itu perlu dinilai dari semasa ke semasa.
Penilaian berterusan akan menentukan tahap keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar atau murid. Kemajuan pelajar perlu dinilai dari semasa ke semasa. Ini jelas menunjukkan wujudnya hubungan antara objektif pengajaran , pengujian, pengukuran dan penilaian.
1.2 Pengukuran
Pengukuran ialah satu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan.
Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengukuran merangkumi segala aspek pengujian, termasuk penggunaan skel ordinal atau skel selang.Ringkas kata, skel ordinan digunakan berdasarkan prestasi atau pencapaian mereka. Skel selang yang meliputi markah dan gred, digunakan unutk menentukan peringkat pencapaian di antara pelajar.


1.3 Penilaian
Di dalam buku Education Evaluation and Decision Making yang disunting oleh D. Stufflebean, penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.Penilaian adalah satu proses yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran. Tujuan penilaian ialah unutk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran dan sikap.
1.4 Pengujian
Mengikut R. M. Gagne dalam bukunya The Conditions of Learning, pengujian ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu. Di dalam kelas, pengujian ini digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran pelajar-pelajar.
Dalam melaksanakan penilaian, guru perlu membuat ujian terlebih dahulu. Terdapat beberapa kriteria dalam pembinaan ujian. Untuk menggubal sesuatu kertas ujian, ia perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan antaranya ialah ujian yang hendak ditadbir sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran. Ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan-soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran.
2.0 Jenis Ujian
Di dalam sekolah, pelbagai jenis ujian digunakan untuk membuat penilaian sama ada penilaian formatif atau penilaian sumatif. Pada dasarnya jenis-jenis ujian ini adalah dirangka dengan tujuan mengesan penguasaan, kemajuan dan pencapaian pelajar tentang sesuatu bidang pelajaran. Jenis-jenis ujian ini tidak terlepas daripada ciri-ciri yang terkandung dalam ujian rujukan norma atau rujukan kriteria.
Ujian yang digunakan untuk menentukan pencapaian murid dijalankan dengan cara ujian bertulis. Jenis ujian bertulis bertulis boleh dibahagikan kepada dua sahaja:
i)                    Ujian Objektif / Aneka Pilihan
ii)                  Ujian Subjektif


2.1 Ujian Objektif
Ujian objektif bermaksud item yang soalan yang mempunyai jawapan yang tepat, tertentu atau spesifik. Ujian yang dijalankan adalah untuk menguji pengetahuan, kefahaman, aplikasi analisis, sintesis dan penilaian. Soalan item bagi ujian objektif boleh dibahagikan kepada empat iaitu:
i)                 Soalan aneka pilihan – jawapan secara tepat, soalan sukar dibina dan dijawab tetapi mudah diperiksa.
ii)               Item Betul / Salah -sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki
Pelajar menentukan sama ada pernyataan yang diberikan adalah
betul atau salah.
iii)             Item mengisi ruang kosong – amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki pelajar memberi jawapan pendek yang tepat.
iv)             Item Padanan – sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan pelajar mengaitkan fakta konsep.
2.2 Ujian Subjektif
Ujian subjektif pula dikenali sebagai ujian esei, boleh ditakrifkan sebagai ujian esei,
boleh ditakrifkan sebagai ujian yang memerlukan calon memberi jawapan dalam bentuk
perkataan atau karangan dengan tulisan sendiri. Jawapan tersebut boleh dinyatakan dalam
satu ayat, perenggan atau karangan yang lengkap.
Ujian subjektif adalah sesuai digunakan untuk menguji kefahaman dan kemahiran menyusun idea dan pendapat calon mengenai sesuatu topik dalam mata pelajaran yang telah dipelajari. Ciri utama ujian subjektif ialah memberi kebebasan calon menjawab soalan, iaitu calon bebas memilih, merancang dan menyusun isi jawapan mengikut pendapat dan idea sendiri.


2.3 Langkah – langkah Pembinaan Ujian
Terdapat langkah-langkah yang telah disusun dengan teratur sebelum membina ujian agar penggubal atau guru boleh melaksanakan ujian dengan baik. Langkah –langkah tersebut ialah:
v    Menyediakan Jadual Penentu Ujian / Jadual Spesikasi Ujian.
v    Menulis item / soalan ujian
v    Menyemak item / soalan ujian
v    Menilai item / soalan ujian
Sebelum membina item / soalan, guru perlu menyediakan Jadual Penentu Ujian terlebih dahulu. Ini adalah kerana Jadual Penentu Ujian dapat:
Ø    Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan.
Ø    Menjamin Kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
Ø    Menjadi panduan kepada penggubal soalan
Ø    Menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
Ø    Membolehkan ujian yang sama dibuat.
Ø    Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan yang lain.
2.4 Tujuan Ujian
Ujian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang prestasi murid mengenai
pencapaian kemahiran yang telah mereka pelajari dalam satu-satu pelajaran.
Untuk tugasan kerja kursus ini saya memilih matapelajaran Pendidikan Agama Islam Tingkatan 1 Abu Bakar di SABK Al-Hidayah Kuala Kurau Perak. Soalan ujian yang dijalankan adalah seperti di lampiran. Berdasarkan ujian itu dapatlah direkodkan keputusan markah ujian seperti jadual yang ditunjukkan.


3.0 Jadual Penentu Ujian (JPU)
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang releven dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran.
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JPU adalah carta dua-hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
Jadual penentu ujian menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang telah diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai oleh pelajar. Dengan menggunakan JPU guru akan dapat membina item soalan yang merangkumi semua kandungan pengajaran yang telah diajar. Dalam pembinaan JPU, terdapat empat (4) langkah perlu diambil kira;
a)                  Mengkaji sukatan pelajaran
b)                  Menganalisis objektif pengajaran
c)                  Menentukan jenis soalan dan
d)                 Menentukan bilangan soalan



















TUGASAN HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN OUM SEM 1


1.1 PENGENALAN

Sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dengan penggunaan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan eleman teknologi berbantukan komputer, pastinya mampu menarik minat murid untuk memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru. Apatah lagi dengan situasi sekarang, dimana murid-murid lebih senang sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan komputer. Tambahan pula, murid-murid pada masa ini sudah terdedah dengan penggunaan komputer serta perisiannya. Dengan kecanggihan serta kepelbagaian kaedah yang terdapat di dalam program tersebut seperti microsoft power point, maka seharusnya guru perlu memanfaatkan peluang tersebut untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih efisien. Namun, penerapan terhadap penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer ini perlu sesuai mengikut kehendak huraian sukatan pelajaran, topik yang ingin diajar dan keperluan guru dan murid itu sendiri, terutamanya jika guru ingin menggunakan laman web dari internet dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya, maka bahan tersebut perlu bersesuaian.
Dewasa ini pelbagai laman web telah menyediakan pelbagai bahan-bahan yang boleh dimuat turun untuk dijadikan sebagai bahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih serta keperluan murid-murid serta guru-guru. Justeru, penggunaan buku kerja, lembaran kerja dan buku teks bukan lagi antara pilihan sepenuhnya. Apa yang paling penting, prinsip-prinsip reka bentuk visual yang digunakan itu perlu sesuai dan bertepatan dari segi simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi dan keharmonian.
Dengan merujuk prinsip-prinsip reka bentuk visual tersebut samaada bersesuaian atau tidak dan menarik atau tidak, maka bahan tersebut akan mampu mempengaruhi sejauh mana murid-murid dapat memberikan fokus sepenuhnya di dalam kelas untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.



1. PRINSIP REKA BENTUK VISUAL

1.1 Simplisiti
Sesuatu rekaan grafik yang mudah dan senang difahami untuk menjelaskan makna yang ingin diterangkan. Iannya menjadi alat yang cukup mudah dipaparkan dan difahami oleh keseluruhan murid yang akan mengikuti pembelajaran tajuk pada masa tersebut.
Simplisiti boleh dirujuk sebagai
“Simplicity is the state or quality of being simple. It usually relates to the burden which a thing puts on someone trying to explain or understand it. Something which is easy to understand or explain is simple, in contrast to something complicated[1]”



Rajah yang digunakan di dalam gambar tersebut senang difahami dan diketahui bentuknya kerana adanya elemen simplisiti yang ringkas dan mudah, membolehkan murid mengetahui nama bentuk tersebut. Gambar yang dipaparkan dengan mudah mendapat reaksi pantas daripada murid kerana mereka telah tahu dan biasa melihat bangunan tersebut.  Penggunaan gambar sepeti ini memudahkan guru untuk menyampaikan isi pelajaran berkaitan kepada murid dan boleh mengembangkan teknik pengajaran seperti soal jawab atau sumbang saran dari murid.

            Grafik seperti gambar di atas ini amat mudah difahami dan akan menerima reaksi yang sama jika soalan diajukan kepada murid. Dengan hanya menggunakan gambar tanpa tulisan ini akan memudahkan guru untuk mengajar alat-alat sukan bagi permainan bola sepak dan juga permainan yang menggunakan bola. Ini akan memperlihatkan murid lebih memahami permainan dan mengetahui ada banyak jenis bola yang digunakan dalam permainan dan sukan.

1.2 Dominan
Rekaan grafik yang mengandungi titik tumpuan. Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third) menyatakan bahawa titik tumpuan manusia lebih tertumpu pada sudut atas sebelah kiri dengan 40% penglihatan.
Gambar yang dipaparkan mengandungi elemen dominan kerana tumpuan lebih terarah pada sudut atas sebelah kiri gambar tersebut, berbanding pada sudut-sudut lain. Berdasarkan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Three), perhatian penglihatan adalah lebih tertumpu di sebelah kiri bahagian atas gambar berbanding daripada tempat-tempat lain. Penumpuan penglihatan tersebut adalah disebabkan oleh keinginan untuk mengetahui apakah objek sebenar yang dipaparkan di dalam gambar tersebut. Ini berikutan penggunaan warna yang berbeza dan berlawanan, serta bentuk yang yang terdapat di dalam gambar tersebut juga berlawanan bagi mendapatkan impak yang dilihat dan lebih menonjolkan perbezaan.


Elemen dominan di dalam gambar ini terletak pada penggunaan warna dan juga saiz kedua-dua objek tersebut, iaitu kontra. Walaupun bentuknya hampir sama, namun penumpuan penglihatan adalah tetap sama,berdasarkan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Three), iaitu pada sebelah kiri di bahagian atas, berbanding pada bahagian-bahagian lain. Objek yang berbagai warna itu lebih menarik perhatian pemerhati dan akan menyangka itulah subjek utama gambar tersebut.  Ini kerana titik tumpuan berada pada sebelah kiri, menyebabkan tumpuan penglihatannya lebih tertumpu di sebelah kiri.

1.3 Pola
Susunan yang menarik untuk mengekalkan perhatian serta mencari pengertian lain di sebalik objek yang dipaparkan. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat;
·         Menarik penglihatan mata kea rah item yang utama
·         Mengerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul
·         Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga sampai ke titik akhir



Susunan  pada gambar diatas mengandungi elemen pola kerana ia disusun dengan kemas dan samarata serta menarik perhatian. Susunan pada objek yang terdapat di dalam gambar sangat penting kerana ia berupaya menarik penglihatan mata ke arah objek utama. Gambar yang dipaparkan sebenarnya mengajak pemerhatinya melihat lebih dalam dan memerhatikan apa yang ada di dalam tingkap bangunan. Penggunaan bentuk geometri digunakan di dalam paparan gambar tersebut. Selain itu, penyusunan objek yang teratur juga membolehkan mata akan tertumpu pada item utama gambar di atas, iaitu gambar dalam tingkap.
Susunan warna yang terdapat pada gambar di atas sudah mampu menarik perhatian. Elemen pola yang wujud di dalam gambar tersebut mampu menggerakkan penglihatan kepada keseluruhan gambar mengikut arah yang betul. Penglihatan akan bergerak dari mula warna tersebut terbentuk sehinggalah ke titik akhirnya. Warna yang menarik pada gambar tersebut turut menarik perhatian dan membuatkan pemerhatinya berfikir apakan maksud yang terkandung di dalam gambar tersebut. Secara tidak langsung juga, ianya membantu murid berfikir secara kritis dan kreatif untuk mencari maksud disebalik gambar tersebut.

1.4 Seimbang
Pembahagian secara sama dan tidak sama (bisymmetrical and asymmetrical) pada bahan grafik, namun berbeza pada bentuk kandungannya.



Objek yang terdapat di dalam gambar di atas telah dibahagikan sama rata dari semua sudut. Walaupun penggunaan warna yang pelbagai, namun kesamaan pada taburan dan susunan warna pada objek tersebut di setiap sudut samaada atas, bawah, kiri dan kanan adalah samarata. Ini menunjukkan bahawa wujud prinsip seimbang di dalam gambar tersebut.


Walaupun objek-objek yang terdapat di dalam gambar di atas tidak tersusun dari segi saiz dan bentuk, namun secara amnya elemen seimbang tetap ada, kerana elemen seimbang yang terdapat di dalam gambar tersebut adalah seimbang tidak formal. Penggunaan garisan yang berwarna cerah dan terang pada setiap objek menyerlahkan lagi bentuk rajah tersebut. Susunan pelbagai bentuk rajah-rajah tersebut juga teratur dan seimbang. Walaupun objeknya tidak diwarnakan dengan warna yang terang agar lebih menyerlahkan lagi bentuknya, namun garisan berwarna yang digunakan sangat sesuai dan menonjolkan bentuk objek tersebut. Murid juga akan dapat membuat kesimpulan dan menceritakan sesuatu dari gambar yang dipaparkan.

1.5 Variasi
Sebagai penguat dan penyokong pada pola dalam meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu visual. Elemen yang digunakan dalm sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan perasaaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak. Ini akan menghasilkan minat murid yang berlipat kali ganda untuk mengetahui isi pelajaran yang ingin disampaikan.


Elemen variasi yang terdapat di dalam gambar di atas dapat dilihat melalui susunan dan penggunaan pelbagai bentuk pada objek. Urutan kepelbagaian bentuk pada objek itu akan membuatkan pemerhatinya tidak merasa bosan. Dari segi saiz dan tekstur setiap objek juga turut berbeza. Setiap rajah juga mempunyai elemen pola. Selain itu, terdapat juga nilai kontras dan dimensi.

            Elemen variasi yang terdapat pada gambar di atas menunjukkan gabungan prinsip lain yang membuatkan gambar ini seolah-olah hidup. Grafik seperti ini biasanya amat menarik perhatian kerana wujud elemen perkataan dan gambar. Perkataan yang ada disekeliling gambar menguatkan lagi penonton untuk mengetahui apakah yang ingin disampaikan. Kebiasaan grafik seperti ini dibuat untuk program berbentuk pertandingan, acara hiburan dan sebagainya.

1.6 Harmoni
Konsep visual yang mampu menimbulkan rasa keyakinan dan menarik minat untuk dilihat. Harmoni juga menjurus kepada grafik yang lebih mententeramkan hati dan perasaan. Murid akan member sepenuh tumpuan kepada keseluruhan gambar.
Keharmonian pada gambar di atas adalah melalui adunan kekemasan dan simplisitinya. Walaupun ringkas, namun ia mampu menarik perhatian. Penggunaan warna latar yang kontras dengan warna kereta mampu menonjolkan kenderaan dan individu yang berdiri dalam gambar tersebut.
Harmoni juga merujuk kepada kesinambungan semua elemen dari segi idea dan buah fikiran. Ini akan membolehkan mata penonton atau murid yang melihat akan tertumpu kepada isi utama yang ingin disampaikan serta dapat mengikuti keseluruhan visual. Harmoni juga mampu menimbulkan rasa yakin



Gambar di atas menunjukkan suasana yang tenang dan mendamaikan. Unsur harmoni yang terdapat pada gambar lebih kepada kejadian alam yang berupa pokok dan tumbuhan. Adunan warna alam seperti hijau dan biru menghadirkan suasana sejuk dan kedamaian apabila melihatnya. Antara prinsip lain yang termuat dalam gambar ini adalah simplisiti yang memperlihatkan gambar ini mudah difahami dan diketahui oleh murid.



 GAMBAR CARI SENDIRI LAH YER.... 














TUGASAN HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN OUM SEM 1

1.0 PENGENALAN 
 Psikologi adalah merupakan bidang kajian yang secara sistematik dan saintifik terhadap tingkah laku dan jiwa manusia. Perkataan ini berasal dari tamadun Greek purba iaitu psyche yang bererti ‘jiwa’ dan perkataan logos yang bererti ‘kajian tentang sesuatu’. Psikologi pendidikan pula merupakan dua bidang yang digabung dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Menurut Kamus Dewan pendidikan bermaksud mendidik, pengetahuan mendidik, didikan, latihan, ajaran. Ahli-ahli psikologi mengaplikasikan prinsip psikologi ke dalam bidang pendidikan bagi mengkaji proses-proses pertumbuhan dan perkembangan serta perbezaan individu, proses belajar, strategi pengajaran dan pembelajaran dan kaedah untuk menilai pencapaian yang secara tidak langsung dapat mengembangkan minat dan bakat murid supaya akhirnya dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Antara pendekatan yang utama yang banyak dipraktikkan ialah pendekatan behaviorisme, pendekatan kognitif, pendekatan humanis, pendekatan psikoanalitik dan pendekatan neurobiologi. Kelima-lima prespektif ini digunakan sebagai satu garis panduan untuk melihat tingkah laku manusia dari beberapa sudut yang berbeza. Bagi melihat pendekatan psikologi yang dinyatakan dengan tingkah laku murid dalam bilik darjah, kajian ke atas dua orang murid sekolah rendah telah dipilih di mana seorang berpencapaian akademik baik dan seorang mempunyai berpencapaian akademik lemah sebagai responden untuk menunjukkan perkaitan pendekatan psikologi tersebut bagi mencari punca mengapa keadaan ini berlaku seterusnya mencari satu remidi berdasarkan pendekatan tersebut untuk meningkatkan lagi pencapaiannya. Masalah yang berkaitan dengan pengendalian dan pendidikan murid ini memang merupakan masalah yang membimbangkan, mengganggu serta mencabar keupayaan guru dan ibu bapa semenjak bermulanya pendidikan formal. 
 2.0 Murid Lemah dan Murid Cemerlang dalam konteks Psikologi. 
 Murid yang berpencapaian akademik yang lemah merupakan murid yang tidak mempunyai kebolehan untuk mengikuti pelajaran seperti murid lain, dan oleh itu mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju secara normal di sekolah berbanding murid cemerlang. Jika dibandingkan dengan murid lain dalam lingkungan umur yang sama, mereka menunjukkan kelemahan yang jelas dalam proses pembelajaran. Mereka biasanya tidak dapat mengikuti kurikulum sekolah yang biasa dan juga tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah dan prosedur pengajaran yang biasa. Burt (1950) menyifatkan murid lemah sebagai murid yang pada pertengahan alam persekolahannya tidak berkebolehan untuk mengikuti pelajaran dalam kelas satu peringkat lebih rendah daripada kelas yang sesuai dengan umurnya. Mengikut Kirk (1972), kemunduran pada umumnya merupakan label yang diberikan kepada kes murid yang pencapaian akademiknya jauh lebih rendah daripada kebolehan semula jadinya. Pada dasarnya, murid lemah kerana kelemahan intelek atau lembam . Tetapi ia tidak semestinya benar kerana ramai juga murid yang mundur tetapi tidak lembam. Kemunduran mereka mungkin bukan disebabkan kerencatan intelek tetapi keadaan persekitarannya atau faktor-faktor ekstrinsik seperti kaedah mengajar yang tidak berkesan, sikap mental dan emosi yang tidak sesuai terhadap guru dan pelajaran, penyakit dan keadaaan fizikal yang lemah. Walaupun kemunduran pada asasnya menunjukkan satu keadaan intelektual tetapi pada hakikatnya ia menunjukkan satu ciri atau sifat psikologi yang timbul dari personaliti hasil gabungan sifat yang diwarisi dan pengaruh persekitaran dalam proses perkembangan yang akhirnya mempengaruhi personaliti individu. Dalam pengkajian terhadap dua orang pelajar berbeza aras pencapaian akademik mereka, ianya mempunyai perbezaan yang jelas. Beberapa orang tokoh psikologi telah membuat kajian sebelum ini dan menetapkan beberapa faktor yang mempengaruhi corak pembelajaran murid di sekolah. Menurut Slavin (1997) terdapat banyak perbezaan individu yang boleh mempengaruhi proses pembelajarannya di sekolah. Berikut aspek yang diketengahkan oleh Slavin. i. Budaya ii. Sosial iii. Gaya kognitif dan belajar iv. Sistem nilai v. Status sosio ekonomi vi. Aspirasi vii. Kecerdasan viii. Lokasi tempat tinggal ix. Kesihatan\ x. Bangsa xi. Personaliti xii. Emosi xiii. Fizikal Aspek utama yang dapat dikesan daripada dua orang murid ini adalah sistem nilai, emosi, kognisi, gaya belajar dan sosial. Kajian kepada dua orang murid dinyatakan dalam penerangan berikut. 
 2.1 Sistem nilai 
Peranan persekitaran terhadap pencapaian murid berbeza adalah sama, sama ada di bandar atau di luar bandar. Namun terdapat murid yang hidupnya berada dalam persekitaran yang biasa dengan penghinaan, cemuh mencemuh dan merendah-rendahkan orang lain. Ada sebaliknya dengan pujian dan penghargaan. Walaupun sikap ini dianggap biasa di sesetengah tempat , bahkan biasa bagi sesetengah orang dewasa ditempat tersebut, tetapi ia mempunyai kesan dari segi tahap keyakinan diri dan perasaan dalam pergaulan dan belajar bersama rakan-rakan mereka yang lain. Personaliti memainkan pernan yang jelas dalam pembentukan sesorang murid. Murid yang cemerlang mempunyai persoanliti yang lebih menonjol dan popular. Manakala murid yang lemah dilihat sering meyembunyikan diri dan sentiasa bersendirian. Murid yang lemah kerap dilihat bergaul dengan kumpulan yang ahlinya suka melakukan perbuatan nakal, amat sedikit tingkah laku baik yang dipamerkan. Kesannya murid-murid ini biasanya bertingkahlaku menyeleweng jauh daripada tingkah laku yang diterima oleh sosial dan prinsip yang diterima oleh masyarakat termasuk tabiat malas belajar seterusnya. Ibu bapa murid berakademik lemah biasanya tidak memberi perhatian dan menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pelajaran anak-anak mereka. Murid-murid yang mempunyai ibu bapa seperti ini bukan sahaja mengalami kemunduran akademik bahkan sesetengahnya kembali menjadi buta huruf. Murid-murid yang mempunyai kecenderungan untuk bersikap resesif, terlalu agresif, sentiasa bimbang, gemuruh, tiada keyakinan diri biasanya jauh tertinggal dalam pencapaian akademik. Tanda dan tingkah laku bermasalah ini timbul akibat penjagaan ibu bapa yang salah, yang dinyatakan melalui penyisihan mereka, terlalu menguasai atau terlalu memanjakan atau apabila hubungan antara ibu bapa jauh tidak memuaskan. Perkara sebaliknya berlaku kepada murid berakademik baik. Peranan positif ibu bapa memungkinkan murid ini terus cemerlang dalam akademiknya. Ibubapanya telah cuba menerapkan nilai murni kepadanya dengan membantu mengajar dan membuat kelas tambahan sendiri. Disamping itu ibubapanya juga membantu menghantar ke kelas tambahan dan sentiasa memberi semangat dengan pujian. 
 2.2 Emosi 
 Kehidupan harian di rumah dicirikan oleh emosi kebimbangan atau ketakutan, perbalahan yang kerap berlaku, garang dan dominan ataupun terlalu mengongkong atau gangguan neurotik, mereka akan membesar dalam suasana emosi yang tidak dapat mengembangkan kualiti kebebasan dan keyakinan diri yang penting untuk mencapai kemajuan dalam persekolahannya. Murid yang lemah terlalu dimanjakan dari lahir sehingga tidak pernah berpeluang untuk berusaha sendiri akan mengembangkan sikap bergantung kepada orang lain dan tidak mempunyai inisiatif untuk memajukan diri. Ini disemarakkan lagi dengan sikap negatif dari ibubapanya sendiri yang sambil lewa, tidak peduli, tidak menepati waktu dan tidak menunaikan tanggungjawab. Sikap seperti ini akan menggalakkan murid tersebut menjadi tidak berdisiplin, tidak tahu mengurus diri, tidak mempunyai peraturan, sanggup menipu dan tidak jujur dalam kerja-kerja sekolah sehingga mengakibatkan kemunduran akademik. Dari keterangan di atas jelas menunjukkan perkaitan dengan teori ahli psikoanalitik yang menekankan kepentingan zaman awal individu dan mempercayai bahawa peristiwa masa kecil mempunyai kesan dalam perkembangan individu. Berbeza dengan murid cemerlang yang sentiasa dididik dengan disiplin dan suasana keluarga yang harmoni. Peraturan dan tanggungjawab di rumah sendiri telah melatih murid ini untuk sentiasa mematuhi peraturan sekolah. Tanggungjawab ibubapa dengan sentiasa membantu memberi semangat kepadanya untuk maju telah meningkatkan dayausaha untuk berjaya. 
 2.3 Kognisi 
Pelajar yang lemah menunjukkan perkembangan mental yang lambat dan tidak menepati perkembangan pada umurnya. Proses pembelajaran yang perlahan dalam perkembangan kognitif murid ini telah menyebabkan kesan negatif dalam sesi pembelajarannya. Murid ini sentiasa tidak mampu mengikuti pelajaran walaupun kelihatan amat mudah untuk difahami. Ini memperlihatkan bahawa tahap kognitif murid ini tidak berada pada tahap umurnya. Murid-murid yang berakademik baik biasanya memperolehi perkembangan mental sepatutnya disebabkan persekitaran yang mengalakkan mereka melalui proses-proses pekembangan pemikiran sepertimana penekanan yang diberikan dalam aliran kognitivisme. Menurut Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak akan melalui satu siri urutan yang berperingkat-peringkat iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) dan peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). Ibu bapa murid berakademik lemah seringkali jarang memberi peluang anak mereka membuat keputusan dan tidak mendedahkan mereka dengan situasi yang membantu perkembangan pemikiran. Jika murid-murid ini tidak dapat berfikir dan mentafsir sesuatu mengikut peringkat umur yang sepatutnya mereka bolehlah dikatakan murid mundur. Schonnel (1949) berpendapat bahawa 65% hingga 80% murid-murid mundur adalah lembap dan selebihnya mempunyai kesukaran dalam pelajaran kerana tidak dapat menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi. 
2.4 Sosio Ekonomi 
Faktor ekonomi keluarga juga menjadi faktor yang mempengaruhi gaya belajar murid tersebut. Dalam keluarga besar yang keupayaannya terhad, taraf kehidupan biasanya rendah dan tidak terdapat cukup makanan yang berkhasiat yang tidak bagus untuk perkembangan minda. Rumah yang sesak mengakibatkan satu lagi kekurangan atau penderitaan yang serius. Terdapat kurangnya perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang menyebabkan ibu bapa kurang memberikan galakan dan rangsangan serta kasih sayang kepada anak-anak mereka. Keadaan ini juga akan menimbulkan lagi masalah, misalnya masalah gangguan masa tidur, rehat dan keletihan yang akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan seterusnya pencapaian akademik mereka. Jelas di sini keperluan asas manusia dari yang rendah sehinggalah keperluan peringkat tertinggi seperti yang terdapat dalam Keperluan Herarki Maslow akan memberikan kesan terhadap perkembangan individu jika tidak sempurna atau gagal dipenuhi. 2.5 Sosial Murid sekolah rendah secara kebiasaannya memang suka bermain dan sentiasa ingin berkawan. Pelajar yang aktif dan lebih maju biasanya suka berkawan dan aktif dalam bilik darjah. Selain pembelajaran dalam bilik darjah murid yang cemerlang juga biasanya aktif dalam aktiviti luar bilik darjah sepeti aktiviti kokurikulum. Bagi murid yang lemah, keadaan ini berlaku sebaliknya. Murid yang lemah biasanya rasa terasing dan kurang mempunyai kawan serta bersifat pasif ketika dalam bilik darjah. Pelajar jenis ini suka menyendiri dan membentuk gaya pembelajaran perseorangan. Dia hanya suka belajar sendiri dan gemar menjauhkan diri dari rakan-rakan yang lain.   
3.0 Faktor-faktor utama yang mempengaruhi perbezaan individu 
 3.1 Faktor baka Perbezaan yang jelas dapat dilihat kepada dua orang murid ini yang menunjukkan bahawa wujud perbezaan dari segi baka. Setiap orang akan mewarisi daripada ibubapanya sebahagian besar dari segi paras rupa, tahap kecerdasan, tahap aktiviti, tret personaliti, gaya bahasa, gaya hidup, dikap dan minat. Murid yang lemah ini telah mewarisi sifat diri ibubapanya yang tidak mempunyai pendidikan tinggi dan masih tidak membantu dalam usaha pembelajaran anaknya. Dengan mempunyai pendidikan yang rendah , ibubapa murid ini gagal memberi bantuan sewajarnya dalam proses pendidikan anaknya. 
 3.2 Faktor Persekitaran Selain itu murid ini juga dilihat tidak suka mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Setelah diteliti dengan kehidupannya dirumah, keluarganya tidka menitikberatkan akan peratuaran dan disiplin dalam kehidupan. Menurut Baumrind (Santrock,2001) terdapat empat bentuk asuhan keluarga yang memberi kesan kepada proses pembelajaran anak-anak. a. Ibubapa yang autoritarian Ibubapa yang sentiasa mengenakan peraturan dan mahukan anak mereka mematuhi serta menghormati mereka. b. Ibubapa yang autoritatif Ibubapa yang sentiasa menggalakkan anak-anak mereka berdikari dengans edikit kawalan serta diberi peluang untuk berkomunikasi secara bebas dengan ibubapa. c. Ibubapa yang mengabaikan anak Ibubapa jenis ini bersifat permisif iaitu melepaskan tanggungjawab dengan membiarkan dan melepaskan kehidupan kepada anak mereka secara bebas. Mereka lebih sibuk dengan hal sendiri dengan tidak memperdulikan anak dan keluarga. d. Ibubapa pemanja Ibubapa ini masih bertanggungjawab tetapi kurang mendisiplinkan anak-anak, mereka percaya dengan memberi kebebasan kepada anak-anak akan melahirkan anak yang kreatif dan berkeyakinan tinggi. 
 4.0 Langkah-langkah mengatasi masalah perbezaan pencapaian akademik 
 Guru yang baik mampu melihat segala permasalahan berkaitan akademik murid dari perspektif psikologi, termasuk setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya. Pendekatan yang berbeza juga perlu diterapkan bagi mengimbangi permasalahan setiap murid tersebut. Kaedah yang digunakan akan dijelaskan bagi proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid yang berbeza pencapaian akademiknya 
4.1 Pendekatan Behaviorisme Guru yang baik untuk murid-murid adalah individu yang praktis, bukannya hanya mempunyai kecenderungan akademik tetapi mempunyai minat yang konkrit, dan berbakat dalam kerja manual dan pernyataan artistik dan bukan mereka yang hanya pandai menyatakan teori dan bercakap sahaja. Dalam pendekatan Behaviorisme murid-murid memerlukan pujian, pertolongan yang tersusun, pertimbangan yang bersimpati terhadap kesukaran mereka, dan minat yang berkekalan di pihak guru atau orang yang membimbingnya. Guru tersebut bukan sahaja dapat menerima murid seadanya dari segi akademik yang lemah atau cemerlang, tetapi menyedari murid-murid tidak semuanya sempurna sehingga setiap murid ada kebolehan dan mempunyai kualiti yang berguna. Guru mestilah bersikap berperikemanusiaan dan pada masa yang sama saintifik. Sekali lagi, guru yang baik adalah seorang pemimpin dan pendiagnosis dan bukannya setakat pengajar, seorang pemerintah atau penguatkuasa undang-undang dengan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menarik minat murid. 
 4.2 Pendekatan Psikoanalitik 
 Pendekatan yang diterangkan di atas membawa kita kepada menghadapi murid-murid yang mempunyai masalah emosi, pembawaan dan konflik mental yang berbeza. Pendekatan psikoanalitik perlu digunakan untuk menghadapinya. Usaha-usaha perlu diambil untuk mewujudkan penyesuaian semula di rumah dan juga di sekolah. Pendidikan ibu bapa yang bertujuan untuk mengubah kaedah pengasuhan ibu bapa kepada satu kaedah yang lebih sesuai, merupakan satu sistem perkhidmatan sosial yang bertujuan untuk memperbaiki persekitaran fizikal di rumah dan di luar rumah. Dalam hal ini, kerjasama dari guru bimbingan kaunseling, guru, dan ibu bapa adalah diperlukan. Jika terdapat faktor emosi di rumah yang menyebabkan kekerapan tidak hadir ke sekolah dan lemah dalam akademik, lawatan ke rumah atau pertolongan pegawai kebajikan masyarakat adalah perlu. Bagi murid -murid yang berjaya dan cemerlang akademik serta stabil kekeluargaannya boleh menjadi sahabat atau pembimbing rakan sebaya di sekolah, kelas dan di sekolah. Secara tidak langsung murid-murid ini terus cemerlang. Kemahiran interpersonal dan penerapan nilai-nilai murni merupakan salah satu elemen yang penting dalam pendekatan psikoanalitik. 
4.3 Pendekatan Kognitivisme 
 Setelah masalah emosi dapat diatasi melalui penerangan di atas, pemeringkatan isi pembelajaran pula perlu dilaksanakan menurut pendekatan kognitivisme. Dalam hal ini, kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlulah dapat menuntun dan membina pengetahuan murid dari konkrit dan analogi kepada masalah yang lebih abstrak. Setiap tajuk pelajaran perlu disusun dan dipertingkatkan. Ini membolehkan penyampaian tajuk pelajaran daripada peringkat yang senang kepada peringkat yang susah bagi membantu murid lemah atau mundur. Isi dan aktiviti-aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras dengan perkembangan kognitif murid-murid. Jika tidak, bahan atau aktiviti pelajaran tersebut mungkin akan membosankan mereka. Terlalu sukar bagi pelajar lemah akademik dan terlalu senang bagi pelajar baik atau cemerlang akademik. Aktiviti pelajaran ini seharusnya mengandungi tugas-tugas konkrit atau topik yang wujud dari minat semulajadi murid-murid tersebut dan kehidupan seharian. Penggunaan alat pandang dengar seperti kad gambar, filem, carta dan model bagi menarik minat dan tumpuan dalam kelas. Keyakinan diri bagi murid-murid lemah perlu diwujudkan. Tabiat kejayaan dengan bimbingan guru perlu diadakan secara sabar dan perlahan-lahan, menentukan yang setiap langkah benar-benar telah dikuasai sebelum memperkenalkan dengan latihan yang lebih kerap lagi. 
3.4 Pendekatan Humanistik 
Melalui pendekatan ini, murid-murid yang lemah atau mundur perlu diberi perhatian dan kasih sayang sebagaimana dalam Hireaki Maslow. Guru yang mengajar mereka seharusnya sanggup turut sama bergaul dengan mesra dan melayan mereka sebagai individu dengan penuh kesabaran. Jika tidak, akan menyebabkan mereka tidak berkeupayaan atau tidak ada motivasi untuk belajar walaupun tentang perkara yang mereka ada kebolehan untuk mempelajarinya. Ini memerlukan pengajaran individu dalam kumpulan kecil. Pemeringkatan isi dalam pelajaran perlu disusun agar murid-murid lemah mempelajari sesuatu yang bermakna dan dihargai seperti murid berakademik baik.. Apabila ini berlaku, murid akan mempunyai hasrat untuk belajar, berkembang, meneroka dan mencipta. Pembelajaran huministik menitikberatkan perkembangan secara bebas dan bertujuan untuk membantu mereka menangani tekanan keluarga dan masyarakat. Hasil sosial dan emosi lebih dipentingkan daripada hasil akademik . Ahli-ahli pembelajaran humanistik berpendapat bahawa pada akhirnya, pencapaian akademik murid akan menjadi lebih baik berbanding dengan sistem pembelajaran tradisional. Ini berlaku kerana dalam pengajaran humanistik, pembelajaran arah kendiri amat ditekankan. Cara ini menyebabkan pembelajaran menjadi amat bermakna dan berupaya menggembirakan murid. Secara tidak langsung tumpuan dan minat murid-murid terhadap pembelajaran menjadi seronok dan menarik. 
3.5 Pendekatan Biologi 
Kecacatan berhubungkait dalam pembelajaran pelajar. Menurut Arnold Gesell (1880-1961), baka yang dikaitkan dengan endogen merupakan faktor penting perkembangan kanak-kanak yang membentuk tingkah laku. Oleh yang demikaian, kemudahan patut disediakan untuk memulihkan penyakit atau kecacatan yang didapati melalui pemeriksaan itu. Bantuan cermin mata boleh diberikan kepada murid mundur yang disebabkan oleh masalah penglihatan begitu juga dengan alat bantuan pendengaran untuk mereka yang mengalami masalah pendengaran. Kaunseling kepada ibu bapa harus diberikan kerana ada diantara mereka yang berasa malu atau gagal mengesan kecacatan mental yang dihadapi oleh anak mereka yang mundur.

Tuesday, May 6, 2014

Seorang diri kadangkala lebih baik ..

Thursday, April 24, 2014

Teknikal program anugerah 2013


Raptai majlis anugerah kecemerlangan 2013 

Popular

Live Radio With Me

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP